Utama Blog Halaman 803

Maxis Biggest Sale Tawar Promosi Peranti Hebat

Tawar telefon Oppo untuk RM1 sahaja pada Hotlink Postpaid Flex

BERMULA Disember 2019 hingga 29 Februari 2020, pelanggan Maxis dan Hotlink boleh menikmati promosi telefon pintar yang hebat dengan lebih banyak lagi tawaran akan datang.

Promosi telefon pintar dan gajet merupakan kegemaran ramai. Bagi mengakhiri tahun 2019 dengan hebat, kami ingin memberikan lebih nilai kepada para pelanggan melalui Maxis Biggest Sale.

Dari individu ke seluruh keluarga, pastinya ada sesuatu untuk menggembirakan semua orang dengan promosi peranti, bertambah dengan pelancaran baru yang dinanti-nantikan, terutamanya pada musim perayaan yang menjelang tiba.

Sekiranya anda telah lama mengidam telefon, sekarang adalah masa untuk merebut peluang,” kata Navin Manian, Ketua Pengurusan Pangkalan Pelanggan, Maxis.

Dua buah telefon untuk satu ansuran bulanan pada pelan Zerolution Maxis.

Dapatkan dua buah telefon pintar terkini untuk ansuran bulanan tunggal yang menarik pada pelan Zerolution Maxis, dari sekarang hingga 31 Januari 2020 atau selagi stok ada.

Untuk menikmati tawaran ini, pelanggan hanya perlu berada pada pelan MaxisONE 128 dan ke atas dan mendaftar talian tambahan baru untuk RM48 sebulan.

Jangan lepaskan peluang ini kerana tawaran hanya akan diberi kepada pelanggan pelanMaxisONE 158 dan ke atas apabila jualan tersebut tamat.

Pelanggan mempunyai kebebasan untuk memilih daripada enam model telefon pintar terkini tanpa bayaran pendahuluan, kadar bunga dan kad kredit. Dengan promosi ini, mereka boleh menjimat sehingga RM3,500.

Telefon pintar yang boleh didapatkan dengan promosi ini adalah:

Peranti

Bayaran bulanan pada Zerolution

Penjimatan

2x Samsung Galaxy Note10+

Dari RM259 sebulan

Sebanyak RM2,100 dari HRD

2x Samsung Galaxy Note10

Dari RM189 sebulan

Sebanyak RM2,800 dari HRD

2x Huawei Mate 30 Pro

Dari RM179 sebulan

Sebanyak RM3,500 dari HRD

2x Huawei Mate 30

Dari RM89 sebulan

Sebanyak RM3,400 dari HRD

2x OPPO Reno 2

Dari RM79 sebulan

Sebanyak RM2,700 dari HRD

2x OPPO Reno 2F

Dari RM45 sebulan

Sebanyak RM2,100 dari HRD

Telefon pintar Oppo untuk RM1 sahaja dengan Hotlink Postpaid Flex

Hotlink juga akan melancarkan Oppo A5s terbaru semasa Maxis Biggest Sale. Pelanggan boleh membeli Oppo A5s baru atauOppo A1k pada harga yang sangat rendah untuk RM1 di Hotlink Postpaid Flex Plus, dengan RM60 sebulan, termasuk pelan pakej peranti sehingga 31 Januari 2020. Ini merupakan harga yang paling berpatutan untuk Oppo A5 di pasaran.

McLaren Announces TUMI As Official Luggage Partner

McLaren and TUMI, the leading international travel and lifestyle brand, announced a new
partnership which will see TUMI become the official luggage partner of McLaren including world-famous race team McLaren Racing and luxury supercar company McLaren Automotive.

SINCE 1975, TUMI has built a foundation of innovation, functionality and durable design, with a focus on optimising the journeys of Global Citizens around the world.

TUMI will provide McLaren with world-class business and travel essentials, designed to uncomplicate, and elevate performance in all aspects of life on the move.

TUMI and McLaren plan to release a luggage collection in late 2020 that brings together the shared values of both brands – unparalleled quality, technical innovation and excellence in design.

From aeronautics to automotive to sport – TUMI is inspired by the world’s most innovative industries which makes the partnership with McLaren, a world-renowned leader in embedding leading-edge technology into products with a clear design language, a natural collaboration.

Mike Flewitt, Chief Executive Officer, McLaren Automotive, said: “McLaren supercar owners the world-over value the experience of travel with a clear emphasis on
p erformance, luxury and style. We see that echoed by TUMI who, like McLaren, pursue a like-minded focus on the innovative use of lightweight materials and optimised performance all brought together by a holistic design-led approach.”

