Pengerusi NGO Antarabangsa dan Penasihat Beberapa NGO Tempatan, Datuk Dr Mustapha Ahmad Marican berkata, rakyat Malaysia yang terkesan ekoran dari wabak COVID-19 menyebabkan ramai yang hilang pekerjaan dan peluang pekerjaan baru juga terhad.

Beliau berkata, turut terkesan ialah graduan lepasan universiti yang mendapat impak dari wabak ini apabila peluang pekerjaan adalah sukar dan terpaksa bersaing dengan mereka yang memiliki pengalaman bekerja.

Dato Dr Mustapha Ahmad Marican (kiri) ketika mengadakan pertemuan dengan Sumali Amat, Pengerusi Hal Ehwal Anak Anak Yatim/NGO Gombak.

“Justeru, adalah disarankan supaya mereka yang terbabit buat masa ini kena mengambil apa-apa peluang yang ada tanpa memilih jenis pekerjaan.

“JIka dulu ramai warga asing berniaga di pasar-pasar dan pasar malam dengan bebas, kali ini ruang itu mesti diambil oleh rakyat kita dan pihak berkuasa kena memastikan tidak lagi ada warga asing yang bebas berniaga,” katanya ketika mengadakan mesyuarat dengan NGO-NGO tempatan di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Beliau berkata, majikan yang mengajikan warga asing dipremis tertentu seperti restoran makanan segera atau premis makanan dan premis lain mesti mengutamakan rakyat tempatan.

Selain itu, rakyat juga tidak boleh bersikap terlalu memilih jenis pekerjaan namun sebaliknya mengambil apa sahaja peluang yang ada termasuk cara bekerja sendiri dengan memulakan perniagaan kecil-kecilan kerana peluang itu sentiasa ada.

“Kita haru membuang sifat malu, takut dan tidak yakin tetapi harus melihat peluang itu supaya tidak bertindih dengan berniaga benda yang sama dengan rakan-rakan misalnya menjual burger dengan harga RM2 murah tentunya laku dan banyak permintaan.

Ini kerana di Kuala Lumpur ada banyak taman perumahan banyak tetapi mereka yang menjual burger ini tidak ramai jadi ini adalah antara peluang yang boleh dicuba ketika negara dalam fasa pemulihan akibat wabak COVID-19.

Selain itu, banyak lagi jenis perniagaan baharu yang boleh diterokai mengikut kehendak pelanggan dan menerima permintaan ketika fasa selepas COVID-19 seperti menyediakan perkhidmatan penghantaran barangan keperluan rumah kerana orang ramai malas nak beratur panjang ketika keluar membeli belah.

Selain itu, NGO Antarabangsa juga menasihatkan orang ramai agar mengamalkan sikap berjimat cermat dengan tidak lagi membeli barang yang tidak penting tetapi lebih mengutamakan barangan keperluan iaitu makanan dan pendidikan anak-anak serta perubatan selebihnya membuat simpanan wang bagi tujuan kecemasan.

Sementara itu, semua kedai juga mesti mematuhi SOP yang dikeluarkan kerajaan seperti tidak menaikkan keperluan barang sesuka hati dan masyarakat juga harus jadi pembeli yang bijak mencari tempat menjual dengan harga yang murah.