Utama Blog Halaman 709

AEON, Alif Satar Bantu Golongan Terkesan COVID-19 Melalui Kempen Beli Dan Derma Nasi Ayam Sambado

Setiap 10 peket Nasi Ayam SAMBADO yang terjual, satu peket akan disumbangkan kepada golongan sasar.

Penularan COVID-19 telah mengakibatkan ramai di kalangan rakyat Malaysia terkesan dari aspek sosial dan ekonomi. Dalam usaha untuk membantu golongan yang terjejas akibat penularan wabak ini, AEON Retail Malaysia (AEON) telah menganjurkan kempen “Cabaran SAMBADO” yang mana orang ramai boleh membeli sambil menderma produk Nasi Ayam SAMBADO (Nasi Ayam Sambal Abang Sado) dengan kerjasama selebriti terkenal tanah air, Alif Satar.

“Saya sedih melihat ramai yang terkesan dan kehilangan pekerjaan akibat COVID-19. Tambahan pula, saya sendiri pernah mengalami keperitan penyakit ini. Disebabkan itu, saya tergerak untuk memainkan peranan secara langsung dalam menyumbang kembali kepada masyarakat melalui kerjasama dengan AEON yang mempunyai nilai-nilai murni dan sangat komited membantu pertumbuhan masyarakat setempat”, kata Alif Satar.

Ketua Pegawai Eksekutif, AEON Shafie Shamsuddin berkata, penularan COVID-19 telah mengajar kita agar lebih bersyukur dan paling penting bersedia untuk membantu antara satu sama lain terutamanya masyarakat setempat.

“Berpegang kepada falsafah ini, AEON berbesar hati menjalinkan kerjasama dengan Alif Satar melalui penganjuran kempen membeli sambil menderma sebagai langkah serampang dua mata; di mana AEON menyokong peniaga Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) melalui konsep Cloud Kitchen dan dalam masa yang sama orang ramai dapat beramal melalui pembelian 10 percuma 1 Nasi Ayam SAMBADO.”

Shafie berkata, setiap 10 peket penjualan Nasi Ayam SAMBADO, satu peket akan disumbangkan kepada golongan B40, golongan yang kehilangan pekerjaan dan hilang punca pendapatan.

“Kami menyasarkan jualan harian 20 ribu peket Nasi Ayam SAMBADO di seluruh negara menerusi rangkaian lebih dari 65 cawangan AEON iaitu Pasaraya AEON GMS (34), AEON BiG (22) dan AEON MaxValu (9).

“Ini bermakna dua ribu peket Nasi Ayam SAMBADO akan disumbangkan secara percuma setiap hari. Sumbangan ini akan diagihkan oleh cawangan-cawangan kami pada hari berikutnya dan pihak AEON akan bekerjasama dengan pemimpin masyarakat setempat untuk mengenalpasti golongan yang memerlukan bantuan ini.”

“Sado bukan sahaja bermaksud berotot atau memiliki fizikal yang kuat, tetapi ia juga merupakan simbol kekuatan dalam bekerjasama seperti kerjasama AEON dengan para pelanggan setia kami, rakan perniagaan dan seluruh rakyat Malaysia.

“Kami komited untuk terus berdiri bersama-sama dan membantu masyarakat Malaysia yang terkesan akibat wabak ini”, katanya.

Menurutnya, AEON juga berhasrat untuk merekrut lebih dari 400 orang rider tambahan untuk perkhidmatan penghantaran. AEON menawarkan pekerjaan sebagai rider sepenuh masa (motosikal percuma akan diberikan) dan rider flexi (menggunakan motosikal sendiri).

Sementara itu, Ketua Bahagian Pemakanan AEON, Azidah Alimuddin berkata, khidmat penghantaran makanan mendapat permintaan yang tinggi sejak penularan COVID-19.

Melalui konsep Cloud Kitchen, AEON akan menyediakan ruang dapur kepada peniaga PKS dan makanan tersebut akan dijual melalui aplikasi AEON MAKAN atau menerusi laman sesawang di makan.myaeon.com.my.

