Utama Blog Halaman 710

Industri Vape Berpotensi Besar Khususnya Kepada Peniaga Bumiputera

Gambar hiasan

Persatuan E-Vaporizers dan Tembakau Alternatif Malaysia (MEVTA) menyokong cadangan yang dibuat oleh Dewan Perniagaan Vape Malaysia (DPVM) dalam memohon Kerajaan mengambil langkah segera untuk membuat peraturan mengawal selia industri vape di Malaysia dan merealisasikan potensi industri ini.

MEVTA, badan persatuan industri vape yang mewakili lebih daripada 2,000 ahli peniaga yang berniaga dalam industri vape Malaysia, turut mengesahkan industri vape di negara berpotensi besar dan telah berkembang menjadi satu industri yang matang serta mempunyai ekosistem teratur; daripada pengilang, pengimport serta pekedai vape yang majoritinya diusahakan golongan Bumiputera.

Timbalan Setiausaha Agung, Persatuan E-Vaporizers dan Tembakau Alternatif Malaysia (MEVTA), Syamil Hanafiah berkata, ramai usahawan tempatan terutamanya usahawan Bumiputera telah melabur dalam industri vape sejak satu dekad yang lalu dan ini memperlihatkan industri vape tempatan semakin berkembang sehingga hari ini dengan wujudnya satu ekosistem yang teratur.

Syamil Hanafiah

“Kami berpendapat akan terdapat lebih banyak usahawan tempatan akan dilahirkan dalam industri ini termasuk pelaburan domestik dan pelaburan langsung asing sekiranya peraturan yang sewajarnya dibuat dan diperkenalkan untuk industri vape di Malaysia.”

“Ini bukan sahaja dapat menjana aktiviti ekonomi untuk usahawan dan peniaga tempatan, malahan dapat mencipta peluang pekerjaan terutamanya untuk golongan Bumiputera.

“MEVTA berpendapat industri ini akan menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan di dalam industri vape terutamanya dalam bidang pembuatan, pemasaran, pengedaran dan penjualan apabila peraturan yang sewajarnya diperkenalkan,” katanya.

Syamil juga mengulas hasil penemuan daripada Kajian Industri Vape Malaysia yang kaedah diterbitkan oleh DPVM baru-baru ini berkata, kajian tersebut mengesahkan terdapat banyak pengguna vape di Malaysia dan industri yang besar telah diwujudkan di Malaysia sekali gus ia adalah satu fakta yang tidak boleh diketepikan.

Kajian DPVM yang diterbitkan baru-baru ini melaporkan bahawa industri vape kini bernilai RM2.27 billion yang melibatkan 3,300 perniagaan dimana kebanyakannya diusahakan oleh
usahawan Bumiputera yang telah mewujudkan lebih daripada 15,000 pekerja dalam industri vape.

Kajian tersebut turut menunjukkan terdapat 1.12 juta pengguna vape di Malaysia berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Malah MEVTA percaya bahawa saiz industri ini adalah lebih besar kerana ramai dalam industri ini yang merangkumi pekedai sehingga pengilang memilih untuk tidak membuat pemasaran secara terbuka.

Ini adalah kerana pihak Kementerian Kesihatan Malaysia masih lagi tidak membuat pengiktirafan yang sewajarnya ke atas produk vape walaupun semakin ramai perokok berhenti merokok dan beralih kepada vape kerana ramai sedar ia telah terbukti di peringkat antarabangsa bahawa vape adalah kurang mudarat berbanding merokok dan efektif untuk membantu perokok berhenti merokok.

“Agensi kesihatan UK, Public Health England telah merumuskan bahawa vape adalah 95% kurang mudarat berbanding merokok dan pendirian ini disokong pelbagai pihak termasuk NGO kesihatan awam antarabangsa dan agensi kesihatan negara New Zealand dan Kanada.

“Perkara ini telah disampaikan pihak MEVTA kepada Kementerian Kesihatan Malaysia sejak beberapa tahun yang lalu. Namun pihak Kementerian masih tegas tidak membuat pengiktirafan yang sewajarnya ke atas produk vape,” katanya lagi.

Pihak MEVTA juga berpendapat percukaian eksais yang diperkenalkan ke atas produk vape perlu diperluaskan untuk merangkumi cecair vape yang mengandungi nikotin dan peraturan diperkenalkan untuk membenarkan nikotin digunakan dalam cecair vape.

“Buat masa ini, hasil cukai untuk Kerajaan dari industri vape adalah sangat kecil kerana cukai hanya dikenakan kepada produk yang tidak bernikotin. Mengikut anggaran MEVTA, tidak sampai 1% produk vape yang tidak mengandungi nikotin terjual di pasaran pada masa ini,” katanya.

Oleh itu, percukaian eksais ini perlu diperluaskan untuk merangkumi cecair vape yang mengandungi nikotin dan peraturan perlu diperkenalkan dengan segera termasuk peraturan yang membenarkan nikotin digunakan dalam cecair vape seperti yang dilihat di negara maju.

“Kami memohon agar Kerajaan mengambil kira aspek-aspek ini untuk membolehkan
industri vape di Malaysia merealisasikan potensinya,” katanya.

