Utama Blog Halaman 711

Volkswagen Jalin Kerjasama Dengan Wei-Ling Gallery Untuk Hasilkan Seni Arteon

13 artis terkenal menunjukkan bakat mereka dalam menghasilkan arca eksklusif Arteon berdasarkan kepada hasil seni pameran ‘18@8 Turning Points’ oleh Wei-Ling Gallery.

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) dan firma seni terkenal, Wei Ling Gallery hari ini mengumumkan kerjasama melibatkan seramai 13 orang artis Malaysia sempena pelancaran Arteon R-Line serba baharu.

Kerjasama penting ini memberi peluang kepada para pengumpul dan peminat untuk memiliki model-model skala kecil Arteon yang telah diubah oleh para artis tersebut menjadi arca yang unik.

Hasil seni tersebut akan dijual menerusi lelongan dan hasilnya disumbangkan kepada Persatuan Kebajikan Kanser Payudara (BCWA).

Arteon merupakan model utama Volkswagen yang menawarkan kombinasi sempurna di antara reka bentuk avant-garde dengan pengendalian dinamik. Namanya menjadi refleksi sebenar penampilannya – ‘Art’ menggambarkan tentang garis-garis sebuah
fastback yang harmoni dan penuh emosi.

Manakala ‘eon’ pula mengiktirafnya sebagai sebuah model premium Volkswagen. Cukup
cantik walau dilihat dari mana-mana sudut sekali pun, Arteon menjadi titik tolak kepada perubahan buat jenama berkenaan sebagai model pertama generasi Volkswagen yang memiliki reka bentuk ekspresif dan menarik perhatian.

Ia dilihat tepat pada masanya kerana projek Arteon merupakan lanjutan daripada pameran “18@8 Turning Points” yang dijalankan oleh Wei-Ling Gallery. Pameran tersebut diadakan dengan matlamat meneroka pendekatan estetik, teknikal dan falsafah berbeza 13 orang artis terlibat yang diserlahkan menerusi hasil seni menarik berasaskan kepada ideologi ini.

Artis-artis terkenal Malaysia yang mengambil bahagian dalam projek ini termasuklah Anurendra Jegadeva dan Ivan Lam. Mereka baru-baru ini mewakili Malaysia dalam acara Venice Art Biennale kali ke-58, di samping Hamidi Hadi, Yau Bee Ling dan Choy Chun Wei.

Mempunyai hubungan langsung dengan karya seni asal artis daripada Turning Points, hasil kerja seni Arteon tampil menyerlah dan berani.

Karya Arteon oleh Anurendra Jegadeva diinspirasikan daripada ‘A Garland for My Father’ yang dipersembahkan dalam bentuk potret bapanya yang dikelilingi oleh kotak-kotak lampu, menampilkan foto-foto lama ahli keluarga bersama Volkswagen Beetle mereka.

Pendekatan unik lukisan ‘The Yearning Realm’ oleh Wong Chee Meng yang terdiri daripada lapisan-lapisan imej pula membentuk satu ilusi menerusi penggunaan lensa merah dan biru.

Pengarah Urusan VPCM, Erik Winter yang berkongsi keterujaan beliau terhadap projek ini menyatakan bahawa kehadiran Arteon R-Line serba baharu dan kerjasama ini memberi peluang kepada jenama Volkswagen untuk berhubung dengan para peminat seni.

“Sebagai sebuah kumpulan, Volkswagen terus memberi sokongan ke atas seni dan budaya di seluruh dunia dan kami telah menjalin kerjasama dengan bakat-bakat seni tempatan. Wei-Ling sememangnya satu nama yang cukup terkenal dalam kalangan warga seni di sini dan luar negara.

“Kami teruja untuk menyokong inisiatif ini bukan hanya untuk meningkatkan kefahaman orang ramai tentang pengaruh seni di dalam hidup kita menerusi produk terkini Volkswagen. Tetapi turut menyumbang sesuatu yang bermakna sempena Bulan Kesedaran
Kanser Payudara.

“Arteon ialah satu karya seni bergerak dan mesej ini telah berjaya disampaikan menerusi setiap arca ini. Dedikasi semua artis dan proses pemikiran berjaya menjadikan model-model skala ini menjadi hasil seni yang cukup mengagumkan,” katanya.

Sementara itu, Pengasas dan Pengarah Galeri, Lim Wei-Ling berkata, sememang sesuatu yang menggembirakan untuk melihat Volkswagen memberi sokongan kepada seni di peringkat tempatan dan antarabangsa.

“Di negara seperti di Malaysia yang mana pendedahan terhadap seni adalah terhad, inisiatif dan kolaborasi seperti ini membolehkan kami meningkatkan kesedaran mengenai pentingnya peranan yang dimainkan oleh para artis.

“Artis merupakan pemerhati zaman kita – mereka mendokumentasi, merakam dan memelihara zaman yang mereka lalui menerusi hasil seni mereka.

“Setiap karya seni ini direka untuk pameran ‘Turning Points’ yang menjadi refleksi peribadi semua 13 orang artis yang terlibat dalam projek ini. Kisah-kisah yang dipersembahkan melalui karya ini sangat memberi inspirasi, ekspresif dan menyentuh perasaan.

