Utama Blog Halaman 708

Modenas Perkenal Minyak 100 Peratus Sintetik EMOS 7000e

Motosikal dan Enjin Nasional Sdn Bhd atau “MODENAS”, memperkenalkan siri minyak enjin 100% sintetik ke dalam rangkaian pelincir di bawah jenama EMOS.

Minyak enjin 100% sintetik, EMOS 7000E dilengkapi dengan kelikatan kelas SAE 10W-50, dengan campuran bahan tambahan premium dan minyak asas yang terdiri daripada Polyalphaolefins (PAO) dan Ester berkualiti tinggi yang dikhususkan untuk motosikal “street bike”.

EMOS 7000E diformulasikan dengan PAO dan Ester. Harga RM62 sebotol. PAO dan Ester adalah bahan yang membolehkan prestasi enjin yang konsisten dan melindungi komponen enjin dalam pelbagai keadaan tunggangan.

EMOS 7000E sintetik ini melepasi standard antarabangsa API SN dan JASO MA2, dengan penggunaan teknologi canggih dan formulasi inovatif.

EMOS 7000E didatangkan dalam botol 1 Liter dan berharga RM62 sebotol. Pengenalan minyak 100% sintetik adalah sebahagian daripada komitmen syarikat untuk memperluaskan rangkaian perkhidmatan dan produk selepas jualan.

Pelinciran yang betul bukan sahaja mengurangkan penggunaan bahan bakar, tetapi juga
meningkatkan kuasa dan meningkatkan ketahanan enjin. EMOS 7000E yang direka khas
memberikan perlindungan pada suhu tinggi yang lebih baik untuk omboh (piston), kawalan enap cemar kepada injap, silinder yang berkarat dan juga “seal” yang bocor.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MODENAS, Roslan Roskan, minyak enjin EMOS 7000E
100% sintetik dapat memberikan ketahanan terbaik untuk enjin motosikal anda.

“Di MODENAS, kami mahu semua pelanggan kami memanfaatkan motosikal mereka dengan sebaik mungkin. Dengan memperkenalkan pelincir 100% sintetik ini, semua penunggang motosikal di luar sana akan dapat menikmati produk premium berkualiti tinggi dengan harga yang sangat berpatutan.

“EMOS 7000E bukan hanya akan memaksimumkan prestasi motosikal, tetapi juga memberikan kos penyelenggaraan yang lebih rendah dengan memberikan perlindungan dan kebersihan enjin yang sangat baik,” katanya.

“Ia direka untuk memenuhi keperluan semua jenis “street bike” dan moped yang ada di pasaran yang menggunakan kelas minyak enjin yang sama. Setelah memperkenalkan EMOS 7000E, MODENAS juga merancang untuk memperkenalkan minyak enjin separa sintetik menjelang Q3 FY2021. ”

EMOS 7000E boleh didapati di semua pusat servis MODENAS dan juga di cawangan
‘MODENAS Service Plus Centres’ seluruh negara. Maklumat lebih lanjut boleh didapati di
laman web mereka di: www.modenas.my

Redefining The Smartwatch Experience ? Galaxy Watch Vs Galaxy Watch3

Galaxy Watch3 is redefining what a wearable can be, with Samsung’s newest smartwatch merging the refinement of a high-end timepiece with the functionality of a top-tier wearable device.

 Now, Samsung Newsroom is comparing the Galaxy Watch3 with the first iteration of the series, the original Galaxy Watch, to show just how far Samsung’s wearable technology has come.

Not only has the Galaxy Watch3 been optimized to allow users a more active and personal smartwatch experience, but, when compared to the Galaxy Watch, Galaxy Watch3 is thinner and lighter, with a larger display. 

Galaxy Watch3 also features premium design and provides health and wellness features that include blood oxygen[1] and blood pressure monitoring[2] as well as electrocardiogram[3] readings.

[1] This device and related software are not intended for use in the diagnosis of disease or other conditions, or in the cure, mitigation, treatment or prevention of disease.

[2] To ensure accuracy, users should calibrate their device every four weeks with a traditional blood pressure cuff. Availability of blood pressure monitoring may defer by market and carrier.

[3]  The blood pressure and ECG monitoring features are currently available in South Korea, both cleared by South Korea’s Ministry of Food and Drug Safety. Requires Galaxy smartphone, running Android 7.0 or above and Galaxy Watch3 to be paired.

Toyota Corolla Altis Mampu Memandu Sendiri – PANDU UJI

Sekali pandang, rekaan Toyota Corolla baharu ini mirip kepada model ‘abangnya’ Camry khususnya bahagian hadapan dengan bahagian bamper yang paling terserlah.

