Utama Blog Halaman 802

Patriotic Photos Pay Off For Perdana Leadership Foundation Merdeka Photo Contest 2019

A cash prize of RM3,000 for an Instagram photo depicting Malaysian unity can be considered a worthy win.

THE cash, along with a Sunway Resort hotel stay for two, books, and exclusive merchandise, is what top winner of the above-18 category, Lee Shing Yaw, received at the prizegiving ceremony of the Perdana Leadership Foundation Merdeka Photo Contest 2019 themed “Malaysia United”, supported by Sunway Group.

He was among the top twenty winners feted at the event, and received his prize from none other than Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, wife of the Prime Minister of Malaysia. Lee is an accountant by profession and took up photography “as a hobby”, he said, more than ten years ago.

His photo is of three Malaysian women walking under an umbrella of a Malaysian flag, which Lee says highlights the importance of sharing and caring in multi-racial Malaysia.

For category 1 (13-17 years old), the top winner, Kok Keng Leong, walked home with RM1,500 cash, Sunway Lagoon tickets, books and exclusive PLF merchandise. Kok is 18 years old, and has just entered the sixth form. He took up photography when he was 16 and is considering a freelance career before entering university.

His winning entry is the silhouettes of three Malaysian children on a bridge, each waving a Malaysian flag. All are walking in the same direction and according to Kok, this emphasizes young Malaysians’ shared hope and vision for a better Malaysia.

PLF’s Executive Director, Tan Sri Nik Mohamed Nik Yaacob, said in his opening remarks, “This is the third time we have held this competition, and we are extremely pleased with the increasing level of interest generated over the years.

“When we had the first competition in 2017, we received a mere 100 entries. This time around there were 1,245 entries, a 12-fold increase…As to the quality of photos submitted by the more accomplished enthusiasts, I have been told by the judges that the top winning entries can hold their own against the best professionals.”

Themed “Malaysia United”, the contest asked for creative depictions of national unity and love for the country.

PLF Merdeka 2019 1st Prize Cat2

Each photo entry was evaluated for visual story-telling, photo composition, and caption creativity, by three professional photographers, Che’ Ahmad Azhar Che’ Fadzil, one of Malaysia’s most influential street photographers who teaches at Multimedia University, Cyberjaya, Mat Zain Abdullah, a self-taught photographer who focuses on heritage buildings, and Shamshahrin Shamsudin.

The judges were impressed by the quality of the entries, which they said surpassed last year’s already high standards.

In 2020, Perdana Leadership Foundation will be organising a Photo and Writing Contest with the theme, “Climate Action”. In addition to a Photo category, the contest will also have Essays and Fiction categories.

Rakyat Malaysia Mahu Penjualan E-Rokok Dibenarkan – Adakah Anda Setuju?

Gambar hiasan

Lebih separuh daripada pakar kesihatan, guru dan ibu bapa mahu penjualan vape bernikotin dibenarkan.

SATU kajian oleh sebuah badan bebas mendapati majoriti (69%) rakyat Malaysia yang merokok berkata mereka mahukan undang-undang yang membenarkan pengedaran
dan penjualan vape nikotin diluluskan supaya mereka mempunyai satu pilihan alternatif untuk membantu mereka berhenti merokok.

Majoriti rakyat Malaysia (66%) berpendapat usaha Kerajaan Malaysia dalam membantu perokok berhenti merokok adalah tidak mencukupi. Malah lebih separuh daripada ibu bapa (55%), guru (51%) dan pakar kesihatan (52%) yang ditinjau selidik bersetuju Kerajaan Malaysia perlu mengikut jejak Kementerian Kesihatan negara-negara seperti United Kingdom dan New Zealand yang telah membenarkan penjualan vape bernikotin untuk membantu perokok berhenti merokok.

Hasil ini diperolehi daripada tinjauan pendapat mengenai merokok dan penggunaan vape (Malaysian Perception of Smoking and Vaping Survey), yang dijalankan oleh Green Zebras baru-baru ini.

Green Zebras merupakan sebuah syarikat penyelidikan pasaran yang terkenal di Malaysia.

Tinjauan ini turut menunjukkan 58% rakyat Malaysia percaya e-rokok bernikotin perlu dikenakan cukai dan pada kadar cukai yang lebih rendah berbanding rokok biasa sebagai langkah menggalakkan perokok berhenti merokok dan bertukar kepada vape.

Pendapat ini diberikan oleh perokok dan individu yang tidak merokok. Pada masa yang sama, tinjauan ini turut menunjukkan 72% daripada semua responden mengenali seseorang yang menggunakan vape, sama ada orang tersebut merupakan ahli keluarga, kawan atau rakan kerja mereka.

Untuk pengguna vape, 67% berkata mereka tahu di mana mereka boleh membeli vape bernikotin. Hakikatnya, lebih separuh (57%) daripada pengguna vape sedar dan tahu bahawa penjualan produk vape bernikotin adalah tidak dibenarkan di Malaysia.

Walaubagaimanapun, apabila individu yang tidak merokok ditanya sama ada mereka menggunakan vape, tiada seorang pun yang berikan maklumbalas bahawa mereka menggunakan produk tersebut.

Ini membuktikan bahawa mereka yang tidak merokok tidak mempunyai kecenderungan untuk menggunakan vape.

Steve Murphy, Pengarah Urusan & Pengasas Green Zebras Sdn Bhd, berkata, “Kajian ini menunjukkan ramai rakyat Malaysia cukup maklum tentang vape bernikotin dan tahu di mana untuk mendapatkannya kerana produk ini boleh didapati di masyarakat kita.”

