Utama Blog Halaman 759

AirAsia Digital Bekerjasama Dengan Google Lancarkan Redbeat Academy

AirAsia Digital dengan kerjasama Google telah melancarkan Redbeat Academy hari ini selaras dengan pengembangan perniagaan digital Kumpulan AirAsia.

Akademi ini telah dilancarkan oleh Khairy Jamaluddin, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi dan Datuk Ir. Dr. Siti Hamisah binti Tapsir, Ketua Setiausaha, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi disaksikan oleh Datuk Kamarudin Meranun, Pengerusi Eksekutif Kumpulan AirAsia; Tan Sri Tony Fernandes, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia; Aireen Omar, Presiden (AirAsia Digital) Kumpulan AirAsia dan Marc Woo, Ketua Google Malaysia.

Khairy Jamaluddin, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (Tiga dari kiri) dan Datuk Ir. Dr. Siti Hamisah binti Tapsir, Ketua Setiausaha, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Dua dari kanan) melancarkan RedBeat Academy bersama-samaDatuk Kamarudin Meranun, Pengerusi Eksekutif Kumpulan AirAsia (Dua dari kiri); Tan Sri Tony Fernandes, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia (Tiga dari kanan); Aireen Omar, Presiden (AirAsia Digital) Kumpulan AirAsia (kiri) dan Marc Woo, Ketua Google Malaysia (kanan).

Pada mulanya, akademi ini ditubuhkan untuk kakitangan AirAsia (Allstars) untuk mempelajari kemahiran baharu melalui bengkel teknologi seperti Kecerdasan Buatan, Pembelajaran Mesin, Perisian Kejuruteraan, Keselamatan Siber, Big Data dan Infrastruktur serta lain-lain. Kini Redbeat Academy turut dibuka untuk orang awam.

Langkah ini adalah sebahagian daripada objektif akademi ini dan bertujuan untuk membina masa depan tersedia bagi generasi akan datang dengan menyediakan perkhidmatan sehenti dalam teknologi, kepimpinan dan inovasi bagi memenuhi sumber keperluan ekonomi digital di Malaysia dan rantau Asean.

Khairy Jamaluddin, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berkata, “Saya ingin mengucapkan tahniah kepada AirAsia Digital dan Google atas kerjasama dan pelancaran Redbeat Academy.

Konsep akademi ini menandakan tren penting untuk dunia digital hari ini di mana aspek digital telah mengubah cara perniagaan dijalankan, menyusun semula pekerjaan dan menjadikan produk pemasaran beralih daripada cara tradisional kepada digital serta berasaskan tabiat pengguna.

Usaha ini sejajar dengan inisiatif-inisiatif utama kerajaan seperti National Technology & Innovation Sandbox (NTIS) bertujuan memacu perjalanan Malaysia untuk menjadi negara berpendapatan tinggi dan berteknologi tinggi di samping meningkatkan impak sosial serta memperkukuhkan struktur ekosistem inovasi sosial.

MOSTI berbangga untuk memainkan peranan mendorong inovasi dari peringkat akar umbi bersama pemain industri terkemuka seperti AirAsia, kerana inovasi terbukti merupakan pemacu utama ekonomi dan pasaran di seluruh dunia. Kami juga teruja untuk melihat rakyat Malaysia dari semua lapisan masyarakat dan industri mendaftar untuk kursus yang ditawarkan di Redbeat Academy.”

Tan Sri Tony Fernandes, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia berkata, “AirAsia adalah sebuah syarikat teknologi dan hari ini kami berbesar hati untuk melancarkan akademi teknologi ini dan bangga untuk bekerjasama dan berkongsi sumber dan pengetahuan dengan Google.

“Dengan misi untuk memperkasakan, menghubungkan dan mengembangkan saluran bakat teknologi yang mampan, kami juga berbangga untuk membuka akademi ini kepada semua untuk mendapat peluang pembelajaran daripada mentor yang terdiri daripada pemain industri profesional dan menghasilkan bakat yang boleh menyelesaikan masalah dengan teknologi.

Semua orang perlu terus belajar, berkembang dan membiasakan diri dengan landskap teknologi yang sentiasa berubah untuk memastikan bahawa kita akan terus relevan dalam ekonomi digital ini. Saya berharap semua orang akan mengambil kesempatan ini untuk mempelajari set kemahiran baharu dalam bidang teknologi supaya kita bersama-sama dapat berusaha untuk mencapai kejayaan dan membangunkan negara.”

