Utama Blog Halaman 798

AirAsia Raih Anugerah Datuk Bandar Miri

AirAsia meraih Anugerah Khas Datuk Bandar yang merupakan anugerah utama di Anugerah Datuk Bandar Miri 2019 atas sumbangan pentingnya kepada aspek ekonomi dan sosial di bandar Miri.

AirAsia telah diiktiraf atas komitmennya dalam meningkatkan hubungan penerbangan domestik dan antarabangsa ke dan dari Miri serta membuka peluang kepada semua lapisan masyarakat untuk terbang.

AirAsia menghubungkan Miri ke Kuala Lumpur, Kuching, Kota Kinabalu dan Johor Bahru serta Singapura melalui 101 penerbangan pergi dan balik ke Miri setiap minggu.

Hasil daripada peningkatan hubungan yang disediakan oleh AirAsia, trafik penumpang di Lapangan Terbang Miri telah meningkat tiga kali ganda dalam tempoh 20 tahun dari 0.79 juta pada 1998 kepada 2.35 juta pada 2018.

Pada tahun 2018, lebih 61% trafik penumpang di Lapangan Terbang Miri adalah daripada AirAsia. Anugerah tersebut disampaikan oleh Datuk Bandar Miri Adam Yii kepada Ahli Lembaga Pengarah Kumpulan AirAsia, Dato’ Aziz Bakar.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia, Riad Asmat berkata, “Sebagai penyokong Visi Kemakmuran Bersama, kami berusaha untuk membuka peluang kepada rakyat Malaysia untuk terbang dengan tambang rendah dan menyokong caj lapangan terbang yang adil.

“Kami juga berbesar hati kerana diiktiraf sebagai penyumbang kepada kemajuan landskap ekonomi dan sosial Miri. AirAsia adalah satu-satunya syarikat penerbangan yang menawarkan penerbangan antarabangsa terus ke Miri kerana kami percaya Miri berpotensi menjadi sebuah destinasi pelancongan dan dagangan.

“Kami juga berharap dapat menghubungkan lebih ramai pengunjung ke Miri pada tahun-tahun akan datang yang bukan sahaja boleh mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan malah meningkatkan ekonomi negeri.”

Pada 2018, AirAsia telah menerbangkan kira-kira 1.3 juta rakyat Malaysia ke dan dari Miri dan kira-kira 250,000 pengunjung dari negara lain. Selain itu, AirAsia telah meningkatkan jumlah rakyat Brunei merentasi Miri, untuk memanfaatkan hubungan luas AirAsia dan kekerapan penerbangan yang tinggi dari Miri.

Diadakan untuk tahun kedua, anugerah tersebut bertujuan untuk mengiktiraf individu dan organisasi yang telah memberi sumbangan penting kepada pembangunan bandar Miri.

Kerjasama Maxis Dan Allo Tingkatkan Liputan Fiber Di Malaysia

Maxis menandatangani perjanjian bersama Allo untuk mendapatkan akses sepenuhnya bagi Perkhidmatan Rangkaian HSBB

MAXIS dan Allo Technology Sdn Bhd (Allo), anak syarikat milik penuh Tenaga Nasional Berhad (TNB), akan bekerjasama untuk menyediakan akses yang lebih besar kepada sambungan fiber untuk lebih ramai penduduk dan perniagaan di Cyberjaya, Bangsar South di Lembah Klang dan Jasin di Melaka.

Maxis dan Allo menandatangani Perjanjian Akses bagi penyediaan Perkhidmatan Rangkaian Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi (HSBB).

Menandatangani bagi pihak Maxis adalah Ketua Pegawai Eksekutifnya, Gokhan Ogut, manakala Allo diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, En Rodzi Ahmad. Pengerusi Maxis, Raja Tan Sri Dato’ Seri Arshad Raja Tun Uda; Pengerusi TNB, Tan Sri Datuk Amar (Dr.) Leo Moggie; dan Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, turut hadir untuk menyaksikan penandatanganan dan pertukaran perjanjian tersebut.