Zak Brown, Chief Executive Officer, McLaren Racing said: “Travel and lifestyle are central to the sport of Formula 1, so our new partnership with TUMI is perfect.

Like McLaren, TUMI is constantly pursuing better in everything it does through optimisation and innovation. We’re delighted to welcome TUMI into our family of partners and to proudly represent the brand and its products around the globe.” Rob Cooper, President, TUMI said:

About McLaren Automotive

McLaren Automotive is a creator of luxury, high-performance sportscars and supercars.
Every vehicle is hand-assembled at the McLaren Production Centre (MPC) in Woking, Surrey, England. Launched in 2010, the company is now the largest part of the McLaren Group.

Accent Wellness Dan UKM Teroka Sektor Penjagaan Kesihatan

Usahasama Awam-Swasta Manfaatkan Perkongsian Sumber Demi Kemajuan Bersama dan Melahirkan Pakar Farmakologi Berwibawa

Accent Wellness Global Sdn Bhd (Accent Wellness), sebuah syarikat farmasi penyebatian di Malaysia, telah berganding bahu dengan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) untuk melaksanakan penyelidikan bersama, mempertingkatkan kefahaman pesakit dan pembangunan bakat.

Kedua-dua pihak menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) yang merasmikan usahasama awam-swasta yang saling memanfaatkan bagi tempoh lima tahun.

“Kami amat sukacita untuk bekerjasama bersama UKM menerusi MoU ini yang menandakan usaha ke arah memajukan sektor penjagaan kesihatan di Malaysia.

Sesungguhnya masih terdapat peluang untuk berkembang dan kami percaya usahasama awam-swasta ini penting untuk merapatkan jurang dan menambah baik pelaksanaan perkhidmatan sosial seperti sektor penjagaan kesihatan.

Di samping berkongsi sumber dan membina komuniti serba maklum, kami percaya usahasama ini penting bagi melahirkan profesional penjagaan kesihatan masa depan yang dilengkapi dengan ilmu terkini daripada industri bagi memenuhi keperluan penjagaan kesihatan Malaysia yang kian berkembang,” kata Pengarah Urusan Accent Wellness, Stephanie Yang.

Menerusi MoU ini, Accent Wellness akan menyumbang kepakaran dalam usahasama
penyelidikan serta untuk melatih ahli-ahli fakulti, mahasiswa dan pelajar siswazah UKM,
memainkan peranan sebagai penaja bersama ubat untuk penyelidikan, dan juga penganjur
bersama ceramah pendidikan dan sesi latihan di UKM.

Sementara itu, UKM akan membolehkan Accent Wellness berganding bahu dengan pakar-pakar klinikal, para penyelidik dan mendekati orang awam sepanjang kerjasama ini.

Antara pengkhususan bidang penyelidikan yang dikongsi oleh UKM dan Accent Wellness termasuk terapi penggantian hormon dan penyelidikan ke atas estrogen dan testosteron berhubungan dengan kesihatan tulang.

Usaha ini merupakan kerjasama pertama UKM bersama syarikat penyedia perkhidmatan farmasi penyebatian yang membuka ruang bagi pengkhususan dan penambahan nilai dalam bidang farmasi.

“Kami amat gembira kerana Accent Wellness telah memilih UKM sebagai rakan strategik
untuk usahasama ini. Hubungan kami telah dijalin sebelum MoU ini menerusi Jabatan
Farmakologi kami.

Mereka telah menyokong beberapa inisiatif kami seperti Mesyuarat Saintifik Penyelidikan Tahunan Mahasiswa Perubatan (MUASRM) Ke-11 dan Persidangan Antarabangsa Ke-4 mengenai Kemajuan Sains Perubatan yang menggalakkan penyelidikan di tahap mahasiswa dan lepasan ijazah.

Kami berharap untuk mengeratkan lagi hubungan dalam bidang penyelidikan dan pendidikan di samping meningkatkan tahap keterlibatan orang ramai,” kata Timbalan Dekan (Penyelidikan & Inovasi), Fakulti Perubatan, UKM, Profesor Dr Ahmad Nazrun Shuid, di majlis tandatangan.

MoU ini merupakan satu perkembangan positif bagi industri penjagaan kesihatan, selari
dengan kejayaan Malaysia yang terus menarik minat khalayak global menerusi tawaran
penjagaan kesihatan bertaraf dunia negara ini.

Menurut Indeks Persaraan Global Tahunan International Living 2019, Malaysia mencatatkan 95 daripada 100 markah dan diberikan penarafan tertinggi dalam kategori Penjagaan Kesihatan Terbaik Dunia.