“Konsep ini dapat membantu peniaga untuk mengekalkan aliran tunai mereka dan dalam masa yang sama ia dapat menjimatkan kos perniagaan kerana tidak perlu mengeluarkan modal dan kos operasi harian yang tinggi”, katanya.

Nasi Ayam SAMBADO boleh terus dibeli di AEON Delicatessen, menerusi aplikasi khidmat penghantaran AEON MAKAN atau menerusi laman sesawang di makan.myaeon.com.my yang dilancarkan baru-baru ini.

Disamping kempen membeli sambil menderma, AEON turut menganjurkan pertandingan Cabaran SAMBADO. Peserta dikehendaki mencipta dan memuatnaik video kreatif melalui aplikasi TikTok dengan kapsyen #AEONSAMBADOchallenge.

Pemenang video yang paling kreatif berpeluang untuk bertemu Alif Satar dalam satu sesi istimewa.

Selain daripada Nasi Ayam SAMBADO, AEON turut menjalankan tanggungjawab sosial korporatnya dengan membantu lebih daripada 250 usahawan tempatan untuk menempatkan produk-produk mereka di AEON.

Tahun lalu jualan kategori Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) berjumlah lebih RM19.8 juta, iaitu peningkatan sebanyak 23% berbanding RM15.2 juta jualan PKS tahun sebelumnya.

Peningkatan ini berikutan inisiatif AEON membuka lebih luas pasaraya-pasarayanya untuk usahawan-usahawan di bawah bimbingan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), FELDA, MARA, FAMA, MADA, Kraftangan, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Terminal Perindustrian dan Pembangunan Usahawan Sarawak (MINTRED) dan Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC).

Model Terbaharu Perodua Dengan Kod D55L Kini Dibuka Untuk Tempahan – Pengganti Kembara

Gambar Hiasan

Perodua D55L – model Perodua paling canggih setakat ini, kini dibuka untuk tempahan menerusi varian X, H dan AV ditawarkan dengan harga tentatif atas jalan sebelum insurans
antara RM62,500 dan RM73,400 di Semenanjung Malaysia.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Dato’ Zainal Abidin Ahmad berkata, Perodua D55L merupakan model pertama di bawah rangka tindakan Perodua Smart Build, menerajui gaya, keselamatan, teknologi, tahap kelengkapan dan juga nilai bagi Perodua.

Antara ciri utama D55L adalah Sistem Bantuan Pemanduan Selamat (ASA*). Terdapat pada semua varian, ASA terkini mampu beroperasi pada kelajuan yang lebih tinggi berbanding versi semasa, dan mampu mengesan kenderaan dua-roda.

Gambar Hiasan

Turut terdapat pada semua varian adalah Lane Departure Warning and Prevention, manakala varian AV didatangkan dengan Lane Keep Control, Blind Spot Monitor, Rear Cross Traffic Alert dan Adaptive Cruise Control.

Disebabkan ciri-ciri tersebut, Perodua D55L merupakan model Perodua pertama yang memenuhi standard Pemanduan Autonomi Tahap 2.

“Selari dengan matlamat kami untuk terus membawa lebih banyak teknologi canggih kepada orang ramai, Perodua D55L AV merupakan kenderaan Autonomi Tahap 2 yang paling mampu milik di Malaysia, menawarkan ciri keselamatan dan kemudahan canggih kepada semua,” katanya dalam kenyataan di sini.

Prebiu.com difahamkan, SUV baharu Perodua itu, yang disebut sebagai Kembara baharu, dikatakan dibangunkan berasaskan platform Arkitektur Global Baharu Daihatsu (Daihatsu New Global Architecture, DNGA) sama seperti Toyota Raize yang dilancarkan di Jepun November tahun lalu.

Gambar Hiasan

“Kenderaan SUV kekal popular, dan Perodua D55L memenuhi trend ini dengan saiz yang kompak, gaya kontemporari dan ciri-ciri moden, menjadikannya paling sesuai untuk gaya hidup aktif seharian,” katanya.

Perodua D55L juga merupakan kenderaan turbo pertama Perodua, selari dengan trend downsizing global, dan model Perodua pertama yang menggunakan transmisi boleh laras berterusan (CVT), menyumbang kepada kecekapan bahan api 18.9 km/l – terbaik dalam kelasnya.

