Dutch Lady, jenama no.1 di Malaysia telah memperbaharui rangkaian produk susu cecair dan susu tepung keluarga, dengan wajah yang baru dan resipi yang lebih baik.

Ini mengukuhkan lagi komitmen syarikat untuk terus berinovasi dan menawarkan lebih
variasi produk susu yang dilengkapi dengan nutrien dan khasiat penting seperti protein, kalsium yang lebih banyak dan vitamin-vitamin, untuk dinikmati oleh pengguna pada bila-bila masa.

Sebagai peneraju pasaran, DLMI telah membekalkan rakyat Malaysia susu yang lazat dan berkhasiat semenjak 1963 dan terus berkembang untuk memenuhi keperluan pengguna, tanpa menjejaskan tahap kualiti yang tinggi.

Pembaharuan kali ini merangkumi resipi yang ditambah baik dan dilengkapi nutrien seperti protein untuk pertumbuhan badan dan otot, kalsium untuk perkembangan tulang dan vitamin-vitamin seperti Vitamin A, B2 dan D3 yang amat penting untuk badan kekal sihat & daya tahan yang tinggi.

Resipi yang lebih baik ini juga memenuhi kriteria-kriteria Pilihan Kesihatan Rakyat Malaysia
(Healthier Choice Logo) bagi kategori susu, mengukuhkan lagi komitmen berterusan DLMI untuk terus menambah baik produk-produk melalui inovasi, selaras dengan usaha kerajaan Malaysia untuk menangani penyakit tidak berjangkit di negara ini.

Logo HCL juga akan dipamerkan di semua produk susu cecair dan susu tepung keluarga Dutch Lady, untuk membantu pengguna membuat pilihan yang tepat ketika membuat keputusan pembelian.

“Susu Cecair Dutch Lady sememangnya pilihan ramai pengguna di Malaysia dan kami sangat teruja untuk berkongsi wajah baharu dan resipi yang lebih baik di Malaysia.

“Selari dengan warisan 140-tahun tenusu Belanda ianya merupakan misi kami untuk terus membekal pengguna dengan susu berkualiti tinggi penuh dengan nutrisi tenusu yang baik bagi mewujudkan Malaysia yang sihat dan berdaya tahan tinggi terutamanya dalam waktu yang getir seperti sekarang,” kata Pengarah Urusan Dutch Lady Milk Industries Berhad, Tarang Gupta.

Selain memperkenalkan formulasi susu yang baharu, Dutch Lady turut menguatkan komitmennya dalam inisiatif lestari, dengan pek yang diperbuat dari bahan pembungkusan yang bersumber sepenuhnya dari hutan yang diperakui oleh Forest Stewardship Council (FSC) dan sumber terkawal lain.

Ini adalah sejajar dengan usaha berterusan Dutch Lady untuk meningkatkan usaha lestari
melalui pendidikan dan meningkatkan kesedaran kitar semula,ini membolehkan setiap pek Dutch Lady boleh dikitar semula.

Pek baharu Dutch Lady juga akan mempunyai maklumat langkah-langkah untuk mengitar semula bagi mendidik dan meningkatkan kesedaran pengguna sekali gus mendorong amalan kitar semula dalam kalangan pengguna di Malaysia.

Mengimbas kod QR yang terdapat pada setiap pek turut memberi pengguna lebih maklumat lanjut mengenai lokasi pusat kitar semula, langkah-langkah kitar semula dan faedah kitar semula.

Bermula Ogos, pengguna boleh mendapatkan produk susu Dutch Lady di semua pasar raya besar dan pasar raya, serta platform e-dagang.