Bagaimanapun, selepas dilihat lebih terperinci, bahagian hadapannya lebih tirus dan tidak selebar seperti model Camry menjadikan rekaannya lebih sporty sesuai dengan pengguna dan citarasa pemandu yang memandu sedan ini terdiri daripada eksekutif muda yang bergaya.

Sebagai sebuah kereta sedan dalam segmen C, Corolla generasi ke-12 ini diletakkan sebaris dengan pesaing terdekatnya Honda Civic 1.5 liter namun sedikit kelebihan apabila model ini menggunakan enjin yang lebih berkuasa iaitu 1.8 liter dan tentu sekali terpaksa membayar sedikit lebih kepada cukai jalannya.

UMW Toyota Motor Sdn Bhd, selaku pengedar, pengimport dan pemasang kenderaan Toyota di negara ini tentu sekali mempunyai sebab tertentu untuk terus menggunakan jenama Corolla ini meskipun ia lebih dikenali sebagai Corolla Altis.

Rekaan

Jika dibandingkan dengan rekaan terdahulu, Corolla baharu ini tampil lebih bergaya dengan perubahan besar dibahagian hadapan dan belakang. Jika bahagian hadapan seumpama model Camry yang ditiruskan sedikit manakala bahagian belakang pula hampir seakan model Lexus.

Gabungan kedua-dua rekaan ini menjadikan model sedan yang cukup popular satu ketika dahulu ini tampil menarik dengan garis badan yang kelihatan aerodinamik.

Varian yang dipandu uji Prebiu.com ini adalah varian tinggi 1.8G berharga RM134,505 (beza RM10,000 dengan 1.8E) dan jika dilihat dari luar, kelainannya cuma pada lampu utama iaitu 1.8G menggunakan unit Bi-LED automatik dan rim (17 inci pada 1.8G dan 16 inci pada 1.8E).

Manakala kelainan lain ialah butang tukaran pedal pada stereng dipadankan pada varian 1.8G dan pakej keselamatan terkini iaitu Toyota Safety Sense yang membantu kenderaan dipandu dengan lebih selamat serta diyakini di jalan raya.

Sebenarnya, tidak terlalu sukar untuk memandu Corolla ini kerana kebiasaannya kereta Jepun tidak terlalu teknikal berbanding kereta buatan Eropah lain yang mungkin mengambil sedikit masa untuk menyesuaikan diri.

Enjin

Sebagaimana dua varian yang ada pada Corolla baharu ini, kedua-dua varian ini dilengkapi kuasa enjin yang sama, ia mampu menghasilkan kuasa 137 hp pada 6,400 rpm dan 173 Nm tork pada 4,000 rpm kepada roda hadapan.

Transmisi yang digunakan ialah jenis CVT 7-kelajuan, dengan enjin 4-silinder, 16 injap DOHC dan Dual VVT-i.

Bagi anda yang gemar memandu secara santai dan lebih kepada keselesaan, boleh menggunakan mod Eco yang menjimatkan penggunaan bahan api manakala jika mahukan pemanduan sporty tekan sahaja butang Sport yang akan mengubah ciri karektor kereta ini.

Sebaik butang Sport ditekan, panel meter yang berwarna biru akan bertukar ke warna merah bagi menunjukkan identiti berbezanya.

Andai kata tidak cukup dengan ciri Sport, pada bila-bila masa gunakan sahaja butang pedal tukaran gear 7 kelajuan dibelakang stereng yang dilengkapi pada varian 1.8G ini. Hebat bukan!

Sebagaimana slogan baharu Corolla iaitu ‘Unspoken Class’, ternyata memang ada ciri tersembunyi yang perlu anda ketahui mengenai model ini.

Model ini menggunakan platform Toyota New Global Architecture (TNGA) GA-C baru, serta suspensi belakang yang ditukar daripada torsion beam kepada double wishbone. Suspensi hadapan adalah jenis MacPherson dan kedua-dua bahagian dipasang dengan stabiliser.

Sistem suspensi yang diperbaharui ini memberikan tahap pengendalian kereta lebih baik, stabil dan keseimbangan antara keselesaan serta prestasi.

Tahap pusat graviti kereta ini lebih rendah menjadikan kurangnya olengan ketika mengambil selekoh dan kenderaan lebih stabil.

Penulis dapat merasakan sendiri apabila kereta ini dipandu pada selekoh tajam dan tindak balas sterengnya lebih responsif namun masih mengekalkan tahap keselesaan kepada pemandu serta penumpang.