Perjanjian dengan Allo adalah Perjanjian Akses HSBB keempat yang telah ditandatangani Maxis selepas TM, SACOFA dan CT Sabah.

Di bawah perjanjian ini, Maxis akan memanfaatkan Perkhidmatan Rangkaian HSBB Allo yang membolehkan Maxis mengembangkan lagi jejak fibernya di Semenanjung Malaysia, dan memberi penawaran yang berbeza beserta perkhidmatan fiber untuk kediaman dan perniagaan di lokasi-lokasi ini.

Allo akan menyediakan landasan asas bagi infrastruktur akses sehingga ke premis pelanggan, sementara Maxis akan menguruskan bahagian peruncitan dan perkhidmatan. Perjanjian ini memperkukuhkan komitmen Maxis terhadap Pelan Gentian Optik dan Kesalinghubungan Negara (NFCP).

Gokhan Ogut, Ketua Pegawai Eksekutif Maxis berkata: “Kami telah memperluaskan jejak perkhidmatan tetap dengan agresif sebagai platform untuk terus melancarkan penawaran dan penyelasaian baru kami. Dengan kerjasama ini, kami mengambil satu lagi langkah penting dalam menyampaikan penyelesaian konvergen kami yang disokong oleh pengalaman peribadi yang tidak dapat ditandingi, kepada lebih banyak kediaman dan perniagaan di Malaysia.

“Kami mempunyai cita-cita yang jelas untuk menjadi syarikat penyelesaian konvergen terkemuka di Malaysia, dan perkongsian ini memperkuatkan cita-cita tersebut. Kami akan terus memainkan peranan penting dalam memacu penggunaan jalur lebar yang lebih tinggi di Malaysia.”

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Tenaga Nasional Bhd: “Selepas Perjanjian Akses ini ditandatangani, Maxis menjadi Penyedia Perkhidmatan Retail (RSP) TNB yang pertama untuk sambungan Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi diseluruh Semenanjung Malaysia.

“Saya berasa gembira melalui kerjasama dengan Maxis ini yang menguntungkan semua pihak. Maxis telah memberikan komitmen mereka untuk menandatangani perjanjian balas yang menyaksikan ALLO, sebuah syarikat subsidiari milik penuh TNB, berupaya untuk menggunakan infrastruktur rangkaian milik Maxis untuk menyediakan perkhidmatan kepada pelanggan.

“Sepanjang 70 tahun kewujudan TNB, kami sentiasa berusaha untuk menjadikan kehidupan rakyat lebih sejahtera. Maka, menerusi inisiatif NFCP kami, melalui ALLO, kami merancang untuk mengembangkan RSP kami ke seluruh pelosok Semenanjung Malaysia. Dengan demikian, kami akan mendapatkan sokongan beberapa kerajaan negeri dan kami telah pun bermula dengan negeri Melaka.”

Hentikan Penjualan Rokok Seludup – Kerajaan Perlu Ambil Tindakan Lebih Tegas

Majoriti masyarakat Malaysia (93%) mahu Kerajaan hentikan penjualan rokok seludup murah.

Peratusan besar ibu bapa (93%), guru (98%), profesional bidang kesihatan (97%), malah perokok (88%) dalam satu tinjauan menyatakan mereka akan menyokong Kerajaan untuk mengambil tindakan lebih keras bagi menghentikan bekalan rokok seludup murah oleh dalang sindiket di negara ini.

Penemuan ini adalah hasil Kajian Tanggapan Rakyat Malaysia Mengenai Merokok dan Vape (Malaysian Perception of Smoking and Vaping Survey), satu tinjauan pendapat yang dijalankan baru-baru ini oleh syarikat penyelidikan pasaran terkemuka di Malaysia, Green Zebras.

Tinjauan pendapat rakyat Malaysia tentang impak rokok seludup murah di negara ini menunjukkan bahawa lebih separuh (61%) responden mengatakan Kerajaan setakat ini tidak mengambil tindakan secukupnya untuk membendung gelaja serius ini.

