Utama Blog Halaman 760

Piza Istimewa Untuk Para Ibu Yang Bertugas Di Barisan Hadapan

Police

Walaupun tidak digelar ‘Ketua Rumah’, mereka adalah penyuntik semangat kepada anak-anak Malaysia untuk mengharungi waktu yang mencabar ini

Sambutan Hari Ibu mungkin kelihatan sedikit berbeza tahun ini, namun ia bukan alasan untuk tidak menghargai wanita-wanita terpenting dalam hidup kita – walaupun tidak dianggap ‘Ketua Rumah’, jasa mereka dalam membantu rakyat Malaysia untuk terus tabah mengharungi waktu sukar ini amat besar.

Doctor

Oleh itu, Pizza Hut Malaysia melalui kempen produk sempena Hari Ibu telah mengadakan penghantaran piza istimewa ini sebagai penghormatan kepada para ibu yang bukan sahaja gigih menjaga keluarga di rumah, malah turut berkorban nyawa untuk menjaga anak-anak Malaysia.

Piza berbentuk hati yang disertakan dengan kad ucapan khas telah dihantarkan kepada wanita-wanita cekal yang bertugas di barisan hadapan sebagai tanda penghargaan di atas pengorbanan mereka.

Mereka terdiri daripada para doktor, jururawat, pegawai polis, dan penghantar makanan.

Nurse

Penghantaran istimewa dari Pizza Hut ini bertujuan mengingatkan rakyat Malaysia untuk terus menghargai perjuangan para Ibu yang telah banyak memberi semangat kepada keluarga dan seluruh rakyat Malaysia untuk terus tabah mengharungi situasi pandemik ini.

“Dalam musim PKP dimana rakyat diminta untuk duduk dirumah, para ibu menyerlah
sebagai wira sebenar dengan pelbagai tanggungjawab mereka di rumah.

Selain kesibukan menguruskan keluarga berselang pula dengan Work from Home, terdapat juga para ibu yang bertarung nyawa bertugas di barisan hadapan untuk menjaga anak-anak Malaysia.

Combo Meal for 4 – Pizza Heart

Ibu-ibu berani ini adalah wirawati sebenar. Kasih sayang mereka adalah penyuntik
semangat kepada rakyat Malaysia untuk terus cekal mengharungi keadaan ini bersama,” kata Emily Chong, Ketua Pemasaran Pizza Hut Malaysia.

“Sementara peranan Ketua Rumah itu besar, kita juga harus meraikan para wanita yang bergelar isteri dan ibu ini di atas peranan yang sama penting dimainkan oleh mereka.

“Merekalah permaisuri dan nadi pada setiap keluarga. Tiada apa yang lebih menggembirakan selain menghadiahkan mereka dengan piza berbentuk hati sempena Hari Ibu ini,”

Combo Meal for 2 – Pizza Heart

“Kami berharap kempen ini dapat memberi inspirasi kepada orang ramai untuk terus
menghargai golongan ibu. Kami juga berharap pizza istimewa ini akan mengukir senyuman di wajah mereka,” tambahnya.

Pizza Heart boleh didapati melalui khidmat penghantaran dan bawa pulang di seluruh
Malaysia sehingga 17 May 2020 atau sementara stok masih ada.

Anda boleh menikmati pizza ini dengan harga bermula RM36.50 untuk hidangan a la carte, sementara pilihan hidangan kombo juga disediakan.

Sila pilih khidmat No-Touch Delivery dan No-Touch Takeaway di aplikasi Pizza Hut atau laman web untuk menikmati pizza kegemaran anda pada kaedah bebas-sentuhan yang paling selamat.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.pizzahut.com.my

MITEC Offers Services Beyond Client Expectations

MITEC’s Ramadan

The Malaysia International Trade & Exhibition Centre (MITEC) continues to brace through the challenging time due to the COVID-19 outbreak by diversifying its business operations beyond client expectations.

For the first time, the Venue Culinary Service is offering its Ramadan signature dishes like never before.

MITEC’s Ramadan

A selection of menu (www.mitec.com.my/Ramadan-specials/) is now available for delivery and takeaway by corporate companies or individuals until 22 May 2020.