Ciri Keselamatan

Paling menarik Corolla ini berbanding pesaing terdekatnya ialah Toyota Safety Sense yang menjadi pakej keselamatan terkini dan memberikan pengalaman pemanduan yang jauh berbeza serta selamat.

Pakej Toyota Safety Sense termasuk Pre-Collision System (PCS), Lane Departure Alert (LDA), Dynamic Radar Cruise Control (DRCC), Automatic High Beam (AHB) dan Blind Spot Monitor (BSM).

Selain itu, ciri seperti tujuh beg udara, pengesan jarak depan dan belakang, TPMS, VSC, TRC, ABS, EBD, BA dan HAC yang diberi secara standard untuk kedua-dua varian ini.

Ciri LDA misalnya, akan memberi bunyi amaran dan terasa berat pada stereng sekiranya kereta ini tiba-tiba tidak berada dalam lorong garisan. Ciri ini amat bagus sekiranya pemandu mungkin dalam keadaan mengantuk atau tidak fokus kepada pemanduan.

Paling terbaik ialah setiap kali mahu menukar lorong, sila aktifkan penggunaan lampu isyarat dan ciri ini pula masih boleh ditutup menggunakan butang pada sebelah kanan roda stereng.

Pengalaman memandu sebuah kereta buatan Eropah sebelum ini dengan ciri Pilot Assist memberikan keyakinan kepada penulis untuk mencuba ciri ini yang turut dilengkapi pada Corolla terbaharu ini.

Ciri Adaptive Cruise Control amat mudah digunakan dengan hanya menekan dua butang pada bahagian kiri stereng untuk mengaktifkannya dan anda boleh memilih tiga tahap jarak dengan kereta di hadapan.

Ketika dicuba pada laluan lebuh raya dengan kelajuan ditetapkan iaitu 100 km/j, kereta ini akan bergerak sendiri tanpa menekan pedal minyak atau brek.

Ketika sistem ini diaktifkan, radar pada kereta ini akan memberikan maklumat semasa keadaan persekitaran jalan raya dan jika ada kereta yang lebih perlahan di depan, sistem ini akan memperlahankan kenderaan secara sendiri.

Ciri semi autonomous ini atau pandu sendiri ini yang bertindak balas menerusi komputer akan mengaktifkan brek dan menurun atau meningkatkan kelajuan secara sendiri sekali gus memberikan pengalaman baharu kepada pemanduan masa kini.

Selain ciri keselamatan ini, varian 1.8G juga hadir dengan beberapa aksesori lain seperti pengecas tanpa wayar, pengelap cermin automatik, panel paparan informasi MID 7.0 inci, kawalan pendingin hawa dua zon, tempat duduk balutan kulit, brek parkir elektronik, penghadang cahaya cermin belakang, perakam video depan dan belakang serta paparan panoramik 3D.

Kesimpulan

Bagi anda yang memang setia dengan jenama Toyota, memiliki sebuah Corolla baharu ini dianggap berbaloi khususnya varian 1.8G yang mempunyai lebih banyak kelebihan khususnya ciri keselamatan Toyota Safety Sense berbanding varian 1.8E.

Andai kata ruang bonet belakang tidak mencukupi untuk membawa barang yang panjang, penyandar kerusi tempat duduk belakang boleh direbahkan secara rata. Ciri ini amat praktikal malah penumpang belakang juga mendapat corong penyaman udara tersendiri.

Rekaan panel instrumen dengan ciri skrin sentuh yang terletak ditengah-tengah papan pemuka juga mudah dicapai dan kelihatan kemas selari rekaan terkini generasi baharu Toyota, namun rekaannya dilihat terlalu ringkas.

Bagaimanapun, disebalik kesempurnaan tentu ada kekurangan. Apa yang mungkin boleh diperbaiki pada model akan datang mungkin rekaan perehat tangan ditengah konsul yang boleh dilebarkan sedikit lagi bagi keselesaan pemandu.

Spesifikasi Corolla Altis

  • Kod enjin : 2ZR-FE
  • Jenis : 4-silinder, sebaris, 16-injap DOHC dengan Dual VVT-i
  • Kuasa maksimum: 103kW pada 6,400rpm
  • Tork makslmum : 172 Nm pada 4,000rpm
  • Tayar : 225/45 R17
  • Kapasiti bahan api : 50 liter
  • Harga : RM134,505.00 (selepas ditolak cukai jualan)

Proton Catat Jualan Momentum Empat Bulan Berturut-Turut

Jualan sebanyak 11,935 unit pada bulan September bersamaan dengan penambahan sebanyak 12.5% berbanding dengan tempoh sama tahun 2019

Momentum jualan Proton berterusan dari bulan Ogos ke September apabila syarikat automotif nasional itu mencapai keputusan positif bagi kadar jualan tahun ke tahun untuk bulan ke-empat berturut-turut.