Lampu hadapan LED terdapat pada semua varian, manakala varian H dan AV dilengkapi dengan Adaptive Driving Beam, panel meter TFT 7-inci serta sistem infotainment skrin sesentuh 9-inci dengan voice recognition.

“Memandangkan pengecualian cukai jualan yang diperkenalkan oleh kerajaan dijangka berakhir pada akhir-Jun, jangan tunggu lagi untuk menempah – penasihat jualan kami yang sah bersedia membantu anda dan menerangkan dengan lebih lanjut mengenai Perodua D55L di semua pusat jualan kami di seluruh negara, dengan pematuhan ketat garis panduan COVID-19 demi kesihatan dan keselamatan anda,” katanya.

Gambar Hiasan

Varian X dan H boleh didapati dalam warna Glittering Silver, Granite Grey dan Cobalt Blue – varian H turut didatangkan dengan pilihan Pearl Diamond White dan Pearl Delima Red.

Tiga warna terakhir adalah baharu buat Perodua. Varian AV boleh didapati dalam warna Glittering Silver, Granite Grey, Pearl Diamond White, Pearl Delima Red dan dua warna terakhir dengan bumbung hitam. Waranti lima tahun/150,000 km ditawarkan.

*ASA adalah adalah sistem bantuan pemanduan yang membantu mengurangkan risiko
pelanggaran dan bukan pengganti pemanduan selamat sama sekali. Sentiasa berwaspada dan berhati-hati ketika memandu.

Kod Promosi RM8 airasia Super App Sempena Tahun Baharu Cina

Sambutan Tahun Baharu Cina dimeriahkan dengan kod promosi RM8 kepada semua pengguna airasia super app untuk pesanan airasia food, airasia fresh dan airasia shop.

Kod promo terhad ini bermula dari 19 hingga 26 Februari 2021. Untuk menggunakannya, masukkan kod ‘GORED8’ semasa membuat pesanan nikmati diskaun RM8 untuk caj perkhidmatan penghantaran di airasia food (pengguna baharu sahaja) atau diskaun RM8 dengan perbelanjaan minimum RM38 untuk airasia shop.

Kod promosi ini juga digunakan untuk menikmati perkhidmatan penghantaran percuma bagi airasia fresh dengan perbelanjaan minimum RM28.

Ketua Pegawai Komersial airasia super app, Amanda Woo berkata, sejak dua bulan pertama 2021 menjelang Tahun Baharu Cina, airasia super app telah memperluaskan tawarannya di semua platform e-dagang seperti airasia shop, airasia fresh dan airasia food.

Kini, setiap platform ini menawarkan beribu-ribu jenis produk daripada pelbagai kategori, dengan inventori yang terus berkembang. Sama ada anda ingin memesan makanan untuk seisi keluarga, barangan runcit segar mingguan atau hadiah untuk orang tersayang, gunakan kod promosi ‘GORED8’ untuk mendapatkan diskaun tambahan sebanyak RM8 di airasia super app dari 19 hingga 26 Februari.”

Pesanlah juadah sempena Tahun Baharu Cina di airasia food seperti Yee Sang, makanan panas dan pencuci mulut dari River Garden Restaurant, Din Tai Fung, Dao dan banyak lagi.

Bagi mereka yang terlalu sibuk atau tidak dapat keluar membeli barangan runcit, pesanlah sayur-sayuran, buah-buahan, daging, makanan laut dan banyak lagi secara dalam talian di airasia fresh. Pilih barangan runcit tersuai dengan Fresh Pack atau buat pesanan untuk didermakan kepada rumah dan organisasi amal terpilih.

Selain itu, manjakan diri di airasia shop dengan membeli produk kecantikan berjenama antarabangsa terkenal seperti Sulwhasoo, Innisfree, Elizabeth Arden, The Ordinary dan banyak lagi.

Muat turun airasia super app dan untuk berita dan aktiviti terkini, ikuti airasia di Twitter (twitter.com/airasia), Facebook (facebook.com/airasia) dan Instagram (instagram.com/airasia).