Menurut laman web International Living, antara enam negara yang mendapatkan penarafan terbaik dalam kategori Penjagaan Kesihatan Terbaik Dunia bagi 2019, Malaysia berada di tangga teratas dengan perkhidmatan penjagaan kesihatan bertaraf dunia dan infrastruktur canggih.

Proton Catat Peningkatan Dua Kali Ganda Jualan Pada November 2019

Jualan bulan November meningkat 100% dengan pegangan pasaran bertambah baik dari tahun ke tahun sebanyak 16.2%

JUALAN Proton terus kukuh pada penghujung tahun 2019 apabila mencatatkan prestasi kukuh pada bulan November di mana jualan pada bulan itu dari tahun ke tahun meningkat
100% melalui jualan sebanyak 9,643 unit (eksport + domestik).

Jumlah kumulatif untuk tahun ini adalah sebanyak 89,476 unit, menunjukkan pertumbuhan 50.1% untuk jumlah dari tahun ke tahun. Pegangan pasaran juga meningkat dan dianggarkan kini berada pada 16.2% bagi keseluruhan tahun 2019.

Proton Saga kembali mendahului jualan bagi sedan segmen A apabila memecahkan rekod jualan sebanyak 4,000 unit untuk tiga bulan berturut-turut dengan sebanyak 4,091 unit kereta telah diserahkan kepada pelanggan pada bulan November.

Rekod ini telah membolehkan model terbaharu Proton itu kembali ke tangga teratas jualan dalam barisan model sedan segmen A dan dengan sebanyak 34,422 unit kereta yang terjual setakat ini, pertumbuhan volumnya kini berada pada 32%, merupakan yang terbaik berbanding mana-mana model dalam segmen A, setakat ini.

“Saga merupakan kejayaan besar untuk Proton sejak ia dilancarkan pada bulan Ogos. Dalam tempoh hanya empat bulan, model itu telah mendapat lebih daripada 35,000 tempahan dan pada ketika ini, setiap unit yang berada di kilang sudah ada pemiliknya.

 

Oleh itu, ini adalah cabaran kami untuk meningkatkan kapasiti pengeluaran Saga dan kami juga telah mengadakan perbincangan rapi bersama para pembekal dalam usaha untuk meningkatkan lagi volum pada tahun hadapan,” kata Dr Li Chunrong, Ketua Pegawai Eksekutif Proton.

Selain daripada saranan nilai, prestasi dinamik terkemuka serta ciri-ciri komprehensif yang ada pada model ini, Saga juga berjaya menarik perhatian pembeli melalui pencapaiannya dalam perlumbaan Sepang 1000km (S1K) pada baru-baru ini.

Pasukan PROTON R3 (R3) berjaya menduduki tempat pertama, kedua dan ketujuh di mana
dua daripada tiga kereta yang dipertandingkan adalah Proton Saga 2019.

“Untuk menamatkan perlumbaan S1K sahaja sememangnya sukar kerana memerlukan gabungan kelajuan dan ketahanan yang konsisten.

Jualan Proton X70 bertambah baik sempena hampir setahun model ini diperkenal
Tarikh 12 Disember 2018 telah tercatat menjadi sejarah Proton di mana itulah tarikh syarikat secara rasmi melakukan transformasi menjadi sebuah jenama premium di pasaran semasa.

MUNCHY’S Terima Anugerah “Biscuit Brand of the Year” Pada Anugerah Penjenamaan Dunia

Munchy’s cukup berbangga kerana menjadi jenama dari Malaysia yang menerima pengiktirafan “Biscuit Brand of the Year” (Anugerah Jenama Biskut) pada acara Anugerah Jenama Dunia (World Branding Awards) yang diadakan di Istana Kensington, London baru-baru ini.

Anugerah Jenama Dunia dianjurkan oleh Forum Penjenamaan Dunia, sebuah pertubuhan tidak berasaskan kepada keuntungan global yang berpangkalan di London.

Ia bertujuan meningkatkan standard jenama demi kebaikan komuniti penjenamaan dan pengguna. Forum ini menjalankan pelbagai program serta menganjurkan banyak persidangan, bengkel dan seminar. Ia menganjurkan acara Anugerah Jenama Dunia yang kini sudahpun memasuki edisi keenam.

Anugerah ini mengiktiraf dan meraikan jenama gobal dan tempatan yang terbaik di atas kerja keras serta pencapaian mereka. Para pemenang juga dinilai dari tiga aspek iaitu penilaian jenama, penyelidikan pasaran pengguna dan undian orang ramai secara dalam talian.