Jumlah jualan pada bulan September sebanyak 11,935 unit adalah kedua tertinggi bagi tahun 2020 bersamaan dengan penambahan 4.9% berbanding dengan Ogos dan 12.5% berbanding dengan bulan yang sama pada tahun 2019.

Proton telah menjual sebanyak 73,607 unit kenderaan pada tahun ini, bersamaan dengan pegangan pasaran sebanyak 21.6% dan menduduki tempat kedua dalam industri automotif Malaysia.

Tiga model Proton mempunyai jualan terbanyak untuk segmen masing-masing. Sama seperti Ogos, tiga model Proton mendahului segmen masing-masing pada bulan ini. SUV terlaris di Malaysia, Proton X70, telah mencatat jualan sebanyak 2,849 unit, prestasi jualan yang kedua terbaik dalam tahun 2020.

Proton Persona dan Proton Exora juga kekal sebagai model terlaris dalam kelas masing-masing, status yang Proton yakin akan dapat dikekalkan sehingga akhir tahun.

“Setelah Kadar Keseluruhan Industri (TIV) melebihi 50,000 unit untuk tiga bulan berturut-turut, kita boleh membuat anggapan bahawa pasaran automotif Malaysia telah mencapai kestabilan buat masa ini.

“Proton berasa lega dan yakin kerana pencapaian jualan bulanan ini melebihi jumlah jualan bulanan pada tahun lepas dan ini adalah penunjuk bahawa kita telah kembali ke tahap penjualan yang lestari,” kata Roslan Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif, Proton Edar.

Proton X50 mendapat 20,000 tempahan dalam masa dua minggu.

UMW Holdings Aids The Underpriviliged With Reusable Face Masks And Food Donation

UMW Holdings Bhd (UMW Group) aims to encourage fellow Malaysians to soldier through these tough and challenging times arising from the Covid-19 outbreak through its “Smile On, Malaysia” campaign, which ran through social media as well as print advertisements in the mainstream media.

The campaign was held in conjunction with National Day and Malaysia Day celebrations and was consistent with the former’s theme of “Malaysia Prihatin” or Malaysia Cares, and ran from 28 August to 16 September.

The general public were also invited to be a part of this campaign via social media, by using filters of UMW’s Smile On, Malaysia campaign masks in their Instagram and Facebook profiles.

With the usage of face masks being made mandatory in public places, the Group recognised that the underprivileged may face financial constraints to comply with the ruling.

Therefore, as part of its Smile On, Malaysia campaign, 28,000 reusable face masks are being distributed nationwide to the underprivileged. Toyota Boshoku UMW Sdn Bhd distributes these masks which meet the Health Ministry’s criteria to give maximum protection and were developed based on the latest World Health Organisation (WHO) guidelines to ensure effectiveness.

The reusable face masks were assembled and packed for distribution by UMW employees as part of their support towards the campaign.  The UMW Group also distributed 7,000 reusable face masks to its employees for their wellbeing during this pandemic.

In addition to the face mask distribution initiative, the Group took the opportunity to collect and distribute essential food items to help the underprivileged affected by the Covid-19 pandemic.

The Group ran a food collection drive earlier this month at its Head Office and all of its branches throughout the nation and received an overwhelming number of donations and contributions.

The campaign also served as a channel for UMW employees to contribute to the initiative.  To add on to the contribution from the food collection drive, UMW Holdings allocated RM1,000 to be donated per charity home.  A total of 63 charity homes throughout Malaysia, comprising of old folk’s homes, orphanages and disabled centres, benefitted from this effort.

UMW Holdings Berhad Acting President and Group CEO, Azmin Che Yusoff said, “Despite the difficulties faced during these tough and challenging times, as a responsible corporate citizen, we recognise the need to assist at-risk communities and lend a helping hand to those adversely affected by the Covid-19 outbreak.”

Projek Kediaman Park Place Tawar Gaya Hidup Moden

Projek kediaman terbaharu Desa ParkCity menyaksikan lebih 86% unitnya terjual semasa acara jualan prioritinya.