Yayasan Peneraju Harumkan Nama Malaysia Di Persada Dunia

Berjaya melahirkan lebih 36,000 modal insan Bumiputera yang berkualiti

Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera (Yayasan Peneraju) sejak ditubuhkan pada tahun 2012 telah melahirkan lebih 36,000 modal insan Bumiputera dalam pelbagai bidang melalui 276 program pembiayaannya, terutamanya dalam jurusan profesional dan kemahiran.

Kejayaan tersebut dicapai melalui peruntukan kerajaan sebanyak RM822 juta yang digunakan untuk membiayai pembelajaran serta latihan kemahiran para penerima faedah tersebut semenjak agensi itu mula beroperasi sembilan tahun lepas.

Angka ini dijangka akan terus dipertingkatkan untuk memastikan modal insan Bumiputera terus diberi peluang untuk meningkatkan taraf pendidikan, kemahiran serta pentauliahan demi memastikan Malaysia diperkayakan dengan modal insan yang akan terus memacu negara ke arah negara berpendapatan tinggi.

Mengulas sempena ulangtahun ke-9 Yayasan Peneraju, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof, yang bertanggungjawab dalam menyelia agensi tersebut berkata, Yayasan Peneraju adalah pemudah cara kepada dasar kerajaan dalam meningkatkan kualiti, kuantiti serta keberkesanan bakat-bakat Bumiputera.

Ini sejajar dengan usaha-usaha menaiktaraf Malaysia ke arah negara berpendapatan tinggi melalui pendidikan akademik, pensijilan vokasional, profesional dan spesialis.

“Ketika Malaysia bergerak menuju status negara maju, semua agensi-agensi harus berusaha bersama untuk mempercepat pembangunan modal insan bagi memenuhi keperluan sebuah negara maju.

“Meningkatkan kualiti pendidikan ke tahap yang sama dengan yang ada di negara maju adalah kunci untuk mentransformasi negara dari ekonomi intensif buruh kepada ekonomi bernilai tinggi dengan status berpendapatan tinggi,” katanya.

Program-program yang ditawarkan oleh Yayasan Peneraju juga adalah seiring dengan matlamat agenda Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB2030) yang bertujuan merapatkan jurang pendapatan dan kekayaan antara kelas ekonomi, kumpulan etnik dan wilayah geografi.

“Dalam mencapai agenda WKB2030, kita perlu fokus untuk mewujudkan modal insan yang
berketerampilan, berpengetahuan dan inovatif untuk memenuhi kehendak industri. Inisiatif ini seterusnya akan memberi mereka peluang kepada pekerjaan yang berkualiti dan ke arah membangunkan sebuah negara yang lebih inklusif dan sejahtera,” katanya lagi.

Antara pencapaian signifikan Yayasan Peneraju serata Malaysia dari tahun 2012 -2021:

 3,056 lepasan UPSR/SPM B40 dibiayai di peringkat sekolah menengah dan universiti
 2,207 pelajar tingkatan 1 SBP dari golongan B40 diberi bantuan yuran persekolahan
 997 pelajar di 6 rumah perlindungan diberi bantuan tuisyen tambahan dan program
pemupukan dan pembangunan
 11,845 belia keciciran dilatih untuk pensijilan TVET kemahiran tinggi dalam sektor
berpendapatan tinggi
 3,332 graduan baru dan menganggur diberi latihan TVET reskilling dan upskilling dalam
bidang berkepakaran tinggi
 3,030 tenaga kerja sedia ada diberi latihan TVET reskilling dan upskilling dalam sektor
berpendapatan tinggi
 5,311 pelajar lepasan SPM sehingga Ijazah Sarjana Muda dibiayai utk program pensijilan
perakaunan profesional
 1,241 pelajar lepasan SPM sehingga individu bekerja dilatih untuk pengiktirafan sijil
profesional dalam bidang ICT dan MRO Aeroangkasa
 661 individu bekerja dan tidak bekerja dibiayai untuk program pensijilan kewangan
profesional

Penerima faedah Yayasan Peneraju juga berjaya di persada dunia apabila:

  • 59 pelajar Peneraju Profesional, khususnya bidang Perakaunan berjaya memperolehi 80
    anugerah antara kedudukan teratas dunia dalam bidang pensijilan perakaunan merangkumi ACCA, CAT, CPA Australia, ICAEW dan MICPA.
  • 26 daripada pelajar-pelajar ini telah berjaya memperolehi sebanyak kedudukan pertama
    dunia menerusi 31 anugerah Certified Accounting Technician (CAT)/Association of Chartered Certified Accountant (ACCA) World Prize Winner
  • 9 penerima faedah bagi Chartered Financial Analyst berjaya menempatkan diri mereka dalam kelompok 10 peratus utama dunia dalam peperiksaan.
  • 71 pelajar juga berjaya diterima masuk ke 50 universiti utama di dunia untuk mengikuti
    pelbagai jurusan di bawah Peneraju Tunas Potensi.

Terbaru, salah seorang penerima faedah di bawah program Peneraju Profesional Akauntan Muda Kategori A (CAT – ACCA), adik Iffah Chek Peei berjaya memperoleh kedudukan kedua bagi Top Affiliate ACCA di Malaysia, selain merupakan penerima anugerah World Prize Winner bagi kertas Foundations in Taxation (Jun 2018) dan Malaysian Prize Winner bagi kertas Advanced Financial Management (Mac 2020).