Ketua Pegawai Eksekutif Munchy’s, Rodney Wong berkata, kemenangan itu adalah hasil kerja keras dan inovasi produk oleh syarikat selama 28 tahun.

Anugerah “Biscuit Brand of the Year” adalah pengiktirafan kepada usaha pasukan Munchy’s yang tidak pernah mengenal erti penat untuk membina dan mengekalkan kewujudan jenama dalam pasaran yang sentiasa berubah.

“Anugerah ini sememangnya mengiktiraf usaha kami untuk sentiasa menghasilkan produk berkualiti tinggi dan menggunakan ramuan terbaik buat para pengguna di seluruh dunia. Ia juga menjadi pengiktirafan global untuk ekuiti jenama kami yang kuat.

“Kami akan fokus untuk meraih lebih banyak kejayaan menerusi inovasi produk, selain mengembangkan pasaran ke peringkat serantau dan antarabangsa,” katanya.

Pengerusi Forum Penjenamaan Dunia, Richard Rowles berkata, meraikan usaha keras sebegini adalah penting untuk membina jenama yang luar biasa.

“Jenama yang menang mampu membina ingatan jenama yang kuat, kesedaran dan kepercayaan dalam kalangan pengguna mereka.”

Sementara itu, Pengarah Anugerah Jenama Dunia, Julian Anderson berkata, jenama yang bagus perlu memberi pengalaman berharga kepada pelanggannya, pada masa yang sama kekal relevan dan tersendiri.

“Untuk menjadi pemenang anugerah ini, jenama perlu membuktikan ia telah berkembang kepada satu tahap yang meletakkan mereka di antara jenama terbaik di dunia,” katanya.

Usahasama Celcom, UTM, Ericsson Teroka Rangkaian 5G

UTM Kuala Lumpur menjadi kampus pertama di Malaysia dengan rangkaian 5G

CELCOM Axiata Berhad (Celcom) mengumumkan bahawa syarikat tersebut melanjutkan usahasama dengan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Ericsson (M) Sdn Bhd (Ericsson).

Celcom dan Ericsson turut menyediakan sistem radio 5G percubaan bagi ‘Innovation Center of 5G (IC5G)’ yang dibangunkan pada tahun 2016 di Kampus UTM Kuala Lumpur. Inisiatif ini menjadikan UTM sebagai kampus pertama yang memiliki sistem 5G tersedia untuk membangunkan kes penggunaan dan projek penyelidikan.

Kerjasama ini turut meliputi Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) dalam teknologi 5G dan Internet Pelbagai Benda melalui ‘Innovation Centre for 5G (IC5G)’. Pusat ini yang pertama seumpamanya di Malaysia, menampilkan platform penyelidikan dan pembangunan bagi memacu pembelajaran 5G yang berharga dan memupuk inovasi 5G.

Pada April 2019, Celcom pada awalnya menyatakan hasrat untuk bekerjasama dengan UTM dan Ericsson melalui ‘Letter of Intent (LOI)’, yang telah mencetuskan penerokaan awal objektif utama kerjasama itu, iaitu untuk menyokong platform IC5G yang menggunakan teknologi 5G, untuk memperkembang kes-kes penggunaan untuk menyelesaikan isu-isu dan masalah yang dihadapi oleh industri dan masyarakat.

Perjanjian Kerjasama tersebut merupakan lanjutan daripada pelan kerjasama yang dimeterai melalui ‘LOI’ ketiga-tiga organisasi dan melambangkan pencapaian penting dalam komitmen Celcom untuk memperkukuh, mempromosi dan membangunkan 5G di Malaysia. Seterusnya, Celcom, UTM dan Ericsson melihat kepentingan IC5G dalam perkembangan masa hadapan dan pembangunan teknologi dan kes penggunaan sama ada dalam ekosistem rakan sedia ada mahupun yang baru.

Pertukaran perjanjian tersebut dilaksanakan di antara Muniff Kamaruddin, Ketua Pegawai Strategi dan Penjanaan Nilai, Celcom Axiata Berhad, Prof. Dr. Shamsul Sahibuddin, Pro-Naib Canselor, UTM Kuala Lumpur, dan Todd Ashton, Ketua, Ericsson Malaysia, Sri Lanka dan Bangladesh, dalam majlis yang diadakan di Dewan Azman Hashim, UTM KL.

