Dutch Lady, jenama no.1 di Malaysia telah memperbaharui rangkaian produk susu cecair dan susu tepung keluarga, dengan wajah yang baru dan resipi yang lebih baik.
Ini mengukuhkan lagi komitmen syarikat untuk terus berinovasi dan menawarkan lebih
variasi produk susu yang dilengkapi dengan nutrien dan khasiat penting seperti protein, kalsium yang lebih banyak dan vitamin-vitamin, untuk dinikmati oleh pengguna pada bila-bila masa.
Sebagai peneraju pasaran, DLMI telah membekalkan rakyat Malaysia susu yang lazat dan berkhasiat semenjak 1963 dan terus berkembang untuk memenuhi keperluan pengguna, tanpa menjejaskan tahap kualiti yang tinggi.
Pembaharuan kali ini merangkumi resipi yang ditambah baik dan dilengkapi nutrien seperti protein untuk pertumbuhan badan dan otot, kalsium untuk perkembangan tulang dan vitamin-vitamin seperti Vitamin A, B2 dan D3 yang amat penting untuk badan kekal sihat & daya tahan yang tinggi.
Resipi yang lebih baik ini juga memenuhi kriteria-kriteria Pilihan Kesihatan Rakyat Malaysia
(Healthier Choice Logo) bagi kategori susu, mengukuhkan lagi komitmen berterusan DLMI untuk terus menambah baik produk-produk melalui inovasi, selaras dengan usaha kerajaan Malaysia untuk menangani penyakit tidak berjangkit di negara ini.
Logo HCL juga akan dipamerkan di semua produk susu cecair dan susu tepung keluarga Dutch Lady, untuk membantu pengguna membuat pilihan yang tepat ketika membuat keputusan pembelian.
“Susu Cecair Dutch Lady sememangnya pilihan ramai pengguna di Malaysia dan kami sangat teruja untuk berkongsi wajah baharu dan resipi yang lebih baik di Malaysia.
“Selari dengan warisan 140-tahun tenusu Belanda ianya merupakan misi kami untuk terus membekal pengguna dengan susu berkualiti tinggi penuh dengan nutrisi tenusu yang baik bagi mewujudkan Malaysia yang sihat dan berdaya tahan tinggi terutamanya dalam waktu yang getir seperti sekarang,” kata Pengarah Urusan Dutch Lady Milk Industries Berhad, Tarang Gupta.
Selain memperkenalkan formulasi susu yang baharu, Dutch Lady turut menguatkan komitmennya dalam inisiatif lestari, dengan pek yang diperbuat dari bahan pembungkusan yang bersumber sepenuhnya dari hutan yang diperakui oleh Forest Stewardship Council (FSC) dan sumber terkawal lain.
Ini adalah sejajar dengan usaha berterusan Dutch Lady untuk meningkatkan usaha lestari
melalui pendidikan dan meningkatkan kesedaran kitar semula,ini membolehkan setiap pek Dutch Lady boleh dikitar semula.
Pek baharu Dutch Lady juga akan mempunyai maklumat langkah-langkah untuk mengitar semula bagi mendidik dan meningkatkan kesedaran pengguna sekali gus mendorong amalan kitar semula dalam kalangan pengguna di Malaysia.
Mengimbas kod QR yang terdapat pada setiap pek turut memberi pengguna lebih maklumat lanjut mengenai lokasi pusat kitar semula, langkah-langkah kitar semula dan faedah kitar semula.
Bermula Ogos, pengguna boleh mendapatkan produk susu Dutch Lady di semua pasar raya besar dan pasar raya, serta platform e-dagang.
Sherene Azli, Chief Executive Officer of Malaysia Healthcare Travel Council (MHTC)
MTMA2020 melanjutkan tempoh penghantaran penyertaan, berikutan kejayaan negara menguruskan pandemik COVID-19
Malaysia mengekalkan keunggulannya sebagai negara yang berjaya menguruskan pandemik COVID-19 dengan pencapaian sebanyak 96.6% kadar pemulihan pesakit COVID-19 pada awal 2020.
Menurut Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, angka itu juga telah meletakkan Malaysia di antara negara terbaik menangani pandemik berkenaan, di samping mempunyai jumlah pesakit pulih yang direkodkan antara yang tertinggi di dunia.
“Malaysia diiktiraf sebagai negara terbaik menangani COVID-19, selain mencatatkan jumlah kematian paling rendah di dunia (akibat COVID-19),” katanya.
Malaysia juga telah menerima pengiktirafan daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebagai negara yang paling bersedia untuk berdepan dengan pandemik COVID-19.
Selain itu, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dato’ Sri Dr. Noor Hisham Abdullah turut diiktiraf antara ‘tiga doktor terbaik’ dunia oleh China Global Television Network (CGTN).
Mengulas perkara ini, Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Pelancongan Kesihatan Malaysia (MHTC), Sherene Azli, mengambil keputusan untuk melanjutkan tarikh akhir penghantaran penyertaan bagi Medical Travel Media Awards (MTMA2020) ke 15 Oktober 2020.
Sherene Azli, Chief Executive Officer of Malaysia Healthcare Travel Council (MHTC)
Majlis penyampaian anugerah berkenaan akan diadakan pada 10 Disember 2020.
“Pelanjutan ini memberi ruang dan peluang kepada rakan media mempersiapkan laporan mereka merangkumi perkembangan yang lebih terkini berkenaan pelancongan kesihatan yang menjadikan negara lebih dikenali di peringkat antarabangsa,” katanya.
