Ingress Swede Automobile Sdn Bhd (Ingress Swede), wakil pengedar kenderaan Volvo hari ini menyambut ulang tahun pertama dengan mengadakan pelbagai aktiviti menarik kepada pelanggannya.

Ingress Swede, syarikat milik Bumiputera sepenuhnya yang terletak di Mutiara Damansara, yakin jualan kenderaan Volvo edarannya akan kembali pulih susulan pengumuman kerajaan mengenai pengecualian cukai jualan kepada semua kenderaan penumpang CKD dan 50 peratus bagi model CBU.

Pengedar Prinsipal Ingress Swede, Mohd Azeman Mohamed Akram berharap orang ramai merebut peluang ini dengan membuat tempahan awal kereta Volvo sebelum tempoh pengecualian ini berakhir sebelum akhir tahun ini.

Dalam pengumuman Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Jun lalu menerusi Pelan Jana Semula Ekonomi negara (PENJANA) bahawa kerajaan akan mengecualikan cukai jualan sepenuhnya bagi kereta penumpang CKD dan 50 peratus bagi model CBU.

Pengecualian ini bermula dari tempoh 15 Jun lalu hingga 31 Disember 2020 bertujuan menggalakkan semula pertumbuhan industri automotif negara yang terkesan teruk akibat wabak pandemik COVID-19.

Pengunjung mengikuti bengkel Terrarium

Sementara itu, Eksekutif Pemasaran dan IT, Ingress Swede, Abdul Azim Abdul Halim berkata, tarikh 12 September adalah ulang tahun pertama Ingress Swede beroperasi di Mutiara Damansara.

Beliau berkata, antara aktiviti yang diadakan dari jam 9 pagi hingga 6 petang termasuk sesi pandu uji semua model Volvo, bengkel Terrarium, kendera saji (food trak), program pokok angkat dan refleksologi.

“Kami menyediakan makanan dan minuman percuma kepada semua pengunjung yang hadir dan mereka juga boleh menyertai aktiviti bengkel Terrarium secara percuma.

“Kami juga menyediakan sesi pandu uji kepada pelanggan yang mahu mencuba semua barisan kenderaan Volvo yang diedarkan,” katanya.

Beliau berkata, antara tawaran menarik yang disediakan kepada orang ramai yang menempah kenderaan Volvo pada hari ini ialah telefon pintar iPhone 11 percuma dan filem penapis haba 3M atau Llumar dan coating percuma.

Bagi pemilik Volvo yang membuat temujanji hari ini pula akan menikmati pemeriksaan percuma kenderaan, potongan diskaun 50 peratus untuk kos buruh, cucian kereta percuma dan diskaun 20 peratus untuk aksesori dan alat ganti terpilih.

Pengunjung melihat lebih dekat model Volvo XC60

Untuk pembelian Volvo S60 dan S90 bagi tempoh sehingga 30 September ini, pelanggan layak menikmati insurans kereta percuma, pengoptimum Polestar percuma dan percuma VSA 5+.

Abdul Azim berkata, orang ramai harus merebut peluang untuk memiliki kenderaan Volvo yang dijual pada tahun ini kerana difahamkan model keluaran 2021 iaitu pada tahun depan akan mengalami sedikit perubahan membabitkan had kelajuan maksimum.

Dalam satu pengumuman oleh Volvo Cars pada Mac 2019 berkata, Volvo akan mengehadkan kelajuan maksimum kesemua kenderaannya kepada 180 km/j (112 mph) bagi mengurangkan kecederaan akibat kemalangan jalan raya.

Mengikut pengumuman syarikat itu, had kelajuan baharu itu akan dilaksanakan bagi kesemua model Volvo yang dihasilkan pada 2021.

INGRESS SWEDE AUTOMOBILE SDN BHD

  • 10, Jalan PJU 7/3, Mutiara Damansara
  • 47800 Petaling Jaya, Selangor
  • TEL: 03 7732 7555
  • Emel: [email protected]