Turut hadir di majlis tersebut adalah Tan Chuan Ou, Timbalan Ketua Setiausaha (Infrastruktur Telekomunikasi dan Ekonomi Digital), Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia, dan Dato’ Ali Hanafiah, Mohd. Yunus, Ketua Pegawai Korporat, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

Penyertaan Celcom dalam IC5G dan penyempurnaan modernisasi pusat tersebut turut dirasmikan dalam majlis yang sama.

Pertukaran perjanjian tersebut dan penyempurnaan modernisasi IC5G dengan sistem Komersil Radio 5G telah berlangsung sempena acara ASEAN Makerthon 2019. ASEAN Makerthon 2019 merupakan acara dan pertandingan selama tiga hari dengan tema ‘Impact of 5G Revolution towards 4IR’ dianjurkan oleh SKMM.

Dalam pertandingan tersebut, peserta perlu membina prototaip fizikal yang selari dengan tema pertandingan, dan ianya unik kerana ia merupakan makerthon pertama yang dijalankan dengan rangkaian 5G.

Celcom, UTM dan Ericsson merupakan rakan industri yang menyokong acara tersebut, yang dijalankan pada 2-4 Disember di UTM KL.

Idham Nawawi, Ketua Pegawai Eksekutif, Celcom Axiata Berhad berkata, “Melalui kerjasama yang dijalankan pada April lalu, Celcom melihat peluang yang tidak terhad bagi kerjasama industri-akademik tersebut untuk pembangunan 5G yang mampan dalam kawasan kampus, sebagai sebuah saluran dalam penyelidikan dan pembangunan 5G di Malaysia.

Inisiatif ini memperlihatkan komitmen Celcom dalam meneroka peluang yang berkaitan lapangan strategik utama bagi 5G, dan menyokong pembangunan ekosistem digital negara.

Kami amat berbesar hati untuk meneruskan perjalanan ini bersama UTM dan Ericsson, untuk terus menjalankan program pembangunan 5G yang inklusif, serta bermanfaat kepada institusi pembelajaran yang lain dan juga pelbagai sektor”.

Todd Ashton, Ketua Ericsson Malaysia, Sri Lanka dan Bangladesh berkata, “Ericsson telah memegang peranan yang penting dalam pembangunan industri telekomunikasi Malaysia sejak beberapa dekad.

Bagi membawa 5G ke Malaysia, kami telah mula bekerjasama dengan rakan kami bermula pada 2015 dan sejak itu kami telah menjalan pelbagai inisiatif dalam memperkukuhkan komitmen ini.

Bersama-sama Celcom, kami kini membawa rangkaian komersil 5G bagi para pelajar, pendidik, dan seluruh warga UTM.

Saya yakin usaha ini akan terus memacu kerjasama dalam membangunkan kes penggunaan 5G dan IoT di Malaysia”.

Prof. Datuk Ir. Dr. Wahid Omar, Naib Censelor UTM berkata,” Sebagai sebuah universiti premier berfokuskan penyelidikan teknologi di Malaysia, UTM yakin bahawa teknologi adalah untuk memperkasa kehidupan insan, memajukan negara dan membawa rakyat ke arah perpaduan.

Sejak penubuhan di UTM, kami amat bertuah untuk bekerjasama dengan pelbagai rakan industri, khususnya Ericsson, dalam menjadikan teknologi 5G suatu realiti di Malaysia, dan membolehkan modal insan di peringkat belia untuk bersedia ke arah 5G.

“Kami amat berbesar hati mengalu-alukan Celcom untuk menyertai kerjasama strategik antara industri-akademik ini. Kami berharap untuk terus bekerjasama bagi menambahbaik
pengajian tinggi di Malaysia, industri, dan juga negara.”

Celcom memulakan perjalannya ke arah 5G bersama Ericsson pada Mei 2017, dengan ujian pertama 5G di Malaysia, di mana satu ujian kepantasan telah dijalankan, dan mencapai kelajuan penghantaran 18Gbps.

Seterusnya, Celcom dalam usaha memacu pelaksanaan 5G di Malaysia telah menambahbaik rangkaiannya dan peralatan akses radio dengan teknologi terkini di pasaran, untuk membolehkan inovasi di Malaysia.

Dalam pameran #5Gmalaysia di Putrajaya yang dijalankan oleh SKMM pada April 2019, Celcom dan Ericsson telah menjalankan demonstrasi panggilan hologram dan kereta swapandu yang pertama di Malaysia, menggunakan rangkaian 5G, bersama kes-kes penggunaan yang lain, dan meningkatkan lagi inovasi keseluruhan industri dengan keterhubungan berkelajuan tinggi.