Perubahan ketara dalam keutamaan gaya hidup mendorong para pemaju memikirkan semula ruang bersama di bangunan kediaman tinggi yang moden, di mana kewujudan “Ruang Keempat” dan penambahan rumah sama ada untuk belajar, bekerja atau bersosial menjadi bahagian penting kehidupan seharian.

Sebagai tambahan menarik terbaru kepada perbandaran Desa ParkCity yang telah memenangi anugerah, ParkCity melancarkan Park Place, sebuah pembangunan kondominium pertama seumpamanya yang terletak di antara Central Park dan Town Square Park yang sedang dibina.

Dengan pandangan jauh ParkCity yang cepat menyesuaikan diri dengan gaya hidup pembeli rumah yang senantiasa berubah, pemikiran ke hadapan ini banyak memberi manfaat kepada pelancaran baru-baru ini sekali gus menetapkan standard baharu kediaman bertingkat tinggi.

Dibina di atas tanah pegangan bebas seluas 4.55 ekar dengan nilai pembangunan kasar (GDV) RM770 juta, Park Place menawarkan 537 unit rumah bermula dari 1,109 kaki persegi sehingga 4,047 kaki persegi.

Setiap unit mempunyai dua hingga empat bilik tidur yang tersusun di tiga bahagian setara bergaya elegan di sebuah menara yang sama, yang menghadap landskap menghijau Desa ParkCity dan pemandangan indah langit Kuala Lumpur.

Park Place terdapat 5 jenis unit yang berbeza sesuai untuk gaya hidup setiap pembeli rumah individu, pasangan muda atau keluarga yang sedang berkembang, seperti Type A, B, C dan D yang berharga dalam lingkungan RM900,000 ke RM2.2 juta serta Type E, dengan 5 unit duplex terhad dimana harganya bermula daripada RM2.9 juta.

Kediaman bertingkat tinggi moden menuntut ruang yang terancang dan tersusun bagi membolehkan penghuni menjalani kehidupan yang mereka ingini. Dengan tumpuan diberikan kepada estetika seni bina berserta kemudahan dan kemasan berkualiti tinggi.

Park Place telah menetapkan dinamik baharu dalam kediaman bertingkat tinggi dengan menggabungkan pelbagai ciri yang memenuhi keperluan dinamika gaya hidup moden.

Dijadualkan siap pada tahun 2024, Park Place akan megah berdiri setinggi 54 tingkat untuk menghadirkan gaya hidup komunal baharu yang holistik berserta ruang sosial dan kerja yang kreatif.

Selain kemudahan umum biasa seperti gimnasium, kawasan barbeku, kolam renang kanak-kanak dan kolam renang bersaiz Olimpik di tingkat 8 podium, Park Place juga menawarkan peluang aktif untuk interaksi sosial menerusi Sky Garden seluas lebih 20,000 kaki persegi di Aras 41 dan 42, direka sebagai penambahan rumah yang menyediakan ruang untuk bekerja, bersantai, belajar dan bersosial.

Park Place direka sebagai lambang kehidupan bertenaga yang merangkumi unsur-unsur seperti kreativiti, kebolehcapaian dan kemampanan,

Pengarah Reka Bentuk PIA Interior Vachirapong Danny Arthayukti percaya bahawa ParkCity adalah pemaju pertama yang menawarkan penambahan ruang-ruang keluasan sebegini bagi setiap unit individu.

Dalam melengkapkan pelan strategik Desa Park City, penghuni Park Place boleh menikmati kesemua kemudahan hidup di perbandaran mampan lengkap dengan keselesaan dan kemudahan.

Terletak paling hampir adalah The Waterfront, iaitu pusat hiburan ikonik dan Plaza Arkadia yang menyediakan ruang pejabat, hiburan dan pilihan F&B.

Central Park yang terletak berhampiran pula adalah tempat ideal untuk ahli keluarga dan rakan-rakan berkumpul dan berkongsi minat melalui aktiviti berkelah, berjalan kaki secara santai, kanak-kanak bermain atau bersenam.

“Trade-Up” To A New Volkswagen With Das WeltAuto

Trade-Up campaign invites Volkswagen owners looking to upgrade their older vehicles to the latest models from the brand

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) announced the launch of the Trade-Up campaign by Das WeltAuto, Volkswagen’s global used car programme.

The campaign offers Volkswagen owners the opportunity to trade-in their current
vehicles with extra support on a brand-new Volkswagen.