“Ternyata kaji selidik ini juga menunjukkan bahawa rakyat Malaysia memahami keperluan untuk mengawal selia e-rokok bernikotin dan menjadikannya tersedia untuk perokok yang ingin berhenti merokok,” katanya.

Murphy berkata: “Kajian Malaysian Perception of Smoking and Vaping Survey yang kami jalankan ini memang tepat pada masa ini di mana Kerajaan Malaysia sedang merangka satu Akta Kawalan Tembakau dan Merokok yang baharu.”

“Tinjauan selidik ini memberikan pemahaman yang lebih baik dalam persepsi rakyat Malaysia berkenaan merokok dan penggunaan vape dan ini membantu pihak berkepentingan untuk membuat keputusan dengan maklumat yang diperolehi,” kata Murphy.

“Maklumat tambahan susulan dari tinjauan selidik ini akan diberikan dengan lebih lanjut dalam dua minggu ini untuk menjelaskan isu-isu negara berkaitan merokok dan penggunaan vape. Bagi memudahkan semua pihak, laporan kajian ini akan disusun mengikut subjek,” katanya.

Tinjuan selidik ‘Malaysian Perception of Smoking and Vaping Survey’ oleh Green Zebras dibuat berdasarkan saiz sampel 1,010 rakyat Malaysia dewasa dan mencerminkan tanggapan semua rakyat dewasa di Semenanjung Malaysia.

Mengenai Green Zebras

Green Zebras ialah satu agensi penyelidikan pasaran khusus yang unik di Malaysia, menawarkan penyelidikan pasaran secara kuantitatif dan kualitatif untuk memberikan pemahaman yang bermakna.

Firma ini dianggotai oleh rangkaian profesional kanan yang berpengalaman daripada syarikat-syarikat penyelidikan pasaran yang besar, jenama-jenama terkenal, dan ahli-ahli akademik. Green Zebras menawarkan pelbagai penyelidikan pasaran secara tradisional, alternatif, dan digital dari seluruh dunia.

Yayasan Peneraju Sedia Bakat Muda Malaysia Untuk Pasaran Kerja Baharu

Apabila memperkatakan tentang laluan kerjaya, para belia Malaysia lazimnya cenderung untuk memilih kerjaya seperti doktor, jurutera atau peguam.

Walaubagaimanapun, terdapat laluan kerjaya alternatif di luar sana untuk bakat muda Malaysia yang boleh membawa kejayaan kepada mereka. Malaysia dan negara-negara lain di seluruh dunia kini berdepan dengan perubahan sosial, budaya, ekonomi, persekitaran dan teknologi termasuk sektor pekerjaan.

Penerima-penerima Anugerah Cemerlang Yayasan Peneraju: Timbalan Ketua Setiausaha (dasar) Kementerian Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Dr Noor Zari Hamat dan Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Peneraju, Mohd Ariff Ithnin

Dunia semakin berubah, termasuk peluang pekerjaan. Dapatan Laporan Masa Depan Pekerjaan 2018 (Future of Jobs Report 2018) oleh Forum Ekonomi Dunia mendedahkan antara 10 pekerjaan baru muncul menjelang 2022 termasuk penganalisis dan saintis data, Kepintaran Buatan (Artificial Intelligence) dan pakar pembelajaran mesin, penganalisis dan pemaju perisian dan aplikasi, jualan dan pemasaran, pakar data raya, pakar pembangunan organisasi, dan pekerjaan yang berkaitan dengan perkhidmatan teknologi maklumat.

Kajian ini juga menemui bukti meluas tentang peningkatan permintaan untuk pelbagai peranan baru pakar yang berkaitan dengan keupayaan untuk memahami dan memanfaatkan teknologi terkini: Pakar Automasi, Penganalisis Keselamatan Maklumat, Pereka Pengalaman Pengguna dan Interaksi Manusia-Mesin, Jurutera Robotik dan Pakar Blockchain.

Dapatan Laporan Masa Depan Pekerjaan 2018 melihat pada jangkaan trend dari 2018-2022 melibatkan 20 buah negara dan 12 sektor industri.

Dari kiri Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Peneraju, Mohd Ariff Ithnin, Harziah Khalid Yunus (Most Inspiring Award) dan Timbalan Ketua Setiausaha (dasar) Kementerian Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Dr Noor Zari Hamat.

Yayasan Peneraju menyedari hakikat ini dan mengambil langkah proaktif dengan membangunkan bakat muda tempatan untuk memenuhi keperluan pasaran kerja masa depan terutamanya dalam memenuhi jangkaan Revolusi Industri 4.0.

Yayasan Peneraju bukan sekadar menyediakan kemudahan biasiswa malah turut memupuk dan membangun bakat muda tempatan untuk memenuhi trend pasaran kerja yang semakin berkembang bagi menyokong visi Malaysia menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi dan berdaya saing di peringkat global.

Dengan cara ini, negara akan mampu mengurangkan kebergantungan terhadap bakat asing untuk memenuhi pasaran kerja di negara ini. Yayasan Peneraju memainkan peranan penting dalam pembentukan generasi muda dan menggalakkan mereka untuk memilih laluan kerjaya alternatif yang sememangnya penting untuk memacu pertumbuhan ekonomi negara.

Dari kiri, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Peneraju, Mohd Ariff Ithnin, Louis Jok Jau (Most Promising Award) dan dan Timbalan Ketua Setiausaha (dasar) Kementerian Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Dr Noor Zari Hamat

Penyediaan latihan dan pendidikan berkualiti di kalangan bakat muda penting bagi membolehkan mereka menjana pendapatan tinggi dan membantu keluarga mereka. Dalam hal ini, Yayasan Peneraju telah menghasilkan bakat bertaraf dunia apabila sembilan daripada penerima faedahnya berada di kedudukan 10 peratus terbaik dunia dalam peperiksaan Penganalisis Kewangan bertauliah “Certified Financial Analyst” (CFA®) dan Pengurus Risiko Kewangan “Financial Risk Manager” (FRM®).