Malah, 89% responden percaya bahawa kerugian cukai daripada rokok seludup murah berjumlah lebih RM5 bilion pada 2018 (dan kemungkinan meningkat setiap tahun) boleh menjejaskan ekonomi negara.

Pengarah Urusan dan Pengasas Bersama Green Zebras Sdn Bhd, Steve Murphy berkata, “Tinjauan kami menunjukkan rakyat Malaysia sedar akan lambakan rokok seludup murah di negara ini dan menganggap Kerajaan bertanggungjawab menghentikan gejala yang memudaratkan seluruh negara ini.”

“Malangnya, ramai merasakan Kerajaan setakat ini tidak melakukan secukupnya untuk menangani masalah ini. Tindakan tidak tegas Kerajaan sehingga kini membuat rakyat percaya gejala ini hanya akan terus bertambah teruk di masa-masa akan datang,” katanya.

Kajian Tanggapan Rakyat Malaysia Mengenai Merokok dan Vape (Malaysian Perception on Smoking and Vaping Survey) oleh Green Zebras membabitkan saiz sampel 1,010 responden dewasa di Malaysia dan mencerminkan persepsi semua orang dewasa di seluruh Semenanjung Malaysia.

Airasia.com Tawar Pakej Gaya Hidup Dengan Nilai Lebih Hebat

Pelbagai tawaran dengan diskaun untuk lebih penjimatan dan promosi pelancaran hanya RM1 pada 18 Disember

PLATFORM perjalanan dan gaya hidup AirAsia, airasia.com melancarkan AirAsia Deals, tawaran pakej gaya hidup dengan nilai lebih hebat untuk lebih penjimatan.

(Second from left) CEO of AirAsia Group Tan Sri Tony Fernandes, Head of Lifestyle, airasia.com Peggy Yeoh and CEO of airasia.com Karen Chan unveiling the special promo price RM1 to celebrate the launch of AirAsia Deals

Para pelanggan kini boleh menikmati lebih daripada 80 tawaran gaya hidup yang terdiri daripada makanan dan minuman (F&B), kecantikan dan perkhidmatan melalui geo-lokasi bagi pas 90 hari pada hanya RM20, atau dengan hanya 2,500 Mata Ganjaran BIG.

Tawaran AirAsia Deals tersebut telah dilancarkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes bersama Ketua Pegawai Eksekutif airasia.com, Karen Chan di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur.

Karen Chan berkata, “Kami berbesar hati untuk memperkenalkan satu lagi produk gaya hidup baharu sebagai sebahagian daripada perjalanan kami untuk menjadi jenama gaya hidup.

“AirAsia kini lebih daripada sebuah syarikat penerbangan, yang menawarkan produk dan perkhidmatan dalam perjalanan, gaya hidup, logistik, kewangan dan banyak lagi untuk memenuhi keperluan gaya hidup semasa. Nikmati tawaran seperti potongan rambut, rawatan muka dan tatarias kuku secara percuma dan tawaran beli-1-percuma-1 yang disediakan di lokasi yang berbeza.

“Kini tersedia di Kuala Lumpur, tawaran-tawaran ini akan diperluaskan ke bandar dan negara lain termasuk Pulau Pinang, Singapura, Thailand dan banyak lagi pada masa akan datang.

“Tawaran AirAsia Deals bukan hanya terhad kepada pelawat airasia.com, tetapi pada fasa seterusnya, kami akan memperkenalkan ganjaran dan pembelian kepada syarikat korporat untuk organisasi-organisasi yang ingin memberi ganjaran kepada kakitangan mereka.”

Sempena pelancaran ini, airasia.com menawarkan promosi 24 jam pada harga RM1 bermula 18 Disember 2019 (0001h – 2359h GMT +8) untuk pembelian Tawaran AirAsia Deals. Rebut tawaran tersebut di airasia.com/deals.

Selain Tawaran AirAsia Deals, tawaran gaya hidup lain yang terdapat di airasia.com termasuklah SNAP (pakej penerbangan + hotel), hotel, aktiviti, barangan bebas cukai dan insurans perjalanan.