Rochana Golani, Pengarah Google Cloud Learning Services berkata, “Teknologi cloud dapat memacu pertumbuhan dan inovasi yang mampan untuk perniagaan besar dan kecil, dan Redbeat Academy akan membantu mengembangkan kemahiran dan bakat dalam bidang ini di seluruh Malaysia.

Sebagai Rakan Latihan Rasmi Google Cloud, kami juga berharap dapat bekerjasama dengan pasukan akademi ini untuk menyediakan kursus dan pembelajaran lanjutan untuk melahirkan para profesional dalam teknologi cloud.”

Redbeat Academy akan memberi tumpuan dalam lima segmen, iaitu AirAsia Allstars, badan korporat dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS), agensi kerajaan, universiti dan orang awam dengan sekurang-kurangnya 100,000 bakat yang akan dimanfaatkan pada setiap tahun untuk memberikan penyelesaian dalam tiga bidang utama: Program Pembangunan Kemahiran, Makmal Betabuild – sebuah program yang ditawarkan oleh AirAsia dengan sokongan Google untuk membantu perusahaan menceburi Perniagaan Digital Baharu – serta Kakitangan, Perkhidmatan Kerjaya dan Pengambilan Kakitangan.

Selain itu, Redbeat Academy juga telah mengumumkan kerjasama dengan Kumpulan Industri-Kerajaan Bagi Teknologi Tinggi Malaysia (MIGHT) untuk membangunkan semula bakat dalam projek Kejuruteraan Perisian dan Teknologi Tinggi (seperti blockchain dan data) dan Universiti Teknologi Malaysia, Universiti Malaya dan Asia School of Business yang bekerjasama dengan MIT Sloan Management, untuk memberikan pengesahan pembelajaran (micro-credential) bagi kursus Redbeat Academy dan memperakuinya sebagai sebahagian daripada Akreditasi Pengalaman Pembelajaran Terdahulu (APEL).

Akademi ini juga meraikan kumpulan graduan pertama yang terdiri daripada 135 AirAsia Allstars, yang telah lulus dalam kursus Digital Fundamentals mereka daripada Program Reskilling & Upskilling yang telah dijalankan secara dalaman dan akan meneruskan karier mereka di dalam bidang teknologi masing-masing.

Untuk maklumat lanjut, layari redbeatacademy.com atau ikuti Redbeat Academy di Facebook dan Redbeat Academy di YouTube.

Petron Malaysia Yakin Ramai Pelanggan Akan Guna Kemudahan ATM My Debit

Petron Malaysia yakin lebih ramai pelanggan akan menggunakan kemudahan ATM MyDebit di setiap stesen minyaknya susulan pelancaran siri kedua kempen peraduan ‘Fuel Penuh Gaya MyDebit Je Dengan Kad ATM Anda’ kerana kaedah itu terbukti lebih cepat, selamat dan mudah.

Pengurus Besarnya Faridah Ali berkata, keyakinan itu juga adalah berdasarkan kepada kejayaan siri pertama kempen peraduan ‘FUEL-YoooH MyDebit Je Dengan Kad ATM Anda’ yang dilancarkan pada Januari 2020.

“Sepanjang siri pertama yang berlangsung pada Januari memang terdapat peningkatan jualan melalui MyDebit kerana Petron tidak mengenakan tahanan (pre-authorisation) RM200 untuk setiap pembelian bahan api walaupun serendah RM5.

“Ini adalah kemudahan yang Petron sediakan untuk pelanggan, kita tak nak bebankan pelanggan terutamanya penunggang motosikal,” katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran kempen tersebut yang disempurnakan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri, di sini, semalam.

Petron adalah rangkaian stesen minyak dalam negara yang pertama menawarkan pembayaran menggunakan kad ATM MyDebit tanpa tahanan RM200 selama tiga hari.

Kempen itu yang dijalankan secara kerjasama antara Petron dengan Tourism Malaysia dan Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet) akan bermula dari 1 Oktober hingga 31 Disember 2020 dan terbuka kepada semua pemegang kad ATM MyDebit yang dikeluarkan oleh bank-bank di Malaysia.

Sementara itu, Nancy dalam ucapannya berkata, strategi pelan pemulihan pelancongan dan kebudayaan yang ditumpukan kepada pelancongan domestik boleh menjadi pemangkin dan asas untuk industri ini kembali cergas.