Menerusi kerjasama dengan Arteon, semua artis telah menghasilkan seni kereta yang unik
dan sememangnya sangat berharga untuk disimpan kerana ia ‘hanya satu seumpamanya’ di dunia.

“Kami rasa berbesar hati dan gembira kerana dapat bekerjasama dengan Volkswagen untuk melelong hasil seni Arteon dalam usaha meningkatkan kesedaran serta mengumpul
dana untuk BCWA.”

Kesemua 13 arca Arteon kini boleh dilihat dan dibida secara dalam talian di www.arteonartcar.com atau di Wei-Ling Contemporary The Gardens Mall melalui temujanji dengan menghubungi talian 03-22828323.

Bidaan akan ditutup pada 1 Oktober 2020, jam 5pm. Arteon R-Line serba baharu ditawarkan pada harga RM225,490 dan hadir dengan penyelenggaraan percuma selama tiga tahun, selain jaminan tanpa had perbatuan dan bantuan tepi jalan untuk lima tahun.

Dengan pengecualian cukai jualan sekarang, harga runcit cadangan bagi Arteon R-Line serba baharu sehingga 31 Disember 2020 ialah RM220,043.28.

SENARAI PENUH ARTIS

1. Anurendra Jegadeva
2. Cheng Yen Pheng
3. Chin Kong Yee
4. Cheong Kiet Cheng
5. Choy Chun Wei
6. Cheong Kim Chiew
7. Chen Wei Meng
8. Hamidi Hadi
9. Ivan Lam
10. Rajinder Singh
11. Sean Lean
12. Wong Chee Meng
13. Yau Bee Ling

Tiga Daripada Lima Rakyat Malaysia Tidak Mendapat Kelajuan Internet Seperti Dijanjikan

Forum Pengguna Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CFM) telah menjalankan bancian dalam talian semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk mendapatkan maklum balas pengguna mengenai perkhidmatan yang mereka langgan.

Hasil bancian menunjukkan ramai pengguna tidak berpuas hati terhadap kualiti kelajuan internet mereka kerana tidak seperti yang dijanjikan oleh Telco.


 
Melalui bancian CFM itu juga mendapati kebanyakan responden mempunyai lebih daripada satu isu perkhidmatan telekomunikasi. Antaranya ialah kualiti liputan rangkaian di dalam rumah dan tiada sebarang penambahbaikan ketara terhadap masalah aduan dilaporkan.

“Bancian ini dijalankan semasa PKP, memandangkan semua orang bergantung kepada sambungan internet untuk berhubung dan bekerja dari rumah.

Isu ini tidak sepatutnya berlaku kerana Telco telah bersetuju untuk memberi perkhidmatan seperti yang telah dijanjikan kepada pengguna yang melanggan. Telco harus lebih proaktif dalam menambahbaik perkhidmatan mereka,” kata Pengerusi CFM, Datin Mohana Mohariff.

Mohana berkata, “CFM kini sedang dalam proses meminda untuk memperkukuh kod industri GCC dengan kerjasama MCMC bagi memastikan hak pengguna dilindungi.

Antara perkara yang akan diperkemas dalam GCC ialah terma dan syarat kontrak perkhidmatan, pemberian ringkasan maklumat perkhidmatan, dan pengguna bekeperluan khas.”

CFM sentiasa menyarankan pengguna untuk melaporkan aduan kepada Telco masing-masing dengan menyertakan maklumat terperinci mengenai masalah yang dihadapi. Jika masalah tersebut masih tidak diselesaikan, laporkan kepada CFM melalui portal aduan bersepadu bersama MCMC di https://aduan.skmm.gov.my/.
 
Sementara itu, ada beberapa cara yang boleh dilakukan pengguna untuk membantu menyelesaikan kelajuan internet yang perlahan. Rujuk portal CFM di http://www.consumerinfo.my/basic-faq-how-to-troubleshoot-your-wi-fi-network/

Qiest Empire Serah Sumbangan Peralatan Untuk Kemudahan Rakyat

Qiest Empire Sdn Bhd (QE) menyerahkan satu unit komputer dan satu unit mesin fotostat bernilai lebih RM10,000 menerusi program bantuan rakyat kepada UMNO Bahagian Gombak.

Sumbangan disampaikan oleh Presiden Eksekutifnya, Profesor Datuk Dr Mohd Zainul Fithri Dato Othman.

Dr Mohd Zainul Fithri berkata, sumbangan itu adalah sebahagian sumbangan peribadi daripada program syarikat bagi meningkatkan kemudahan sistem penyampaian kepada rakyat.

Hadir menerima sumbangan berkenaan ialah Setiausaha UMNO Bahagian Gombak, Roslan Mashud.

Yayasan Jeffrey Cheah Akan Lancarkan Tabung Endowmen Melebihi RM1 Bilion

Yayasan Jeffrey Cheah, perusahaan sosial tertumpu kepada pendidikan terbesar di Malaysia, hari ini mengumumkan rancangannya untuk melancarkan sebuah tabung endowmen dengan tujuan melebihi RM1 bilion dalam masa 10 tahun.

Komitmen tersebut diumumkan bersempena dengan sambutan ulang tahun ke-10 Yayasan Jeffrey Cheah. Endowmen tersebut akan diuruskan oleh sebuah jawatankuasa termasuk ahli-ahli Lembaga Amanah.