*Perkhidmatan penghantaran airasia food, airasia fresh dan airasia shop hanya tersedia di Lembah Klang sahaja dan akan berkembang ke bandar-bandar lain tidak lama lagi. Kos promosi tertakluk pada terma dan syarat lain.

Samsung Develops Industry’s First High Bandwidth Memory With AI Processing Power

The new architecture will deliver over twice the system performance and reduce energy consumption by more than 70%.

Samsung Electronics Co., Ltd., the world leader in advanced memory technology, today announced that it has developed the industry’s first High Bandwidth Memory (HBM) integrated with artificial intelligence (AI) processing power — the HBM-PIM.

The new processing-in-memory (PIM) architecture brings powerful AI computing capabilities inside high-performance memory, to accelerate large-scale processing in data centers, high performance computing (HPC) systems and AI-enabled mobile applications.

Kwangil Park, senior vice president of Memory Product Planning at Samsung Electronics stated, “Our groundbreaking HBM-PIM is the industry’s first programmable PIM solution tailored for diverse AI-driven workloads such as HPC, training and inference.

“We plan to build upon this breakthrough by further collaborating with AI solution providers for even more advanced PIM-powered applications.”

Rick Stevens, Argonne’s Associate Laboratory Director for Computing, Environment and Life
Sciences commented, “I’m delighted to see that Samsung is addressing the memory bandwidth/power challenges for HPC and AI computing. HBM-PIM design has demonstrated
impressive performance and power gains on important classes of AI applications, so we look forward to working together to evaluate its performance on additional problems of interest to Argonne National Laboratory.”

Most of today’s computing systems are based on the von Neumann architecture, which uses separate processor and memory units to carry out millions of intricate data processing tasks.

This sequential processing approach requires data to constantly move back and forth, resulting in a system-slowing bottleneck especially when handling ever-increasing volumes of data.

Instead, the HBM-PIM brings processing power directly to where the data is stored by placing a DRAM-optimized AI engine inside each memory bank — a storage sub-unit — enabling parallel processing and minimizing data movement.

When applied to Samsung’s existing HBM2 Aquabolt solution, the new architecture is able to deliver over twice the system performance while reducing energy consumption by more than 70%.

The HBM-PIM also does not require any hardware or software changes, allowing faster integration into existing systems.

Samsung’s paper on the HBM-PIM has been selected for presentation at the renowned International Solid-State Circuits Virtual Conference (ISSCC) held through Feb. 22.

Samsung’s HBM-PIM is now being tested inside AI accelerators by leading AI solution partners, with all validations expected to be completed within the first half of this year.

Telehealth Ventilators Worth More Than RM2 Million To Be Donated To Malaysian Hospital

Alpha ventilator

Donation is part of the Billion Breath Project and will benefit thousands of severely affected COVID-19 patients in Southeast and South Asia

The first five Alpha units were donated today to Hospital Selayang in Selangor, where COVID-19 cases have spiked in recent weeks

Advanced MedTech Holdings (AMTH), a global medical technology leader headquartered in Singapore, have announced a donation of up to RM2 million worth of Alpha ventilators to hospitals in Malaysia.

Alpha ventilator

The donation is part of the company’s Billion Breath Project, aiming to support healthcare workers in their fight against COVID-19.

The initiative has already donated nearly RM3 million worth of ventilators to hospitals in Indonesia, Myanmar and India. Ventilators worth RM2 million will be donated to Malaysia to support care for patients with severe respiratory distress in the intensive care unit (ICU) wards.

The Alpha ventilator enables a small team of healthcare professionals to monitor and adjust the settings for a large number of ventilated patients remotely via an online dashboard.

This reduces the need for caregivers to enter in and out of ICU wards to manually adjust ventilator settings, reducing the risk of infection.

In Malaysia, the ventilators will be sent to hospitals in states where infection and hospitalization rates are high, the first being Hospital Selayang in Selangor.

In July 2020, the Alpha ventilator received provisional authorization to be used as an emergency ventilator by Singapore’s Health Sciences Authority.