Kesemua kejayaan para penerima faedah ini ibaratnya seperti ‘hadiah’ istimewa buat Yayasan Peneraju sempena ulang tahun ke-9 ini.

Di samping itu, bagi program Peneraju Skil Iltizam (program Zero to Hero) dan Peneraju Skil (bagi pekerja mahir) mencatatkan statistik membanggakan dengan melahirkan belia di bawah umur 20 tahun dan 30 tahun yang memperolehi pendapatan tertinggi mencecah RM9,000 dan RM24,000 sebulan.

Ramai yang kini menyumbang kemahiran mereka di dalam industri berkemahiran dan
berpendapatan tinggi seperti Aeroangkasa, Elektrikal & Elektronik, Informasi & Komunikasi (ICT), Minyak & Gas, Pembuatan, Pelancongan dan Teknologi.

Mohd Muzzammil Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Peneraju, berkata, bersempena
sambutan ulang tahun ke-9, Yayasan Peneraju mengulangi komitmennya untuk terus melahirkan lebih ramai lagi bakat Bumiputera yang kompetitif dan bertaraf dunia khususnya bagi memenuhi keperluan Bidang Pertumbuhan Ekonomi Utama (KEGA).

“Membangunkan bakat Bumiputera muda yang dilengkapi dengan pengetahuan dan keupayaan amat penting dalam usaha mengekalkan perniagaan dalam lanskap ekonomi global yang sangat kompetitif dan sentiasa berubah.

“Ketika negara bergerak menuju menjadi negara maju, ia memang menghadapi kekurangan bakat untuk memenuhi ekonomi berpendapatan tinggi, yang merupakan prasyarat bagi semua negara maju.

“Kami menjangkakan masa depan yang sangat mencabar, lebih-lebih lagi dengan pandemik yang sedang melanda pada ketika ini, namun, Yayasan Peneraju akan sentiasa berusaha melahirkan generasi dan bakat-bakat yang dapat menyumbang ke arah peningkatan sosio-ekonomi negara kita,” katanya.

Susulan pengenalan Tindakan Pembangunan Bumiputera 2030 (TPB 2030) ketika Mesyuarat Majlis Kemakmuran Bumiputera (MKB) tempoh hari, Muzzammil juga berharap agar Yayasan Peneraju akan terus mendapat sokongan dari semua pihak dalam memainkan peranan melahirkan modal insan yang berdaya saing serta memperkasakan pembangunan ekonomi dan sosioekonomi Bumiputera.

“Kami yakin prestasi cemerlang Yayasan Peneraju sepanjang tempoh sembilan tahun akan terus ditingkatkan demi membangunkan bakat bumiputera yang berkualiti dan mempunyai jati diri yang kukuh.

“Yayasan Peneraju akan terus menjadi sebuah agensi harapan dalam mendukung inisiatif
kerajaan seperti WKB2030 dan TPB2030, khusus dalam menambah baik sosioekonomi golongan Bumiputera,” katanya.

Untuk tahun 2021 ini, Yayasan Peneraju dijangka akan memberi peluang kepada lebih 9,000 penerima faedah dan tumpuan akan diberikan kepada bidang profesional, teknologi dan kemahiran tinggi bagi menyokong keperluan negara untuk merealisasi WKB2030.

Mengulas mengenai perancangan masa hadapan, Yayasan Peneraju mengalu-alukan orang ramai untuk memberi pandangan melalui inisiatif “Idea Box” maya yang boleh diakses di laman media sosial Yayasan Peneraju dalam masa terdekat ini.

How The Galaxy S21’s AI Improves Your Photos In A Blink Of An Eye, Night Mode

The Power to See in the Dark with Night Mode

Capturing stunning photographs at night can be a challenge for everyone. Low light and camera noise can lead to blurry, grainy photos, causing you to miss capturing that memorable moment.

But thanks to the AI powering the camera on the Galaxy S21 series, you can now take stunning images in low light conditions with just the click of the shutter.

Intelligent Low Light Performance

Whether you’re trying to snap a photo of a beautiful cityscape at night or a group selfie in a low-lit restaurant, from the moment you click the shutter, the camera AI on the Galaxy S21 series begins a three-phase process. Here’s how it works:

1. During the capture phase, the camera takes multiple pictures of the scene at different exposure levels.
2. After capturing, the camera begins Multi-frame Processing, combining the images into one and enhancing the brightness of the picture.
3. Lastly, the AI image signal processor begins post-processing the image, reducing noise and fine-tuning the details. The results are crystal clear images, with greatly reduced noise and blur.

The Power of Multi-frame Processing

The keys to achieving that clarity and detail are in the multi-frame layering and AI restoration. When the multi-frame processing begins, the Galaxy S21 series intelligently selects the sharpest frame from all the images captured to use as a reference image.

After selecting the reference frame, the AI aligns and registers the rest of the images before delivering the finalized photo. When finalized, the image has significantly reduced noise and a superior tone balance between the main subject and its background.

The same multi-frame process allows the Galaxy S21 to support clear, high-resolution images even under poor conditions such as when zooming in on a neon sign to create an image with high-dynamic range.