Menurutnya, ia adalah berdasarkan kepada Laporan Survei Pelancongan Domestik 2019 daripada Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) yang menunjukkan bahawa segmen pelancongan domestik pada 2019 telah merekodkan perbelanjaan sebanyak RM103.2 bilion.

Data tersebut juga menunjukkan bahawa bahan api kenderaan merupakan komponen kedua terbesar dari segi perbelanjaan perjalanan oleh pelancong domestik apabila sebanyak 16.7 peratus daripada jumlah perbelanjaan perjalanan dibelanjakan untuk bahan api kenderaan.

Sementara itu, Nancy turut memuji kerjasama antara Petron dan PayNet menerusi peraduan tersebut kerana kaedah mudah berkenaan akan meningkatkan lagi mobiliti orang ramai yang seterusnya menyumbang kepada aliran tunai dan penjanaan pendapatan dalam negara.

SME Bank Offers Targeted Extension On Moratorium And Assistance

SME Bank offers targeted extension on moratorium and assistance to almost all of its eligible customers through the SME Relief Program (SRP) as announced last August.

Minister of Entrepreneur Development and Cooperatives (MEDAC), Dato Sri Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar said, “The SRP Program involved 3090 customers with financing value amounting more than RM4.8 billion.

This SME Bank’s initiative, which targeted customers from five SME sectors and the micro and small categories are in line with the Entrepreneur and Cooperative Recovery Plan announced by MEDAC.”

“The five SME sectors targeted in this SRP program are tourism, education, public transport, health and petrol stations. With the assistance such as the SRP Program, we can achieve stability in the entrepreneurship ecosystem, restoring business operations in the immediate term and ensuring entrepreneurs remain competitive and resilient after being hit with the COVID-19 crisis,” added Dato Sri Dr.

SME Bank Group President / Chief Executive Officer, Aria Putera Ismail said, “SME Bank formulates the SRP Program by taking into account the needs and strength of each customer’s business cash flow.

This SRP program generally offers 12 months extension to the existing financing. From the total number of eligible customers, 66% received a moratorium extension package up to 12 months and 15% received a six-month profit servicing package. The remaining customers are provided with the rescheduling of their financing.”

Aria added, “Various initiatives have been taken to ensure that each of SME Bank’s customers received clear information regarding the SRP Program.

Among the initiatives implemented include ensuring each Relationship Manager contacting their customers, organizing the SRP Open Day at selected branches, communication through various social media platforms, text messaging and phone calls as well as distribution of Notification Letters to the targeted customers.”

This SRP Program begins after the Bank Negara Malaysia’s automatic moratorium period ends on 30 September 2020. For more information, please visit the official website at www.smebank.com.my or call the Bank’s Customer Contact Center at 03- 26037700.

Proton Commerce Sasar Peningkatan Pinjaman Kenderaan Pada Suku Akhir 2020

X50

Pakej rangsangan kerajaan memacu perkembangan produk pinjaman kenderaan

Syarikat pembiayaan automotif dalaman PROTON, Proton Commerce Sdn Bhd (PCSB) menjangkakan pinjaman sewa-beli kenderaan akan terus meningkat pada suku terakhir 2020.

X50

Syarikat usaha sama antara Proton Edar Sdn Bhd dan CIMB Bank Berhad yang diasaskan pada 2003 ini, menawarkan pakej pinjaman pada kadar kompetitif serta pemprosesan pinjaman yang pantas untuk pembeli kereta Proton.

Pakej rangsangan PENJANA dan permintaan Proton X50 pemangkin peningkatan pinjaman sewa-beli. Sepanjang tiga tahun kewangan (FY2017- FY2019), industri sewa-beli kenderaan mengalami kadar peningkatan dalam lingkungan 1.0% ke 2.0%, selari dengan peningkatan jumlah keseluruhan industri (TIV) dalam negara.

Walau bagaimanapun, untuk enam bulan pertama 2020, industry automotif menyusut hampir 1.0% disebabkan oleh wabak COVID-19 yang melambatkan perkembangan ekonomi global serta menyebabkan penurunan jumlah keseluruhan industri.

Walaupun berhadapan dengan rintangan luaran, aset pinjaman Kadar Pertumbuhan Tahunan Kompaun (Compound Annual Growth Rate) PCSB kekal pada 25% dari tahun kewangan 2019 sehingga kini.