Pencapaian ini menyusul selepas 29 pelajar program Perakaunan Profesional Yayasan Peneraju menduduki tempat pertama di dunia menerusi anugerah CAT / ACCA World Prize Winner.

Hari ini, Yayasan Peneraju mengiktiraf penerima faedahnya yang cemerlang dalam pelbagai bidang kerjaya di bawah program-program pembiayaan Yayasan Peneraju.

Dari kiri, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Peneraju, Mohd Ariff Ithnin, Aisyah Othman (CEO Award) dan Timbalan Ketua Setiausaha (dasar) Kementerian Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Dr Noor Zari Hamat

Bidang kerjaya yang diceburi mereka termasuk perakaunan, penganalisis kewangan bertauliah, data raya (big data) hingga ke kerjaya kemahiran teknikal dalam pelbagai sektor termasuk pembinaan mega, elektrik & elektronik, minyak & gas, aero angkasa / penyelenggaraan, pembaikan & baik pulih (MRO) dan telekomunikasi.

Antara penerima anugerah:

Aisyah Othman, 41, dicalonkan untuk Anugerah Ketua Pegawai Eksekutif. Anugerah ini merupakan pengiktirafan terhadap usaha, ketekunan dan kerja kerasnya dalam menghadapi halangan, cabaran dan stereotaip dalam mengejar kerjaya didalam bidang elektrik dan elektronik, yang secara tradisinya didominasi oleh lelaki.

Tiga penerima Anugerah STAR 2019 yang lain ialah Muhammad Hafiz Samsuddin (Anugerah Paling Cemerlang). Dia menduduki tempat pertama di dunia di dalam peperiksaan Certified Accounting Technician (CAT) dan menduduki tempat ketiga di dunia dalam peperiksaan ACCA; Harziah Khalid Yunus (Most Inspiring Award). Walaupun cacat penglihatan, ini tidak menghalangnya daripada berjaya dalam kerjayanya.

Dari kiri, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Peneraju, Mohd Ariff Ithnin, Muhammad Hafiz Samsuddin (Most Outstanding Award) dan Timbalan Ketua Setiausaha (dasar) Kementerian Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Dr Noor Zari Hamat

Sementara itu, Louis Jok Jau (Most Promising Award). Beliau diiktiraf atas keazamannya dalam meningkatkan kemahirannya untuk meningkatkan taraf kehidupannya.

“Sekiranya kita ingin memenuhi aspirasi negara ke arah ekonomi yang lebih progresif, berasaskan pengetahuan dan bernilai tinggi dengan penyertaan masyarakat di semua peringkat, kita mesti memastikan bahawa kita mempunyai bilangan profesional dan tenaga kerja yang mencukupi dan boleh dipasarkan dalam sektor utama.

“Ia juga penting dalam usaha memenuhi keperluan ekonomi dan masyarakat sejajar perubahan landskap digital dan persekitaran ekonomi yang semakin kompetitif,” kata Mohd Ariff Bin Ithnin, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Peneraju.

Setakat ini, Yayasan Peneraju telah membiayai lebih daripada 26,000 bakat muda Malaysia dalam pelbagai industri.

Adakah Telefon Lipat Jadi Trending Tahun Ini? – Samsung Galaxy Fold Pecah Tradisi – PREBIU PRODUK

Sekilas pandang telefon pintar Samsung Galaxy Fold ini mengingatkan penulis kepada telefon Nokia Communicator 9000 yang mula diperkenalkan pada 1996 dan cukup popular disebabkan saiznya yang memanjang serta lengkap dengan papan kekunci QWERTY seakan sebuah komputer kecil.

Model terakhir Nokia Communicator diperkenalkan pada 2007 menerusi Nokia E90 dan beransur-ansur mula digantikan dengan telefon pintar yang memiliki skrin sepenuhnya termasuklah jenama Samsung.

Ciri yang menjadi persamaan ialah rekaan memanjang bentuk badan Fold dan Nokia 9000, tebal dan dilengkapi engsel pada bahagian tengah.

Seakan sejarah kembali berulang, telefon yang memiliki skrin besar mungkin bakal menjadi pencetus revolusi telefon pintar pada masa hadapan kerana kelebihan saiz skrin yang memberi kepuasan untuk sama ada untuk menonton video atau berinteraksi di platform media sosial.

Apa yang pasti ialah kehadiran Galaxy Fold yang mula memasuki pasaran Malaysia pada 9 Oktober lalu adalah peranti eksklusif yang menggabungkan sebuah telefon pintar dan sebuah tablet yang mudah dibawa ke mana-mana sahaja kerana paparan skrinnya boleh dilipat dan selesa pada poket seluar anda.

Selain paparan skrin dalaman lebih besar bersaiz 7.3″ Dynamic AMOLED, telefon pintar ini juga disertakan dengan skrin luar memanjang 4.6 inci sudah cukup menjadikan penulis teruja kerana diberi peluang mengujinya selama 10 hari termasuk diberikan penerangan ringkas mengenai ciri keistimewaannya di ibu pejabat Samsung, baru-baru ini.

Selain skrin yang besar, pengguna juga boleh memisah atau mengubah saiz skrinnya mengikut ‘selera’ masing-masing ketika skrin lipat ini dibuka. Sebanyak 3 aplikasi boleh dibuka pada masa sama misalnya jika anda sedang menggunakan aplikasi WhatsApp, anda boleh skrol gambar di aplikasi galeri gambar disebelah.