Pengumuman itu dibuat oleh pengasas dan pemegang amanah Yayasan Jeffrey Cheah, Tan Sri Dr Jeffrey Cheah di Sunway University, yang turut dihadiri ahli Lembaga Amanah Yayasan iaitu YAM Tunku Zain Abidin Ibni Tuanku Muhriz, Tan Sri Datuk Seri Razman Hashim, Tan Sri Zarinah Anwar, Dato’ Sri Idris Jala, Tan Sri Dato’ Professor Dr Lin See Yan, Tan Sri Dato’ Seri Dr Ranjit Ajit Singh dan Toh Puan Dr Aishah Ong.

Tan Sri Dr Jeffrey Cheah juga mengumumkan bahawa Tan Sri Dr Jemilah Mahmood, yang hadir pada majlis itu, telah menerima pelawaannya untuk menyertai Lembaga Amanah.

Tan Sri Jemilah, pengasas MERCY Malaysia, kini berkhidmat sebagai penasihat khas kesihatan awam kepada Perdana Menteri Malaysia.

Sehingga kini, Yayasan Jeffrey Cheah adalah bernilai lebih daripada RM1.2 bilion yang disokong oleh aset ketara bersih bernilai RM800 juta.

Beliau berkata, penubuhan tabung endowmen itu akan membantu memastikan kelestarian yayasan. “Kita berhubung dengan Kerajaan untuk melakukan perubahan yang perlu kepada undang-undang Malaysia untuk membolehkan kita melancarkan tabung endowmen ini.”

Beliau menyatakan mengikut peraturan sedia ada, yayasan dikehendaki mengagihkan sekurang-kurangnya 50% dana yang diterima pada tahun seterusnya.

“Ini adalah sangat berbeza dengan peraturan di beberapa negara lain seperti Amerika Syarikat dan Singapura. Di negara-negara tersebut, institusi yang dibenarkan mengumpul derma boleh dijadikan pelaburan atau dimasukkan ke dalam akaun simpanan tetap.

Institusi ini kemudiannya akan menggunakan hasil pelaburan atau faedah daripada bank untuk membiayai aktiviti mereka, manakala jumlah asal tidak diusik bagi memastikan institusi itu memiliki daya maju jangka panjang.

Begitu juga dengan individu yang menyimpan duit di dalam akaun bank atau membuat pelaburan dan hanya menggunakan hasil pulangan pelaburan dengan wang prinsipal kekal yang tidak disentuh,” katanya.

Sejurus dilancarkan, dana endowmen ini akan mempelopori satu kaedah baru bagi Yayasan Jeffrey Cheah untuk mengembangkan sumbangannya dalam pembangunan negara, untuk jangka masa yang panjang, menerusi inisiatif di dalam bidang pendidikan, penyelidikan dan pembangunan lestari.

Tabung endowmen ini akan membolehkan yayasan antara lainnya, mewujudkan kerusi profesor di Sunway University, untuk jangka masa yang panjang.

Yayasan juga merancang untuk menjadikan Malaysia sebagai hab serantau untuk kecemerlangan di dalam pendidikan, penyelidikan dan penjagaan kesihatan, dengan menjadikan pendidikan berkualiti mampu dibayar dan terbuka kepada semua rakyat
Malaysia yang layak.

Sejak 10 tahun lalu, yayasan ini, yang memiliki dan mentadbir kesemua 16 institusi dan entiti di bawah naungan Sunway Education Group, dijangka akan mengagihkan hampir RM540 juta menjelang akhir tahun ini, dalam bentuk biasiswa dan geran.

Yayasan ini juga telah mengadakan program kerjasama dengan beberapa universiti berprestij dengan Sunway University. Ini termasuk University of Cambridge, Harvard University, University of Oxford dan juga University of California, Berkeley and MIT di Boston.

Inisiatif-inisiatif ini juga merangkumi penubuhan Pusat Penyelidikan Klinikal University of Cambridge, Pusat Penyampaian Kesihatan Global Harvard dan Pusat Jeffrey Sachs Mengenai Pembangunan Lestasi di Sunway City Kuala Lumpur.

Yayasan berhasrat menubuhkan fakulti perubatan di Sunway University melalui kolaborasi dengan University of Cambridge School of Clinical Medicine sebagai perancangan masa hadapan.

“Semua kerjasama ini adalah seiring dengan pendirian kami untuk menjadi yang terbaik, kita harus bekerja dengan yang terbaik dan belajar daripada yang terbaik.

Get Your Galaxy Z Fold2 Today. It Is Officially Available In Malaysia!

Samsung Malaysia Electronics today announced the launch of the Galaxy Z Fold2-a category-defining foldable smartphone technology that puts powerful performance, foldable glass, and an all-day battery all in the palm of your hand – is now officially available in Malaysia.

With a cutting-edge mobile technology, the launch of Galaxy Z Fold2 signifies that consumers will be able to unfold the future with infinite possibilities.

“The statement-making Galaxy Z Fold2 is a device that redefines smartphone design and mobile technology.

Its revolutionary form factor, industry-leading folding innovation and enhanced durability are what we call innovations of new mobile experience in action.