Proton Serah X70 Kepada Kerajaan Pakistan

Memenuhi perjanjian yang dibuat kepada Perdana Menteri Pakistan pada 22 Mac dan kilang pemasangan baharu di Pakistan akan beroperasi pada 2021

Ketika Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad melawat Pakistan sewaktu sambutan Hari Resolusi pada Mac tahun ini, beliau telah menghadiahkan kepada Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan sebuah Proton X70 di satu majlis menandatangani plak.

Semalam, Proton menyerahkan Proton X70 tersebut secara rasmi kepada kerajaan Pakistan.

Mewakili Malaysia pada majlis penyerahan ialah Ikram Mohammad Ibrahim, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Pakistan serta Khalid Yusof, Pengarah Pelaburan dan Promosi Proton.

Bagi pihak Kerajaan Pakistan untuk menerima kereta tersebut pula ialah Abdul Razak Dawood, Penasihat Perdana Menteri bagi Perdagangan, Tekstil, Industri & Pengeluaran dan Pelaburan Pakistan.

Turut hadir Al-Haj Shah Jee Gul Afridi, Pengerusi ALHAJ Automotive iaitu pengedar rasmi Proton di Pakistan.

Dengan lebih 26,000 unit telah diserahkan dan jualan eksport sudah pun bermula di Brunei, Proton X70 adalah pemangkin yang akan membantu usaha Proton untuk menjadi jenama automotif bertaraf global.

Meskipun unit pertama telah dikhaskan untuk Imran Khan, itu bukanlah satu-satunya model yang akan berada di Pakistan. Pembinaan sedang dijalankan di tapak Greenfield yang terletak di Karachi untuk sebuah kilang pemasangan CKD baharu yang akan dimiliki dan dikendalikan oleh ALHAJ Automotive.

Aktiviti pengeluaran dijadualkan bermula pada 2021 dengan pelbagai pelan dirancang secara teratur untuk pemasangan beberapa model di negara ini.

“Proton melihat pelbagai potensi di Pakistan dan oleh kerana Malaysia adalah satu-satunya negara Islam yang mempunyai jenama automotif sendiri, kedua-dua negara dilihat sebagai rakan usaha sama semula jadi yang mempunyai pelbagai kelebihan bersama yang boleh dikongsi antara satu sama lain.

Proton X70 telah memenangi pelbagai anugerah di Malaysia dan kami berharap agar perkara yang sama dapat dicapai di Pakistan,” kata Khalid Yusof.

Bercakap mengenai potensi perniagaan yang telah bertambah baik antara kedua-dua negara, Ikram Mohammad Ibrahim berkata “Suruhanjaya Tinggi Malaysia menyokong usaha dilakukan Proton dan ALHAJ Automotive untuk menjual dan selepas ini untuk memasang kereta-kereta Proton di Pakistan.

Melalui pembinaan kilang pemasangan di Pakistan dengan kerjasama ALHAJ Automotive, Proton berharap dapat kelebihan pengurangan cukai bagi kenderaan CKD di negara tersebut. Ini akan membantu syarikat dalam mencapai matlamat jangka panjangnya untuk menjual 400,000 unit kereta menjelang 2027.

Kilang pemasangan CKD baharu di Karachi akan dibina dengan pelaburan awal sebanyak USD30 juta dan akan mewujudkan 2,000 peluang pekerjaan langsung dalam tempoh tiga tahun pertama operasinya.

Dianggarkan pula akan terdapat lebih 20,000 peluang pekerjaan tidak langsung setelah kilang tersebut siap dibina.

“ALHAJ Automotive akan memanfaatkan pengedar sedia ada di seluruh negara itu untuk mula menjual kereta-kereta Proton secepat mungkin sementara kami membangunkan cawangan 3S/4S. Kami akan menghantar unit-unit CBU dari Malaysia sebagai permulaan operasi di Pakistan sebelum memasarkan unit CKD sebaik sahaja kilang pemasangan itu mula beroperasi,” kata Al-Haj Shah Jee Gul Afridi.