Sebanyak 10 anugerah akan dipertandingkan dalam MTMA2020 anjuran MHTC pada tahun ini dan majlis anugerah ini juga disokong oleh Supernewsroom. Barisan hakim antarabangsa yang terdiri daripada pakar komunikasi akan membuat penilaian bagi setiap penyertaan.
Salah satu kriteria utama untuk memenangi hadiah wang tunai berjumlah kira-kira RM80,000 adalah artikel yang mendapat perkongsian tertinggi di media sosial. Elemen itu terbukti menjadi metrik utama mengukur daya tarikan dalam kualiti kandungan serta gaya penyampaian laporan berita.
MTMA telah dilancarkan pada 2018 dan telah mengiktiraf kecemerlangan wartawan yang
telah menghasilkan bahan-bahan tentang industri pelancongan kesihatan negara yang
merangkumi media cetak, televisyen, radio, dan berita dalam talian.
Penganjur menyasarkan untuk menerima lebih banyak penyertaan antarabangsa bagi MTMA2020 yang didorong oleh pemerhati media massa, selain pengenalan kategori baharu.
Malaysia, the World’s Healthcare Marvel
Malaysia merupakan destinasi pelancongan penjagaan kesihatan pertama dunia menurut ‘The Global Market Report 2018’ yang dihasilkan oleh LaingBuisson.
Malaysia juga diiktiraf di peringkat antarabangsa sebagai “Negara Terbaik di Dunia bagi Penjagaan Kesihatan” dari 2015 hingga 2019 oleh ‘International Living’ yang berpangkalan di Amerika Syarikat dan “Destination of the Year” untuk perjalanan penjagaan kesihatan oleh ‘International Medical Travel Journal’ yang berpangkalan di United Kingdom dari tahun 2015 hingga 2017 yang dinilai berdasarkan kualiti penjagaan kesihatan negara, kemudahan akses, dan harga yang berpatutan.
In recent times, the way we live our lives and manage our daily routines has changed exponentially.
The boundaries between the ways we work and how we play have become blurred, and the already-important role that technology has in our lives has only become more paramount.
The powerful Galaxy Note20 and Note20 Ultra, along with their versatile ecosystem, have been designed to help us achieve more in this age of the next normal, and deliver new connected experiences across health, productivity and more.
Check out these five Galaxy Note20 features that can keep help optimize your productivity and keep you working efficiently, even when remote.
Work Smarter With the Redefined Samsung Notes
The Galaxy Note20 comes with a redefined Samsung Notes experience that makes note taking, editing and management easier than ever before, giving you more options when looking to optimize your remote working or studying.
Say you are following along with a class online; you can now directly import your PDF lecture materials into Samsung Notes and annotate them freely with your S Pen for a more cohesive learning experience.
For those taking notes during a longer class, lecture or presentation, the new Audio Bookmark feature lets users attach and time sync voice recordings to their text. When reviewing back your Notes, just tap on the word you wrote and it will play back the audio time synced to it.
Samsung Notes also provides more options for users getting a head start on the next big work presentation or product design – you can instantly export any handwritten notes into PowerPoint slides, PDF files and Word documents for seamless sharing with the rest of the team.
Expand Your Galaxy Note20 Experience
For those who enjoy being able to work and play seamlessly across different devices, the Galaxy Note20 and Note20 Ultra come with several features to provide you with effective mobility and flexibility, whatever the task may be.
The revamped Link to Windows and integrated Your Phone app from Microsoft gives you full access to all your apps and files on your PC through screen mirroring, meaning you can manage any notifications and documents whether you are on your phone or PC.
Later on in 2020, users will also be able to enjoy the support of up to six apps simultaneously through Link to Windows, along with a more enhanced multi-window experience so that you can work across your devices as seamlessly as you need to.
If you’re jotting down an important memo or editing a document from your phone with Samsung Notes, you can easily access your most recent edits on your other device – be it a tablet or Windows 10 PC – thanks to the app’s Note Sync capability that lets you pull up your notes and easily pick up where you left off.
Furthermore, using Samsung DeX’s advanced capabilities, users can now wirelessly connect their Galaxy Note20 series device to their Smart TV so as to harness a bigger-screen experience for all their multimedia and entertainment needs.
While enjoying your favorite content on your Smart TV, you can easily simultaneously reply to a text or jot something down in Samsung Notes for a dual-screen experience without interruption.
Achieve Your Health Goals on Your Own With Galaxy Watch3
Staying healthy, fit and proactive while working or studying from home is by no means an easy feat, but with Galaxy Watch3, you can stay on track with the smartwatch’s advanced health management and fitness features – a true digital companion.
The Samsung Health app on Galaxy Watch3 provides a range of leading health measurement capabilities, all accessible straight from your wrist or your Galaxy Note20’s screen.
Be you relaxing after a long day or taking a break between remote meetings, you can check in with your health or your step count quickly and easily.
Samsung Health also provides over 120 different home training programs and dedicated tracking features so that you can enjoy personal training right from the comfort of your home, and thanks to the wearable’s direct integration with your Galaxy Note20 device and Samsung account, you can easily control your favorite workout music and more straight from your wrist.
Use Your Galaxy Buds Live as a Microphone
Along with the revolutionary design and comfortable fit that make them perfect for listening to music or taking calls with, even for extended periods of time, Galaxy Buds Live come with advanced sound technologies to help you get the most out of your connected device experience while looking to stay productive.
As Galaxy Buds Live feature a 12mm speaker and Sound by AKG, you can enjoy a clear audio quality – covering both high and low sound spectrums – that means you will never again miss a beat, be you following an online class or just tuning in to your favorite music playlist.