Untuk mengaktifkan tiga aplikasi ini pengguna hanya perlu menatal dari bahagian kanan skrin seperti ciri Samsung Edge dan pilih sahaja mana-mana aplikasi untuk digunakan sekaligus aplikasi yang disokong dalam Multi Window akan dipaparkan.

Begitu juga, jika anda sedang asyik menonton YouTube dan tiba-tiba menerima mesej, tontonan anda tidak terganggu kerana anda boleh membalas mesej tanpa gangguan. Segala-galanya boleh dilakukan pada masa serentak. Hebat bukan!

Pandangan peribadi penulis, ciri ini cukup praktikal dan mudah digunakan khususnya mereka yang gemar melayari penstriminan video atau kaki ‘gamers’ yang mahukan lebih kepuasan dengan saiz skrin yang besar.

Cuma apabila skrin lipat ni dibuka, secara kasar dapat melihat sedikit garisan lekuk ditengah skrin namun memberi kepuasan untuk menaip dengan mudah.

Galaxy Fold dipadankan dengan sistem pemproses Snapdragon 855 dengan memori sebesar 12GB RAM dan storan sebesar 512GB.

Telefon ini dilengkapi enam kamera iaitu bahagian luar hadapan kamera swafoto 10-Megapixel (MP) manakala kamera utama pada bahagian belakang ialah 12 + 16 + 12 MP yang sama seperti pada model pintar S10, S10+, Note 10 dan Note 10+.

Kamera swafoto pada bahagian dalaman yang boleh dilipat pula adalah 10 + 8 MP yang sama seperti S10+ lengkap dengan sensor pengesan kedalaman. Sebuah lampu flash disertakan hanya untuk kegunaan tri-kamera pada bahagian belakang.

Dua bateri yang digunakan pula mempunyai kapasiti gabungan 4380 mAh dan hanya 80 mAh lebih besar berbanding yang digunakan pada Note 10+. Ia dicas menerusi port USB-C tetapi hanya menyokong pengecasan dengan output 15W sahaja. Dengan cas penuh, peranti ini mampu bertahan lebih sehari mengikut tahap penggunaan yang boleh dilihat menerusi aplikasi yang disediakan.

Wayar pengecas yang disertakan dari jenis USB-A ke USB-C dan juga sokongan mengecas secara niwayar 15W dan PowerShare 9W untuk mengecas aksesori lain secara nirwayar seperti jam pintar S3 atau fon telinga.

Sepasang pembesar suara stereo diletakkan pada bahagian sisi dengan talaan dari AKG. Apabila di dalam mod tablet, kedua-dua audio dari pembesar suara ini menembak ke sisi sebagaimana tablet lain di pasaran.

Spesifikasi lain ialah bluetooth 5.0 dan WiFI 6 bagi mereka yang inginkan kelajuan Internet yang lebih pantas.

Bagaimanapun, terdapat sedikit kelemahan pada telefon ini iaitu rekaan engselnya yang terbuka, menyebabkan Fold secara rasminya tidak mempunyai sebarang piawaian kalis air ataupun debu.

Antara fungsi menarik Galaxy Fold

  • Always On Display : Skrin memaparkan notifikasi sepanjang masa tanpa menggunakan bateri yang tinggi
  • Continue App : Menyambung aplikasi pada skrin hadapan terus ke skrin utama sejurus selepas skrin dibuka
  • Device Care : Pusat satu hentian yang membersihkan storan, virus dan juga penggunaan RAM
  • Game Launcher : Mod permua yang menghalang gangguan ketika sedang bemain
  • Hide Camera Cutout : Memastikan tiada elemen skrin tersorok di belakang takuk kamera yang besar pada skrin boleh lipat
  • Melancarkan kamera dengan pantas : Aplikasi kamera turut boleh dilancarkan dengan menekan butang kuasa dengan pantas sebanyak dua kali
  • Navigation bar : Dua pilihan navigasi iaitu tri-butang atau Full Screen Gesture
  • Kedudukan butang navigasi juga boleh diubah ke kiri, kanan dan tengah mengikut keselesaan
  • Night Mode : Tema gelap pada keseluruhan antaramuka bagi mengurangkan penggunaan bateri
  • One Handed Mode : Mengecilkan paparan skrin untuk memudahkan penggunaan sebelah tangan. Dilakukan dengan menekan butang home sebanyak tiga kali atau tatalan dari bawah ke atas skrin
  • Pengecasan Nirwayar Dua Arah : Peranti boleh dicas semula secara nirwayar dan mengecas peranti lain juga secara nirwayar
  • Samsung DeX : Kini boleh berfungsi pada PC dan Mac selain boleh dipaparkan pada TV atau monitor secara sambungan berkabel.

Kesimpulannya

Galaxy Fold ialah peranti skrin boleh lipat pertama keluaran Samsung dan mungkin juga pertama di dunia.

Meskipun saiznya besar dan dapat merasai sendiri berat peranti ini iaitu 265 gram, namun ia sebenarnya memang sesuai digunakan oleh mereka yang suka menulis dalam blog atau portal selain mahu mengedit apa saja nota yang perlu seperti slaid untuk pembentangan projek kepada pelanggan.

Bagaimanapun, penggunaan Fold amat dilarang sekiranya anda sedang memandu kerana saiznya yang panjang tidak praktikal selain beratnya. Justeru, penulis mencadangkan gunakanlah Fold apabila anda berada dalam keadaan statik dengan meletakkannya diatas meja dan bukannya ketika sedang bergerak kecuali anda sedang berbual atau membuat panggilan telefon.

Daripada segi kualiti gambar, oleh kerana Fold memiliki penggunaan sensor yang sama, kemampuan fotografi dan videografi pada Fold adalah sama seperti yang ditemui pada Note 10+.