Pada Julai 2019, Celcom melancarkan Ujian Berkelompok 5G di Petaling Jaya dengan lima tapak di luar bangunan dan satu di dalam bangunan di Ibu Pejabat Celcom, dengan rekod kelajuan penghantaran 6Gbps.

Ujian secara langsung tersebut dijalankan dengan objektif untuk menguji dan memantau impak liputan 5G di kawasan komersil dan kediaman, serta mengambilkira impak persekitaran ke atas rangkaian dan seterusnya memacu pelaksanaan 5G Malaysia.

Pos Malaysia Lancar Koleksi Setem Seni Ukiran Dan Kraf

Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia) mengeluarkan koleksi setem terbaru berjudul ‘Seni Ukiran dan Kraf’ yang mula dijual pada 4 Disember lalu di pejabat pos seluruh negara.

Kepelbagaian budaya, warisan dan tradisi yang telah wujud berabad lamanya di Malaysia telah menjadikan negara ini kaya dengan budaya seni dan kraf, yang menerapkan pelbagai unsur dan pengaruh. Kemahiran ini diturunkan dari satu generasi ke generasi yang lain, agar keaslian dan keindahan dalam pembuatan dapat dikekalkan.

Syed Md Najib Syed Md Noor, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pos Malaysia berkata, “Pengeluaran koleksi setem ini adalah sebahagian daripada usaha kami dalam memupuk kesedaran di kalangan peminat setem dan orang ramai terhadap pentingnya menjaga dan menghargai warisan negara.

Dalam arus pemodenan, penggunaan teknik pengeluaran secara besar-besaran telah menyebabkan keindahan dan ketelitian cara pembuatan lama kian dilupakan. Ini adalah cara kami untuk mempromosikan khazanah negara kepada generasi muda, melalui pengeluaran koleksi setem dengan rekaan tiga lembaran yang mengandungi 20 keping setem setiap satu, menampilkan rekaan Seni Ukiran Kayu, Seni Kraf Seramik dan Seni Anyaman Buluh.”

Pos Malaysia akan menghasilkan 750,000 keping setem (250,000 keping bagi setiap satu rekaan) dengan nilai 60 sen, 80 sen dan RM1.00 bagi koleksi ini.

Selain tiga rekaan tersebut, Lembaran Mini (MS) khas akan menampilkan Seni Kraf Logam yang menggunakan pelbagai jenis logam seperti perak, besi, pewter, tembaga dan emas. Keindahan kraf logam yang indah dipamerkan dalam ilustrasi Kalung Rantai dengan cetakan timbul kosong (blind embossing) dan varnis ultra ungu (UV varnish).

Hanya 22,000 salinan MS akan dihasilkan dan ia boleh didapati pada harga RM5.00 sehelai. Bagi para pengumpul tegar, tanda pembatalan eksklusif bercorak ukiran eksklusif tersedia bagi menambah nilai estetika koleksi yang dibeli.

Sebanyak 27,000 salinan Sampul Surat Hari Pertama (FDC) boleh didapati pada harga RM2.90 setiap satu manakala FDC bersama MS boleh didapati pada harga RM5.50 setiap satu. Sebanyak 1,500 folder juga dijual pada harga RM6.00 setiap satu. Set folder lengkap boleh dibeli pada harga RM67.40 sebuah.

Kesemua setem dan produk filateli ini tersedia untuk pembelian di pejabat pos besar, pejabat pos terpilih di seluruh negara dan pembelian dalam talian di eziemall.com, di bawah pautan “Setem & Koleksi”.

Untuk pertanyaan lanjut mengenai setem dan produk filateli lain, Unit Setem dan Filateli Pos Malaysia boleh dihubungi di 03-2267 2267 (sambungan 2000) atau melalui e-mel di [email protected].

Merchantrade Receives E-KYC Approval From BNM For Money Changing

Merchantrade Asia Sdn Bhd (Merchantrade), Malaysia’s leading money transfer, retail and foreign currency exchange company, receives Bank Negara Malaysia’s (BNM) approval to introduce the Electronic Know Your Customer (e-KYC) processing for Money Changing.

THE e-KYC online registration will take less than five (5) minutes to complete, giving customers the convenience to access the multi-currency exchange platform without the need to physically be present at a counter.

Merchantrade branch in Pavillion

This makes it a convenient and seamless experience when signing up for a Merchantrade Money multi-currency wallet.

Once the short registration process is completed, customers will automatically have access to the 24 hour live digital currency exchange platform on the Merchantrade Money multi-currency wallet which features 20 currencies including US Dollar, Singapore Dollar, British Pound, Australian Dollar, Indonesian Rupee, Euro, Thai Baht, Yen, Saudi Riyal, China Renminbi, Hong Kong Dollar, South Korean Won and Indian Rupee directly in their wallet.