Furthermore, thanks to its three microphones and Voice Pickup Unit that isolates the sound of your voice and reduces background noise, the Galaxy Buds Live offer you utmost clarity when you speak when taking part in a group meeting, lecture or even just catching up with a friend.
Stay Connected to Those Who Matter With a Pro-Grade Camera Experience
For those more creatively-minded looking to share a funny anecdote or occurrence happening as they work from home using their Note20 series device, you can take advantage of the unprecedented creative control of the device’s Pro Video Mode. Pro Video Mode lets you capture cinematic 8K videos with a 21:9 aspect mode so that you can create, stream and share without limitations.
Along with the Note20 and Note20 Ultra’s high-resolution camera and the mic quality of Galaxy Buds Live, the opportunities are endless when you’re looking to share your moments with friends or just to social media.
With the Galaxy Note20 and Note20 Ultra, you can stay connected on your terms, even
during the shifting and often uncertain era of our next normal.
Untuk meraikan Hari Malaysia, UMW Toyota Motor (UMWT) telah menerbitkan sebuah filem pendek yang memaparkan apa ertinya untuk menjadi warga Malaysia yang sebenar.
Filem berkenaan adalah tentang nilai-nilai murni seperti saling menghormati, tolak ansur dan penerimaan di peringkat peribadi. Menampilkan dua selebriti Malaysia, Shukri Yahaya dan Shafiq Kyle, penonton boleh mengikuti perjalanan dalam hidup dua rakan rapat ini serta menyelami sendiri fikiran serta emosi mereka ketika hubungan persahabatan diuji.
Emosi yang terkandung agak tegang, membawa penonton untuk turut sama merenung dan menyedari bahawa perbezaan tidak sepatutnya memisahkan kita, tetapi boleh dimanfaatkan untuk mengukuhkan lagi hubungan — sekiranya kita ada rasa hormat, kasih, bertolak ansur dan menerima antara satu sama lain seadanya.
“Kami percaya filem pendek ini mampu menyentuh setiap hati seluruh rakyat Malaysia secara peribadi. Filem ini melambangkan kesabaran dan tolak ansur, dan kami berharap semua kita dapat menzahirkan mesej berkenaan dalam kehidupan serta hubungan keseharian kita bersama,” kata Presiden UMW Toyota Motor, Ravindran K.
“Dengan kepelbagaian yang ada di negara ini, yang melibatkan perbezaan unik, UMW Toyota menjadi lebih kuat ketika kami memanfaatkan kelebihan tersebut dan menjadikannya kelebihan kami.
FIlem ini berhasrat untuk menunjukkan kekuatan kita bersama sebagai sebuah negara,” katanya.
Shukri Yahaya dan Shafiq Kyle, yang mana masing-masing mula terlibat bersama Toyota sejak 2017 dan 2019 merupakan pelumba selebriti Toyota Gazoo Racing. Mereka sangat teruja untuk menjadi sebahagian daripada projek ini dan berbangga dengan pesan yang ingin disampaikan.
Melalui filem pendek ini, UMW Toyota berharap untuk mengingatkan semua rakyat Malaysia bahawa kisah Malaysia adalah dibangunkan daripada jalinan kisah persahabatan ramai individu. Seperti kata-kata yang selalu selalu diucapkan; bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.
The world leader in innovative surfaces makes a statement in the commercial interior design scene
As we become more affluent and blessed with leisure time, style becomes a salient part of our lives. This booming interest also extends to and is imbued into architecture and interior designs, and the surface industry is driving to meet the demands of both the residential and commercial scenes.
Indeed Tokyo Offices Meeting Table
After 4 decades of global expansion and growth, Cosentino, the leading global firm in the
production and distribution of innovative surfaces for the world of architecture and design has made a name for itself by being a prominent player especially in the residential design scene.
Cosentino products are no stranger to being sourced and used as kitchen and bathroom
countertops, washbasins, flooring and siding, and now the Spanish multinational company is looking to reiterate its presence in the commercial design scene.
What makes Cosentino products really stand out is its commitment to produce and develop
innovative and technological-advanced surfaces to provide value for its customers. In the
commercial scene, the Silestone and Dekton brand by Cosentino stand out due to its versatility and nature that is able to withstand rough conditions indoors and outdoors.
Silestone is Cosentino’s quartz brand that offers clients over 50 colours with different textures, formats, edges and thickness, hues and styles. Made of more than 90% quartz, Silestone is stain, acid, shock and scratch resistant, thus providing outstanding durability and resistance for easy maintenance.
The new ultracompact surface by Cosentino, Dekton, also provides an impressive range of more than 60 colours across 8 collections with different hues and styles. Dekton slabs and surfaces come in various thickness and sizes (4mm, 8mm, 12mm, 20mm ) as compared to most suppliers that carry only 2 thickness options, making it the designer’s choice in the market.
Made of technological material composed of porcelain, glass and quartz, Dekton is high UV, high scratch, stain, high fire, heat, slip, abrasion, thawing and freezing resistant.
Both Silestone and Dekton surfaces are game-changers in the world of design as they are
available in cut-to-size-formats which provide a seamless continuity and greater sense of
elegance in a design.
Mark Collar, General Manager of Cosentino Malaysia said, “Cosentino has been one of the
strongest players in the industry for the past 4 decades thanks to our innovative and versatile offerings and we will continue to deliver and meet our consumers’ expectations and demands with our quality products.”
