KPJ Sentosa KL Specialist Hospital telah mengagihkan pelbagai bekalan harian dan makanan kepada lebih 70 orang penghuni House of Joy yang terdiri daripada kanak-kanak, orang-orang tua, orang kelainan upaya dan penjaga-penjaga pusat jagaan tersebut bersempena Hari Raya Cina.

Setiap kanak-kanak di rumah penjagaan ceria apabila menerima kek bertemakan Tahun Baru Cina dan sumbangan berbentuk barangan harian.

Antara barang keperluan harian yang disumbang adalah beras, minyak masak, sabun basuh baju dan banyak lagi.

“Sumbangan seperti ini merupakan aktiviti wajib hospital setiap tahun untuk menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan lagi-lagi di waktu pandemik COVID-19“, kata Eksekutif Pemasaran dan Perhubungan Awam, Nurhafizuddin Abd Rahman.

Katanya, pihak hospital juga mengagihkan buah mandarin dan ‘fortune cookies’ kepada pesakit-pesakit, kakitangan-kakitangan dan doktor-doktor di hospital.

“Dengan bantuan yang diterima oleh pusat jagaan House of Joy dapat meringankan sedikit sebanyak beban pengurusan rumah ini untuk menampung perbelanjaan sepanjang Hari Raya Cina.

“Perayaan kali ini berbeza dengan tahun-tahun sebelum ini, namun bersamalah kita menangani wabak ini dengan mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan Majlis Keselamatan Negara,” katanya.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman web kpjsentosa.com.my dan ikuti juga laman sosial Facebook, Instagram dan Youtube KPJ Sentosa KL Specialist Hospital iaitu @kpjsentosakl atau boleh terus menghubungi Syarifah Aini di talian 011-23561990.