Penghasilan warna dan kejituan gambar yang terhasil adalah amat memuaskan dalam situasi pencahayaan yang baik. Malah gambar menggunakan teknik bokeh boleh dilakukan dengan telefon pintar ini.

Sistem kecerdasan buatan Scene Optimiser memastikan tetapan yang paling tepat digunakan untuk setiap gambar yang diambil. Malah ia dilengkapi ciri cadangan kedudukan gambar terbaik yang membantu mengambil sudut fotografi yang cantik.

Telefon pintar ini amat sesuai digunakan oleh golongan profesional atau mereka yang sanggup ‘melabur’ besar untuk memiliki telefon berharga lebih RM8,000 ini disebabkan pelbagai fungsinya boleh menggantikan sebuah komputer riba.

Rekaannya yang futuristik menjadi kelebihan kepada Samsung dalam merintis dunia evolusi telefon pintar dunia dan yakin pasti ada pengeluar lain yang akan mengikuti jejak ini dengan memperkenalkan telefon yang boleh dilipat pada harga yang jauh lebih rendah.

Nasihat penulis ialah mereka yang ingin memiliki Fold harus tahu tujuan sebenar kegunaan telefon ini malah kena cukup berhati-hati dengan skrin diperbuat daripada bahan polimer yang inovatif dan mungkin terdedah kepada kerosakan tidak seperti skrin kaca.

Anda tidak digalakkan menekan terlalu kuat ke atas skrin ini tetapi menggunakannya dengan lebih ‘lembut’.

Peranti ini juga amat sensitif kerana tidak disokong oleh ciri kalis air atau debu yang biasanya berlaku pada telefon pintar lain.

Bahasa paling mudah ialah telefon ‘manja’ tetapi penuh dengan pelbagai fungsi yang tiada lagi pada mana-mana telefon pintar yang ada di pasaran sekarang.

SPESIFIKASI

Samsung Galaxy Fold

  • Pemproses: Snapdragon 855
  • RAM: 12GB
  • Storan: 512GB
  • Kamera utama: 12MP + 12MP + 16MP
  • Kamera swafoto: 10MP + 8MP
  • Bateri: 4,380mAh
  • SIM/Telefon: Nano SIM
  • Infra Merah: Tiada
  • Kalis Air: Tiada
  • Sistem Imbasan: Cap jari
  • Harga Jualan: RM8,388

Petronas Dagangan Appoints Azrul Osman Rani As New MD/CEO

PETRONAS Dagangan Berhad (PDB) announced the appointment of Azrul Osman Rani as its new Managing Director and Chief Executive Officer effective 1 January 2020.

He is currently the Head of Commercial Development & JV Formation at PETRONAS Refinery & Petrochemical Corporation (PRPC) with a second role as CEO of PRPC Utilities & Facilities.

A PETRONAS scholar, Azrul began his career at PDB’s Retail Business before making his
mark as a trader at Malaysian International Trading Corporation Sdn Bhd (MITCO), marketing various petrochemical products for Indonesia market. He demonstrated strong leadership skills that led him to become one of the youngest country managers appointed to lead various units within MITCO and other divisions within PETRONAS Group.

From 2014 to 2018, he spearheaded the strategic negotiation that led to the formation of the joint venture between PETRONAS and Saudi Aramco within the Pengerang Integrated
Complex, PETRONAS’ largest downstream investment worth USD27 billion.

Azrul takes over the helm from Dato’ Sri Syed Zainal Abidin Syed M Tahir, who was first
appointed as PETRONAS’ Vice President of Marketing, Downstream business in July 2017,
and subsequently as MD/CEO in June 2018.

Commenting on the appointment, Dato’ Sri Syed Zainal said, “Azrul has had an illustrative
career in PETRONAS in the marketing and commercial segment, ranging from trading activities, mergers and acquisitions, as well as negotiations that will complement the dynamics of the business.

With over 23 years of experience in oil and gas business, I look forward to Azrul taking PDB to the next level of growth.”

During his tenure as MD/CEO, Dato’ Sri Syed Zainal drove the ‘customer-first’ mindset,
consequently transforming PDB’s business approach in delivering more seamless and
frictionless solutions to elevate customer experience. Under his leadership, PDB’s sales
volume up to 30 September 2019 improved by 6%, largely attributable to improved stations’ productivity, more operational stations and higher volume registered for the new PETRONAS Primax 95 with Pro-Drive.

PDB was also voted Malaysia’s Brand of the Year at the Putra Brand Awards in 2018 as well as the Company of the Year by the Edge Billion Ringgit Club. As the Vice President of Marketing, Downstream Business and a member of PDB’s board, Dato’ Sri Syed Zainal will continue to oversee the marketing activities of PDB.

Komaci Network Lancar Platform Layan Diri Terbaharu

Platform mikro-influencer terkemuka, KOMACI Network Sdn Bhd (KOMACI) melancarkan platform layan diri terbaru mereka, KOMACI+.

Urusan pencarian dan penglibatan mikro-influencer kini semudah di hujung jari melalui platform yang dilancar pertama kalinya Malaysia ini.

Sebagai satu platform layan diri mesra pengguna, KOMACI+ memberikan kuasa kepada peneraju pasaran digital dan e-dagang termasuk pemasar dan organisasi berkaitan untuk mengakses secara mudah kepada mikro-influencer serta mengekalkan kerjasama erat antara dua pihak.

KOMACI+ juga membolehkan pengguna untuk membentangkan dan mengaktifkan kempen pemasaran digital, mengakses pangkalan data yang menjangkau lebih daripada 4,000 orang mikro-influencer dari dalam negara dan seterusnya menghasilkan kandungan sahih bagi mencapai khlayak dan demografi yang disasarkan.