With the variety of designs, thickness and sizes Cosentino is offering, the company has played a major role in various commercial projects around Asia. Here are some projects proudly using Cosentino’s industrial collection:
1. Haidilao Marina Square, Singapore
Designer: Wilson Associates
Haidilao, one of the largest hotpot cuisine brands in China and a popular spot for many, has
introduced an AI-powered “smart restaurant” at Marina Square, Singapore last year. The hotpot chain introduces an futuristic dining experience with a personalised menu, robot servers, sound and light projections.
Cosentino’s Dekton Soke and Silestone Desert Silver have been incorporated to the beauty room vanity tops as well as the dining room floor of the restaurant.
The combination of Dekton Soke and Silestone Desert Silver provide the perfect complement to the Haidilao outlet due to their meticulous design such as the realistic veining on the surface that provides a more sophisticated yet homey environment with versatile colours that adapts to any application.
2. Tanah Merah Country Club, Singapore
Designer: Indez Design
Tanah Merah Country Club
One of Asia’s most prestigious golf clubs – Tanah Merah Country Club
Tanah Merah Country Club is Singapore’s premier golf and country club and played host to
Asia’s premier golfing events such as Singapore Open, Johnnie Walker Classic, Tiger Skins,
Lexus Cup and, the HSBC Women’s Champions.
Recently, the club underwent refurbishment works by Indez Design as it continues to set high standards as one of Asia’s most prestigious clubs.
Tanah Merah Country Club’s alfresco dining areas
Tanah Merah Country Club Alfresco Dining Area
Dekton Keon, Silestone Amazon and Ironbark were used in the final design of the country club’s changing rooms, lounges and alfresco dining areas.
All three surfaces are meant to highlight one single aspect of Tanah Merah Country Club: natural touch. The light and bright Dekton Keon was used to bring in a modern feel to the decades-old clubhouse while the darker tones of Silestone Amazon and Ironbark brought life and energy that fits well with the green surroundings of the premises.
3. BHP Billiton Shared Services, Malaysia
Designer: JLL Design
BHP Office Flooring
BHP’s Malaysia office flooring
BHP is a leading global resources company that extracts and processes minerals, oil and gas and boasts having over 90 locations worldwide.
It’s Malaysian office is located in Menara Southpoint Mid Valley City and the luxurious and
elegant Dekton Aura 15 graces the expanse of its office flooring.
Prized for its white appearance and high quality, the Dekton Aura 15 speaks for itself as one of the most sought after surfaces from the Dekton Natural Collection for building decor. With the matte finishing that presented natural intricate veining on the surface, the salient appearance helped the overall office achieve a more refined look.
4. Indeed Tokyo Offices, Japan
Designer: The Design Studio
Indeed Tokyo Offices Meeting Table
In the rapidly growing Azabu district of Tokyo, Indeed, an American worldwide
employment-related search engine for job listings opens its new office that features lounges, coffee bars, game rooms, and the latest in AV and connectivity.
Dekton Kelya, Zenith and Soke were used on the office’s reception counter, meeting table
countertop, canteen, buffet, lower bed and bathroom counter.
Indeed Tokyo Offices’ canteen
Indeed Tokyo Offices Canteen
While the darker tone of Dekton Kelya is inspired by dark marbles, the light streaks on the
surface adds a touch of perspective and helps the colours and shades of its surroundings to pop.
The nordic white Dekton Zenith on the other hand with its clean and matte finish is the
designer’s choice for a fresh and spacious environment.
Brio Hotel is a 4-star business-friendly hotel situated in Kaohsiung, Taiwan. It is also a popular choice of stay for tourists as it has a great location with the metro station and shops, night markets around the hotel within walking distance.
The elevator area at Brio Hotel, Taiwan
The interior design of Brio Hotel is also much-acclaimed by patrons, especially the elevator
areas that are lined with an innovative Dekton Orix that accentuates the natural beauty that resides in the purity of raw materials.
Brio Hotel Elevator Area
What really makes Dekton Orix stand out is the striking contrast between worn out and new, as well as the well-balanced use of grey, blue and green shades all in one surface.
Committed to the satisfaction of their customers, Cosentino offers a 25-year warranty for all its products.
With an objective to provide solutions and value to its customers, Cosentino recently launched “The Collection Dekton® 2020” for its ultracompact surface brand, Dekton, that boasts being high UV, scratch, stain, high fire, heat, abrasion, slip, freezing and thawing resistant.
Pelbagai cara kreatif dilakukan bagi menonjolkan rasa cinta pada tanah air khususnya pada bulan kemerdekaan sepertimana oleh pihak Histourism apabila menghasilkan cenderahati berkonsepkan imej bangunan ikonik dan bersejarah negara.
Antaranya rantai kunci, penanda buku, pembalut telefon bimbit, kulit buku dan jam dinding menerusi ukiran tiga dimensi.
Pengasasnya, Mohd Fareq Rizal Mohd Fisal berkata, cenderahati tersebut dihasilkan sebagai inisiatif Histourism untuk mengetengahkan bangunan, struktur atau lambang-lambang bersejarah kepada umum.
Beliau berkata, ini kerana khazanah sejarah negara itu perlu disebar luas dan bagi pihaknya, penghasilan cenderahati juga bagi membolehkan ia dimiliki termasuk sebagai buah tangan kepada pelancong asing.
“Cenderahati-cenderahati ini diukir di atas kayu lembut atau dicetak pada resin dan logam menggunakan teknologi tiga dimensi, jadi ketepatan rupa bentuknya adalah sama sepertimana bangunan sebenar.