From immersive main screen, optimized app layout, full-viewing cover screen, enhanced multitasking features to innovative flex-mode, Galaxy Z Fold2 brings together the very best of foldable technology to change the shape of the future,” said Yoonsoo Kim, President of Samsung Malaysia Electronics.

Refined and Improved Foldable Experience

With an all-new design, featuring a larger 6.2-inch Cover Screen and massive 7.6-inch Main Screen with Infinity-O Displays, Galaxy Z Fold2 promises a true 2-in-1 experience. It’s a smartphone when folded and a tablet when unfolded, offering effortless productivity and immersive experiences.

Galaxy Z Fold2 pairs bold design with refined engineering, expert craftsmanship and powerful technology so you can feel confident with it as your everyday companion.

Galaxy Z Fold2’s new design features a Hideaway Hinge with sweeper technology, hands-free functionality with Flex mode, and a foldable glass Main Screen that supports 120Hz refresh rate.

It offers the flexibility and versatility that everyday life demands, providing a capturing and viewing experience that is curated to your exact preferences and usage. With intuitive multitasking features and seamless app optimization for the massive Main Screen, you can accomplish tasks you didn’t think were possible on a traditional smartphone.

Galaxy Z Fold2 Launch Promo in Malaysia

The Galaxy Z Fold2 is available in Mystic Black and Mystic Bronze at RM7,999. Customers who purchase Galaxy Z Fold2 from 25th September – 31st October 2020 will be entitled to amazing gifts – a pair of Buds Live worth RRP RM699 and One-time Inner Screen Crack Protection 1 .

On top of that, other launch promotions are available as follows:
1. Trade in your old device and save up to RM 3,940 off Galaxy Z Fold2.
2. Purchase Z Fold2 case at 20% off for every purchase of Galaxy Z Fold2 device 2 (promotion ends on 25 th Oct).
1 Fees apply for the one-time inner screen crack repair.
2 Maximum 2 units of case (PWP items) per device.

PWP Items RRP Promotion

Leather Cover RM 399 Promo price RM 319
Aramid Standing Cover RM 299 Promo price RM 239

Galaxy Z Premier Service

With the purchase of Galaxy Z Fold2, the Galaxy Z Fold2’s owners are entitled to complimentary customer service benefits, such as 24/7 Premium careline, free onsite pick-up and delivery service, data transfer assistance, diagnostic checks and dedicated priority queue at authorized Samsung Customer Service Centres.

Hear Them Out: Undoubtedly A Powerphone To Maximize Productivity And Creativity

Last month, in August 2020, Samsung introduced its latest smartphone in the Note series yet – the Galaxy Note20.

While there are some out there with the misconception that this is “just another smartphone”, there are many who have recognized the Note20 for what it is – a feature-packed smartphone, ready to be your go-to associate for every aspect of your enhanced lifestyle.

To let fellow Malaysians know about the power of the Galaxy Note20; Dato’ Azril Mohd Radzi (Founder of V’Asia Cosmetic and Healthcare), Nini Marini (creative entrepreneur) and Zahir Kelvin Ong Abdullah (host of Money Matters) share their experiences with the productivity device and how it has enhanced their lifestyles in both their professional and personal hours.

Dato’ Azril Mohd Radzi’s No.1 All-Round Partner for Both Work and Leisure

“The Samsung Galaxy Note20 Ultra has a new premium design and highly-attractive colors. But it doesn’t just look good! It’s an amazing tool for work as well.

The S Pen helps me work much more flexibly, and the Wireless DeX feature helps me get work done quickly too.”

This is what Dato Azril Mohd Radzi, Founder of V’Asia Cosmetic and Healthcare, had to say about the Galaxy Note20.

Firstly, the phone’s timeless design helps him maintain a level of style and class, allowing
him to show up and work with a confidence that no other smartphone has provided before. But beyond its design are the strong features that help him power through his work day.

Features such as the improved S Pen, Wireless DeX, auto synchronization across multiple devices, and Link to Windows are a few of the things help him with furthering his cosmetics and healthcare brand – all from one device that fits into your pocket!

But outside work? Dato’ Azril Mohd Radzi adds that there is so much more the Galaxy Note20 has to offer apart from productivity. “Leading a company isn’t easy. I strive to lead an active and healthy life overall, mainly through regular cycling sessions.

While I’ve always enjoyed them, I’ve never enjoyed cycling this much, as my Galaxy Note20 Ultra helps me take pictures and record videos of my views when I’m out cycling a route, and allows me to upload them with just one action” he added.

Moreover, the Galaxy Note20 pairs perfectly with other Galaxy devices as well, and when combined, will deliver a fuller and more satisfying Galaxy experience. When the Galaxy Buds Live and Galaxy Watch3 join in on Dato’ Azril Mohd Radzi’s cycling sessions, tracking his health and getting total music freedom are taken to the next level.

Check out this video here https://www.youtube.com/watch?v=q2FbMBVdf6A to know how easy life can be with the Galaxy Note20 Ultra – controlling everything from the palm of your hand.

Nini Marini’s Great Source of Artistic Inspiration

“Imagination is extremely important in producing a creative art piece. Often times, coming up with a brand new idea is the most difficult part of the process. The new Galaxy Note20’s S Pen makes that process much easier for me.