All meals are prepared in the safest and most hygienic environment in line with its Halal and ISO 22000:2018 (food safety management system) certifications. In addition to that, MITEC is also HACCP (Hazard Analysis and Critical Control Point) certified.

From the kitchen at MITEC, its award-winning culinary team is putting on a Kampung flavour and offering two pack meal options priced at RM18++ and RM38++ where RM2 of the proceeds from every purchase will be donated to MITEC’s nominated charities.

For information or orders, email to [email protected] or call +603 6206 0100.
To know more about MITEC, visit www.mitec.com.my or follow the Venue on social media ([email protected], LinkedIn – Malaysia International Trade and Exhibition Centre, Twitter and Instagram @MITEC_MY).

Bank Islam Turun Kadar Asas 2.7% Dan Kadar Pembiayaan Asas Kepada 5.72%

Menara Bank Islam

Bank Islam Malaysia Berhad (Bank Islam) menyemak semula Kadar Asas (BR) sebanyak 50 mata asas, iaitu daripada 3.27% kepada 2.77%, sementara Kadar Pembiayaan Asas (BFR) disemak semula daripada 6.22% kepada 5.72%.

Pada masa yang sama, kadar deposit juga akan diselaraskan ke bawah sebanyak 50 mata rasas. Semua perubahan kadar berkuat kuasa 12 Mei 2020. Keputusan ini adalah sejajar dengan langkah penurunan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 50 mata asas oleh Bank Negara Malaysia iaitu daripada 2.50% kepada 2.00%.

Ketua Pegawai Eksekutif Bank Islam, Mohd Muazzam Mohamed berkata, “Bank Islam akan menyusun strategi untuk mengimbangi portfolio pembiayaan Bank supaya kos dapat diurus dengan lebih berkesan.

Seterusnya, ini akan membantu mengurangkan tekanan margin pendapatan bersih (NIM). Walaupun penurunan OPR ini akan memberi kesan pada pendapatan Bank, keputusan yang kami buat adalah untuk kepentingan pelanggan.

rBank Islam akan terus membantu masyarakat pada masa yang sukar ini dan terus menyokong ekonomi untuk kembali normal.”

“Kami telahpun menjangka penurunan ini dan bersedia untuk segala kemungkinan yang timbul ekoran penurunan OPR ini dengan terus memberi fokus mempelbagaikan aliran pendapatan Bank, terutamanya dalam segmen pendapatan berasaskan fi.

Selain terus bertahan dan berwaspada, Bank telah menerapkan strategi untuk bergerak maju dalam waktu yang mencabar ini. Kami akan memanfaatkan kemajuan teknologi, dan melaksanakan beberapa inisiatif pendigitalan untuk memacu kecekapan operasi, memberi sokongan tambahan kepada keuntungan jangka panjang dan daya maju keseluruhan.

“Kami sedar usaha ini adalah satu ‘norma baharu’ dan akan berusaha mengoptimumkan nilai dan sumber ke arah kelestarian dan kesejahteraan pelanggan, pemegang kepentingan dan juga Bank,” tambah Mohd Muazzam.

Semakan terakhir BR Bank Islam telah dilaksanakan pada 6 Mac 2020, iaitu daripada 3.52% kepada 3.27%, manakala BFR diturunkan daripada 6.47% kepada 6.22%.

Untuk makluman lanjut, sila layari www.bankislam.com

Dana Sumbangan ‘Derma Dengan Ikhlas’ Dihulurkan Kepada Masyarakat Orang Asli Di Pahang

Sejumlah 1,700 ahli keluarga Orang Asli dari Jerantut dan Temerloh, Pahang menerima bantuan barangan keperluan asas daripada ‘Derma Dengan Ikhlas’ inisiatif derma digital awam yang dijalankan oleh IKHLAS bagi memupuk semangat menderma pada bulan Ramadan ini.

Setiap keluarga menerima satu bakul makanan yang mengandungi beras, gula, tepung, minyak masak, mi segera, kopi dan teh, pelbagai biskut dan makanan dalam tin.

Ikhlas Kamarudin, Ketua IKHLAS berkata, “Kami merafak sembah dan menjunjung kasih ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, kerana titah baginda telah memberi kami inspirasi dan dorongan untuk memperluaskan rangkaian program amal bulan Ramadan kami dengan membantu masyarakat Orang Asli.