“Antara monumen yang dihasikan seperti pintu gerbang Kancapuri, Masjid Zahir, Balai Besar Kedah, Gerbang Kota Setar dan imej Bapa Kemerdekaan,Tunku Abdul Rahman,” katanya ketika ditemui di Kuala Lumpur.
Cenderahati unik ini dihasilkan menerusi kerjasama pihak Histourism dengan syarikat MyCrO dan Tinkerzone Channel sebagai perekabentuk.
Mohd Fareq Rizal berkata, idea menghasilkan cenderahati itu juga hasil maklum balas yang diterima pihaknya sepanjang lima tahun menjalankan penyelidikan serta mempromosikan pelancongan sejarah kepada pelancong luar dan tempatan.
“Kita juga telah berbincang dengan pihak berkaitan pelancongan di beberapa negeri untuk menghasilkan cenderhati serupa mengikut monument sejarah terkenal masing-masing.
“Pada masa sama kita juga bersedia menerima tempahan daripada mana-mana pihak yang berminat misalnya syarikat korporat,” katanya.
Sehubungan itu, mereka yang ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh menghubungi pihak Histourism di talian 014-9606368 atau layari laman Facebook Histourism.
*Rencana dan gambar ini sumbangan Zaki Salleh bekas wartawan Kosmo
Mempertahankan Menara RPG Final Fate TD menggabungkan strategi permainan RPG yang mencabar dengan grafik anime yang mempesonakan
Final Fate TD mengalu-alukan pemain ke Luna – sebuah dunia fantasi yang mengasyikkan dengan pengembaraan bertemakan anime.
Menggabungkan permainan Mempertahankan Menara dan Cabutan Kad RPG, permainan baharu yang hebat ini bagus untuk pemain yang mahukan satu cabaran yang menguji kemahiran.
Pemain boleh menantikan satu gaya anime yang indah, dengan kesan khas yang menakjubkan yang menonjolkan kebolehan watak yang hebat.
Pemain akan perlu membuat keputusan strategik ketika mereka bergerak maju di dalam permainan, dengan memilih daripada pelbagai set kemahiran dan kombinasi kad yang berbeza ketika mereka mempertahankan Luna daripada semua jenis musuh jahat dan seram.
Permainan itu menampilkan pelbagai watak anime yang sungguh berani, yang direka dengan sungguh indah dengan satu cara yang digemari oleh peminat genre.
Uji kemahiran dan formasi strategik anda di dalam pelbagai mod pertempuran di arena Luna termasuk PvP dan PvE. Kumpulkan rakan-rakan anda untuk mewujudkan pasukan Mempertahankan Menara atau beraksi 1 lawan 1 dalam pertarungan wira.
Gaya Anime
Memanggil wira-wira anime legenda dan jatuh cinta dengan potret watak mereka yang dihasilkan dengan teliti. Terokai dunia Luna yang indah, dengan melawat beratus-ratus peta, daripada medan perang yang dilitupi salji yang teramat sejuk kepada hutan yang hijau dan subur.
Ikatan Dengan Perwatakan
Memuji kegemaran anda dan hujani mereka dengan hadiah untuk mempereratkan ikatan anda. Bentuk hubungan yang kuat dengan watak-watak untuk menjadikan mereka lebih kuat, yang membolehkan mereka untuk menguasai dalam mod permainan.
Permainan PvP dan PvE
Uji strategi anda dalam mod permainan mencabar pemain lawan persekitaran (PvE) dan mengetahui dengan lebih lanjut berhubung petua mendalam mengenai Luna, sebelum menuju ke arena untuk melawan pemain lain. Buktikan kemahiran anda dan tunjukkan bahawa anda adalah yang terbaik dalam permainan pemain lawan pemain (PvP).
The official distributor of Kia vehicles in Malaysia, Naza Kia Malaysia, is now taking orders for the highly-anticipated All-New Kia Seltos at selected Kia showrooms.
The sophisticated and sporty All-New Kia Seltos comes in two variants, the EX and GT Line.
Both variants are available in Glacier White Pearl and Gravity Grey. While the EX trim also
comes in Intense Red, Intelligency Blue is exclusive to the GT Line trim.
This awe-inspiring All-New Seltos, the latest SUV that have been making wave around the
world, will surely make heads turn in Malaysia with its impressive appearance complete with the space and capabilities of a traditional SUV – a true contender in the B-SUV segment.
Customers who wish to view and find out more of our latest offering can visit the selected
showrooms nationwide as listed on our website https://bit.ly/3igB8RJ.
Both variants come with five years manufacturer’s warranty*. Get the latest update on the
launch date for the All-New Kia Seltos on Kia Malaysia’s Facebook page https://www.facebook.com/kiamalaysia/.
Call your nearest authorised Kia showroom for more details!
*Terms and conditions apply.
Ingress Swede Automobile Sdn Bhd (Ingress Swede), wakil pengedar kenderaan Volvo hari ini menyambut ulang tahun pertama dengan mengadakan pelbagai aktiviti menarik kepada pelanggannya.
Ingress Swede, syarikat milik Bumiputera sepenuhnya yang terletak di Mutiara Damansara, yakin jualan kenderaan Volvo edarannya akan kembali pulih susulan pengumuman kerajaan mengenai pengecualian cukai jualan kepada semua kenderaan penumpang CKD dan 50 peratus bagi model CBU.
Pengedar Prinsipal Ingress Swede, Mohd Azeman Mohamed Akram berharap orang ramai merebut peluang ini dengan membuat tempahan awal kereta Volvo sebelum tempoh pengecualian ini berakhir sebelum akhir tahun ini.