Abel Ang, Group Chief Executive of Advanced MedTech, said: “We take breathing for granted until we can no longer breathe. Each person takes about 100 million breaths in their lifetime.

The Billion Breath Project was started to help people suffering from severe symptoms of COVID-19 recover their ability to breathe again. The remote accessibility of the Alpha ventilator will empower small healthcare teams to manage a large number of patients and will be central to Malaysia’s fight against the pandemic.”

Datuk Dr Mohamed Alwi Abdul Rahman, HOD Emergency Department and Trauma of Hospital Selayang, said: “Access to ventilators is critical factor in our response to COVID-19, especially as cases continue to rise. We’re grateful for the support offered by Advanced MedTech. The Alpha ventilator will significantly boost our ability to deliver life-saving care to patients in a critical condition.”

The Alpha ventilator was developed by ABM Respiratory Care, a medical device company developing novel integrated airway clearance and ventilation solutions and is manufactured and distributed by Advanced MedTech in Singapore.

In Malaysia, Advanced MedTech has partnered with MEDIWIDE SDN. BHD. to help with distribution of the ventilators.

Selamat Maju Jaya Kepada Calon SPM/SVM/STAM 2020 Bermula 22 Februari 2021

Gambar Hiasan

Kaukus Kesejahteraan Rakyat Dewan Negara mendoakan selamat maju jaya kepada lebih 400,000 calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2020 yang akan menduduki peperiksaan itu berada dalam suasana kesejahteraan yang selamat, kondusif dan terjamin mengikut prosedur operasi standard (SOP) bermula 22 Februari 2021 di seluruh negara.

Pengerusinya, Senator Datuk Razaii Idris berkata, calon SPM/SVM/STAM serta ibu bapa, penjaga dan ahli keluarga masing-masing tidak usah bimbang dan yakinlah bahawa Kerajaan menerusi kementerian dan agensi berwajib telah melaksanakan tanggungjawab yang sangat baik demi kesejahteraan semua pihak.

Razali Idris

Beliau berkata, Kaukus Kesejahteraan Rakyat Dewan Negara telah mengambil maklum bahawa SOP peperiksaan SPM/SVM/STAM yang diperkenalkan dalam suasana norma baharu akan memastikan setiap calon tidak akan tercicir menduduki peperiksaan awam itu.

“Kesejahteraan kesihatan awam pelajar serta pengawas peperiksaan pasti dipantau secara rapi dari semasa ke semasa termasuk pihak berwajib sentiasa bersiap siaga menangani pendemik itu andainya berlaku penularan mendadak kes COVID-19,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Razali yang juga Timbalan Presiden Majlis Senator Malaysia berkata, semua pihak perlu memberi motivasi dan doa yang berterusan kepada setiap calon peperiksaan dalam keadaan yang sangat mencabar sekarang.

“Moga peperiksaan SPM/SVM/STAM dapat berjalan lancar seperti mana yang dirancangkan demi memastikan kesejahteraan anak-anak kita terus terjamin untuk masa depan,” katanya.

Acara Berbasikal, e-Sukan Lebih Rancak Ketika Sambutan Tahun Baru Cina

Pelajar Semester 5 Diploma Komunikasi Korporat Kolej Universiti Poly-Tech MARA Kuala Lumpur (KUPTM KL) baru-baru ini menganjurkan sebuah program berbasikal dan e-sukan secara serentak iaitu COMMFEST: CYCLESCAPE 21’ dan COMMFEST: XSCAPE21’.

Penganjuran kedua-dua buah program ini mengambil inisiatif secara atas talian seiring dengan keadaan pandemik dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada ketika ini.

Melihat kepada jumlah penyertaan tertinggi yang direkodkan ketika cuti sambutan Tahun Baru Cina dengan 289 peserta, secara tidak langsung membawa impak positif seiring dengan objektif kedua-dua program iaitu untuk mewujudkan kesedaran dalam masyarakat mengenai pentingnya untuk kekal cergas secara fizikal dan mental walaupun ketika berada di rumah.