Kabel Dasar Laut 26.5 Km Perkukuh Bekalan Elektrik Pulau Langkawi

Bekalan yang stabil sepanjang Tahun Melawat Malaysia 2020 dan APEC 2020

Sistem elektrik di Pulau Langkawi yang kini dikawal sepenuhnya secara automasi, akan dipertingkatkan lagi menerusi kabel dasar laut sepanjang 26.5km yang menyalurkan tenaga dari Grid Nasional ke pulau peranginan itu.

Projek merentang kabel dasar laut dari Semenanjung Malaysia ke Pulau Langkawi yang dilaksanakan Tenaga Nasional Berhad (TNB) dijangka siap hujung tahun ini

“Usaha merentang kabel dasar laut 132 kilovolt (kV) ini adalah sebahagian daripada perbelanjaan modal TNB untuk mengukuhkan infrastruktur elektrik negara,” kata Ketua Pegawai Grid TNB, Datuk Ir. Husaini Husin.

Menurutnya, kerja merentang kabel dasar laut yang menghubungkan Pencawang Masuk Utama (PMU) Kuala Perlis dengan PMU Teluk Apau di Pulau Langkawi bermula Oktober lalu dan dijangka siap hujung tahun ini.

Datuk Ir. Husaini Husin, TNB Chief Grid Officer

Perentangan kabel tersebut dijangka dapat membantu persiapan Pulau Langkawi untuk menerima kira-kira empat juta pelancong sempena Tahun Melawat Malaysia 2020, selain menjadi satu daripada lokasi mesyuarat Persidangan Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik 2020 (APEC 2020).

 

“Projek berkenaan dapat mengukuhkan daya harap, kualiti, kestabilan dan kecekapan pembekalan elektrik ke Pulau Langkawi yang ketika ini mendapat bekalan dari Grid Nasional menerusi dua lagi kabel dasar laut sedia ada,” katanya.

Kabel dasar laut yang sedang direntang itu menggunakan teknologi terkini, iaitu cross-linked polyethylene berbanding oil-filled cable yang digunakan sebelum ini.

Bermula awal tahun ini, sistem bekalan elektrik di Pulau Langkawi dikawal secara automasi sepenuhnya melalui Kawalan Penyeliaan dan Permolehan Data Berkomputer (SCADA) yang menghubungkan semua 404 pencawang di pulau peranginan itu.

Automasi ini akan membantu mempercepatkan masa pemulihan bekalan elektrik sekiranya berlaku kerosakan sistem TNB.

Ground Team Red Jana Pertumbuhan Dengan Hab Kargo Udara Digital Baharu

Ground Team Red (GTR), sebuah syarikat usaha sama antara AirAsia Bhd dan SATS Ltd telah melancarkan hab kargo udaranya di Kargo Udara KLIA Terminal 1 (KACT1).

HAB kargo udara ini terletak di Terminal Penerbangan Tambang Rendah (LCCT) yang lalu, dan meliputi kawasan seluas 93,000 kaki persegi dan dibina dengan kos RM 23 juta.

Kawasan tambahan ini turut bergabung dengan gudang seluas 40,000 kaki persegi sedia ada, dan kemudahan ini mampu mengendalikan sebanyak 300,000 tan muatan setiap tahun, selari dengan matlamat Malaysia untuk menjadi hab logistik serantau.

Hab kargo udara baharu tersebut membolehkan GTR untuk mengembangkan keupayaannya dengan mengendalikan operasi kargo pesawat berbadan kecil dan lebar dan mempunyai sistem pengendalian bahan bermotor yang memudahkan pengendalian Unit Beban Peranti (ULDs).

Hab kargo udara baharu tersebut juga mempunyai kemudahan rantaian sejuk setinggi 10,000 kaki persegi yang dibina khas untuk pengendalian khusus bagi produk mudah rosak dan farmaseutikal serta zon yang ditetapkan untuk barangan berbahaya, haiwan peliharaan dan pengendalian kargo berharga. Ia juga dilengkapi pengimbas kargo keselamatan moden yang menawarkan pandangan kargo mendatar dan menegak untuk meningkatkan keberkesanan.