The Trade-Up campaign is targeted to existing owners of the Touran, Cross Touran, Sharan, Passat CC and Passat B7 who are in the market for a new Volkswagen. With this campaign, owners will be able to enjoy an additional RM3,000 trade-in support for all models, including the all-new Arteon R-Line, Tiguan Allspace variants (R-Line and Highline), and
the Passat Elegance.

Erik Winter, Managing Director of VPCM said that the campaign was spurred by the overwhelming response on the new R-Line range. “From all the positive feedback we received, we understood the need to provide our loyal customers with the possibility of upgrading while remaining in the Volkswagen family.

With the support of Das WeltAuto, owning a new Volkswagen is even more convenient as all processes are handled and managed at our dealerships.

We are confident that this campaign will entice owners of some of our older models to upgrade to our latest products.”

The Arteon R-Line is Volkswagen’s flagship model and offers the perfect combination of avant-garde design with dynamic handling. Fitted with sporty R-Line trimmings, it is visually breath-taking from every angle, with the performance to match.

Under the hood, a 2.0TSI turbocharged engine and a new and improved 7-speed double wet clutch direct shift gearbox (DSG), producing an output of 190PS and torque of 320Nm for a truly dynamic driving experience.

With the current sales tax break, the Arteon R-Line is priced at RM220,043.28 until the 31 st of December 2020.

An extended wheelbase version of the Tiguan, the Tiguan Allspace offers both performance and versatility with its multiple seat configurations and a massive boot space of 1,775 litres.

The Allspace R-Line variant boasts a 2.0TSI turbocharged direct injection engine which is mated to a 7-speed wet clutch direct shift gearbox (DSG). Its power output is an impressive 220PS and torque of 350Nm, making it the most powerful SUV in its segment.

The Allspace Highline variant, meanwhile, combines a 1.4TSI turbocharged direct injection engine with a 6-speed wet clutch direct shift gearbox (DSG), tuned to provide an output of 150PS and 250Nm of torque.

The Tiguan Allspace R-Line is priced at RM208,553.79 and the Tiguan Allspace Highline is priced at RM164,430.75 with the sales tax exemption until 31 st of December 2020.

The Passat Elegance features a complete redesign of the exterior and interior, improved connectivity and updated lighting signatures. It carries a new 2.0TSI turbocharged engine paired and a new and improved 7-speed wet clutch direct shift gearbox (DSG) that produces an output of 190PS and 320Nm of torque.

The Passat Elegance is priced at RM181,856 with the sales tax exemption until 31 st of December 2020.

Das WeltAuto is available at eight Volkswagen dealerships; Volkswagen Puchong, Volkswagen Gombak, Volkswagen Glenmarie, Volkswagen Tebrau, Volkswagen Alor Setar, Volkswagen Juru, Volkswagen Ipoh and Volkswagen Skudai.

All models are accepted for trade-in and undergo a strict and thorough 133-point check conducted and verified by Volkswagen Technicians.

Customers who purchase a vehicle from Das WeltAuto will also enjoy a 1-year extended warranty and 1-year roadside assistance and peace of mind as the vehicles are fitted with genuine parts, are accident-free and come with complete proof of service at authorized Volkswagen service centres.

For more information, visit http://www.dasweltauto.com.my.

Ikano Centres Introduces New Drive-Thru Concept In Penang

McDonald’s highlights list of well-known F&B brands added to the growing IKEA Batu Kawan retail destination.

Building on the first phase opening in December last year, Ikano Centres, part of IKEA Southeast Asia, is excited to launch a new drive-thru concept next to IKEA Batu Kawan in North Malaysia. Focusing on food and beverage (F&B), the drive-thru will be the natural next phase in the development of its meeting place that embraces the new age of convenience.

Expected to be fully operational by mid-2021, the drive-thru component will complement the current dine-in IKEA restaurant and F&B tenants. The latest addition will see more food options across the 200,744 square feet gross leasable area.

“Malaysians have a great love for food and appreciate convenience,” said Christian Roejkjaer, Managing Director of IKEA Southeast Asia & Mexico.

“For many, drive-thrus have become a quintessential part of their lifestyle and may play a crucial role in our ‘new normal’. Building our first drive-thru concept in Batu Kawan is one way for us to create a safe and positive space for the community to come out and enjoy their favourite food.”

IKEA Southeast Asia’s Shopping Centre and Mixed-Use Director, Christian Olofsson added, “We look forward to welcoming more partners that share the same community-spirit, to further build a retail destination that Malaysians and tourists will want to visit.”

Ikano Centres is also pleased to welcome its first partner to complement the on-the-go concept – McDonald’s Malaysia. Taking up approximately 35,000 square feet space, the quick-service restaurant at Batu Kawan will be Penang’s 16th free-standing McDonald’s Malaysia outlet.