“Kami juga ingin merakam penghargaan kepada semua orang yang telah bergabung tenaga menyediakan barangan keperluan asas kepada keluarga yang kurang bernasib baik, pasukan barisan hadapan dan dalam masa yang sama membantu peniaga tempatan di bulan Ramadan ini, terutamanya kepada kolaboratar utama kami Yayasan Amanah Assofwah Almalikiyyah yang telah memainkan peranan penting terhadap kempen ini.

“Kami akan meneruskan usaha untuk mengedar lebih banyak barangan keperluan asas di seluruh negara, dan sekali lagi ingin mengucapkan terima kasih atas sokongan anda semua terhadap inisiatif ini,” katanya.

Projek ini disokong oleh pelbagai badan kerajaan seperti Jabatan Kemajuan Orang Asli Malaysia (JAKOA), Polis Diraja Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Majlis Tempatan Daerah dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pahang untuk menghantar barangan keperluan asas kepada komuniti Orang Asli, dengan ihsan pengangkutan udara oleh Charter Group Aero Sdn Bhd.

Sehingga kini, kempen ‘Derma Dengan Ikhlas’ telah menerima dana sebanyak RM759,000 melalui inisiatif derma digital awam ini.

Sejak hari pertama Ramadan, pasukan IKHLAS telah mengedarkan barangan keperluan asas dan juadah berbuka puasa kepada lebih 3,700 buah keluarga dan 19,050 orang individu di pelbagai lokasi termasuk Lembah Klang, Melaka, Kota Kinabalu, Labuan, Jerantut, Temerloh, Kuantan, Kuala Terengganu, Dungun, Kuala Nerus, Marang, Besut, Kubang Pasu, Langkawi, Kuala Kangsar dan lain-lain.

Kempen tersebut akan dipanjangkan ke kawasan-kawasan lain seluruh Malaysia di sepanjang bulan Ramadan ini.

Kempen ‘Derma Dengan Ikhlas’ adalah sebahagian daripada kempen #InThisTogether oleh Kumpulan AirAsia. Orang awam yang berminat untuk menderma boleh melayari Givewith.Ikhlas.com.

IKHLAS merupakan jenama perniagaan baharu di bawah naungan AirAsia.com yang ditubuhkan khusus untuk komuniti Muslim di seluruh dunia dengan menyediakan akses untuk pelbagai amalan berasaskan keimanan.

Ini termasuk kewajipan agama seperti Umrah, Korban dan pilihan gaya hidup berasaskan hukum Syariah. Portal ini akan dilancarkan pada bulan Jun 2020.

Untuk maklumat lanjut mengenai tabung bantuan dan inisiatif akan datang, layari Givewith.ikhlas.com, atau melalui laman sosial di Instagram ikhlasdotcom dan Facebook ikhlasdotcom.

Stronger Together – A Galaxy Of Special Offers!

As we adjust to a new way of being, it is vital to practice self-care.

Offering seamless connectivity across its devices, Samsung provides an ecosystem that simplifies your daily life and helps you accomplish more.

Just by pairing your Galaxy smartphone with a Galaxy Fit or Galaxy Fit-e, you can keep your health goals on track with the support of Samsung Health – it’s like having your very own personal health coach right in your pocket.

From now until 7 June, purchase any of the devices listed below and get a complimentary Samsung Galaxy Fit or Samsung Galaxy Fit-e.

And if you bundle your mobile device purchase with any wearable item with a minimum purchase of RM3,000 in a single transaction, you get an additional RM300 OFF with the promo code “HOME300”!

Model-Specific Promotions:

Product RRP Colour Availability Promotion Rewards/Free Gift
Galaxy S10 Lite RM2,699 Prism Black

Prism White

Prism Blue

Complimentary Samsung Galaxy Fit worth RM369
Galaxy Note10 Lite RM2,299 Aura Glow

Aura Black

Aura Red

Complimentary Samsung Galaxy Fit worth RM369
Galaxy A51

(6GB RAM)

RM1,299 Prism Crush Black

Prism Crush White

Prism Crush Blue

Complimentary Samsung Galaxy Fit-e worth RM139
Galaxy A51

(8GB RAM)

RM1,399 Prism Crush Black

Prism Crush White

Prism Crush Blue

Complimentary Samsung Galaxy Fit-e worth RM139
Galaxy A71 RM1,799 Prism Crush Black

Prism Crush Silver

Prism Crush Blue

Complimentary Samsung Galaxy Fit-e worth RM139

 

While you’re at it, today is the start of Week 2 in the Jimat, Snap & Menang Raya contest. So submit your entries if you miss Week 1 and be in the running to win amazing weekly prizes – ‘cause you can only gain from it!