Lagipun, pada bulan Julai 2020, PCSB mencatatkan peningkatan tinggi dalam sejarah di mana jumlah pinjaman yang dikeluarkan dan jumlah kontrak, merangkumi 15% daripada jumlah jualan PROTON dalam bulan tersebut.

Mooi Fi Phang, Chief Executive Officer of PCSB

Kejayaan ini dapat direalisasikan bukan hanya kerana kadar pinjaman kompetitif PCSB, tetapi disebabkan peningkatan jualan kenderaan Proton secara keseluruhannya selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilonggarkan, di mana pada hujung Ogos, PROTON telahpun menjangkau angka jualan tahunan berbandingan tahun 2019.

“PCSB menjangkakan angka jualan sewa-beli untuk industri akan meningkat pada separuh tahun kedua 2020 bersandarkan pakej rangsangan PENJANA kerajaan yang memberi pengecualian cukai jualan sehingga 31 Disember 2020.

“Kami juga menjangkakan peningkatan jualan berdasarkan minat orang ramai terhadap Proton X50 yang bakal dilancarkan, yang mana, akan memberi impak untuk suku terakhir 2020, dan juga besar kemungkinan untuk 2021,” kata Mooi Fi Phang, Ketua Pegawai Eksekutif, Proton Commerce Sdn Bhd.

Faktor peningkatan lain dalam suku terakhir termasuklah pengurangan Kadar-Dasar-Semalaman (Overnight Policy Rate) oleh Bank Negara yang membenarkan PCSB menawarkan harga kompetitif kepada pelanggan.

PCSB kini menawarkan kadar pinjaman 2.19% untuk Proton X70, antara yang terendah, atau sama, dengan institusi kewangan lain di pasaran.

Yayasan Peneraju, FMSDC Meterai Perjanjian Untuk Hasilkan Lebih Ramai Tenaga Kerja Mahir Bumiputera

From left: Muhamed Ali Hajah Mydin, President of Federation of Malaysian Skills Development Centres (FMSDC) , Mohd Ariff Ithnin, Acting CEO of Yayasan Peneraju (middle) and Noralyn Idris, Associate Director of Programme & Service Delivery Management, Yayasan Peneraju (right)

Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera (Yayasan Peneraju), memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bagi tempoh 3 tahun bersama Persekutuan Pusat Pembangunan Kemahiran Malaysia (FMSDC) untuk melaksanakan Program Latihan Peneraju Skil Untuk Siswazah (PLUS).

Jalinan kerjasama ini akan menawarkan peluang latihan dan dana kepada para siswazah yang baru menamatkan pengajian dan sedang mengganggur untuk mendapatkan pensijilan industri dan pekerjaan.

Muhamed Ali Hajah Mydin, President of Federation of Malaysian Skills Development Centres (FMSDC) (right) and Mohd Ariff Ithnin, Acting CEO of Yayasan Peneraju

Perjanjian itu ditandatangani oleh Mohd Ariff Ithnin, pemangku Ketua Pegawai Eksekutif
Yayasan Peneraju dan Muhamed Ali Hajah Mydin, Presiden FMSDC di Pusat Pembangunan Kemahiran Negeri Pulau Pinang, Bandar Bayan Baru Pulau Pinang.

Mohd Ariff Ithnin berkata. kerjasama itu bertujuan untuk menghasilkan tenaga kerja Bumiputera yang lebih mahir dalam industri yang mendapat permintaan tinggi seperti pembuatan, telekomunikasi, elektrik dan elektronik, teknologi maklumat, pembinaan dan logistik.

FMSDC yang terdiri daripada 13 Pusat Pembangunan Kemahiran Negeri memberi tumpuan
kepada pembangunan kumpulan bakat mahir negara dengan menyediakan latihan teknikal
dan pendidikan untuk memenuhi permintaan industri tempatan.

Muhamed Ali Hajah Mydin, Presiden FMSDC berkata asas utama kepada kewujudan Pusat
Pembangunan Kemahiran Negeri adalah industri di setiap kawasan tersebut yang
berperanan untuk memulakan dan mengembangkan dasar perniagaan, jenis kursus teknikal atau latihan yang diperlukan industri, pembangunan modul dan pembangunan Pendidikan dan Latihan Teknikal & Vokasional (TVET).