Kesemua ini boleh dilakukan di sebuah platform pintar.

Ketua Pegawai Eksekutif KOMACI, Ben Wong berkata, pemasaran influencer dijangka mencapai antara USD 5 billion hingga USD 10 billion pada 2020 bagi seluruh dunia.

“Di rantau ini sahaja, pertumbuhan sehingga 113% berjaya dicatatkan sejak 2018. Kita akan melihat lebih banyak kandungan ditaja yang berkembang di seluruh negara bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Ini menunjukkan bahawa lebih ramai konsumer akan beralih kepada media sosial untuk memenuhi kehendak dan secara tidak langsung menjadikan mereka yang aktif di media sosial sebagai tempat rujukan untuk mendapatkan nasihat, tips dan cadangan,” katanya.

Platform layan diri KOMACI+ mengurangkan jurang antara mikro-influencer dan syarikat tempatan yang sebelum ini menghadapi pelbagai kesukaran untuk mendekati mikro-influencer yang bersesuaian dengan bajet serta skala pemasaran dan kempen penjenamaan disebabkan kekurangan sumber, bayaran yang mahal serta maklumat tidak dikemaskini.

“KOMACI+ mampu memudahkan misi pencarian mikro-influencer melalui jaringan pangkalan data mesra pengguna. Dilengkapi dengan ciri terbaik yang menggunakan teknologi kecerdasan buatan atau Artifical Intelligence (AI), pelbagai jenama kini boleh mencari influencer yang bersesuaian dengan imej jenama, industri berkaitan serta bajet pembikinan kempen pemasaran, sebagai usaha meningkatkan jalinan penjenamaan.

“Bagi mikro-influencer pula, KOMACI+ akan membuka lebih banyak peluang kepada mereka untuk berhubung dengan pelbagai jenama daripada segmen yang berbeza. Kami mengharapkan platform ini dapat mewujudkan satu komuniti pemasaran influencer yang aktif, dimana pelbagai agensi dan jenama boleh meneroka potensi pemasaran influencer,” katanya.

Selain itu, ciri unik lain bagi KOMACI+ adalah proses pembayaran secara telus dan pembekalan data analitik merentasi masa. Pengguna juga dapat mengakses prestasi, laporan dan menilai hasil kempen dengan pantas untuk memastikan kempen berkenaan mencapai pulangan maksima. Tambahan lagi, kedua-dua pihak pengguna dan influencer dapat menyemak status pembayaran melalui laman yang dipaparkan.

KOMACI dalam pada masa yang sama, yakin bahawa jenama – jenama yang terlibat dalam bidang barangan pengguna selain industri automotif, gaya hidup, kembara dan hospitaliti bakal beralih menggunakan platform layan diri, KOMACI+ sebagai inisiatif untuk meningkatkan jualan serta pendedahan penjenamaan.

Meskipun pasaran melalui pengamalan khidmat influencer masih di peringkat awal, namun perubahan gaya hidup pengguna dan letusan teknologi membolehkan perkhidmatan ini dapat memberikan pemulangan yang lebih lumayan berbanding pasaran tradisional.

Menurut Business Insider Intelligence, bidang pemasaran influencer dijangkakan mencapai sehingga USD 20 Juta pada tahun 2022 berbanding hanya USD 2 juta pada 2017.

“Dengan pelancaran KOMACI+, kami berharap dapat bantu memajukan pasaran pemasaran influencer. Kami kini juga sedang mengatur langkah bagi menjalankan kerjasama dengan pasaran baru seperti Indonesia, Filipina, Vietnam dan Jepun.

“Kami ingin menjadikan platform ini sebagai titik pertemuan buat influencer dan perniagaan di Malaysia untuk berkolaborasi sekaligus menghasilkan komuniti berkongsi minat sama dalam usaha menghasilkan kandungan kreatif serta menjalinkan hubungan baik antara dua pihak,” katanya lagi.

Platform layan diri KOMACI+ kini dibuka untuk pendaftaran untuk versi percuma. Untuk maklumat lanjut tentang platform ini, sila layari www.komacinetwork.com

Temui Quill Automobiles, Ingress Auto dan Wheelcorp Premium Di Ekspo Akhir Tahun BMW 2019

“The Marquee”, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur bakal ditransformasikan kepada tapak wakil pengedar BMW dan MINI yang terbesar di pusat bandar raya Kuala Lumpur pada hujung minggu ini.

Quill Automobiles, Ingress Auto dan Wheelcorp Premium, tiga pengedar yang mewakili jenama BMW dan MINI di Lembah Klang kini sedang mengadakan sebuah acara istimewa – Ekspo Akhir Tahun BMW 2019.

“The Marquee”, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur kini menjadi tapak wakil pengedar BMW
dan MINI yang terbesar di pusat bandar raya!

Ekspo Akhir Tahun BMW 2019 berlangsung mulai 6 Disember hingga 8 Disember 2019.

Acara tersebut akan mempersembahkan lebih daripada 90 buah kenderaan yang boleh
didapati dengan tawaran-tawaran menarik yang meliputi program Waranti Tanpa Had
Perbatuan Bertempoh 6 Tahun serta 5 Tahun, kadar pembiayaan khas bermula daripada 0.33%, Insurans Motor Komprehensif BMW (BMW Comprehensive Motor Insurance) bertempoh setahun, dan banyak lagi khusus untuk kenderaan BMW atau MINI anda.

Ekspo Akhir Tahun BMW 2019 berlangsung di “The Marquee”, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur bermula jam 10 pagi hingga 7 malam.