Put that together with the large, ultra-high definition screen; and this has become one of my greatest sources of artistic inspiration,” said Nini Marini, an artist, self-taught painter, and creative entrepreneur based in Kuala Lumpur.

What Nini loves most about her Galaxy Note20 Ultra is that it is always by her side, as inspiration and ideas aren’t always there to refer to. With this new device, gone are the days when she had to carry a bulky sketchbook with her at all times, just in case an awesome idea for a new piece of art pops into her head while she’s between destinations.

“I still need a proper canvas to work on for my final artworks, but the Note20 Ultra really helps me during the initial stages. All artists usually do up a quick sketch on a sketchbook before working on the real thing.

For me, my Note20 Ultra does exactly that and more. Another important thing is the gorgeous display, which accurately highlights every single detail no matter how small,” she added.

Follow Nini’s experiments with the Galaxy Note20 Ultra and how it complements her inspiration anytime, anywhere at https://www.youtube.com/watch?v=sdgAsqZ5PLQ.

Zahir Kelvin Ong Abdullah’s Reminder to Appreciate the Finer Things in Life

“In my daily life, efficiency matters. Everything I do must be efficient and precise. Thanks to Samsung, I can get that with the Galaxy Note20, which makes multi-tasking a breeze,” said Zahir Kelvin Ong Abdullah, host of the popular TV program Money Matters.

As host of the program, it is crucial that he is kept up-to-date by the minute of all matters regarding finance and economics, both locally and internationally. The task is monumentally daunting, but he highlights that the Note20 takes significant burden off his shoulders.

With super-fast processing speeds and capabilities for multi-tasking, the Note20 helps him with daily updates, being aware of economic progressions. And as a person who plans his days almost by the minute, the Galaxy Note20 keeps him in check.

However, Kelvin added that the Galaxy Note20 has helped him realize the importance of letting loose and at the end of a long and productive day, and savoring the moment through pictures.

Moments such as preparing a meal, enjoying quality time with your family, or watching the sunset. That’s when you whip out your Galaxy Note20 to take a gorgeous picture with its professional-grade camera!

Because moments like these are in fact, beautiful, and deserve to be documented and savored in all its glory.

Learn more about how Kelvin takes his trusty Galaxy Note20 Ultra with him wherever he goes, empowering both his work and life at https://www.youtube.com/watch?v=YVHWKyefRUk.

Unveiling Samsung Galaxy S20 FE: Fan Favorite Features At An Accessible Price Point

Pro-grade triple Camera, New vibrant colors and curated premium innovations, valued at RRP RM3,399

Samsung Electronics Co, Ltd today revealed the Galaxy S20 Fan Edition (FE), the newest member of the Galaxy S20 series.

Galaxy S20 FE is a premium flagship smartphone that includes innovations Galaxy fans told us they love most, made available at an accessible price point with a recommended retail price of RM3,399.

COVID-19 disrupted the world as we knew it and technology is now playing an even more crucial role in our lives, and that is why Samsung created Galaxy S20 FE to deliver flagship experiences to reach even more consumers.

Samsung took selected features of the Galaxy S20 series; such as the super smooth scrolling display, an AI-powered camera, advanced chipset, hyper-fast connectivity, all day battery, expandable storage, and a streamlined premium design; in order to create the all-new Galaxy S20 FE.

“We are constantly speaking to our fans and taking feedback, and we heard what they loved the most about our Galaxy S20 series, what features they used most often and what they would want to see in a new smartphone,” said Dr. TM Roh, President and Head of Mobile Communications Business for Samsung Electronics.

“The S20 FE is an extension of the Galaxy S20 family and is the start of a new way
to bring meaningful innovation to even more people to let them do the things they love with the best of Galaxy.”

Express Your Best Self

These days, taking pictures or videos and sharing them is the best way to express yourself. That’s why the Galaxy S20 FE brings a pro-grade camera along with the 32MP selfie Camera including tetra-binning technology that lets you instantly capture a post-worthy picture.

With Galaxy S20 FE’s large image sensors including multi-frame processing, you can take richer, more vibrant images — even in low light — so you can simply snap and go. Night mode multi-frame processing with AI frame integration stabilizes motion in-shot while you record, so you can focus on having fun.

And while you may not always be physically close to the action, the Galaxy S20 FE’s powerful 30X Space Zoom 3 lets you get close enough to capture the shot. Editing and sharing photos and video is important to fans, so the Galaxy S20 FE makes it easy to create and curate stunning photos and videos in real-time like a pro.

To reflect your personal style, the Galaxy S20 FE comes in a selection of six vibrant colors to suit every attitude, look and personality with signature design elements pulled from sleek and slim Galaxy S20 family.

Colors include Cloud Red, Cloud Orange, Cloud Lavender, Cloud Mint, Cloud Navy and Cloud
White. It also features a premium textured haze effect that minimizes fingerprints and smudges.

Do What You Love

When your phone is at the center of your life, everything from the design to performance should be a great experience. Samsung equipped the Galaxy S20 FE with an advanced processor and 5G 5 connectivity to enable a seamless experience.