While zooming in on distant subjects, the Galaxy S21 is capable of capturing up to 20 frames at different exposure values (ev), depending on the conditions. Capturing at different exposure values allows the camera to produce a sharper final image that has high-dynamic range with true-to-life exposure of both shadows and highlights.

So, when you’re zooming in on that neon sign, you’ll be able to make out every
letter.

During multi-frame processing, the AI determines whether it needs to use every frame captured, or just a subset. With more data from multiple frames, the Galaxy S21 series’ camera AI can deliver bright, tack-sharp images even in low light or when zoomed in from extremely far away—whether it’s a photo of a neon sign, or your favorite singer at a concert.

To learn more about the intelligent features behind the Galaxy S21 series’ powerful camera, be sure to check out the rest of the Behind the Snapshot series at Samsung Mobile Press.

Kumpulan UMW Catat Jualan Kenderaan Pada Januari 2021

Kumpulan UMW membuka tahun 2021 dengan penjualan automotif yang meyakinkan oleh UMW Toyota Motor (UMWT) dan syarikat bersekutu, Perodua pada bulan Januari.

Insentif pengecualian cukai penjualan yang kini telah dilanjutkan hingga 30 Jun 2021 mendorong kepada peningkatan permintaan kenderaan.

UMWT mencatatkan jualan sebanyak 3,845 unit pada Januari 2021, 4.1% lebih tinggi daripada 3,692 unit jualan yang didaftarkan pada bulan yang sama tahun lalu.

Toyota Vios, Yaris dan Hilux terus menjadi model yang terlaris bagi UMWT pada bulan Januari. Vios dan Yaris yang dikemaskini telah dilancarkan secara rasmi pada 17 Disember 2020.

UMWT memperkenalkan Toyota Fortuner dan Innova yang dikemaskini pada 2 Februari 2021 bagi mendorong peningkatan dalam penjualan pada tahun 2021. Toyota Fortuner 2021 ditawarkan dengan dua varian yang bergaya, prestasi enjin dan sistem keselamatan, yang dikemaskini serta mengekalkan ciri-ciri yang menjadikannya SUV yang popular.

UMWT juga melancarkan rangkaian Toyota Innova 2021, ditawarkan dalam tiga varian baru dan mempunyai penampilan dan ciri terkini serta sistem keselamatan tambahan yang diselaraskan.

Sementara itu, Perodua telah mencatatkan jualan sebanyak 16,894 unit pada Januari 2021 sedikit rendah berbanding 17,481 unit jualan yang dicatatkan pada bulan yang sama tahun lalu.

Perodua, yang telah mencatatkan penjualan sebanyak 220,163 unit pada tahun 2020, kini menetapkan sasaran penjualan tahun ini sebanyak 240,000 unit, iaitu peningkatan sebanyak 9%.

Syarikat itu juga merancang untuk meningkatkan jumlah stok kenderaannya dengan meningkatkan jumlah sasaran pengeluaran kenderaan kepada 272,000 unit tahun ini – yang tertinggi dalam sejarah, dan seterusnya membeli komponen tempatan yang bernilai RM6.5 bilion pada tahun 2021 di mana ia akan memanfaatkan industri automotif tempatan.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif UMW Holdings Berhad, Dato’ Ahmad Fuaad Kenali berkata, pihaknya bersyukur kerana Kerajaan telah membenarkan operasi pemasangan kereta, bilik pameran dan pusat servis untuk terus dijalankan dengan syarat Prosedur Operasi Standard dipatuhi di bawah Perintah Kawalan Pergerakan 2.0.

“Kami juga sangat berterima kasih kepada Kerajaan di atas pelanjutan insentif pengecualian cukai penjualan sehingga 30 Jun 2021, yang telah mendorong Kumpulan UMW mencatatkan penjualan yang meyakinkan pada bulan Januari.

“Persatuan Automotif Malaysia (MAA) telah mensasarkan bahawa jumlah keseluruhan industri (TIV) akan meningkat hampir 8% menjadi 570,000 unit pada tahun 2021, disokong oleh pertumbuhan KDNK yang diunjurkan antara 6.5% dan 7.5% pada tahun 2021 dan sokongan berterusan dari kerajaan.

“UMWT dan Perodua akan terus fokus dalam memperkenalkan model baru dan kemaskini serta menawarkan perkhidmatan selepas jualan yang terbaik dalam memenuhi kehendak dan harapan pelanggan untuk mencapai sasaran kami pada tahun 2021,” katanya.

Raikan Kemeriahan Tahun Lembu Dengan Volkswagen

Para pengedar Volkswagen di seluruh negara akan mengadakan Rumah Terbuka secara maya pada 20 dan 21 Februari bermula 11am hingga 5pm yang menawarkan pelbagai tawaran jualan serta selepas jualan bagi meraikan Tahun Lembu kali ini.

Sepanjang sambutan hujung minggu itu, sila ikuti saluran media media sosial pengedar Volkswagen untuk mengetahui perincian tentang pelbagai model serta tawaran selepas jualan yang istimewa.

Orang ramai boleh mengajukan soalan dan berinteraksi dengan Perunding Jualan dan Penasihat Servis menerusi Facebook Live dari rumah masing-masing.