Program berbasikal COMMFEST: CYCLESCAPE 21’ yang dijadualkan berlangsung selama 44 hari mendapat penyertaan pelbagai peringkat umur termasuklah warga veteren di mana peserta boleh memilih jarak berbasikal pada jarak 50 km, 70 km mahupun 100 km.

Peserta boleh memilih jarak dan perlu menamatkan dalam tempoh yang telah ditetapkan oleh penganjur, bergantung kepada kemampuan peserta.

Lebih menarik, peserta bebas memilih lokasi untuk berbasikal di kawasan radius had pergerakan masing-masing. Pemilihan tempat berbasikal adalah 100% bergantung kepada peserta mengikut kepada keselesaan mereka.

Sebagai bukti, peserta perlu merekodkan jarak berbasikal dengan menggunakan apa jua aplikasi berbentuk cycling tracker yang sedia ada dalam Apps Store atau Google Play Store dan menghantar rekod kepada penganjur.

Bagi 10 peserta terawal yang berjaya menghabiskan jarak berbasikal mereka berpeluang untuk mendapat hadiah menarik daripada pihak penganjur termasuklah layak untuk menyertai cabutan bertuah ‘roadbike’ bernilai RM2000.

Manakala, bagi program e-sukan CommFest: X-Scape 21’ – Mobile Legends Bang Bang Tournament dibahagikan kepada 32 kumpulan, disertai 5 hingga 6 peserta sepasukan. Kesemua kumpulan ini akan berentap secara atas talian bermula 30 Januari 2021 sehingga 14 Febuari 2021.

Program gabungan ini diharap dapat memupuk jati diri dan sikap berdaya saing yang tinggi dalam kalangan masyarakat terutamanya peminat sukan berbasikal serta e-sukan yang semakin mendapat sambutan dalam kalangan masyarakat tanpa mengira peringkat usia.

Program ini juga telah mendapat sokongan penuh dari pihak Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan dilihat sebagai satu program yang dapat meningkatkan kesedaran untuk kekal cergas dalam kalangan masyarakat.

Bagi menyemarakkan lagi program ini, pihak penganjur turut mengadakan cabutan bertuah kepada para peserta dengan menawarkan sebuah ‘roadbike’ yang bernilai RM2000 sebagai hadiah utama. Ini dilihat sebagai salah satu tarikan utama kepada masyarakat untuk turut serta dalam program ini.

Bukan itu sahaja, terdapat juga hadiah-hadiah lain yang ditaja oleh jenama pengeluar ‘pocket bike’, smart watch dan sebagainya.

Bayaran pendaftaran bagi peserta yang beminat untuk menyertai program ini adalah RM120 di mana peserta yang berjaya menamatkan kayuhan akan menerima jersi basikal, medal, sijil penyertaan dan juga barang tajaan dari pihak penaja.

Selain itu, program gabungan ini turut menjalinkan kerjasama dengan Carisbrook Malaysia iaitu pengeluar dan jenama pakaian sukan terkemuka negara. Walaupun dikenali sebagai pengedar utama pakaian sukan ragbi negara, ini tidak menyekat pihak Carisbrook untuk bekerjasama dan melebarkan sayap dalam kategori sukan yang lain.

Penaja utama bagi kedua-dua program ini adalah REALME MALAYSIA iaitu jenama telefon pintar dan produk aksesori AIoT dengan menawarkan ‘realme watch’ dan juga telefon pintar kepada pemenang bertuah.

Kerjasama daripada pihak realme adalah selari dengan tagline ‘Dare to Leap’ mereka iaitu berani melonjak ke hadapan yang sedikit sebanyak memberi impak positif dalam kalangan generasi muda untuk kekal aktif dan cergas sepanjang masa.

Tidak ketinggalan, kedua-dua program ini juga mendapat tajaan dari Libresse Malaysia, The Fresh Company, Cucisikal, Amazin Graze Malaysia, Plan A KL, IGS Protech, Madani Bikes, Cosry, Pro Pax Freight Forwarders Sdn. Bhd., Fruity Dream, Eeva Beauty, Bekal Sama Sdn. Bhd., Khee San Berhad, Wide Agro Ventures Sdn. Bhd., Khalyra Enterprise, My Fit Box Nutrition, Aeon Molly Fantasy, Medina Store Baby Pian, Cotton Home, Thrifty Shwifty, CNR Global dan Kintry.Co.