This platform allows customers to lock in the cheapest rates and start utilising the card overseas, and if they have a balance of foreign currency, they can sell the currencies back in the app at any time. This action is similar to money exchange done over the counter, in which one may buy or sell back unused currencies. The limit of this wallet is RM10,000.

Customers will then receive their personalised Merchantrade Money wallet with a card powered by VISA delivered within 5-7 working days. This card is accepted at 46 million VISA merchants worldwide.

“The e-KYC for money changing is another big step in our efforts towards digitalisation of our services from cash to cashless as well as our commitment to provide convenience in the digital space for our customers,” said Founder and Managing Director of Merchantrade Asia, Ramasamy K Veeran.

Founder and Managing Director of Merchantrade Asia, Ramasamy K Veeran

“Money changing is an 80 billion ringgit industry, and we aim to disrupt it,” he adds.

Merchantrade Money is currently popular amongst travellers and parents who have children studying abroad where card to card transfer is found to be the most useful feature.

Other features include top-ups by online banking, online shopping in foreign currencies, international remittance, etc. Retail payments on the card can be made in foreign currencies from the locked-in rates and so much more.

Customers will also be able to download the Merchantrade Money app via Apple iOS App store or Android Play store.

Notably, the Merchantrade Money wallet, launched a year ago, still leads the race and is gaining massive growth in registration and is showing signs to triple its current growth trajectory; which is more than RM700 million in top-ups.

About Merchantrade Asia Sdn Bhd

Merchantrade is a leading home-grown Money Services Business (MSB) operator, conducting remittance, money exchanging, wholesale currency services and e-money issuer.

Through its established branch network and online platform, Merchantrade provides consumers with easy access to a secure, reliable and fast channel for currency exchange, money transfers and payments across borders.

AirAsia Raih Anugerah Rakan Kerjasama Terbaik Anugerah Pelancongan Sabah 2019

AirAsia telah meraih anugerah Rakan Kerjasama Terbaik bagi Syarikat Penerbangan di Anugerah Pelancongan Sabah 2019 untuk kali keempat berturut-turut.

Anugerah tersebut mengiktiraf syarikat penerbangan yang telah menyumbang kepada industri pelancongan Sabah dari segi jaringan hubungan dan jumlah pelancong tertinggi ke Sabah sepanjang dua tahun lepas.

Timbalan Ketua Menteri Sabah merangkap Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Christina Liew menyampaikan anugerah tersebut kepada Ketua Komersial Malaysia Timur AirAsia, Nur Hayati Aziz Rashid di majlis penyampaian anugerah di Magellan Hotel, Sutera Harbour Resort.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia Riad Asmat berkata: “Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua rakyat Sabah di atas sokongan yang berterusan dan juga pengiktirafan ini. AirAsia berasa bangga dapat bekerjasama dengan kerajaan negeri Sabah dan Lembaga Pelancongan Sabah untuk terus memacu pertumbuhan industri pelancongan dan meningkatkan lagi ekonomi di Sabah. Anugerah ini adalah untuk semua kakitangan Allstars kami di Sabah.”

“Kota Kinabalu adalah hab AirAsia yang terbesar di Malaysia selepas Kuala Lumpur, di mana kini kami mengendalikan lebih 10 buah pesawat dan menyediakan peluang pekerjaan kepada hampir 500 orang rakyat Sabah.

“Kami juga mempunyai rancangan besar untuk bandar-bandar lain seperti Sandakan dan Tawau. Kedudukan negeri ini yang begitu strategik di hujung Borneo, membuka peluang untuk kami menghubungkan Sabah ke lebih banyak destinasi dalam Asean, Asia Utara dan lain-lain. Kami juga berbangga kerana dapat bekerjasama dengan semua pemain industri dalam pelbagai kempen untuk mempromosikan Sabah,” katanya.

Dilancarkan pada 1997, Anugerah Pelancongan Sabah diadakan pada setiap dua tahun untuk mengiktiraf individu dan organisasi yang cemerlang dan menyumbang kepada pembangunan pelancongan dan perhotelan di Sabah. AirAsia telah meraih anugerah Rakan Kerjasama Terbaik bagi Syarikat Penerbangan pada 2011, 2015, dan 2017.