Kerjasama ini bertujuan untuk memberi peluang kepada lebih 600 siswazah yang baru
menamatkan pengajian dan menganggur untuk mendapat pensijilan dari Handwerkskammer (HWK) Aachen, SIEMENS dan Institut Teknologi Dron Australia, City & Guilds dan Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed).

Kerjasama ini turut menyaksikan Yayasan Peneraju menyediakan dana bagi pelatih untuk mengikuti kursus pensijilan dan latihan di Pusat Pembangunan Kemahiran (SDC) berdasarkan keperluan industri.

From right: Mohd Ariff Ithnin, Acting CEO of Yayasan Peneraju and Muhamed Ali Hajah Mydin, President of Federation Of Malaysian Skills Development Centres (FMSDC)

Program yang ditawarkan merangkumi Expert Craftsman Mechatronics, Expert Craftsman
Machining, Expert Craftsman Automotive Hybrid, Siemens PLC, Drone Technology dan Big
Data Analytics.

Inisiatif ini sejajar usaha kerajaan untuk memupuk dan mengembangkan bakat baru bagi
memacu Malaysia ke arah negara berpendapatan tinggi dan juga meningkatkan penyertaan
Bumiputera dalam sektor pekerjaan berpendapatan tinggi terutama dalam segmen Revolusi
Industri 4.0 selari dengan agenda WKB2030.

“Mengembangkan bakat muda Bumiputera yang dilengkapi dengan pengetahuan dan
keupayaan sangat penting untuk membawa pendekatan ke depan dan menjadi peneraju
untuk mengekalkan perniagaan dalam lanskap ekonomi global yang semakin kompetitif dan sentiasa berubah”.

“Yayasan Peneraju sentiasa memberi penekanan untuk menghasilkan generasi berwawasan masa depan supaya bakat-bakat ini dapat menyumbang kepada pertumbuhan sosio-ekonomi negara kita,” katanya.

Sejak ditubuhkan pada 2012, Yayasan Peneraju telah memperkenalkan pelbagai program penajaan merangkumi program akademik, pensijilan TVET, profesional dan antarabangsa yang disesuaikan dengan pelbagai tahap kemasukan bermula dari lepasan SPM hingga pelajar universiti dan profesional yang sedang bekerja.

Setakat ini, Yayasan Peneraju telah merealisasikan aspirasi lebih dari 30,000 penerima
faedah dari seluruh Malaysia melalui 261 program pembiayaannya, dengan agihan
peruntukan sebanyak RM716 juta dalam tempoh lapan tahun.

Youbeli Announces Exclusive Partnership With Taiwanese e-Commerce PChomeSEA

Youbeli, a homegrown e-commerce brand announces exclusive partnership with PChomeSEA, the largest e-Commerce platform in Taiwan; allowing Malaysian online shoppers to enjoy more than 5 million high-quality products.

Celebrating this partnership, Youbeli and PChomeSEA are offering FREE delivery nationwide with no minimum purchase.

“Malaysian online shoppers have become more sophisticated in their choices of products. With the current Movement Control Order (MCO) implemented as the Government that encourages Malaysians to shop online, Youbeli has decided to secure this exclusive partnership with PChomeSEA.

“With the current FREE delivery promotion, we hope that Malaysian online shoppers will enjoy high-quality products while saving on postage,” said Chua Khai Suan, Chief Executive Officer of Youbeli.

“Taiwan has built a reputable online shopping experience for the past 20 years with an annual e-commerce transaction that exceeds the annual transactions in all 10 countries in the Southeast Asian region.

Therefore, we take pride in our Made in Taiwan (MIT) label that ensures affordable products without compromising on the quality. To date, PChomeSEA offers more than 5 million different products featured in more than 300 million listings,” said Sam Tsai, Managing Director of PChomeSEA.  

Youbeli listed Electronics, Health & Beauty and Home & Living category to be the top categories under PCHomeSEA that were estimated to garner the highest traction among Malaysian shoppers as Taiwan has also been recognised as among the top manufacturers of high-quality products in Asia.

Chua also said that the long-standing bilateral relations between Malaysia and Taiwan in various aspects of the economy and social development has made Taiwan an attractive option for Malaysians to shop online. 