Samsung One UI 3.1 Update Brings Select Powerful Features From The Galaxy S21 To S20, Note20, Galaxy Z Series

New features and camera capabilities available to more Galaxy users as Samsung starts its One UI 3.1 update

Today, Samsung Electronics announced the latest One UI 3.1 update is coming to the Galaxy S20 series (Galaxy S20, Galaxy S20+, and Galaxy S20 Ultra, Galaxy S20 FE) and Galaxy Note20 series (Galaxy Note20, Galaxy Note20 Ultra), in addition to the Galaxy Z Fold2 and Galaxy Z Flip series.

The update, which first launched with the Galaxy S21 series, brings select, new camera capabilities for capturing and editing incredible photos and videos and smart new features that enhance everyday life, so you can get even more out of your Galaxy device.

“Samsung is committed that our devices continue to deliver the up-to-date mobile experiences throughout their lifecycle,” said TM Roh, President and Head of Mobile Communications Business, Samsung Electronics.

“Following the announcement of 3-generation Android OS upgrades for select Galaxy devices, we ensure to equip our consumers with powerful new features as soon as they are available. Our One UI 3.1 update marks an important next step in that mission.”

Shoot dynamic photos and videos with smart new camera features

The Galaxy S21 with One UI 3.1 introduced incredible new camera innovations, making it easier than ever to capture stunning photos and shoot professional-looking videos. Now Galaxy S20 owners can experience these features with the One UI 3.1 update.

Never miss a moment with the improved Single Take feature, which captures a variety of still and video formats simultaneously, with just a tap.

Once you’ve captured your shot, One UI 3.1 introduces the new Object eraser tool to help you to get that perfect image. Use this intelligent photo editing tool to cut out unwanted parts of your photos effortlessly, without time-consuming manual editing.

If you want to edit out distracting objects, simply tap the area you wish to remove and it will be automatically selected and deleted.

One UI 3.1 features an improved touch autofocus and autoexposure controller, making adjusting the focus and brightness of your photos easier than ever so you can capture your best shot every time.

With just a swipe left or right anywhere on the screen, you can now edit the brightness of your image before you’ve taken the shot.

One UI 3.1 also introduces the new Multi Mic Recording feature, which, when in Pro Video mode, allows you to simultaneously record audio through both your phone and a connected Bluetooth device such as Galaxy Buds Pro, Buds Live and Buds+.

So whether you’re a vlogger, narrating a shot where you want to be heard from afar, or you’re a budding musician wanting to record the sound of your voice and instrument separately for more professional-sounding audio, with Multi Mic Recording you can get
creative and make videos that look and sound incredible.

All your best shots and favorite moments are stored in the updated Gallery, which now groups and arranges your videos and photos into a clean, easy-to-navigate feed.

Smart new features that enhance your everyday life

Head into your Settings to find One UI 3.1’s new Eye Comfort Shield 7 mode, which automatically adjusts the blue light based on the time of day.

Using Eye Comfort Shield’s warmer tones can help you to fall asleep easier at night and you can set your device to automatically adjust your screen’s colors throughout the day or personalize the schedule yourself.

Your privacy is important and now One UI 3.1 makes it easier to control what you share. Remove metadata that reveals the location of photos before you share them or use Private Share to control who is allowed access to the content you send, and how long it is available.

With new One UI 3.1 on your devices, the experience of the Galaxy ecosystem is smooth and seamless.

As well as a consistent interface that makes switching between your phone and tablet hassle-free, Galaxy Buds Pro, Buds Live and Buds+’s Auto Switch feature means that your audio follows you when you switch between Galaxy devices.

If you’re watching videos on your phone or listening to your favorite song or podcast, you can enjoy more realistic and immersive sound by connecting your compatible phone and
Galaxy Buds Pro thanks to 360 Audio – allowing you to stay at the center of your listening experience.

