Bekerjasama dengan Menteri Besar Selangor Incorporated (MBI) untuk menyokong promosi PLATS, inisiatif e-Bazaar Negeri Selangor untuk membantu digitalisasi PKS dan beroperasi di sekitar “normal baru”.

Ketika umat Islam di Malaysia menyambut bulan Ramadan di era “normal baru”, Maxis terus menjadi pengupaya digital yang komited dan menjadi rakan kongsi kepada Kerajaan dan PKS.

(L-R) Amirudin Shari, Menteri Besar of Selangor, Mariam Bevi Batcha, Maxis’ Chief Corporate Affairs Officer, Nurhaiza Mohamed Harith, Head of Government – Central State & Local, Government, Maxis, and Soffan Affendi Aminudin, Acting CEO of Menteri Besar Inc (MBI) Selangor

Baru-baru ini, Maxis telah bekerjasama dengan Menteri Besar Incorporated (MBI), cabang
pelaburan Kerajaan Selangor, untuk membantu mempromosikan Platform Selangor (PLATS), satu inisiatif e-Bazaar yang bertujuan untuk membantu digitalisasi perniagaan kecil dan penjaja bazar untuk beroperasi semasa tempoh Perintah Kawalan Gerakan Bersyarat (PKPB).

Sehubungan itu, Maxis telah memberikan sokongan komunikasi melalui 500,000 eSMS kepada penduduk di Selangor sepanjang bulan Ramadan.

“Kami memuji usaha Kerajaan Selangor dalam membantu perniagaan berkembang terutama dalam keadaan sukar ini melalui inovasi PLATS.

“Dengan PKS menjadi tonggak pertumbuhan yang penting bagi negara, mereka perlu menggunakan teknologi sebagai pengupaya untuk menjadi lebih tangkas dan mudah menyesuaikan diri agar perniagaan mereka terus berjalan terutama pada masa yang mencabar ini.

“Dengan rendah hati, kami berharap sumbangan ini memberi kemudahan tambahan kepada pemilik perniagaan di Selangor, dan mengekalkan suasana dan tradisi bazar Ramadan dengan membawanya ke rumah,” kata Mariam Bevi Batcha, Ketua Pegawai Hal Ehwal Korporat Maxis.