Hab tersebut dirasmikan oleh Menteri Pengangkutan Loke Siew Fook, bersama Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Tan Sri Tony Fernandes, Presiden Kumpulan AirAsia (Syarikat Penerbangan) Bo Lingam, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif SATS Alex Hungate, Ketua Pegawai Eksekutif GTR Kevin Chin dan Ketua Pegawai Eksekutif Teleport Pete Chareonwongsak.

Loke berkata, “Tahniah GTR atas pelancaran hab Kargo Udara mereka, serta usaha mereka dalam meningkatkan operasi pengendalian darat syarikat penerbangan di Malaysia.

“Ia adalah kemudahan yang mengagumkan dan akan membantu menjadikan KLIA dan klia2 sebagai pintu masuk utama logistik, selari dengan Pelan Induk Logistik Kementerian untuk membangunkan Malaysia sebagai hab logistik.

“Saya juga ingin melihat GTR mempunyai kemudahan yang sama, khususnya kemudahan ruang sejuk di lapangan-lapangan terbang lain di Malaysia untuk terus membangunkan Malaysia sebagai hab logistik.”

Ketua Pegawai Eksekutif Ground Red Team, Kevin Chin berkata, “Kami menjangkakan kargo udara KLIA akan terus berkembang.

“Dengan pemain e-dagang global yang melabur di rantau ini, peningkatan kapasiti dan digitalisasi akan meningkatkan perkhidmatan pengendalian kargo udara dan kami akan meneruskan usaha untuk memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai hab logistik bertaraf dunia di rantau ini dengan menambah keupayaan di lapangan-lapangan terbang lain di Malaysia,” katanya.

Tian Siang Premium Auto, Gurney Paragon Mall Tawar Kemudahan Pengecasan BMW i 

Wakil pengedar jenama BMW di Butterworth melanjutkan komitmennya ke atas mobiliti elektrik di Malaysia dengan memperkenalkan fasiliti-fasiliti pengecasan baharu di Gurney Paragon Mall.

TIAN Siang Premium Auto, wakil pengedar jenama BMW di Ipoh dan Butterworth bersama Gurney Paragon Mall telah merungkaikan dua lagi Fasiliti Pengecasan BMW i di Gurney Paragon Mall sekali gus meluaskan rangkaian fasiliti pengecasan berkenaan yang kian berkembang di seluruh negara.

Tan Ka Kin, Pengarah Urusan Tian Siang Premium Auto berkata, “Fasiliti-fasiliti pengecasan baharu di Gurney Paragon Mall merupakan lokasi pertama kami di Pulau Pinang serta kedua di negeri ini yang berkelengkapan penuh dan bersedia untuk terus memperkasakan mobiliti masa hadapan di Malaysia, ia melengkapi dua Fasiliti Pengecasan BMW i yang diperkenalkan di Iconic Hotel di Butterworth, Pulau Pinang pada Oktober tahun lalu.

“Sementara kami terus menyebarluaskan aksesibiliti ke atas fasiliti-fasiliti pengecasan, saya yakin bahawa penerima gunaan mobiliti elektro di rantau barat laut Malaysia akan terus meningkat pada 2020,” katanya.

Sementara itu, Fong Yin Sian, Pengarah Eksekutif Gurney Paragon Mall berkata, “Servis terbaharu ini merupakan sebahagian daripada inisiatif hijau kami. Eksklusif untuk para pembeli-belah Gurney Paragon Mall, mereka kini boleh menikmati kemudahan pengecasan kenderaan dengan selesa ketika membeli-belah.”

Fasiliti-Fasiliti Pengecasan BMW i terbaharu di Gurney Paragon Mall menyumbang kepada penambahan bilangan keseluruhan yang berjumlah lebih daripada 20 fasiliti pengecasan yang telah dirungkaikan baru-baru ini di seluruh Malaysia oleh BMW Group Malaysia serta rakan-rakan pengedarnya, termasuk Bangsar Shopping Centre di Kuala Lumpur; The Banjaran Hotsprings Retreat dan WEIL Hotel di Ipoh; Holiday Inn Melaka dan The Equatorial Melaka; serta CityONE Megamall Kuching.