For more information on the Jimat, Snap & Menang contest and Week 1 winner announcements, please visit: https://www.samsung.com/my/offer/mobile/2020-hari-raya/

For more information on the Galaxy S10 Lite, Galaxy Note10 Lite, Galaxy A51 and Galaxy A71 promotion, please visit: https://www.samsung.com/my/offer/mobile/galaxy-a-lite-special-offer/

AirAsia Cemerlang Atasi Krisis COVID-19, Menurut Brand Finance

Kumpulan AirAsia adalah salah satu jenama syarikat penerbangan yang cemerlang dalam mengatasi krisis Covid-19, berdasarkan kedudukan tunai, kekuatan dan nilai jenama, menurut perunding penilaian jenama bebas, BrandFinance.

Brand Finance baru-baru ini telah melancarkan laporan tahunannya mengenai jenama syarikat penerbangan paling berharga dan kuat – Brand Finance “Airlines 50” untuk tahun 2020.

AirAsia adalah satu-satunya syarikat penerbangan tambang rendah dari ASEAN yang disenaraikan, berikutan pertumbuhan nilai jenama sebanyak 15.5% dari tahun ke tahun yang tertinggi di Asia dan kedua tertinggi di antara semua jenama syarikat penerbangan global, menjadikannya salah satu daripada 25 jenama teratas bagi syarikat penerbangan paling berharga di dunia.

Di antara 10 Jenama Terkuat dalam laporan ini, AirAsia dinilai sebagai sebuah syarikat penerbangan yang mempunyai peningkatan dari tahun ke tahun tertinggi dan salah satu daripada hanya empat jenama syarikat penerbangan di dunia yang diiktiraf AAA+.

Ini berdasarkan pelaburan pemasaran, pengetahuan jenama, kesetiaan, kepuasan kakitangan dan reputasi korporat.

Pengarah Urusan Brand Finance Asia Pacific, Samir Dixit berkata: “Walaupun hanya beberapa jenama yang mempunyai pertumbuhan yang positif, AirAsia membuktikan bahawa ia adalah pesaing yang kuat di antara beberapa jenama terbaik di dunia.

“Ini sudah pasti kerana ia terus konsisten dalam meningkatkan pengalaman jenama dan terus berusaha dalam membina jenamanya kepada para pelanggan dan pihak berkepentingan yang lain.

“Krisis Covid-19 yang berlaku kini mengancam semua syarikat penerbangan, dan tidak mudah untuk dikendalikan memandangkan mereka harus berjuang untuk mendapatkan kembali permintaan dan boleh kehilangan sehingga 20% nilai jenama keseluruhan,” katanya.

Satu-satunya faktor yang akan mendorong pilihan pelanggan pada masa yang sukar ini adalah jenama yang kuat dan jenama yang lemah mungkin tidak dapat bertahan dalam krisis ini.

Berdasarkan kriteria kami, AirAsia adalah salah satu daripada 30 jenama syarikat penerbangan global yang akan bertahan dalam krisis Covid-19.”

Presiden (Penerbangan) Kumpulan AirAsia, Bo Lingam berkata: “Kami berbesar hati dengan pencapaian ini yang mengakui usaha kami untuk peningkatan berterusan dalam semua aspek di AirAsia.

“Kami akan terus mengutamakan para tetamu, dan menjadikan mereka sebagai teras bagi setiap keputusan kami untuk memastikan nilai terbaik dalam pengalaman perjalanan udara. Nilai, inovasi dan pilihan adalah tiga faktor utama jenama kami dan pencapaian ini adalah bukti dedikasi dan kerja keras kami di AirAsia.”