Chua hoped to expand the Youbeli brand to other Southeast Asian countries within the next two years. “We have various plans in the pipeline and we can’t wait to excite Malaysian online shoppers with new announcements soon,” he added. During the recent ePenjana RM50 campaign, Youbeli recorded a 300% increase in sales transactions. 

The platform boasts a trilingual setting to reach out to as many shoppers as possible. Other than debit and credit card, Youbeli also accepts payment via Touch ‘n Go, Boost, GrabPay, Razer, MCash, GoPayz, Zapp, kiplePay and other e-wallets.

Malaysian online shoppers can start making purchases from PChomeSEA on Youbeli website and mobile apps. The app is available for FREE download via App Store and Google Play.

About Youbeli

Youbeli.com is a premier multi-category online marketplace in Malaysia. Fully-owned by Youbuy Online Sdn Bhd, Youbeli provides customers with an incredible shopping experience, providing everything at their fingertips, essentially being a one stop shopping destination.

With an extensive product selection of local and international brands, spread across categories including Fashion, Mobile and Gadgets, Home and Living among others, Youbeli is your online shopping paradise. Shop at ease and feel secure when shopping as product authenticity and quality is our number one importance.

About PChomeSea

PChomeSEA is dedicated to providing a reliable cross-border shopping experience, and introducing more Taiwan brands and products to the Southeast Asia market.

PChomeSEA is a group member of PChome Online Inc., the biggest eCommerce group in Taiwan which offers a suite of eCommerce services with multiple models, contains more than 5 million B2C SKUs, 300M+ listings in the marketplaces, provides 24H delivery service whole Taiwan wide and 6H delivery service in great Taipei area.

Samsung Wins 48 Awards At IDEA 2020

Samsung’s 48 awards include Best in Show as well as numerous additional recognitions for creativity in interactive design, advanced design concept and sustainability design

Samsung Electronics today announced that it has won 48 awards at the world-renowned International Design Excellence Awards (IDEA) 2020, including one Gold, four Silvers, four Bronzes and one Best-in-Show.

The IDEA 2020 awards for Samsung include not only the top design awards for creative, cutting-edge creations, but products spanning across multiple categories, showcasing Samsung’s excellence in consumer lifestyle designs with elegant aesthetics, as well as interactive and sustainable designs that reflect social values and broad spectrum of professional expertise.

IDEA, hosted by the Industrial Designers Society of America (IDSA), has been held annually since 1980. Widely viewed as the most influential design awards in North America, IDEA considers design innovation, benefit to user and benefit to society as part of its criteria for selecting its awardees.

BESPOKE Family Hub UX (1) won Gold for delivering user-centric experience and innovation. Based on consumer-driven insight, the UX allows users to share and create photos and recipes through the refrigerator screen.

Additionally, connectivity with mobile apps enables consumers to enjoy remote access regardless of their location.

BESPOKE Refrigerator 1 won Silver for its customizable modular design which allows users to choose colors, materials and types of the refrigerator fit for individual lifestyles and preferences.

BESPOKE Refrigerator has already won a Gold award at International Forum (iF) Design Award 2020.

The IDEA 2020 jury honored Samsung with ‘Best-in-Show’, a special award for BESPOKE Family Hub UX and BESPOKE Refrigerator, recognizing Samsung’s achievements in consumer-centric design excellence.

Samsung’s Upcycling Solution for TV Packaging received a Silver award for its customizable
packaging box. Samsung adopted upcycling into packaging materials of its lifestyle TVs – The Frame, The Serif and The Sero.

The product packaging was designed to encourage consumers to upcycle the boxes and create innovative pieces of small furniture that suit individual needs, such as a cat tower or a TV stand.

The packaging won 2020 CES Innovation Awards for its innovative concept, contribution to environmental protection and raising of awareness for recycling and upcycling.

In addition, Q950TS, a QLED 8K TV maximizing screen immersion with Infinity Screen, and The Serif Visual Identity System, which illustrates sophisticated visual strategies targeting the millennial generation, also won Silver awards.

The following received Bronze awards: Galaxy Fold, a foldable smartphone that offers new
experience; Infinite Line™ Oven 1 , a built-in kitchen that delivers sleek premium design; The Sero Visual Identity System that demonstrates bold and intense graphic with new brand visual strategies targeting the millennial generation; and Inclusive IoT, an advanced design concept utilizing AI Sound Recognition for helping people with hearing loss.