MTC Lancar Program Penempatan Jurutera Buat Julung Kalinya

Ketua Pegawai Eksekutif MTC, Muhtar Suhaili

Majlis Kayu-Kayan Malaysia melancarkan Program Penempatan Jurutera dan Latihan Prasiswazah Dalam Industri Kayu-Kayan 2021 untuk menarik jurutera ceburi sektor perkayuan.

Majlis Kayu-Kayan Malaysia (MTC) akan melancarkan program baharu Mac ini untuk jurutera, graduan teknologi perkayuan serta mahasiswa diserap ke syarikat berasaskan kayu bagi tujuan penempatan dan latihan prasiswazah dalam usaha memberikan peluang kepada golongan ini membina kerjaya di dalam industri perkayuan.

Program Penempatan Jurutera dan Latihan Prasiswazah dalam Industri Kayu-Kayan ini akan menggabungkan kerjasama antara MTC, institusi pengajian dan politeknik tempatan serta persatuan kayu-kayan.

Ketua Pegawai Eksekutif MTC, Muhtar Suhaili

“Keperluan khidmat jurutera menjadi lebih penting apabila syarikat-syarikat berasaskan kayu mula beralih ke arah pendigitalan dan pembuatan pintar kesan pandemik Covid-19 terhadap perniagaan,” kata Ketua Pegawai Eksekutif MTC, Muhtar Suhaili.

Beliau berkata, kebanyakan perincian di dalam proses pembuatan mampu difahami dengan baik oleh jurutera.

Katanya, program berkenaan adalah sebahagian daripada Pelan Lima Tahun MTC yang memberi tumpuan kepada membina dan meningkatkan bilangan pekerja yang berpengetahuan dalam industri.

Program Penempatan Jurutera merupakan program yang ditawarkan kepada jurutera untuk menjalani latihan di tempat kerja di bawah bimbingan profesional selama setahun. Manakala Program Latihan Prasiswazah adalah terbuka kepada mahasiswa yang sedang melakukan latihan industri. Kos latihan serta elaun akan ditanggung oleh MTC.

Muhtar berkata, program itu akan dilancarkan pada Mac oleh Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Dato’ Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali bersama Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad yang turut akan menyaksikan majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) di antara MTC, enam persatuan kayu-kayan, lapan universiti dan dua politeknik.

Baby Shima To Perform Her First Mini Concert On Bigo Live

Bigo Live, a leading global live streaming platform, is excited to welcome Malaysian singer Nor Ashima Ramli (Baby Shima) for a mini concert livestream on 18 February at 9:30PM MYT.

Best known for winning the Berita Harian Idol Star 2010, fans will get an exclusive opportunity to interact with the popular songstress throughout the mini concert on Bigo Live.

Three lucky viewers will also stand a chance to be selected for a personal video call in her fan meet livestream session held on 22 February at 9:30PM MYT.

Represented by Indonesian record label Nagaswara, the successful singer recently participated in Indonesia’s singing reality show, Astro Ria’s Big Stage showcasing Malaysia’s brightest young talents, and Asia’s largest dangdut competition D’Academy Asia Season 3.

Viewers can anticipate her live performance of fan-requested songs during the concert.

“I love how Bigo Live allows me to interact with the audience in a fun way. With travel and safety restrictions in place across the country, this will be a great opportunity for me to reconnect and share my passion with fans in the region.

“I am truly excited to perform my first livestream mini concert on Bigo Live, and look forward to having an amazing time,” Baby Shima said.

To participate in this live stream, simply download the Bigo Live app here and follow Baby Shima (user ID @babyshimaofficia). For more updates on Baby Shima’s mini-concert livestream, follow Bigo Live Malaysia on Facebook here.

Bigo Live strives to become the go-to source for interactive and engaging entertainment, and such engagements are part of Bigo Live’s efforts to provide exclusive opportunities for the community to interact with their favourite local celebrities despite social distancing measures in place.

Baby Shima joins the ranks of other global celebrities like, Australian DJ M4Sonic, Japanese stars Ryo Nishikido and Jin Akanishi among many others, who similarly took to Bigo Live to bring positivity, hope and joy to users around the world.

Post Menarik