Setelah tempoh penggantungan penerbangan berikutan pandemik wabak Covid-19, AirAsia telah menyambung semula penerbangan domestik yang dijadualkan minggu lalu bermula di Malaysia dan Thailand dengan kawalan kesihatan yang ketat dan mengamalkan protokol penjarakan sosial.

Penyambungan semula perkhidmatan akan menyusul di Filipina, Indonesia, India dan Jepun tidak lama lagi, dan diikuti oleh destinasi antarabangsa di rantau ini, apabila keadaan bertambah baik dan sehingga sekatan perjalanan ditarik balik oleh kerajaan.

Untuk salinan laporan lengkap Brand Finance Airlines 50 2020 sila klik di sini.

Malindo Air IATA Operational Safety Audit (IOSA) Registration Renewed

Malindo Air has successfully completed audit procedures certification for conformity to the International Air Transport Association’s Operational Safety Audit (IOSA) for the second time. Renewal certification is valid for a two-year term, from now until June 3, 2022.

IOSA is an internationally recognized and accepted evaluation system designed to access the operational management and control systems of an airline, which occurs every two years once the airline successfully completes the first audit.

Capt. Mushafiz Mustafa Bakri, Malindo Air’s CEO said, “As a member of the International Air Transport Association (IATA), Malindo Air must go through an extensive safety audit by IOSA for every two years.

We have successfully passed the audit procedures thus obtaining our IOSA certificate renewed since first being added to the IOSA Registry in 2016.”

“This certification is a valuable safety validation for us as it aligns us with global best safety practice. It helps to ensure our continuous operational management and control systems are in accordance to the IATA standards, regulatory requirements and industry best practices.

“It therefore sets Malindo Air at par with the international aviation industry requirements,” added Capt. Mushafiz.

For updates on Malindo Air’s latest activities and promotions, please connect with us via Twitter (twitter.com/@malindoair), Facebook (facebook.com/MalindoAirMalaysia) or Instagram (instagram.com/malindoair).

Put Mom In The Picture This Mother’s Day #withGalaxy

Moms work hard to make life’s special moments even more memorable.

From first steps to birthday parties to cherished holiday celebrations, Moms are always there—capturing our greatest memories and documenting them for the future. But with so much time spent behind the camera, it’s time to celebrate Mom and put her in the picture.

That’s why this Mother’s Day, Samsung is encouraging Galaxy fans to celebrate moms around the world with our campaign: Put Mom in the Picture #withGalaxy. To launch the campaign, we pulled together a video of Moms behind the scenes and in front of the camera to show that there’s no question: life’s always better when Mom’s in the shot.

And at a time when it’s more important than ever to stay connected with Mom, we know families are relying on their technology to make sure this Mother’s Day is extra-special.

With so many ways to communicate, the Galaxy S20 series makes it easier than ever to celebrate – whether you’re video chatting one-on-one or filling up the screen with 12 participants.

Thanks to Samsung’s partnership with Google Duo, video calling Mom and loved ones is as easy as sending a text.

And when it comes to capturing your memories with Mom, use the Galaxy S20’s pro-grade camera to get the perfect shot. Enjoy a cutting-edge camera sensor that lets in more light and detail than ever before, so photos of mom are always crystal clear.

And with Single Take mode, you can stay in the moment while Mom opens up her presents – the Galaxy S20’s lenses grab a variety of images and videos, at once, so you can pick your favorites once the festivities are over.

This Mother’s Day, celebrate mom by putting her in the picture and spread the love using #WithGalaxy. Whether you’re together or apart, feel closer than ever, with a little help from Samsung.

Happy Mother’s Day from our Samsung family to yours.

For more information, please visit https://www.samsung.com/my/explore/photography/with-galaxy/put-mom-in-the-picture-with-galaxy/ and https://www.samsungmobilepress.com/featurestories/put-mom-in-the-picture-this-mothers-day-withgalaxy.

Tebus Mata Ganjaran BIG Dalam Aplikasi Baharu BIG Loyalty

BIG loyalty telah menaik taraf aplikasi mudah alihnya dengan ciri-ciri tambahan yang menawarkan Ahli BIG lebih banyak pilihan untuk menikmati lebih daripada penerbangan dan percutian dengan mata ganjaran BIG mereka.