Dalam pengumuman Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Jun lalu menerusi Pelan Jana Semula Ekonomi negara (PENJANA) bahawa kerajaan akan mengecualikan cukai jualan sepenuhnya bagi kereta penumpang CKD dan 50 peratus bagi model CBU.
Pengecualian ini bermula dari tempoh 15 Jun lalu hingga 31 Disember 2020 bertujuan menggalakkan semula pertumbuhan industri automotif negara yang terkesan teruk akibat wabak pandemik COVID-19.
Pengunjung mengikuti bengkel Terrarium
Sementara itu, Eksekutif Pemasaran dan IT, Ingress Swede, Abdul Azim Abdul Halim berkata, tarikh 12 September adalah ulang tahun pertama Ingress Swede beroperasi di Mutiara Damansara.
Beliau berkata, antara aktiviti yang diadakan dari jam 9 pagi hingga 6 petang termasuk sesi pandu uji semua model Volvo, bengkel Terrarium, kendera saji (food trak), program pokok angkat dan refleksologi.
“Kami menyediakan makanan dan minuman percuma kepada semua pengunjung yang hadir dan mereka juga boleh menyertai aktiviti bengkel Terrarium secara percuma.
“Kami juga menyediakan sesi pandu uji kepada pelanggan yang mahu mencuba semua barisan kenderaan Volvo yang diedarkan,” katanya.
Beliau berkata, antara tawaran menarik yang disediakan kepada orang ramai yang menempah kenderaan Volvo pada hari ini ialah telefon pintar iPhone 11 percuma dan filem penapis haba 3M atau Llumar dan coating percuma.
Bagi pemilik Volvo yang membuat temujanji hari ini pula akan menikmati pemeriksaan percuma kenderaan, potongan diskaun 50 peratus untuk kos buruh, cucian kereta percuma dan diskaun 20 peratus untuk aksesori dan alat ganti terpilih.
Pengunjung melihat lebih dekat model Volvo XC60
Untuk pembelian Volvo S60 dan S90 bagi tempoh sehingga 30 September ini, pelanggan layak menikmati insurans kereta percuma, pengoptimum Polestar percuma dan percuma VSA 5+.
Abdul Azim berkata, orang ramai harus merebut peluang untuk memiliki kenderaan Volvo yang dijual pada tahun ini kerana difahamkan model keluaran 2021 iaitu pada tahun depan akan mengalami sedikit perubahan membabitkan had kelajuan maksimum.
Dalam satu pengumuman oleh Volvo Cars pada Mac 2019 berkata, Volvo akan mengehadkan kelajuan maksimum kesemua kenderaannya kepada 180 km/j (112 mph) bagi mengurangkan kecederaan akibat kemalangan jalan raya.
Mengikut pengumuman syarikat itu, had kelajuan baharu itu akan dilaksanakan bagi kesemua model Volvo yang dihasilkan pada 2021.
Apa yang anda mahukan apabila mempunyai kemampuan untuk membeli kenderaan mewah? Adakah rekabentuk yang menarik, ciri keselamatan, sistem audio infotaimen yang hebat ataupun enjin yang berkuasa atau boleh pandu dengan sendiri?
Kesemua ciri itu mungkin ada pada semua kenderaan buatan Sweden ini yang sudah lama berada di pasaran Malaysia sejak 2014 lagi. Ciri paling hebat ialah Pilot Assist dimana kereta ini boleh bergerak sendiri dengan dikawal sepenuhnya oleh sistem komputer dengan sedikit kawalan oleh pemandu.
Malah model berkenaan yang dimaksudkan ialah Volvo XC90 juga dilihat masih gagah di jalan raya termasuk menjadi kereta pengiring kepada pemimpin tertinggi kerajaan.
Keselamatan adalah ‘jantung’ kepada XC90 dan ia adalah hasil inovasi berdekad kumpulan jurutera Volvo. Model ini dibina menggunakan besi boron bertekanan ultra tinggi – salah satu jenis besi paling kukuh yang ada dipasaran yang menjadi perisai kepada penumpang di dalam kenderaan ini.
Prebiu.com yang pernah memandu uji model utiliti sukan (SUV) XC90 T5 pada pertengahan tahun lalu, dipelawa sekali lagi menguji model versi dipertingkatkan pada kali ini namun ia adalah model XC90 T8 Inscription Plus lebih premium.
Logo hijau pada sebelah kiri meter tanda Pilot Assist diaktifkan
Pujian pertama harus diberikan ialah bunyi enjin yang cukup senyap dan hampir tidak perasan bahawa enjin SUV ini sudah dihidupkan kecuali apabila tombol gear digerakkan kepada ‘D’.
XC90 versi dipertingkat (facelift) kali ini ditawarkan dalam pilihan rim baharu, warna luaran tambahan dan sedikit perubahan pada gril radiator, termasuk bawah bampar depan dan belakang dengan lip dan kemasan krom.
Bagaimanapun, ruang kabin kekal dengan konfigurasi standard 7-kerusi manakala aspek mekanikal tidak berubah, varian XC90 Inscription Plus dijana enjin 1,969cc T8 Twin Plug-In Hybrid berkuasa 407hp dan tork 640Nm dengan transmisi automatik 8-kelajuan-Geartronic.
Bagaimanapun, edisi facelift ini dilengkapi bateri litium-ion lebih besar 11.6 kWh (tambahan 10.4kWh) yang menawarkan pemanduan elektrik penuh sejauh 50km (ekstra 15 peratus).
Volvo XC90 ketika ini ditawarkan dalam tiga varian iaitu XC90 T5, XC90 T8 Twin Engine Inscription dan paling premium T8 Inscription Plus.