According to Azmir Jaafar, Managing Director and Local Operating Partner of McDonald’s Malaysia, this outlet will reflect the iconic fun, bright and comfortable atmosphere that most Malaysians have come to love.

“At McDonald’s Malaysia, we continue to cater to changing trends among customers who are increasingly seeking convenience, as well as fast and friendly service to complement their on-the-go lifestyles.

“We are excited to expand our drive-thru footprint to Batu Kawan, where customers can now enjoy ‘feel-good-moments’ just by conveniently driving by and ordering their favourite meals from a McDonald’s restaurant window,” said Azmir.

Also, Ikano Centres is in dialogue with petrol station operators to meet the high demand within the growing township of Aspen Vision City in Batu Kawan.

The latest anchored-by-IKEA commercial development is a joint-venture between IKEA Southeast Asia and Malaysia’s Aspen Group to develop Aspen Vision City, transforming Batu Kawan into an iconic hub in the Northern region of Malaysia.

“Batu Kawan’s development has been tremendously progressing towards becoming the third satellite city of Penang. We are elated to welcome another well-known international brand, McDonald’s to Aspen Vision City’s (AVC) neighbourhood.

As a globally famous quick service restaurant chain, their presence in AVC will surely be a crowd-puller, which also caters to a workforce of approximately 16,000 at the Batu Kawan Industrial Park.

Earlier this year, we also saw students joining the newly launched The Ship Campus as well as the University of Wollongong KDU Batu Kawan Campus. Other projects to be completed are Vertu Resort, Vivo Executive Apartment and Viluxe with 3,132 units of residential units which will add traction to AVC,” said Dato’ Murly Manokharan, President & Group CEO of Aspen Group.

Within the region, IKEA Southeast Asia owns and operates five shopping centres anchored by IKEA. Both the blue-box home-furnishing stores and its meeting places are committed to serving the evolving needs of millions of visitors to create a better everyday life for the many people.

Fusionex Sedia Platform Pameran Maya #MYAPEC2020 MATRADE

Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) telah bekerjasama dengan pemimpin teknologi AI dan Big Data yang memenangi pelbagai anugerah, Fusionex untuk mendukung # MyAPEC2020, pameran mayanya yang pertama.

MATRADE, didorong oleh upaya transformasi digital yang dipercepat oleh pelbagai organisasi sebagai tindak balas terhadap kesan yang ditimbulkan oleh krisis Covid-19, telah mewujudkan banyak saluran untuk membantu merangsang aktiviti perniagaan dan mengekalkan daya saing perniagaan di pasaran antarabangsa.

Dalam usaha untuk menjaga keselamatan semua orang, MATRADE berputar ke pameran digital sepenuhnya, yang didukung oleh teknologi Fusionex, yang menyediakan jalan maya bagi perniagaan dan perusahaan untuk berkumpul, berkomunikasi dan bekerjasama.
 
“Sebagai penganjur pameran, MATRADE akan memanfaatkan jangkauannya di seluruh dunia untuk mempromosikan pameran maya ini dan mengatur pertemuan B2B maya yang akan membolehkan syarikat Malaysia berhubung dengan pembeli yang tepat.

“Kami yakin pameran ini akan memberi banyak manfaat kepada para peserta dan membantu menghidupkan semula perniagaan yang mungkin terjejas oleh wabak itu,” kata Ketua Pegawai Eksekutif MATRADE, Dato’ Wan Latiff Wan Musa.

Pameran #MyAPEC2020 diadakan sempena forum Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) 2020, yang dihoskan oleh Malaysia tahun ini. Pameran itu dilancarkan oleh Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Lim Ban Hong.

“Saya bangga untuk mengumumkan bahawa # MyAPEC2020 merupakan pameran maya pertama Malaysia dalam skala ini yang mempunyai sistem perikatan perdagangan yang membolehkan urusan perniagaan, pertemuan yang telah diatur dan webinar.

Pameran ini tidak akan dapat dilaksanakan tanpa sokongan dan kepakaran teknikal yang ditawarkan oleh Fusionex, yang telah memainkan peranan besar dalam mengembangkan platform ini. MATRADE akan menggunakan platform interaktif ini untuk memudahkan penglibatan maya di masa depan antara komuniti perniagaan kami dan pembeli global, ” kata Lim.