The Galaxy S20 FE is the perfect device for fluid scrolling or watching a video, thanks to its 6.5-inch 6 Infinity-O Super AMOLED screen with a super smooth 120Hz refresh rate.

With 5G connectivity and access to Xbox Game Pass Ultimate 7 , you can enjoy an advanced mobile gaming experience.

The Galaxy S20 FE instantly connects to the Galaxy ecosystem of products, such as Galaxy Buds Live and Galaxy Fit2.

Everything You Want, Worry-Free

Samsung equipped the Galaxy S20 FE with a battery capable of lasting throughout the day. The Galaxy S20 FE’s robust 4,500mAH battery, powerful AP performance and Super Fast charging ensures you can keep doing what you love, without a worry about battery life.

And since life can be unpredictable, the Galaxy S20 FE is water and dust resistant IP68 rated. Technology is always evolving, so Galaxy users get three generations of Android operating system (OS) upgrades that keep the Galaxy S20 FE updated with the latest security protection and features Samsung has to offer.

Galaxy S20 FE 5G Availability & Pre-Order

Offered at a recommended retail price at RM3,399, the Galaxy S20 FE 5G will be available for pre-orders beginning from 24 th September 2020, 10:00AM until 8 th October 2020 (or while stocks last).

Customers who pre-order a Galaxy S20 FE 5G will be eligible for exclusive gifts worth a total of RM586, which include:
 UV Sterilizer with Wireless Charging worth RM 299
 One-Time Screen Crack Protection 10 worth RM 168
 Clear Standing Cover worth RM 119

Pre-order is available at Samsung Experience Stores, Samsung Authorised Partners and Samsung Malaysia E-store. Pre-order your Galaxy S20 FE 5G via the link:
https://www.samsung.com/my/smartphones/galaxy-s20/buy (Pre-order page will go live at 10 AM, 24 th September 2020, MY time).

Rolls-Royce Perkenal Ghost Extended Baharu

New Ghost adalah hasil dialog mendalam dengan pelanggan asas Rolls-Royce yang pelbagai dan global.

Sebilangan besar dari mereka meminta ‘marque’ mencipta kereta bermotor yang
memberikan ruang belakang yang dipertingkatkan tanpa kompromi terhadap pemanduan
dinamik.

Ghost Extended (Dipanjangkan) menjawab permintaan pelanggan ini dengan mencipta produk dengan dua tujuan yang sesuai sama ada keperluan perniagaan dan gaya hidup.

Torsten Müller-Ötvös, Ketua Pegawai Eksekutif, Rolls-Royce Motor Cars berkata, Ghost Extended baharu, menawarkan ruang tempat duduk belakang yang disempurnakan tanpa kompromi terhadap pemanduan dinamik.

Ghost Extended ini adalah produk proses perundingan menyeluruh dengan generasi baru pelanggan Rolls-Royce, dengan minat menarik terhadap model ini yang dilihat di seluruh negara.

Penghantaran pertama pelanggan akan dibuat pada suku pertama 2021.

REKAAN

Ghost Extended menawarkan ruang 170mm lebih luas daripada Ghost, menyediakan ruang kaki belakang lebih luas daripada mana-mana sedan empat tempat duduk.

Kepentingan pelanggan telah memberitahu setiap langkah proses pembangunan. Pembelajaran utama adalah bahawa pelanggan Ghost Extended tidak mahu berkompromi dengan rekaan murni dan minimalis Ghost.

Pereka ‘marque’ berusaha untuk memberikan tambahan panjang dengan hanya
memanjangkan pintu belakang dan badan di sekitar bukaan pintu belakang, menjaga garis-garis kereta.

TEKNOLOGI

Ketenangan Suite Belakang

Ciri suite peningkatan di bahagian belakang kabin mencerminkan fleksibiliti Ghost Extended. Untuk pertama kalinya, ‘Tempat Duduk Serenity’ (Serenity Seat) yang boleh direbahkan dengan lebih spesifik, menawarkan dimensi baru keselesaan tempat duduk belakang yang serupa dengan persekitaran sebuah kabin jet perniagaan.

Kabin belakang juga menyediakan persekitaran yang sempurna untuk beralih dari perniagaan kepada riadah. Untuk meningkatkan ciri ini, sebuah peti sejuk Champagne disediakan di antara tempat duduk belakang dan telah dibangunkan dengan penuh perhatian kepada kehendak klien Rolls-Royce.

Untuk mencapainya, jurutera ‘marque’ berunding dengan Master Sommelier. Mereka mengetahui bahawa penyediaan suhu hidangan Champagne bukan-vintaj yang optimum adalah sekitar enam darjah selsius dan Champagne vintaj sekitar 11 darjah selsius.

Untuk tujuan itu, peti sejuk menggunakan dua mod penyejukan, sejuk hingga 6 darjah dan 11 darjah.

Tekonologi Tanpa Halangan

Ghost adalah Rolls-Royce yang paling maju daripada segi teknologi yang pernah dihasilkan. Bagi pelanggan usahawan Ghost Extended, akses kepada Wi-Fi dan sistem infotainmen canggih sangat penting untuk digunakan ketika perniagaan.

Namun, fungsi teknologi telah digunakan dengan hati-hati untuk mencerminkan permintaan pelanggan bagi tujuan persekitaran dalam lingkungan yang tenang, bebas daripada gangguan yang tidak perlu.

