MTMA2020 melanjutkan tempoh penghantaran penyertaan, berikutan kejayaan negara menguruskan pandemik COVID-19
Malaysia mengekalkan keunggulannya sebagai negara yang berjaya menguruskan pandemik COVID-19 dengan pencapaian sebanyak 96.6% kadar pemulihan pesakit COVID-19 pada awal 2020.
Menurut Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, angka itu juga telah meletakkan Malaysia di antara negara terbaik menangani pandemik berkenaan, di samping mempunyai jumlah pesakit pulih yang direkodkan antara yang tertinggi di dunia.
“Malaysia diiktiraf sebagai negara terbaik menangani COVID-19, selain mencatatkan jumlah kematian paling rendah di dunia (akibat COVID-19),” katanya.
Malaysia juga telah menerima pengiktirafan daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebagai negara yang paling bersedia untuk berdepan dengan pandemik COVID-19.
Selain itu, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dato’ Sri Dr. Noor Hisham Abdullah turut diiktiraf antara ‘tiga doktor terbaik’ dunia oleh China Global Television Network (CGTN).
Mengulas perkara ini, Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Pelancongan Kesihatan Malaysia (MHTC), Sherene Azli, mengambil keputusan untuk melanjutkan tarikh akhir penghantaran penyertaan bagi Medical Travel Media Awards (MTMA2020) ke 15 Oktober 2020.

Majlis penyampaian anugerah berkenaan akan diadakan pada 10 Disember 2020.
“Pelanjutan ini memberi ruang dan peluang kepada rakan media mempersiapkan laporan mereka merangkumi perkembangan yang lebih terkini berkenaan pelancongan kesihatan yang menjadikan negara lebih dikenali di peringkat antarabangsa,” katanya.
Sebanyak 10 anugerah akan dipertandingkan dalam MTMA2020 anjuran MHTC pada tahun ini dan majlis anugerah ini juga disokong oleh Supernewsroom. Barisan hakim antarabangsa yang terdiri daripada pakar komunikasi akan membuat penilaian bagi setiap penyertaan.
Salah satu kriteria utama untuk memenangi hadiah wang tunai berjumlah kira-kira RM80,000 adalah artikel yang mendapat perkongsian tertinggi di media sosial. Elemen itu terbukti menjadi metrik utama mengukur daya tarikan dalam kualiti kandungan serta gaya penyampaian laporan berita.
MTMA telah dilancarkan pada 2018 dan telah mengiktiraf kecemerlangan wartawan yang
telah menghasilkan bahan-bahan tentang industri pelancongan kesihatan negara yang
merangkumi media cetak, televisyen, radio, dan berita dalam talian.
Penganjur menyasarkan untuk menerima lebih banyak penyertaan antarabangsa bagi MTMA2020 yang didorong oleh pemerhati media massa, selain pengenalan kategori baharu.
Malaysia, the World’s Healthcare Marvel
Malaysia merupakan destinasi pelancongan penjagaan kesihatan pertama dunia menurut ‘The Global Market Report 2018’ yang dihasilkan oleh LaingBuisson.
Malaysia juga diiktiraf di peringkat antarabangsa sebagai “Negara Terbaik di Dunia bagi Penjagaan Kesihatan” dari 2015 hingga 2019 oleh ‘International Living’ yang berpangkalan di Amerika Syarikat dan “Destination of the Year” untuk perjalanan penjagaan kesihatan oleh ‘International Medical Travel Journal’ yang berpangkalan di United Kingdom dari tahun 2015 hingga 2017 yang dinilai berdasarkan kualiti penjagaan kesihatan negara, kemudahan akses, dan harga yang berpatutan.
Untuk maklumat lanjut tentang MTMA2020 dan untuk menghantar penyertaan, sila kunjungi laman sesawang berikut: https://www.mhtc.org.my/mtma/ atau di laman Facebook kami di https://www.facebook.com/MyMTMA/
MTMA2020 dengan sukacita memanggil penyertaan daripada organisasi media lokal dan
antarabangsa