Portfolio Mobiliti Bervisi milik BMW Group Malaysia dengan kenderaan BMW iPerformance juga didukung oleh platform ChargEV melalui usaha samanya dengan Malaysian Green Technology Corporation.

AirAsia Lancar Laluan Eksklusif Kuala Lumpur Ke Da Lat, Vietnam

AirAsia meraikan penerbangan sulung ke Da Lat, ibu kota wilayah Lam Dong di tanah tinggi Vietnam yang juga dikenali sebagai Central Highlands.

Penerbangan sulung, AK571, berlepas dari Kuala Lumpur pada jam 11:00 pagi hari ini dan mendarat di Lapangan Terbang Da Lat Lien Khuong pada jam 12:10 waktu tempatan, mencipta sejarah sebagai syarikat penerbangan antarabangsa pertama menawarkan perkhidmatan langsung di antara Kuala Lumpur dan Da Lat.

Para tetamu penerbangan sulung ini disambut oleh Nguyen Van Gia, Timbalan Pengarah Jabatan Pengangkutan Awam Lam Dong; Vo Van Phuong, Pengerusi Jawatankuasa Rakyat Wilayah Duc Trong; Abdul Hadi Che Man, Pengarah / Konsul Pelancongan, Lembaga Promosi Pelancongan Malaysia; Dato’ Fam Lee Ee, Pengarah AirAsia; Nguyen Thi Hong Phuong, Pengarah Lapangan Terbang Antarabangsa Lien Khuong; Vo Ngoc Trinh, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Rakyat Wilayah Da Lat.

Ketua Komersial Serantau AirAsia Nattinee Tawanchulee berkata, “Kami teruja untuk menambah Da Lat sebagai sebuah destinasi terbaru kami dan untuk terus mengembangkan rangkaian kami di Vietnam.

Perkhidmatan langsung yang baharu ini akan menyediakan hubungan udara tambahan kepada masyarakat di Central Highlands Vietnam untuk mengembara ke rantau ini, serta memperkenalkan Da Lat sebagai sebuah destinasi percutian kepada dunia. Da Lat turut dikenali sebagai Kota Musim Bunga kerana cuacanya yang nyaman dan Da Lat menerima pengunjung sepanjang tahun.”

Da Lat adalah destinasi ketujuh AirAsia di Vietnam selepas Hanoi, Ho Chi Minh City, Da Nang, Nha Trang, Can Tho dan Phu Quoc.

Untuk aktiviti terkini dan promosi AirAsia, sila ikuti AirAsia di Twitter (twitter.com/AirAsia), Facebook (facebook.com/AirAsia) dan Instagram (instagram.com/AirAsia).

FireShot Capture 094 - [BM] Photo release- Da Lat, Vietnam inaugural flight - Google Docs_ - docs.google.com.png

Nissan Challenges Conventions With Nissan LEAF Drift Stunt

Many people associate electric vehicles (EVs) with clean technology, charging infrastructure, and driving range. It’s less-known that EVs deliver an exciting driving experience.

TO demonstrate the strength of electric mobility, Nissan recently challenged a professional stunt driver to drift with the new Nissan LEAF.

Drifting is usually performed by fuel-powered sports cars, but Nissan wanted to try something different. In an unlikely pairing of adrenaline-inducing drifts and electric mobility, the new Nissan LEAF demonstrated with ease its ability to produce both maximum torque and force, while delivering virtually silent donuts and burnouts.

The world’s best-selling EV thereby debunked outdated perceptions that electric vehicles are nothing but large golf carts.

Throughout the test, the Nissan LEAF’s emissions remained at zero – a number symbolized by the vehicle’s donut tread marks. As such, exhilarating performance aside, this indoor drift experiment provides yet another reason for us to smile at the prospect of future electric mobility.

Post Menarik