Mereka yang berhasrat untuk membeli sebuah kenderaan Volkswagen akan menikmati rebat ang pao sebanyak RM1,000 ke atas beberapa model terpilih, insurans percuma selama setahun atau penjimatan RM5,000.

Selain tawaran eksklusif dalam talian apabila mereka membuat tempahan menerusi Volkswagen eShowroom.

Antara model yang akan diketengahkan ialah Passat Elegance, Passat R-Line dan Tiguan Allspace Highline. Passat Elegance dan varian lebih sporty, Passat R-Line dikuasakan oleh enjin turbo 2.0TSI yang dipadankan bersama kotak gear klac basah direct shift (DSG) yang
mampu mampu menjana kuasa 190PS dan tork 320Nm.

Sebagai tambahan, Passat R-Line juga hadir dengan Dynamic Chassis Control (DCC) bersama 15 pilihan peningkatan untuk pengalaman pemanduan dinamik yang sebenar.

Dengan pengecualian cukai jualan, Passat Elegance ditawarkan pada harga RM181,856 manakala Passat R-Line berharga RM203,411 di samping penjimatan sehingga RM10,000.

Sebagai sebuah SUV keluarga yang sempurna, Tiguan Allspace Highline sangat menjimatkan bahan api. Terima kasih kepada enjin turbo dengan sistem pancitan bahan api terus 1.4TSI yang dipadankan dengan kotak gear klac basah direct shift (DSG) yang menawarkan kuasa mencecah 150PS dan tork 250Nm.

Jarak roda yang lebih panjang menjadikannya lebih versatil dengan pelbagai konfigurasi tempat duduk dan ruang but seluas 1,775 liter yang terbaik dalam kelasnya.

Dengan pengecualian cukai, Tiguan Allspace Highline ditawarkan pada harga RM164,430 dan penjimatan sehingga RM8,000 ke atas model tahun 2020.

Para pemilik kenderaan Volkswagen juga boleh menikmati tawaran terkini di bawah Kempen Servis Selepas Jualan CNY. Ia menawarkan promosi hebat ke atas penggantian alat ganti, minyak enjin tulen dan barangan yang disenaraikan di bawah:

Senarai tawaran tambahan untuk pemilik termasuklah Pemeriksaan Servis 5 Bintang secara percuma, serta diskaun sehingga 20% ke atas bateri dan tayar. Temu janji servis boleh dibuat secara dalam talian di pautan ini.

Maklumat lanjut, ikuti laman Facebook pengedar Volkswagen kegemaran anda atau layari laman web: www.volkswagen.com.my.

Perodua Lancar Rangka Tindakan Lestari, Ke Arah Globalisasi Pada Masa Depan

Perodua melancarkan rangka tindakan lestari (sustainable blueprint) pertamanya yang merangkumi hampir seluruh ekosistem pembekal dan pengedar automotif Malaysia, bertujuan untuk mendorong Perodua dan industri ke arah globalisasi yang lebih tinggi pada masa hadapan.

Perodua Smart Build merupakan evolusi daripada objektif asal penubuhan Perodua dan industri automotif Malaysia, iaitu untuk mewujudkan ekosistem automotif yang mampan dan kukuh.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Dato’ Zainal Abidin Ahmad berkata, Perodua Smart Build merupakan ‘Transformasi 3.0’ Perodua yang dibina berdasarkan kejayaan-kejayaan sebelumnya.

President & CEO Dato’ Zainal Abidin Ahmad

Beliau berkata, Perodua memulakan transformasi pertamanya pada 2011 dengan mengumumkan pembinaan ekosistem Kenderaan Cekap Tenaga (EEV), penghentian aliran kecacatan, penubuhan Perodua Global Manufacturing Sdn Bhd dan meningkatkan kesedaran kualiti di Perodua.

“Transformasi 2.0 memberi tumpuan kepada kepuasan pelanggan, pembangunan organisasi dan perpaduan di kalangan seluruh Kumpulan Syarikat Perodua.

“Kini, kami berada di fasa ketiga transformasi untuk ‘membina’ Perodua dan rakan-
rakan niaganya ke tahap di mana kami dapat menduduki posisi yang unik dalam
industri,” katanya.

Beliau berkata, di bawah ‘Transformasi 3.0’, Perodua akan bekerjasama dengan rakan-rakan niaganya untuk mengurangkan jurang kualiti, kos dan penghantaran di dalam
ekosistem automotif dan memastikan industri berada pada ‘saiz yang betul’.

Zainal berkata, Perodua juga sedang bekerjasama dengan rakan-rakan niaganya untuk mengenalpasti kepakaran sedia ada yang boleh dimanfaatkan di luar Malaysia.

Beliau turut memberi contoh, kakitangan Perodua kini sedang bekerjasama dengan
Daihatsu Japan dalam mereka bentuk model Daihatsu, yang merupakan salah satu
usaha untuk mengeksport kepakaran ke luar negara.

“Perodua akan terus memanfaatkan hubungan rapat dengan Daihatsu untuk merealisasikan objektif Perodua Smart Build.

“Perodua Smart Build akan dicapai dengan bantuan pemegang saham dan rakan teknologi serta teknikal kami, Daihatsu Motor Company of Japan; dan kerajaan Malaysia yang mewujudkan ekosistem ini untuk memberi faedah kepada negara,” katanya.