Perbezaaan T8 Inscription Plus
Ciri paling ketara membezakan ketiga-tiga varian ini ialah T8 Inscription Plus dilengkapi sistem audio paling mewah berharga kira-kira RM10,000 iaitu Bowers & Wilkins (B&W) berjenama Britain ini berkuasa 1400watt berbanding dua varian lain cuma ada 10 pembesar suara 330Watt.
Jika anda mampu apa salahnya kerana sistem audio B&W ini memang direka khas untuk kabin Volvo. Paling menonjol pembesar Twiter terletak di tengah-tengah atas papan pemuka siap dengan logo B&W bersama kemasan aluminum selain unit speaker pada bahagian pintu.
Ada 19 unit pembesar suara yang memberi kesan audio akuistik terbaik dan sistem bunyi yang terhasil cukup jelas, tajam serta jitu seolah-olah anda sedang berada dalam studio rakaman atau dewan orkestra.
Ledakan bunyi berkuasa 1400watt ini, menghasilkan bunyi yang mendalam, kaya dengan bunyi bass malah penumpang belakang juga dibekalkan dengan unit pembesar suara diatas kepala yang diletakkan dibahagian ruang belakang bonet.
Rekaan luaran
Sebagaimana model XC90 terdahulu, model yang dipertingkatkan ini kelihatan lebih elegan dan mewah dengan dilengkapi rekaan gril baharu kekemasan krom sepenuhnya serta rekaan bamper rendah.
Model yang dipandu uji berwarna Thunder Grey, Metalik ini juga dipadankan dengan kekemasan krom pada sisi pintu dan pada corong ekzos. Padanan krom yang tidak keterlaluan menjadikan SUV ini tampak tegap dan ‘macho’.
Ketika SUV ini diparkir, penulis dapat melihat sistem suspensi udaranya mengubah kedudukan secara automatik dengan kedudukan menaik, namun apabila kereta itu mahu dipandu, sistem suspensinya akan menurun secara sama rata sekaligus merendahkan tahap graviti SUV berkenaan dan memudahkan penumpang masuk. Hebat bukan!
Sistem suspensi ini dibantu oleh casis aktif Four-C yang bertindak mengubah kedudukannya mengikut keadaan pemanduan semasa. Casis ini dikawal secara elektronik sepenuhnya menggantikan peredam jenis tradisional yang membantu memberikan keseimbangan antara keselesaan dan kawalan ketika kereta ini dipandu.
Selain itu, lampu utama LED yang berfungsi automatik sepenuhnya dilengkapi sistem Lampu Tinggi Aktif yang tidak menyilaukan pengguna jalan raya lain manakala gaya lampu-T ala ‘Thor’ direka untuk membuktikan kehadiran XC90 di jalan raya sama ada siang atau malam.
Rekaan dalaman
Seperti model terdahulu, T8 Inscription Plus turut dilengkapi paparan skrin sentuh 12.3 inci; paparan informasi kepala (HUD) yang berfungsi memberikan maklumat mengenai tahap kelajuan pada cermin hadapan, navigasi, tombol gear kristal Orrefors, kunci kereta kulit Nappa, rim 20 inci dengan tayar 275/45, dan Lampu Lentur Aktif (ABL) LED dengan Lampu Suluh Tinggi Aktif (AHB) dengan pencuci lampu utama.
Selain kemasan kayu Linear Walnut pada papan pemuka, konsol gear dan panel pintu, ia turut diadunkan dengan kemasan kulit pada papan pemuka dan panel pintu, berserta karpet khas Inscription dan pakej penataan cahaya kabin peringkat tinggi.
Untuk keselesaan pemandu dan penumpang hadapan, kerusi kemasan kulit Nappa dengan ciri boleh laras elektrik disediakan termasuk 3 memori untuk pelarasan kerusi.
Ciri lain T8 ialah Bantuan Parkir Pilot, kamera pandang 360º, ventilator penyaman udara di tempat duduk baris kedua (di pilar-B) dan bumbung panorama.
6 mod pemanduan
Meskipun rekaan luarannya agak besar dan lebar, namun enjin 2.0 liter pengecas turbo mampu menghamburkan kuasa 407hp dan tork 640Nm. Model plug-in hibrid (PHEV) ini dipadankan dengan 6 mod pemanduan.
Mod pemanduan itu ialah AWD, Pure, Hybrid, Power, Off Road dan Individual. Apabila mod dipilih, sistem komputer SUV ini akan melaraskan suspensi udara dan prestasi enjin mengikut tetapan yang sudah disetkan.
Jika memilih mod Pure, ia membantu pemilik menjimatkan bateri. Bagaimanapun, anda tidak perlu bimbang jika indikator bateri tidak penuh kerana enjin akan mengambil alih pemanduan.
Dengan kapasiti bateri lebih besar, SUV ini mampu dipandu menggunakan sumber kuasa elektrik penuh sejauh 50km, berbanding 43km sebelumnya.
SUV ini bukan sahaja menjimatkan minyak tetapi mesra alam kerana mengurangkan pelepasan emisi. Ciri ini cukup sesuai untuk pemanduan harian ke tempat kerja.
Sekiranya mahu menjimatkan minyak, anda boleh memilih mod Hibrid dimana proses pengecasan turut berlaku ketika memandu menerusi sistem brek regeneratif dan punat Charge pada skrin sentuh di konsol tengah.
Petunjuk indikator pada bateri akan meningkat setiap kali brek ditekan atau pedal minyak dilepaskan dan ini jelas jika pemandu sering menggunakan brek sama ada ketika mendaki atau menurun bukit atau melayan selekoh tajam.