GVE Asia Group Ambil Alih Operasi Volkswagen Sg Besi Daripada Wearnes Automotive

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) mengumumkan perubahan pengedar di Sg Besi berkuat-kuasa 2 Disember 2019, Volkswagen Sg. Besi akan dioperasikan oleh
rakan pengedar yang baru, GVE Asia Group.

GVE Asia Group merupakan sebuah syarikat automotif utama yang mengedar serta menjual kereta penumpang premium di Malaysia.

Operasi perniagaannya terdiri daripada pengedaran kereta terpakai, jualan, selepas jualan dan perkhidmatan berkaitan automotif yang lain. Ini adalah usaha pertama GVE Asia untuk menyertai rangkaian Volkswagen.

Pengarah Urusan VPCM, Erik Winter menyatakan penghargaan kepada Wearnes Automotive atas sokongan mereka selama 11 tahun. “Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Wearnes Automotive kerana menjadi sebahagian daripada keluarga Volkswagen.

“Kami telah menyaksikan pertumbuhan pesat selama beberapa tahun dan khidmat mereka kepada jenama ini memang tidak ternilai. Pada masa yang sama, saya juga berbesar hati untuk mengalu-alukan kedatangan GVE Asia Group ke dalam rangkaian ini.

“Saya tidak sabar melihat hasil kerjasama ini untuk sama-sama membina jenama Volkswagen dan memenuhi keperluan para pelanggan.”

Volkswagen Sg. Besi merupakan sebuah pusat 3S yang berfungsi memenuhi keperluan para pemilik Volkswagen. Memiliki ruang seluas lebih 75,181 kaki persegi melibatkan sebuah bangunan dua tingkat, bilik pamerannya boleh mempamerkan sembilan buah kenderaan dan menempatkan pelbagai kemudahan selepas jualan yang mematuhi
standard global Volkswagen.

Pelanggan juga boleh menggunakan ruang menunggu moden yang lengkap dengan televisyen, Wi-Fi dan kafe.

Waktu operasi Volkswagen Sg Besi tidak berubah:

Bilik pameran
Isnin – Jumaat: 9am – 7pm
Sabtu: 9am – 6pm
Ahad : 10am – 5pm

Aftersales & Service
Isnin – Jumaat: 8am – 6pm
Sabtu: 8:30am – 1pm
Ahad: Tutup

Maklumat lanjut, sila layari laman web: www.volkswagen.com.my

Etika Expands Business Portfolio Following Acquisition Of Advend Systems PTE Ltd

The beverage company widens consumer reach, increasing their vending machine pool of more than 10,000 units

Etika Sdn Bhd (Etika), one of Malaysia’s most prominent Halal beverage companies, has recently announced the expansion of their business portfolio after acquiring Advend Systems Pte Ltd. (“Advend Systems”), headquartered in Singapore.

Advend Systems is a leading operator, refurbisher of vending machines and systems solution provider for the vending industry.

This acquisition includes its vending businesses in Malaysia and Singapore operating under the name Atlas Vending.

With this acquisition, Etika is now the number one player in vending with more than 10,000
vending machines across Malaysia. Etika will be able to vend hot beverages as well as
confectionery products, following the completion of this acquisition.

 

Etika, as a leading beverage company always looks to offer its consumers a more convenient and affordable way to purchase great tasting products, served chilled and as freshly produced as possible.

Now, with the acquisition of Atlas Vending, Etika is able to offer consumers a great number of options to purchase and consume their favourite products.

“At Etika, we have always laid special emphasis on meeting consumer requirements as
seamlessly as possible. Following the acquisition of Atlas Vending, we are now able to be
present in a larger number of vending machines, making Etika the No. 1 beverage company with vending machine presence in the country,” says Khalid Alvi, Chief Executive Office of Etika, Malaysia, Singapore and Brunei.

With over 39 years of operations, Atlas Vending is one of the largest independent vending
solutions provider in Singapore and Malaysia, with services ranging from hot and cold
beverages like coffee, canned and bottled drinks as well as snacks such as cup noodles.

Atlas Vending machines come in various formats and some are equipped with proprietary
telemetry technology that eases everyday operations such as stocking machines, inventory
management, operating status, and stock levels, that reduce machine down-time and stock
out situations.

This acquisition will enable Etika to offer multiple payment options at its vending machines
such as e-wallets, cash, credit cards, contactless payment etc. While not all machines will
carry all payment modes, Etika can choose to strategize its vending machine make-up to suit the local market.

Be it cashless or cash payments, consumers will be guaranteed convenient, on-the-go access to their favourite beverages.

Atlas Vending’s machines also possess the ability to retrieve cashless sales data from its
servers for analysis and understanding of transaction trends, products purchased and time
of purchase. This technology is currently being progressively rolled out across more
machines.

For Etika’s expanded business services, these analytics will help to map the entire consumer journey while obtaining key insights such as in-demand products and popular locations, assisting the company to better serve their loyal consumers.

This allows Etika to play a more active role in the entire consumer journey, from manufacturing to purchase Along with providing a convenient and fast option for consumers to purchase their beverages, the acquisition of Atlas Vending further strengthens vending as a strong pillar in Etika’s business.

This gives the beverage company an opportunity to invest in and develop an improved vending experience for consumers ranging from an efficient payment gateway to offering rewards to loyal consumers.

“Innovation lies at the core of Etika’s business principles. We are constantly on the lookout
for new ways to innovate our offerings for our consumers.

Etika’s acquisition of Atlas Vending provides a major growth opportunity for us as we provide increased convenience to our consumers who can now access their favourite beverages, in many more locations” added Khalid Alvi.

The acquisition of Advend Systems Pte Ltd by Etika will be completed by Quarter 1, 2020.