“Design increasingly values interaction between products and user experiences,” said Dontae Lee, Executive Vice President and the Head of Corporate Design Center at Samsung Electronics.

“Samsung will continue to provide meaningful customer experiences and sustainable values with innovative technologies and differentiated designs.”

The IDEA 2020 Ceremony was held virtually on September 16. The International Design Conference is also being held virtually for two days from September 17 to 18.

Felix Heck, vice president and the head of Samsung Design Europe, is scheduled to give a presentation titled ‘Design for Resonance’ at the event.

(1)This model is currently unavailable in the Malaysian market.

Mitsubishi Motors Launches New Ingress Motors Centre Showroom In Petaling Jaya

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM), the official distributor of Mitsubishi Motors vehicles in Malaysia, together with authorized dealer Ingress Motors Centre (IMC) celebrated a new Mitsubishi Motors 3S Centre (Sales, Service & Spare parts) opening in Petaling Jaya (PJ), Selangor recently.

The new 3S Centre is located at No. 13, Jalan 225 Section 51A, 46100 Petaling Jaya.

This is IMC’s fourth Mitsubishi Motors showroom in Malaysia with the first three in Puchong,
Bangi and Shah Alam respectively.

Including the new showroom in Petaling Jaya, all four of IMC’s showrooms incorporates
Mitsubishi Motors’ new corporate brand; represented by its global tagline ‘Drive Your Ambition’.

The corporate mark is a powerful statement of Mitsubishi Motors commitment to the values and aspirations of its drivers.

“Congratulations to Ingress Motors Centre for opening another Mitsubishi Motors showroom here in Petaling Jaya. MMM and IMC have been business partners since 2013 and within seven years IMC has establish four out of 14 MMM showrooms within Klang Valley.

This goes to show IMC’s commitment to further strengthen the Mitsubishi’s brand presence in Malaysia,” said Tomoyuki Shinnishi, Chief Executive Officer of MMM.

He added “As we work together towards introducing the new XPANDER to the Malaysian market very soon, the opening of this new showroom is in line with putting our customers at the forefront and as our utmost priority.

“It is our aim to serve our customers better in terms of sales and after sales in the central region.”

From L to R: Management team of MMM, Ilham Helmi, COO, Tomoyuki Shinnishi, CEO and management team of IMC, Datuk Dr. Haji Rameli Musa, Executive Vice Chairman and Rabian Abdul Rahman, President of Auto Dealership

Also speaking at the new showroom launch, Rabian Abdul Rahman, President of Ingress Motors Centre Auto Dealership Division said “I strongly believe that the opening of our new showroom in PJ will pave the way for new Mitsubishi customers.

There is an enormous market potential here in view of the huge population and promising growth of not less than 1.25% per annum with at least 60% of mid to high income households.”

With an investment of RM 1.25 million and a built up area of over 34,000 square feet, the 3S Centre houses a comfortable customer lounge with WIFI and sufficient space to display up to four cars.

Its service centre also comes with a fully-equipped workshop with 12 service bays ready to
serve every Mitsubishi vehicle.

MMM is now represented by 52 showrooms (out of which 46 are 3S Centres) and 52 service
outlets throughout Malaysia. In East Malaysia, MMM is represented by 14 showrooms (7 in
Sarawak and 7 in Sabah).

The Triton 4×4 pick-up truck are imported as CBU (Completely Built-Up) units from Thailand while the ASX Compact SUV and Outlander are locally assembled (CKD) in Malaysia.

ZYNGA Lancar Permainan Harry Potter: Puzzles & Spells Ke Seluruh Dunia

Satu-satunya permainan teka-teki 3-Perlawanan yang terdapat di dalam buku dan filem Harry Potter yang asal membawa permainan teka-teki magik ke peranti mudah alih

Hari ini, Zynga Inc. (Nasdaq: ZNGA), sebuah pemimpin dunia di dalam hiburan interaktif, mengumumkan bahawa permainan mudah alih 3-Perlawanan magik mereka, Harry Potter: Puzzles & Spells telah dilancarkan secara rasmi dan mula dilancarkan ke wilayah-wilayah di seluruh dunia.

Dilesenkan secara rasmi dari Warner Bros. Games dan diterbitkan di bawah label Portkey Games, permainan itu tersedia untuk dimuat turun secara percuma pada peranti Android dan iOS, serta di Amazon Kindle dan Facebook.

