SOALAN LAZIM BERKAITAN GERAN KHAS PRIHATIN (PEMBUKAAN SEMULA)
- Apakah GKP?GKP adalah bantuan kewangan secara one-off berjumlah RM3,000 kepada Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro yang berkelayakan bagi meringankan beban kewangan perniagaan di samping meningkatkan produktiviti pengeluaran dan perkhidmatan.
- Siapakah yang layak memohon GKP?Mereka yang memohon GKP perlu memenuhi syarat kelayakan seperti berikut:
- Bukan penerima GKP sebelum ini; dan
- Pemohon mestilah berstatus warganegara Malaysia; dan
- Pemohon yang menjalankan Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro seperti berikut:i. Jumlah jualan atau perolehan tahunan kurang daripada RM300,000; danii. Jumlah pekerja sepenuh masa tidak melebihi 4 orang, tidak termasuk pemilik; dan
- Berdaftar dengan agensi-agensi berikut;i. Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) sebelum atau pada 31 Ogos 2020 ; atauii. Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sebelum atau pada 31 Ogos 2020; dan
- Masih aktif menjalankan perniagaan semasa permohonan dibuat.
- Berapakah nilai bantuan GKP?Jumlah nilai bantuan GKP adalah RM3,000 secara one-off.
- Bagaimanakah memohon GKP?Permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui Portal GKP (https://gkp.hasil.gov.my) yang disediakan oleh LHDNM.Permohonan secara manual tidak akan diterima. 1
- Bilakah tarikh permohonan GKP bermula?
Permohonan GKP dibuka mulai 1-31 Oktober 2020 (1 bulan). - Bilakah keputusan permohonan boleh diketahui?Pemohon boleh menyemak keputusan permohonan mulai 15 November 2020.
- Saya berdaftar dengan agensi kerajaan (contohnya SSM dan Pihak Berkuasa Tempatan) tetapi tidak berdaftar dengan LHDNM, adakah saya layak memohon GKP?Layak. Pemohon hendaklah mengisi butiran pendaftaran perniagaan di borang permohonan dalam talian semasa memohon.
- Bilakah tarikh pembayaran GKP akan dibuat?Pembayaran dijangka akan dibuat bermula 25 November 2020.
- Bagaimanakah kaedah bayaran GKP dilaksanakan?Pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank persendirian pemohon yang didaftarkan pada permohonan GKP. Akaun bank mestilah aktif.
10. Adakah semakan kelayakan GKP akan dibuat dengan mana-mana Agensi Kerajaan?
Ya. Kerajaan akan membuat semak silang dengan beberapa Agensi Kerajaan bagi memastikan kesahihan maklumat yang dikemukakan pemohon.
Kemaskini: 24 September 2020