TH Properties Serah Kunci Rumah Pristine Fasa 1

TH Properties Sdn Bhd menyerah kunci rumah kepada pembeli rumah teres dua tingkat baharu di Pristine Fasa 1 sempena “Karnival Hartanah Bandar Enstek”.

Selain daripada menyerah kunci rumah kepada pembeli, majlis penyerahan kunci tersebut
diadakan sebagai tanda penghargaan dan kesyukuran kepada mereka kerana memiliki
rumah masing-masing.

Pristine Fasa 1 yang telah dijual sepenuhnya, ialah pembangunan rumah kontemporari terkini TH Properties yang dibina di atas tanah hak milik kekal di Bandar Enstek oleh THP Enstek Development Sdn. Bhd. yang merupakan anak syarikat milik penuh Kumpulan.

Pembangunan ini dikelilingi oleh persekitaran hijau yang mencetus suasana nyaman dan permai, sesuai bagi pemilik rumah yang inginkan gaya hidup aman damai.

Pristine kini berada dalam pembangunan fasa ketiga dengan pelancaran sasaran Fasa 3
pada Januari 2020. Sementara itu, Pristine Fasa 2 kini telah memperoleh jualan 90 peratus
dan pembinaannya dijangka siap pada Jun 2020.

Dengan menzahirkan konsep moden, projek keseluruhan Pristine mengutamakan saiz rumah dan ketinggian siling yang mewujudkan ruang selesa dan tanggapan pertama yang
menarik, pilihan terbaik bagi keluarga dan pasangan suami isteri untuk mengukir kenangan
indah bersama.

Tambahan lagi, tingkap dan pintunya direka khas untuk memastikan setiap unit menerima cahaya semula jadi dan pengudaraan optimum yang mewujudkan kesinambungan dari kawasan luar ke ruang hidup dalaman, menjadikan rumah-rumah Pristine terang, lapang dan berangin, yang sesuai untuk kehidupan yang selesa lagi mesra keluarga.

Semua rumah teres dua tingkat mempunyai empat bilik tidur dan tiga bilik air dan dibina
untuk memastikan keselesaan, keselamatan dan privasi maksimum. Bilik tidur dibina pada
kedudukan yang memberikan pemandangan terbaik rumah, dengan tingkap luas yang
mencetus keindahan persekitaran rumah, lantas mewujudkan suasana yang mendamaikan.

Pristine Fasa 1 merangkumi 43 unit rumah teres dua tingkat dengan 37 unit terdiri daripada rumah seluas 20’ x 80’ Jenis B dengan kawasan binaan 1,662 kaki persegi (kps) dan 1,772 kaki persegi.

Sementara itu, enam lagi unit terdiri daripada rumah berukuran 20’ x 100’ Jenis C dengan kawasan binaan 1,774 kps dan 1,833 kps.

“Kami menyedari betapa pentingnya membina rumah yang berkualiti dan termampu yang
memenuhi permintaan masyarakat. Kami mengutamakan keperluan mereka dan menjadikan suara mereka faktor asas dalam pembinaan rumah, selain daripada mengikuti
perkembangan dan trend dalam pasaran hartanah.

“Sebagai pemaju hartanah yang berbangga dengan portfolio rumah kontemporari dan
inovatif yang luas dan memenuhi setiap belanjawan dan gaya hidup, TH Properties benar-
benar yakin dapat memenuhi keperluan kediaman bakal pembeli rumah dan menyediakan
pengalaman membeli rumah terbaik buat mereka,” kata Nik Badrul Hisham Nik Hassan, Ketua Pegawai Operasi TH Properties Sdn. Bhd.

“Kami sukacita dengan keputusan para pembeli rumah untuk menetap dan mengabadikan
detik-detik indah di Pristine Fasa 1. Rumah kediaman di sini membolehkan ibu bapa
membesarkan anak-anak mereka, kanak-kanak mengukir kenangan manis dan pasangan
suami isteri membina rumah tangga mereka.

Dalam masa beberapa tahun, Pristine akan mendukung matlamat yang lebih bermakna untuk begitu ramai orang. Inilah yang mendorong usaha kami, membakar semangat untuk membangunkan hartanah yang lebih termampu untuk orang ramai,” katanya.

Sepanjang hari “Karnival Hartanah Bandar Enstek”, pemilik rumah Bandar Enstek yang
sedia ada dan bakal pembeli yang ingin memiliki rumah serba sempurna di bandar ini
berpeluang beramah mesra dengan satu sama lain dan mendapatkan maklumat lanjut
tentang pelbagai rumah moden bermutu tinggi yang boleh didapati di Bandar Enstek.

Bakal pembeli juga boleh meninjau bilik pameran hartanah di karnival dan membuat
sebarang pertanyaan bagi rumah-rumah yang menarik minat mereka.

Pelbagai gerai menjamu selera dan trak makanan disediakan untuk pengunjung di “Karnival Hartanah Bandar Enstek” manakala kanak-kanak menyertai pelbagai aktiviti menarik seperti pertunjukan maskot Omar & Hana, melukis muka dan seni lukisan pasir (sand art).

Pristine mempunyai sebuah taman permainan yang terletak di dalam komuniti berpagar,
dengan kawalan keselamatan 24 jam, menyediakan persekitaran yang menyeronokkan,
selamat dan terlindung untuk kanak-kanak bermain.

Ia juga terletak berhampiran pusat komersial Bandar Enstek yang mempunyai pelbagai kemudahan termasuk institusi pendidikan seperti Sekolah Rendah Kebangsaan Bandar Enstek, Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Enstek dan EPSOM College, di samping bank, restoran, pasar raya dan kedai runcit.

Post Menarik