TH Properties Sdn Bhd menyerah kunci rumah kepada pembeli rumah teres dua tingkat baharu di Pristine Fasa 1 sempena “Karnival Hartanah Bandar Enstek”.

Selain daripada menyerah kunci rumah kepada pembeli, majlis penyerahan kunci tersebut
diadakan sebagai tanda penghargaan dan kesyukuran kepada mereka kerana memiliki
rumah masing-masing.

Pristine Fasa 1 yang telah dijual sepenuhnya, ialah pembangunan rumah kontemporari terkini TH Properties yang dibina di atas tanah hak milik kekal di Bandar Enstek oleh THP Enstek Development Sdn. Bhd. yang merupakan anak syarikat milik penuh Kumpulan.

Pembangunan ini dikelilingi oleh persekitaran hijau yang mencetus suasana nyaman dan permai, sesuai bagi pemilik rumah yang inginkan gaya hidup aman damai.

Pristine kini berada dalam pembangunan fasa ketiga dengan pelancaran sasaran Fasa 3
pada Januari 2020. Sementara itu, Pristine Fasa 2 kini telah memperoleh jualan 90 peratus
dan pembinaannya dijangka siap pada Jun 2020.

Dengan menzahirkan konsep moden, projek keseluruhan Pristine mengutamakan saiz rumah dan ketinggian siling yang mewujudkan ruang selesa dan tanggapan pertama yang
menarik, pilihan terbaik bagi keluarga dan pasangan suami isteri untuk mengukir kenangan
indah bersama.

Tambahan lagi, tingkap dan pintunya direka khas untuk memastikan setiap unit menerima cahaya semula jadi dan pengudaraan optimum yang mewujudkan kesinambungan dari kawasan luar ke ruang hidup dalaman, menjadikan rumah-rumah Pristine terang, lapang dan berangin, yang sesuai untuk kehidupan yang selesa lagi mesra keluarga.

Semua rumah teres dua tingkat mempunyai empat bilik tidur dan tiga bilik air dan dibina
untuk memastikan keselesaan, keselamatan dan privasi maksimum. Bilik tidur dibina pada
kedudukan yang memberikan pemandangan terbaik rumah, dengan tingkap luas yang
mencetus keindahan persekitaran rumah, lantas mewujudkan suasana yang mendamaikan.

Pristine Fasa 1 merangkumi 43 unit rumah teres dua tingkat dengan 37 unit terdiri daripada rumah seluas 20’ x 80’ Jenis B dengan kawasan binaan 1,662 kaki persegi (kps) dan 1,772 kaki persegi.

Sementara itu, enam lagi unit terdiri daripada rumah berukuran 20’ x 100’ Jenis C dengan kawasan binaan 1,774 kps dan 1,833 kps.

“Kami menyedari betapa pentingnya membina rumah yang berkualiti dan termampu yang
memenuhi permintaan masyarakat. Kami mengutamakan keperluan mereka dan menjadikan suara mereka faktor asas dalam pembinaan rumah, selain daripada mengikuti
perkembangan dan trend dalam pasaran hartanah.

“Sebagai pemaju hartanah yang berbangga dengan portfolio rumah kontemporari dan
inovatif yang luas dan memenuhi setiap belanjawan dan gaya hidup, TH Properties benar-
benar yakin dapat memenuhi keperluan kediaman bakal pembeli rumah dan menyediakan
pengalaman membeli rumah terbaik buat mereka,” kata Nik Badrul Hisham Nik Hassan, Ketua Pegawai Operasi TH Properties Sdn. Bhd.

“Kami sukacita dengan keputusan para pembeli rumah untuk menetap dan mengabadikan
detik-detik indah di Pristine Fasa 1. Rumah kediaman di sini membolehkan ibu bapa
membesarkan anak-anak mereka, kanak-kanak mengukir kenangan manis dan pasangan
suami isteri membina rumah tangga mereka.

Dalam masa beberapa tahun, Pristine akan mendukung matlamat yang lebih bermakna untuk begitu ramai orang. Inilah yang mendorong usaha kami, membakar semangat untuk membangunkan hartanah yang lebih termampu untuk orang ramai,” katanya.

Sepanjang hari “Karnival Hartanah Bandar Enstek”, pemilik rumah Bandar Enstek yang
sedia ada dan bakal pembeli yang ingin memiliki rumah serba sempurna di bandar ini
berpeluang beramah mesra dengan satu sama lain dan mendapatkan maklumat lanjut
tentang pelbagai rumah moden bermutu tinggi yang boleh didapati di Bandar Enstek.

Bakal pembeli juga boleh meninjau bilik pameran hartanah di karnival dan membuat
sebarang pertanyaan bagi rumah-rumah yang menarik minat mereka.

Pelbagai gerai menjamu selera dan trak makanan disediakan untuk pengunjung di “Karnival Hartanah Bandar Enstek” manakala kanak-kanak menyertai pelbagai aktiviti menarik seperti pertunjukan maskot Omar & Hana, melukis muka dan seni lukisan pasir (sand art).

Pristine mempunyai sebuah taman permainan yang terletak di dalam komuniti berpagar,
dengan kawalan keselamatan 24 jam, menyediakan persekitaran yang menyeronokkan,
selamat dan terlindung untuk kanak-kanak bermain.

Ia juga terletak berhampiran pusat komersial Bandar Enstek yang mempunyai pelbagai kemudahan termasuk institusi pendidikan seperti Sekolah Rendah Kebangsaan Bandar Enstek, Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Enstek dan EPSOM College, di samping bank, restoran, pasar raya dan kedai runcit.