“Ketika siri Harry Potter pertama kali ditayangkan di pawagam, ia adalah satu daripada detik yang jarang berlaku apabila semua orang membaca buku yang sama, bercakap tentang filem yang sama dan berkumpul bersama-sama untuk berkongsi satu pengalaman bersama,” kata Yaron Leyvand, Naib Presiden Kanan bagi Permainan di Zynga.

“Harry Potter: Puzzles & Spells meraikan perhubungan peminat dengan siri itu dengan satu permainan mudah alih yang diselitkan dengan detik-detik yang menonjol dan Dunia Sihir yang berkembang dengan menyeronokkan yang telah memikat pengikut di peringkat global.

Maklumat balas daripada pelancaran terhad adalah sangat baik, dan kami tidak sabar bagi peminat di seluruh dunia untuk bermain.”

Dalam Harry Potter: Puzzles & Spells, pemain memasuki satu pengembaraan 3-Perlawanan yang penuh dengan jampi serapah, kelucuan, warna dan watak bagi siri Harry Potter.

Menampilkan muzik filem dan rakaman suara dari filem-filem asal Harry Potter, peminat mengikuti sebuah penceritaan semula yang asli mengenai perjalanan Harry melalui Dunia Sihir.

Mendapatkan jampi serapah dan dorongan istimewa ketika mereka bergerak maju, pemain menyelesaikan teka-teki 3-Perlawanan yang dipenuhi dengan Katak-katak Coklat yang melompat, Kunci Bersayap yang mengepak-ngepak, memerangi kepingan catur penyihir, dan halangan dan objek lain yang tidak dijangka.

Di antara teka-teki yang berwarna-warni, pemain akan disajikan dengan detik-detik ikonik daripada naratif tersebut, seperti perjalanan Harry di Hogwarts Express, makhluk ajaib Hagrid dan Hermione membacakan mantera Wingardium Leviosa.

Selama tujuh hari berikutnya, pemain yang memuat turun permainan itu untuk peranti Android atau iOS mereka akan menerima Berkas Selamat Datang dengan serta-merta, yang mengandungi emas dalam permainan, nyawa tambahan dan Gogal Quidditch khas untuk menyesuaikan avatar mereka.

Harry Potter: Puzzles & Spells boleh dimainkan bagi peranti iOS dan Android di seluruh dunia, serta di Amazon Kindle dan Facebook. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web permainan itu di www.harrypotterpuzzlesandspells.com.

Untuk maklumat lanjut dan bagi berhubungan dengan peminat lain, sila ikuti kami di Facebook, Instagram and Twitter.

Varieti Padi CL3 Bukan Teknologi Dari MARDI Dan Bukan Benih Padi Yang Sah

Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) menegaskan bahawa varieti padi yang diberi nama CL3 adalah bukan varieti hasil teknologi MARDI.

Kenyataan ini dilakukan susulan sebuah video berdurasi hampir 4 minit yang tular di mana seorang pesawah / pengusaha padi mempromosikan dan menjual benih varieti padi CL3 serta menggalakkan pesawah lain untuk menggunakan varieti tesebut.

Video tersebut turut membandingkan hasil yang diterima daripada varieti CL3 dengan variety CL (Clearfield) dan CL2. Varieti CL dan CL2 yang dihasilkan MARDI bertujuan untuk mengawal padi angin yang merupakan ancaman kepada hasil tuaian.

Susulan dengan penularan video tersebut, MARDI ingin menggesa semua pesawah padi untuk tidak menggunakan varieti yang diberi nama CL3 kerana:

1. Varieti Padi yang dipromosikan di dalam video tersebut bukanlah teknologi MARDI dan tidak pasti kesahihannya.
2. Varieti Padi di dalam video tersebut bukan merupakan benih padi yang sah.
3. Pengeluaran benih baka CL hanya dilaksanakan di dalam stesen MARDI.
4. Varieti yang dijual oleh pihak yang tidak bertanggungjawab berpotensi besar untuk mendatangkan kerugian kepada petani.

Maka dengan itu, kami menggesa warga petani untuk tidak membeli dan menggunakan benih CL3 seperti yang didakwa.

Untuk maklumat lanjut, tuan puan boleh berhubung dengan Pengarah Pusat Penyelidikan Padi dan Beras MARDI, Dr. Asfaliza Binti Ramli melalui emel [email protected] atau no telefon 03 8953 6200.

Post Menarik