Kombinasi enjin 2.0 liter super-cas dan pengecas turbo dengan motor elektrik jelas menawarkan prestasi mengagumkan. Ini dapat dirasakan ketika SUV ini dipandu membelah lebuh raya dari Kuala Lumpur menuju ke Pulau Pinang.
Meskipun SUV ini adalah model PHEV, namun prestasi enjinnya cukup hebat malah tanpa disedari meter enjin mencecah 180 kilometer sejam meskipun pada mod Hibrid. Dalam kertas, kelajuan maksimum SUV ini ialah 230km/j berbanding 215km/j bagi varian T5.
Andai kata tidak cukup kuasa, boleh sahaja tekan mod Power yang mengaktifkan enjin bertukar lebih responsif dan berkuasa. Cuma mod ini akan membakar lebih banyak bahan api berbanding mod Hibrid.
Sistem keselamatan termaju
Volvo XC90 T8 Inscription Plus ini dilengkapi teknologi keselamatan aktif iaitu stereng automatik meliputi pakej City Safety dan Sistem Maklumat Titik Buta.
Teknologi City Safety dengan Autobrake mampu membrek secara automatik apabila mengesan kehadiran pejalan kaki, penunggang basikal dan haiwan bersaiz besar secara tiba-tiba.
Tidak ketinggalan teknologi Oncoming Lane Mitigation dan teknologi Cross Traffic Alert dengan brek automatik.
Ciri paling menarik ialah Pilot Assist, ciri semi-autonomi yang mana sistem berkenaan mudah dioperasi dengan menekan butang pada stereng di sebelah kiri untuk mengaktifkannya.
Pilot Assist cukup sesuai digunakan ketika berada dalam kesesakan lalu lintas. Sistem ini boleh diaktifkan pada kelajuan di bawah 50 kilometer sejam dan juga lebih 140km/j. Dengan mengikut jarak yang ditetapkan dan kelajuan kenderaan di hadapan.
Pilot Assist cukup sesuai digunakan ketika berada dalam kesesakan lalu lintas kerana anda tidak perlu sentiasa memegang stereng atau menekan brek dan pedal minyak. Ini kerana segalanya dikawal sepenuhnya secara pintar oleh komputer.
Sekiranya anda melepaskan tangan dari stereng beberapa saat, sistem akan mengeluarkan notifikasi pada meter ‘stereng apply’ atau sistem akan terbatal sendiri.
Sistem ini dengan sendiri akan mengawal brek dan stereng secara elektronik. Sekiranya anda mahu menekan pedal untuk meningkatkan kelajuan, sistem ini kemudian akan kembali kepada normal.
Kelebihannya, kaki kanan dapat berehat daripada menekan pedal minyak atau brek kerana semuanya dikawal sepenuhnya oleh sistem komputer yang bertindak melakukan brek dan menekan pedal minyak dengan sendirinya.
Penulis juga mencuba sistem ini ketika memandu di lebuh raya dan mendapati ia cukup responsif dengan mengesan kedudukan kenderaan di hadapan atau bersebelahannya.
Ketika kelajuan ditetapkan pada 110 km/j, SUV ini akan bergerak mengikut kelajuan ditetapkan dan pemandu boleh meningkatkan atau menurunkan tahap kelajuan dengan hanya menekan butang pada kiri stereng.
Sistem brek Volvo juga hebat kerana ia bertindak memberikan respon brek pendek yang pantas malah jika anda sedang mengundur dan secara tiba-tiba kenderaan atau objek dibelakang dikesan, sistem brek akan diaktifkan secara automatik.
Satu lagi ciri yang boleh ditonjolkan pada SUV ini ialah apabila kereta berhenti, suspensi akan direndahkan supaya penumpang mudah keluar-masuk manakala operasi memuatkan barang dalam but juga mudah dan praktikal menerusi pengenalan butang boleh laras tinggi dipadankan.
Kesimpulan
Memandu XC90 T8 Inscription Plus sejauh lebih 600 kilometer dari KL-Penang pergi dan balik cukup selesa dan banyak dibantu oleh kerusi empuk mewah saduran kulit Nappa yang menyokong tubuh badan dengan sempurna, sekali gus mengurangkan keletihan ketika memandu jauh.
Sepanjang perjalanan, penulis memilih mod Hibrid kerana ia menjimatkan minyak namun sekali sekala memecut namun tidak menghampakan setiap kali pedal minyak ditekan.
Sistem kamera 360 darjah yang dipaparkan jelas pada skrin tengah konsol pula membantu memudahkan kereta ini diparkir ditempat sempit atau perlu melalui lorong yang sempit.
Ruang dalaman yang luas dan selesa dengan corong penyaman udara disediakan sehingga kepada kerusi baris ketiga tidak mengecewakan. Malah jika mahukan ruang bagasi lebih luas, kerusi baris ketiga boleh dilipat rata dengan mudah.
Bagaimanapun, satu ciri yang mungkin agak tidak praktikal pada SUV plug-in hibrid ini ialah proses mengecas di rumah yang perlu mengambil masa yang lama dan juga menyebabkan putaran piring meter tiba-tiba berputar lebih laju daripada kebiasaan.
Begitu juga kuasa bateri akan merosot cepat sekiranya SUV ini dikerah atau dipandu lebih laju. Namun, penulis percaya ramai yang akan mengecas bateri kereta ini dilokasi mengecas yang disediakan secara percuma seperti di pusat beli belah terpilih atau parkir Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).