Komitmen untuk memberikan ruang detoksifikasi yang meluas ke udara di dalam kabin. Untuk menyampaikannya, Ghost dilengkapi dengan Sistem Penyucian Persekitaran-Mikro (Micro-Environment Purification System) (MEPS) yang baru.

Teknologi ini meningkatkan sistem penyaringan udara yang ada melalui perisian dan perkakasan. Sensor Pengesanan Kekotoran (Impurity Detection Sensors) yang sangat sensitif mengesan kualiti udara ambien, secara automatik mengaktifkan pengambilan udara segar ke dalam mod Peredaran Semula (Recirculation Mode).

Sekiranya tahap pencemaran udara yang tidak dapat diterima dikesan, udara disalurkan melalui penapis nanofleece yang mampu mengeluarkan hampir semua zarah ultra halus di dalam kabin dalam masa kurang dari dua minit.

Ciri suite teknologi meningkatkan pengalaman memandu dalam persekitaran bandar dan negara.

Ini termasuk lampu depan laser dengan jarak cahaya lebih dari 600m dan peningkatan
keselamatan utama termasuk bantuan penglihatan dengan amaran hidupan liar dan pejalan kaki siang dan malam; bantuan berjaga-jaga; sistem empat kamera dengan pemandangan panorama, semua jarak pandang bulatan dan helikopter; kawalan pelayaran aktif; amaran perlanggaran; amaran lalulintas; amaran pelepasan lorong dan pertukaran lorong. Paparan paras kepala (head-up) berdefinisi tinggi 7×3 yang terkemuka di industri dan parkir sendiri bagi memastikan keselesaan sepenuhnya dalam keadaan memandu.

KEJURUTERAAN

Rangka Ruang Aluminium Penuh dan Enjin baharu V12

Ghost Extended dibina berdasarkan Kemewahan Arkitektur, rangka ruang aluminium (All-
Aluminium Spaceframe) milik Rolls-Royce yang menyokong setiap model Rolls-Royce baharu.

Magic Carpet Ride yang tersohor di pasaran ini disampaikan oleh Sistem Suspensi Planar baru, hasil daripada ujian dan penyempurnaan lebih dari 10 tahun oleh jurutera pakar.

Menampilkan peredam kejutan yang sentiasa berubah-ubah, dikawal secara elektronik, unit
penyangga-sendiri dengan sistem udara bervolum tinggi dan peredam ‘wishbone’ atas pertama di dunia; teknologi ini tidak pernah diguna pakai sebelum ini untuk sebuah kenderaan pengeluaran.

Ghost Extended juga mendapat manfaat daripada pemacu semua-roda dan stereng semua-roda untuk pertama kalinya.

Dikuasakan oleh enjin V12 turbo-caj berkembar 6.75 liter yang dibangunkan secara eksklusif untuk Ghost. Ia menghasilkan kuasa makslimum 571PS dan tork 850Nm.

Keperluan untuk bunyi senyap ketika dalam perjalanan dijawab melalui 100kg bahan peredam akustik yang dimasukkan ke dalam casis, badan kenderaan dan tayar, ia memberikan prestasi yang menyeronokkan tanpa mengganggu ketenangan di dalamnya.

BAHAN DAN KAEDAH

Kesederhanaan Dalam Kompleksiti

Mengejar kesederhanaan reka bentuk memerlukan teknik kraf dan kejuruteraan yang sangat kompleks. Contohnya, bentuk dalaman dan badan yang canggih hanya dapat dicapai melalui teknologi percetakan 3D yang maju.

Ini adalah kali pertama teknologi ini digabungkan dengan keupayaan kejuruteraan dan kemahiran kraf tradisional Rolls-Royce.

Untuk Ghost Extended, komponen logam lebur dilekatkan pada ‘body-in-white’, sementara
bahagian yang dibuat oleh peleburan multi-jet dan laser terpilih dipasang secara berasingan di Home of Rolls-Royce.

Kemahiran Kraf yang lebih tradisional memberikan ekspresi kontemporari melalui pengenalan dua kemasan kayu baru, yang dibangunkan khas untuk Ghost. ‘Obsidian Ayous’ diinspirasi oleh kekayaan palet warna yang terdapat di batuan beku, sementara Dark Amber mempunyai urat zarah aluminium halus yang mengalir melalui kayu.

Kedua-duanya boleh didapati dalam kemasan liang terbuka, yang membolehkan kelancaran bahan bertujuan untuk mengekspresikan diri sepenuhnya.

