Lebih separuh daripada pakar kesihatan, guru dan ibu bapa mahu penjualan vape bernikotin dibenarkan.
SATU kajian oleh sebuah badan bebas mendapati majoriti (69%) rakyat Malaysia yang merokok berkata mereka mahukan undang-undang yang membenarkan pengedaran
dan penjualan vape nikotin diluluskan supaya mereka mempunyai satu pilihan alternatif untuk membantu mereka berhenti merokok.
Majoriti rakyat Malaysia (66%) berpendapat usaha Kerajaan Malaysia dalam membantu perokok berhenti merokok adalah tidak mencukupi. Malah lebih separuh daripada ibu bapa (55%), guru (51%) dan pakar kesihatan (52%) yang ditinjau selidik bersetuju Kerajaan Malaysia perlu mengikut jejak Kementerian Kesihatan negara-negara seperti United Kingdom dan New Zealand yang telah membenarkan penjualan vape bernikotin untuk membantu perokok berhenti merokok.
Hasil ini diperolehi daripada tinjauan pendapat mengenai merokok dan penggunaan vape (Malaysian Perception of Smoking and Vaping Survey), yang dijalankan oleh Green Zebras baru-baru ini.
Green Zebras merupakan sebuah syarikat penyelidikan pasaran yang terkenal di Malaysia.
Tinjauan ini turut menunjukkan 58% rakyat Malaysia percaya e-rokok bernikotin perlu dikenakan cukai dan pada kadar cukai yang lebih rendah berbanding rokok biasa sebagai langkah menggalakkan perokok berhenti merokok dan bertukar kepada vape.
Pendapat ini diberikan oleh perokok dan individu yang tidak merokok. Pada masa yang sama, tinjauan ini turut menunjukkan 72% daripada semua responden mengenali seseorang yang menggunakan vape, sama ada orang tersebut merupakan ahli keluarga, kawan atau rakan kerja mereka.
Untuk pengguna vape, 67% berkata mereka tahu di mana mereka boleh membeli vape bernikotin. Hakikatnya, lebih separuh (57%) daripada pengguna vape sedar dan tahu bahawa penjualan produk vape bernikotin adalah tidak dibenarkan di Malaysia.
Walaubagaimanapun, apabila individu yang tidak merokok ditanya sama ada mereka menggunakan vape, tiada seorang pun yang berikan maklumbalas bahawa mereka menggunakan produk tersebut.
Ini membuktikan bahawa mereka yang tidak merokok tidak mempunyai kecenderungan untuk menggunakan vape.
Steve Murphy, Pengarah Urusan & Pengasas Green Zebras Sdn Bhd, berkata, “Kajian ini menunjukkan ramai rakyat Malaysia cukup maklum tentang vape bernikotin dan tahu di mana untuk mendapatkannya kerana produk ini boleh didapati di masyarakat kita.”
“Ternyata kaji selidik ini juga menunjukkan bahawa rakyat Malaysia memahami keperluan untuk mengawal selia e-rokok bernikotin dan menjadikannya tersedia untuk perokok yang ingin berhenti merokok,” katanya.
Murphy berkata: “Kajian Malaysian Perception of Smoking and Vaping Survey yang kami jalankan ini memang tepat pada masa ini di mana Kerajaan Malaysia sedang merangka satu Akta Kawalan Tembakau dan Merokok yang baharu.”
“Tinjauan selidik ini memberikan pemahaman yang lebih baik dalam persepsi rakyat Malaysia berkenaan merokok dan penggunaan vape dan ini membantu pihak berkepentingan untuk membuat keputusan dengan maklumat yang diperolehi,” kata Murphy.
“Maklumat tambahan susulan dari tinjauan selidik ini akan diberikan dengan lebih lanjut dalam dua minggu ini untuk menjelaskan isu-isu negara berkaitan merokok dan penggunaan vape. Bagi memudahkan semua pihak, laporan kajian ini akan disusun mengikut subjek,” katanya.
Tinjuan selidik ‘Malaysian Perception of Smoking and Vaping Survey’ oleh Green Zebras dibuat berdasarkan saiz sampel 1,010 rakyat Malaysia dewasa dan mencerminkan tanggapan semua rakyat dewasa di Semenanjung Malaysia.
Mengenai Green Zebras
Green Zebras ialah satu agensi penyelidikan pasaran khusus yang unik di Malaysia, menawarkan penyelidikan pasaran secara kuantitatif dan kualitatif untuk memberikan pemahaman yang bermakna.
Firma ini dianggotai oleh rangkaian profesional kanan yang berpengalaman daripada syarikat-syarikat penyelidikan pasaran yang besar, jenama-jenama terkenal, dan ahli-ahli akademik. Green Zebras menawarkan pelbagai penyelidikan pasaran secara tradisional, alternatif, dan digital dari seluruh dunia.