Versi baharu ini menawarkan lebih fleksibility kepada Ahli BIG dalam menggunakan mata ganjaran BIG untuk menebus BIG Deals – pelbagai baucar gaya hidup di mana ianya boleh ditebus langsung dari aplikasi tersebut menggunakan mata ganjaran BIG.

Ini menandakan satu lagi kejayaan bagi transformasi BIG Loyalty daripada program kesetiaan syarikat penerbangan kepada platform gaya hidup komprehensif, sempena ulang tahunnya yang ke-10.

Ahli BIG kini boleh menggunakan mata ganjaran BIG untuk menebus pelbagai tawaran harian kegemaran mereka dan menikmati penjimatan lebih 100 tawaran seperti makanan dan minuman, membeli-belah, perkhidmatan dan hiburan.

Untuk meraikan aplikasi ini, sesiapa yang memuat turun atau log masuk ke aplikasi BIG Loyalty antara 4 Mei 2020 dan 31 Mei 2020 akan menerima 125 mata ganjaran BIG PERCUMA* dengan sejumlah 1,500,000 mata ganjaran BIG untuk dimenangi sepanjang tempoh kempen ini.

Selain itu, dapatkan promosi 50% dan tawaran RM1 di mana Ahli BIG boleh menebus dengan hanya 125 mata ganjaran BIG, termasuklah tawaran daripada Huawei, Farmasi Caring, Hermo, Potboy, Kafe Dome, dahmakan, Hungry, MPHOnline, Photobook, Pixajoy dan Flower Chimp.

Spencer Lee, Ketua Pegawai Eksekutif BIGLIFE Sdn Bhd berkata, “Mata ganjaran BIG telah berkembang daripada hanya mata kesetiaan kepada mata wang digital, dan ini adalah sebahagian daripada usaha kami untuk terus menambah nilai mata dan terus menawarkan kebebasan penggunaan serta pengalaman lebih baik untuk ahli BIG memanfaatkan mata ganjaran BIG mereka.

“Mata ganjaran BIG adalah universal dan tanpa had, kerana kini mata ganjaran yang dikumpul bukan sahaja terhad untuk menebus penerbangan tetapi juga boleh menebus tawaran gaya hidup.

Sehingga kini, terdapat lebih 13 bilion mata ganjaran BIG dalam akaun Ahli BIG kami. Ini adalah peluang besar bagi perniagaan lain untuk memanfaatkan ekosistem kami dan menawarkan produk dan perkhidmatan mereka kepada lebih 26 juta ahli BIG kami.

Kami akan meneruskan usaha dalam memperluaskan tawaran dan meningkatkan pengalaman para ahli serta mewujudkan nilai yang lebih bermakna untuk ahli BIG dan rakan kongsi kami.” katanya.

Jenama yang berminat untuk bekerjasama dengan BIG Loyalty boleh hubungi kami di [email protected].

Tawaran BIG Deals kini terdapat untuk Ahli BIG di Malaysia dan tidak lama lagi akan diluaskan ke Thailand, Indonesia dan Filipina.

Tawaran yang ditebus adalah dalam bentuk e-baucar, di mana ia boleh digunakan di kedai rakan kongsi perniagaan atau dalam talian kami.

Aplikasi ini juga memberi ahli pilihan untuk membeli mata ganjaran, seterusnya memudahkan Ahli BIG untuk menukar mata ganjaran mereka kepada simpanan dengan menggunakan mata ganjaran mereka sebagai baki kos pembelian.

Pada bulan Ramadan ini, Ahli BIG juga berpeluang untuk menderma mata ganjaran BIG melalui “Give with Ikhlas,” inisiatif derma digital awam.

Ahli BIG boleh menebus baucar derma tunai dan 100% akan disumbangkan terus kepada inisiatif ini, untuk membantu mereka yang memerlukan dan ahli barisan hadapan sambil membantu peniaga tempatan.

Dengan versi baharu ini, matlamat BIG Loyalty adalah untuk mengalakkan Ahli BIG supaya lebih aktif dalam mengumpul dan menggunakan mata ganjaran BIG. Aplikasi tersebut juga memudahkan Ahli BIG menguruskan mata ganjaran, semak sejarah transaksi, semak baki, semak tamat tempoh, dan menebus tawaran terbaik pelancongan dan gaya hidup di hujung jari mereka.