Menurutnya, Perodua Smart Build direka untuk membantu Perodua dan ekosistem automotif negara mengambil manfaat daripada Dasar Automotif Nasional dengan menjadikan industri tersebut lebih berdaya saing dan maju.

Antara komponen utama Perodua Smart Build adalah pembangunan produk sepenuhnya oleh Perodua dan para pembekalnya, pembentukan budaya kerja kelas pertama dan pemikiran kelas pertama yang akan menyumbang kepada negara.

“Pelancaran Perodua Smart Build tidak bermaksud kami telah mencapai potensi penuh
komponen-komponen ini; sebaliknya, ia menandakan permulaan perjalanan Perodua dan rakan-rakan niaganya menuju tahap daya saing yang lebih tinggi.

“Kami berterima kasih kepada Daihatsu kerana diberikan peluang ini dan sokongan berterusan mereka selama ini. Sudah tiba masanya untuk kita berkongsi kerjasama ini
sepenuhnya dengan rakan-rakan niaga kami di Malaysia,” katanya.

Beliau menambah bahawa sebilangan pembekal Malaysia telah pun menjadi sebahagian daripada rantaian bekalan global Daihatsu, dan Perodua sedang bekerjasama dengan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri untuk membangunkan lebih banyak pembekal tempatan ke arah tuju yang sama.

“Kami juga memberi tumpuan kepada pembangunan para pengedar kami, termasuk
mengukuhkan operasi mereka dan membimbing mereka ke arah amalan terbaik global
bagi meningkatkan lagi kepuasan pelanggan,” katanya.

Beliau menjelaskan bahawa Perodua berhasrat untuk memastikan kesinambungan perniagaan para pengedar dengan berkongsi amalan terbaik serta teknologi terkini.

“Para pengedar kami adalah rakan-rakan niaga kami, sama seperti hubungan kami dengan Daihatsu, dan kami komited terhadap kejayaan mereka selagi mereka komited terhadap matlamat-matlamat kami.

“Daripada segi produk, model-model kami pada masa hadapan akan lebih selari dengan
trend semasa dan pada masa yang sama mengekalkan kelebihan kami – ruang, praktikaliti, kualiti, kebolehpercayaan, kecekapan bahan api dan nilai terbaik,” katanya.

Petronas, Sumitomo Sign Memorandum For Joint Marketing & Supply Of LNG Bunker

Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS), under its wholly owned subsidiary PETRONAS Trading Corporation Sdn Bhd (PETCO) and Sumitomo Corporation (Sumitomo) signed a Memorandum of Collaboration (MoC) to jointly market and supply LNG bunker and related services through the PETRONAS Marine brand in both Malaysia and Tokyo Bay, Japan.

The MoC serves to build industrial platforms and end-to-end supply chains to offer more environmentally friendly and cost-efficient LNG for use as a marine fuel and reduce the GHG emissions attributable to maritime transport.

“As a progressive energy and solutions partner, we are continuously looking to co-create a sustainable market environment with industry players.

“We recognise our role in delivering the next generation fuel to cater for the bunker demand in the maritime industry. We are pleased to be collaborating with Sumitomo and hope to collaborate with other players in the LNG bunkering business in Japan in meeting our customers’ emerging needs,” said PETCO Chief Executive Officer, Shamsul Bahari Salleh.

“We are very proud and confident that the cooperation between PETRONAS and Sumitomo paving the way towards the development of LNG as a cleaner marine fuel in both Malaysia and Tokyo Bay, Japan, which are strategically important marine hubs to both parties,” said Department General Manager of Sumitomo, Shu Nakamura.

“With this agreement, we pursue our ambition to build a comprehensive network of LNG bunkering. It also underscores our commitment to offer our customers the best available and technologically-proven solution to significantly reduce the environmental footprint of maritime transport,” he added.

As LNG continues to play a key role as the next generation fuel to cater for the bunker fuel demand in the maritime industry, both companies are committed in promoting this solution to the market by having the right infrastructures in place, ensuring availability of supply and through continuous advocacy to users.

In November 2020, PETRONAS successfully delivered its first Ship-to-Ship LNG bunkering transfer at the port of Pasir Gudang, Johor from the 7,500 cubic meter MV Avenir Advantage, PETRONAS’ first LNG Bunkering Vessel (LBV) under the PETRONAS Marine brand to promote the use of LNG as a cleaner marine fuel.

Sumitomo has also ordered an LNG bunkering vessel through a joint venture, Ecobunker Shipping Co., Ltd, which is on track to commence LNG bunker service in Tokyo Bay in 2021.

Galaxy Buds Pro, Fon Telinga Hebat Untuk Apa Sahaja – REVIU PRODUK

Rekaan yang lebih unik, tiada lagi ciri rekabentuk seumpama ‘kacang’ tapi tampil dengan gaya lebih tirus malah nampak lebih selesa memakainya.

Ini adalah fon telinga terbaharu Galaxy Buds Pro yang dilancarkan bersama-sama dengan siri model telefon pintar Samsung Galaxy S21.