AirAsia juga telah membuka dua laluan eksklusif Perkhidmatan Udara Luar Bandar (RAS) ke Sabah pada awal tahun ini, iaitu Kota Kinabalu-Sibu dan Kota Kinabalu-Bintulu. Pada tahun ini sehingga Oktober 2019, AirAsia telah membawa lebih daripada 2.5 juta penumpang ke Sabah, peningkatan sebanyak 22.3% berbanding tempoh yang sama pada tahun 2018 dan 38.4% adalah warganegara asing.

Kini AirAsia menghubungkan Sabah ke 21 buah destinasi melalui Kota Kinabalu, Sandakan dan Tawau dengan sejumlah 511 penerbangan terus pada setiap minggu ke Sabah. Perkhidmatan Fly-Thru AirAsia juga menghubungkan Sabah ke 63 buah bandar di Asia Pasifik melalui persinggahan di Kuala Lumpur.

New Dell Latitude 7220 Rugged Extreme: Powerful 12” Fully Rugged Tablet

Light and powerful 12” fully-rugged tablet built to keep users productive and connected in the most extreme environments

Dell Technologies (DELL) has announced the Latitude 7220 Rugged Extreme tablet, built to meet the demands of workers in harsh environments; from the factory floor to ambulances, desert sandstorms to Arctic conditions.

Latitude 12 7000 Series Rugged Extreme Touch Tablet

The light and powerful rugged 12” tablet is designed to provide the mobility and connectivity to help field users stay productive; its durability offering peace of mind for those in some of the dirtiest, wettest, most challenging and most critical workplaces.

Updated features include an enhanced 1000 NIT FHD display with anti-glare coatings, allowing customers to access and showcase their work even when out in direct sunlight.

The screen is also glove responsive and multi-touch capable. Secure and reliable communication is a priority for first responders, public safety organisations and service utilities’ organisations that need to operate when everything else is down.

That’s why the Latitude 7220 Rugged Extreme was designed to offer a broad range of connectivity options. This connectivity, combined with the built-in camera, means the ability to make video calls and stream data from the field –connecting users to the critical information they need in every emergency.

The Latitude 7220 Rugged Extreme offers performance and connectivity for ultimate field productivity:

  • High-performance processing power for the most in-demand field applications – The tablet can be configured to individual user needs, with options including the latest 8 th Generation Intel Core Processors boasting up to 2TB 1 of high performance and reliable PCIe solid state drives.
  • Reliability and safety in extreme environments – The tablet has passed MIL-STD-810G/H testing and is also IP-65 rated for protection against dust, dirt and water ingress, along with hazardous location Class 1 Div 2 certifications.
  • Drop tested from 4 ft (approx. 1.2 metre) and tested to withstand -20 to 145 Fahrenheit (approx. -29 to 63 Celsius) temperatures 2 , the tablet is built to support you whatever the environment.
  • Uninterrupted power – Optional dual hot-swappable battery-architecture and on-the-go charging ecosystem for uninterrupted operation.
  • Optimal Screen Interactivity – Anti-glare treatments on the 1000 NIT FHD displays provides excellent readability in all conditions. The new Rugged Active Pen and glove-capable multi-touch functionality enables a reliable pen and touch experience.
  • Mission-critical connectivity – 802.11ax WiFi, global 4G/LTE broadband 3 and assignable RF pass-through options for WWAN, WLAN and GPS mean users can easily stay connected wherever they are.
  • Integrated security features – A built-in infrared camera with Windows Hello facial recognition allows users to log in into their devices securely and easily.
  • Optional next-generation fingerprint, contactless and contacted smartcard readers benefit those needing to balance the security of their data with user accessibility.
  • Easy integration – IT managers will appreciate the ease of deployment – the Latitude 7220 Rugged Extreme tablet is compatible with most existing Latitude Rugged Extreme tablet vehicle and desk docks and previous generation accessories.
  • Support services designed to make unplanned downtime a thing of the past – Dell Pro Support Plus service options include 24/7 access to the most experienced Dell technicians and same or next business day onsite repair after remote diagnosis.

“Dell Rugged customers are often operating in the most challenging, unpredictable environments out there, and constant access to their data can be vital to their roles. The new Latitude 7220 Rugged Extreme tablet offers the latest processors and several connectivity options in a compact, light device, perfect for those in the field,” comments Tom Tobul, vice president, Dell Specialty Products.

“The impact of reliable technology and connectivity options for Dell customers in these critical roles should not be underestimated. The tablet’s WiFi and broadband capabilities make it easier for first responders on scene to share live updates, for example, which could help drastically improve the coordination of resources in emergency situations.”

Availability and Pricing

The new Latitude 7220 Rugged Extreme tablet will be available in Malaysia in early December 2019, with pricing to be announced.

Post Menarik