Ciri-ciri baharu seperti pindah mata ganjaran, kongsi mata ganjaran dengan ahli keluarga dan ciri penukaran mata ganjaran berdasarkan-blockchain menerusi platform BIG Xchange akan tersedia tidak lama lagi.

Antara jenama-jenama dan rakan kongsi BIG Deals adalah:

Makanan & Minuman
Baskin Robbins, Nando’s, Texas Chicken, Kafe Dome, Teppanyaki, The Black Whale, Santan, Durian Hill

Membeli-belah
adidas, ZALORA, Lazada, HappyFresh, Hermo, MPHOnline, Potboy, Farmasi Caring

Perkhidmatan
Eat Cake Today, dahmakan, Flower Chimp, GrabFood, Hungry, Photobook, Pixajoy, Smartbite

Hiburan
iflix, Razer Gold

Derma
IKHLAS

Untuk maklumat lanjut mengenai mata ganjaran BIG, muat turun aplikasi BIG Loyalty atau ikuti kami di  Facebook, Twitter dan Instagram.

*Tertakluk kepada terma dan syarat. 

Pusat Servis Modenas Kini Dibuka 4 Hari Seminggu

Service Centre MODENAS - Subang

Syarikat motosikal nasional, Motosikal dan Enjin Nasional Sdn Bhd (Modenas) kini telah menambah hari operasi untuk pusat-pusat servis sah Modenas yang terpilih daripada 2 hari kepada 4 hari seminggu, berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang diumumkan oleh Kerajaan minggu lepas.

Penyambungan semula operasi selepas jualan Modenas akan tertakluk kepada prosedur pengendalian standard (SOP) pandemik Covid-19 yang telah ditetapkan oleh MITI, termasuk waktu yang lebih singkat, kakitangan yang terhad serta mematuhi langkah-langkah pencegahan seperi penjarakan sosial dan pemantauan amalan kebersihan setiap masa.

Pusat Servis Modenas Terpilih

Di bawah ini disenaraikan pusat-pusat servis yang akan dibuka untuk perniagaan serta waktu operasinya:

Pusat Servis MODENAS Subang, Selangor
Pusat Servis MODENAS Ipoh, Perak
Pusat Servis MODENAS Gurun, Kedah
Pusat Servis MODENAS Kuantan, Pahang
Pusat Servis MODENAS Johor Bahru, Johor

Hari Operasi : Empat hari seminggu (Isnin hingga Khamis)
Waktu Perniagaan : 10.00 pagi hingga 3.00 petang
Permulaan : 4 Mei 2020, sehingga diberitahu kelak

Pusat-pusat servis ini akan terus melayani pelanggan hanya dengan temu janj. Para pelanggan Modenas boleh membuat temu janji secara dalam talian melalui http://bit.ly/mcobookaservice atau http://bit.ly/jomservis.

Selain itu, para pelanggan juga boleh menghantar Mesej WhatsApp ke talian Modenas Careline di 019-570 8135.

Pelanggan kemudiannya akan dihubungi oleh kakitangan cawangan untuk mengesahkan slot tarikh dan masa yang ada. Pusat-pusat servis ini hanya akan menerima temu janji berdasarkan asas layanan pertama.

Pendekatan ini diambil untuk mengehadkan jumlah pelanggan yang memasuki premis serta mempraktikkan jarak sosial yang selamat bagi setiap pelanggan dalam tempoh pandemik ini.

Semua pelanggan akan diminta memakai penutup hidung dan mulut sebelum memasuki premis dan suhu badan mereka juga akan diperiksa.

Dalam masa yang sama, ketersediaan alat ganti motosikal Modenas juga telah diatasi.

Modenas juga kini telah memulakan operasi untuk perniagaan alat ganti untuk menyokong rangkaian stokis.

Pelanggan kini boleh membeli alat ganti mereka dari Pusat Perkhidmatan Modenas atau di mana-mana stokis yang diberi kuasa mengikut senarai di bawah.

Disarankan agar para pelanggan memilih lokasi terdekat untuk mematuhi peraturan
perjalanan MCO.

 

Post Menarik