Apa ciri yang menarik pada peranti yang diuji Prebiu.com kali ini ialah, ia bukan sahaja mempunyai fungsi pembatalan hingar aktif (ANC), tetapi turut mempunyai pelbagai fungsi audio yang menyeronokkan dan mudah dikawal pada aplikasi Galaxy Wearable.

Apa itu ciri pembatalan hingar aktif (ANC)?

Ciri ini memudahkan anda mendengar dengan lebih jelas dan membuang bunyi luar secara automatik.

Fungsi ini terhasil apabila fon telinga ini menggunakan tiga mikrofon iaitu dua di luar dan satu di dalam. Ciri ini mampu membuang sehingga 99% bunyi latar.

Samsung Galaxy Buds Pro ini juga boleh mengesan secara aktif apabila anda sedang bercakap, sekaligus mengawal kadar bunyi audio pada fon telinga secara automatik.

Maka anda boleh terus menggunakan fon telinga ini tanpa perlu menanggalkannya sambil bercakap dengan seseorang atau ketika anda mahu memesan makanan kegemaran anda.

Samsung turut menyertakan ciri kalis air IPX7, selain turut sesuai untuk digunakan ketika anda sedang bersenam atau melakukan aktiviti kecergasan.

Sesuai untuk mereka yang bekerja dari rumah (WFH)

Pada fon telinga tanpa wayar ini, Samsung turut menekankan kepada kualiti audio dengan menyertakan woofer 11mm, selain tweeter 6.5mm.

Selain itu, sesuai dengan gaya hidup masa kini yang memerlukan anda bekerja dari rumah (WFH) apabila negara dilanda wabak pandemik COVID-19, fon telinga ini cukup sesuai bagi mereka yang perlu melakukan atau terbabit dengan panggilan video yang banyak khususnya menerusi mesyuarat secara sidang video.

Ini kerana tahap kejelasan audio yang terhasil cukup memuaskan apabila bunyi Bass dapat dirasakan dengan hebat manakala bunyi Treble pula lantang seolah-olah anda sedang berada dalam bilik kedap bunyi.

Meskipun fon telinga ini hanya bersaiz kecil namun mutu bunyi oleh AKG yang dihasilkan boleh diberikan pujian dan menerusi aplikasi Galaxy Wearable, kawalan bunyi treble dan bass boleh dikawal menerusi tetapan yang disediakan.

Dilengkapi ciri bunyi Dolby Atmos 

Sebaik sahaja fon telinga ini dipasang, anda akan mengalami pengalaman audio 360 darjah menerusi teknologi Dolby Head Tracking™. Sensor pintar pada fon telinga ini akan mengesan arah bunyi apabila anda menggerakkan kepala sekali gus merasai tahap kejelasan bunyi yang hebat seakan anda berada dalam panggung wayang.

Ciri tukaran auto pula membolehkan fon telinga ini mengubah sambungannya sama ada kepada tablet atau telefon apabila diperlukan. Misalnya, apabila anda sedang menggunakan fon telinga ini yang ketika itu disambungkan kepada tablet untuk menonton wayang akan tiba-tiba beralih kepada telefon apabila menerima panggilan.

Sebaik sahaja anda sudah habis bercakap, fon telinga ini akan bersambung semula kepada tablet secara automatik tanpa perlu anda menekan kepada skrin. Hebat bukan!

Sambungan kepada Bixby

Selain itu, anda boleh terus bercakap ‘Hi Bixby’ untuk mengeluarkan arahan seperti membuat panggilan telefon, menukar muzik dan banyak lagi tanpa perlu menekan skrin. Anda juga boleh menukar sambungan antara peranti Samsung lain dengan menyebut nama peranti dan juga mengaktifkan ciri ANC atau mod Ambient.

Satu lagi ciri menarik ialah anda boleh mengesan kedudukan fon telinga ini jika ia tercicir atau anda terlupa kali terakhir anda meletakkannya. Hanya perlu buka aplikasi SmartThings dan aktifkan butang mencari fon telinga.

Galaxy Buds Pro akan menghasilkan bunyi beep dengan jelas dan jika dalam mod Offline, anda masih boleh mencari lokasi terakhir fon telinga ini digunakan walaupun ia tidak lagi disambungkan kepada peranti anda.

Berkongsi lagu?

Rakan anda yang memiliki fon telinga yang sama boleh berkongsi muzik yang dimainkan pada peranti telefon pada masa yang sama. Jadi, anda dan rakan baik anda boleh mendengar muzik kegemaran bersama-sama.

Selain kualiti bunyi tinggi dan rendah yang hebat, fon telinga ini boleh digunakan pada pelbagai sistem operasi tanpa masalah.

Apa yang menarik ialah jangka hayat baterinya amat baik dan dengan sekali caj setiap Buds Live boleh bertahan sehingga 5 jam atau sehingga 13 jam dengan bantuan pod pengecas jika ciri ANC diaktifkan.

Bagaimanapun, jika ciri ANC tidak aktifkan, baterinya mampu bertahan sehingga 28 jam. Jika anda menggunakannya untuk panggilan video penuh, mendengar muzik kegemaran, fon telinga ini mempunyai kuasa penuh untuk memenuhi kehendak semasa anda.

Pengecasan berwayar adalah menerusi port USB-C dan ia turut boleh dicas secara nirwayar.  Tiga warna menarik ditawarkan iaitu Phantom Violet, Hitam dan Perak.