Untuk maklumat lanjut mengenai penggunaan minyak rasmi dan emisi spesifik CO2 kereta
penumpang baharu boleh dibawa keluar pada Buku panduan mengenai penggunaan
minyak, emisi CO2 dan penggunaan kuasa oleh kenderaan penumpang baharu, yang boleh
didapati di nota jualan dan di http://carfueldata.direct.gov.uk/

Maklumat Penuh spesifikasi teknikal boleh didapati di www.rolls-roycemotorcars.com

Harga di Malaysia
• Ghost Extended: Harga dari *RM 1,650,000
• Ghost: Harga dari *RM 1,450,000

* Kereta Rolls-Royce adalah bespoke. Harga sebenar bergantung penuh kepada spesifikasi pelanggan
*Tidak termasuk Duti Kerajaan
*Tidak termasuk Bespoke Options dan Duti kerajaan

UMW Aerospace Serah Selongsong Kipas Pertama Bagi Enjin Rolls-Royce Trent 7000

elongsong kipas pertama bagi enjin Rolls-Royce's Trent 7000 oleh UMW Aerospace, untuk diserahkan ke pusat pemasangan dan ujian enjin di Seletar Aerospace Park di Singapura

UMW Aerospace Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh Kumpulan UMW, menyerahkan selongsong kipas yang pertama bagi enjin Rolls-Royce Trent 7000.

Selongsong kipas itu akan dihantar ke pusat pemasangan dan ujian enjin Rolls-Royce di Seletar Aerospace Park di Singapura. Enjin Trent 7000 ini dipasangkan dalam pesawat Airbus A330neo.

Selongsong kipas pertama bagi enjin Rolls-Royce’s Trent 7000 oleh UMW Aerospace, untuk diserahkan ke pusat pemasangan dan ujian enjin di Seletar Aerospace Park di Singapura

Pemangku Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan UMW Holdings Berhad, Azmin Che Yusoff berkata, “Kami bangga dengan pencapaian UMW Aerospace dan penyerahan ini menandakan satu lagi kejayaan penting dalam sejarah Kumpulan UMW sebagai konglomerat dengan teras kejuruteraan yang kuat.

Dalam jangka masa yang singkat, UMW Aerospace telah berkembang menjadi pembekal komponen aeroangkasa pilihan dengan rekod yang kukuh dalam rantaian bekalan industri sejagat.

Kami juga merasa bangga diberi peranan dalam rancangan Malaysia untuk mengukuhkan industri aeroangkasa negara, seperti yang dicadangkan oleh Pelan Pembangunan Aeroangkasa Nasional 2016-2030.”

Azmin berkata, “Penglibatan syarikat dalam industri aeroangkasa juga merupakan sebahagian daripada sumbangan kami ke arah mewujudkan tenaga kerja Malaysia yang berkemahiran tinggi – 97% tenaga kerja di UMW Aerospace terdiri daripada rakyat Malaysia.”

UMW Aerospace menandatangani kontrak 25 + 5 tahun sebagai pembekal Tahap 1 dari Rolls-Royce Plc untuk membuat dan memasang selongsong kipas untuk enjin Trent 1000 dan Trent 7000 pada bulan Ogos 2015.

Sehubungan dengan itu, Kumpulan UMW melaburkan RM750 juta untuk mendirikan kilang pembuatan komponen aeroangkasa di Taman Pembuatan Nilai Tinggi UMW di Serendah. UMW Aerospace berjaya menyerahkan selongsong kipas yang pertama untuk enjin Trent 1000 pada bulan November 2017 manakala ini pula adalah untuk enjin Trent 7000.

Keselamatan adalah keutamaan penting bagi industri aeroangkasa. UMW Aerospace mencapai satu lagi kejayaan pada 9 September 2020, apabila mencapai standard keselamatan luar biasa iaitu 1,500 hari tanpa kemalangan industri [atau “Zero LTI (Lost-Time-Injury)”].

Azmin berkata, “Walaupun dalam keadaan perniagaan yang mencabar, kami tetap teguh dalam mencapai matlamat untuk membina kemampuan dan kecekapan kami dalam industri aeroangkasa, dibuktikan dengan dua tonggak kejayaan di atas.

“Walaupun Kumpulan menjangkakan sub-segmen Aeroangkasa akan terkesan berikutan penularan Covid-19, namun ia disokong oleh pesanan selongsong kipas yang telah diterima sepanjang tahun ini,” katanya.

AmBank Launches “Amazing 30” Promotional Offers With Over 30 Retail And F&B Partners

AmBank Group has launched the “Amazing 30” promotion with over 30 retailers, F&B outlets and 13 online partners offering AmBank credit and debit card customers with up to RM30 in cashback, RM30 OFF or 30% OFF.

Aaron Loo, Managing Director, Retail Banking, AmBank says “This campaign was launched as part of our ongoing refresh of AmBank’s client value proposition.

“We wanted to ensure that our customers continue to be rewarded for their loyalty and depth of relationship with AmBank. We will continue to work with our partners to bring in more value for our customers and look forward for their continued support.”

During the campaign period, AmBank Card Holders can either earn RM30 cashback, or get RM30 off or enjoy 30% off at many popular merchant outlets.

Attractive savings are up for grabs for online shoppers as well during the weekend on prominent e-commerce platforms such as ZALORA, Lazada and Shopee. Daily deals are also available for a variety of dining outlets including Madam Kwan’s Restaurant, McDonald’s, Starbucks Coffee and many more.

Customers can also get RM30 cashback on their groceries spending at Jaya Grocer, Village Grocer and many more.

For a full list of offers under AmBank Amazing 30 campaign, head on to ambank.com.my/amazing30 and start saving!

For customers who have yet to hold an AmBank Credit Card, apply for one now at ambank.com.my/AGR and enjoy 20% cashback when you apply and spend with your new card on top of these Amazing 30 deals.

Post Menarik