Harga

Samsung Galaxy Buds Pro ini ditawarkan pada harga RM799.

Kesimpulan

Memiliki sepasang fon telinga Galaxy Buds Pro ini memang menyeronokkan apatah lagi anda sememangnya aktif mendengar alunan muzik tanpa gangguan. Selain rekaannya yang cukup menarik dan sesuai dengan citarasa golongan muda atau dewasa masa kini, anda tentunya kelihatan ‘trendy’ di mana sahaja anda berada.

Padanan ciri teknologi terkini dalam penghasilan peranti ini boleh dianggap berbaloi untuk dimiliki sesiapa sahaja.

KPJ Sentosa KL Agih Barangan Sempena Tahun Baru Cina

KPJ Sentosa KL Specialist Hospital telah mengagihkan pelbagai bekalan harian dan makanan kepada lebih 70 orang penghuni House of Joy yang terdiri daripada kanak-kanak, orang-orang tua, orang kelainan upaya dan penjaga-penjaga pusat jagaan tersebut bersempena Hari Raya Cina.

Setiap kanak-kanak di rumah penjagaan ceria apabila menerima kek bertemakan Tahun Baru Cina dan sumbangan berbentuk barangan harian.

Antara barang keperluan harian yang disumbang adalah beras, minyak masak, sabun basuh baju dan banyak lagi.

“Sumbangan seperti ini merupakan aktiviti wajib hospital setiap tahun untuk menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan lagi-lagi di waktu pandemik COVID-19“, kata Eksekutif Pemasaran dan Perhubungan Awam, Nurhafizuddin Abd Rahman.

Katanya, pihak hospital juga mengagihkan buah mandarin dan ‘fortune cookies’ kepada pesakit-pesakit, kakitangan-kakitangan dan doktor-doktor di hospital.

“Dengan bantuan yang diterima oleh pusat jagaan House of Joy dapat meringankan sedikit sebanyak beban pengurusan rumah ini untuk menampung perbelanjaan sepanjang Hari Raya Cina.

“Perayaan kali ini berbeza dengan tahun-tahun sebelum ini, namun bersamalah kita menangani wabak ini dengan mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan Majlis Keselamatan Negara,” katanya.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman web kpjsentosa.com.my dan ikuti juga laman sosial Facebook, Instagram dan Youtube KPJ Sentosa KL Specialist Hospital iaitu @kpjsentosakl atau boleh terus menghubungi Syarifah Aini di talian 011-23561990.

Baitul Hasan KL Teruskan Usaha Hulur Bantuan Kepada Golongan Yang Terkesan Akibat COVID-19

Program Jom Bantu Asnaf COVID-19 anjuran Pertubuhan Kebajikan Baitul Hasan Kuala Lumpur (Baitul Hasan) telah berjaya mengagihkan 100 pek makanan kepada anggota Rela, pengawal keselamatan dan pembersihan masjid serta sekolah sekitar Kuala Lumpur.

Pertubuhan itu juga turut bekerjasama dengan Madrasah Islahiah Diniah Kampung Memali Baling, Kedah dengan menyantuni 70 keluarga asnaf.

Pengasas Baitul Hasan, Ustaz Dino Rizal Suratman berkata, meskipun negara ketika ini dilanda wabak COVID-19, pihaknya meneruskan usaha mengadakan program ini dengan mematuhi SOP yang ditetapkan oleh kerajaan.

“Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua para dermawan yang bermurah hati membantu mereka. Kami sentiasa mendoakan muslimin dan muslimat sekelian sentiasa dimurahkan rezeki dan diberikan ganjaran syurga oleh Allah swt.

“Semoga Allah swt membalasnya dengan kebaikan di dunia dan akhirat…insyaallah misi membantu asnaf akan kami teruskan di seluruh Malaysia jika ada rezeki,” katanya.

Sementara itu, sempena menyambut bulan Ramadan yang bakal tiba, Baitul Hasan melancarkan Tabung Ihya Ramadan Baitul Hasan 2021M/1442H bagi menjayakan semua program yang dirancang sepanjang bulan Ramadhan kelak.

Beliau berkata, antara aktiviti yang dirancang ialah agihan makanan berbuka puasa dan bubur lambuk untuk asnaf dan anak yatim (500 pek = 1 hari kos RM3,500), bacaan Yasin dan tahlil arwah serta sumbangan ihya Ramadan dan Hari Raya (asnaf, anak yatim, maahad tahfiz, masjid dan surau).

“Sempena Ramadan kian menjelang tiba, pihak kami ingin memohon dan merayu sumbangan orang ramai. Bersedekahlah walau sedikit…rebutlah peluang beramal dibulan yang mulia dan semoga ia menjadi amal soleh buat bekalan kita di akhirat kelak,” katanya lagi.

Jika anda ingin terus membantu salurkan sumbangan zakat/sedekah/infak/fidyah anda secara bank in atau pemindahan online ke akaun Bank Islam 14171 01 000 7586 (Pertubuhan Kebajikan Baitul Hasan Kuala Lumpur) atau hubungi talian 017-3535 085 (Ustaz Dino) atau 017-3505 681 (Pejabat Baitul Hasan).

Post Menarik