Sesuai dengan peraturan dan garis panduan penjarakan sosial, Fusionex membalas dengan menanggapi penggunaan teknologi digital canggih yang inovatif untuk mewujudkan pengalaman mengadakan pameran sebenar di beberapa skrin dan saluran secara serentak.

Platform ini juga dapat mewujudkan pengalaman tanpa sempadan dan lancar bagi orang-orang di seluruh dunia untuk menghadiri acara maya sambil memperoleh pandangan yang boleh diambil tindakan dan mendapatkan pemandangan panorama komprehensif untuk memahami kesannya.

“Wabak ini telah menjejaskan perniagaan di seluruh negara dan di peringkat antarabangsa. Kami memuji MATRADE atas usaha mewujudkan satu platform bagi syarikat dan perusahaan untuk menyertai pameran ini, menawarkan kandungan digital, menjalankan perniagaan dan mengadakan persidangan dalam talian.

“Syarikat-syarikat akan dapat melihat lalu lintas dalam talian dan petunjuk penjualan yang dihasilkan dari lawatan-lawatan ini. Secara keseluruhannya, platform maya ini mewakili masa depan dalam inovasi teknologi digital yang akan membantu menjadikan PKS Malaysia lebih cerdas secara digital, bukan sahaja dapat bertahan dari dunia pasca wabak tetapi berkembang dan melonjak tinggi,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Fusionex, Dato’ Seri Ivan Teh.

Maxis Adalah Rakan Teknologi Pulau Pinang Untuk Capai Cita-Cita Negeri Pintar

Maxis dan Negeri Pulau Pinang akan mempamerkan projek perintis Bandar Pintar IoT
berkemampuan 5G di Pulau Pinang dalam Smart Security, Smart Education, Smart Agriculture dan Smart Pole

Maxis, syarikat penyelesaian terpadu terkemuka di Malaysia, telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk menjadi rakan teknologi yang dipercayai.

MoU yang ditandatangani itu antara kedua-dua pihak, disaksikan oleh Chow Kon Yeow, Ketua Menteri Pulau Pinang. Menandatangani bagi pihak Maxis adalah Ketua Pegawai Eksekutif, Gokhan Ogut, sementara Kerajaan Negeri Pulau Pinang diwakili oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato ’Abdul Razak Jaafar.

Turut hadir sebagai saksi ialah Pengerusi Maxis, Raja Tan Sri Dato ’Seri Arshad Raja Tun Uda. Kolaborasi ini memberi fokus kepada dua bidang selaras dengan rangka pelan Penang2030 untuk memperkukuhkan hubungan dan infrastruktur digital Negeri.

Projek Perintis IoT Bandar Pintar

Tumpuan yang pertama akan menyaksikan Maxis menggerakkan projek perintis Bandar Pintar IoT berkemampuan 5G, yang merangkumi Smart Security dengan Bangunan KOMTAR, Smart Education dengan Perpustakaan Digital Pulau Pinang, Smart Agriculture bersama Bao Sheng Durian Farm di Balik Pulau, dan Smart Pole dengan Majlis Bandaraya Seberang Prai.

Maxis dan Negeri Pulau Pinang akan bekerjasama untuk membangun dan menggunakan penyelesaian IoT terbaik dalam aspek ini. Projek perintis ini bertujuan untuk menunjukkan potensi kemajuan teknologi ke arah cita-cita digital Negeri Pulau Pinanag.

Makmal Inovasi IoT

Bagi tumpuan kedua, Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan mewujudkan Makmal Inovasi IoT, yang disokong secara eksklusif oleh kesalinghubungan IoT Maxis.

Makmal akan menjadi tempat ujian dan kolaborasi untuk syarikat permulaan (Startup), komuniti pemaju dan penyedia untuk penyelesaian IoT mereka.

Bersama dengan rakan-rakan ekosistem tempatan seperti agensi inovasi dan para akademik, Maxis dan Negeri Pulau Pinang akan menerajui inisiatif yang membolehkan perkongsian pengetahuan atau bengkel penciptaan bersama.

Melalui inisiatif ini, syarikat permulaan tempatan dapat dilengkapi dengan pengetahuan dalam memanfaatkan penyelesaian IoT ketika negeri bersiap sedia untuk 5G.

“Kerjasama dengan Maxis ini merupakan langkah penting dalam cita-cita Penang2030 kami. Misi kami adalah untuk menerapkan penggunaan teknologi bagi meningkatkan kualiti hidup dan memberikan peluang yang lebih baik untuk rakyat.

“Dengan mengintegrasikan teknologi pintar ke dalam sektor-sektor utama seperti pendidikan, keselamatan awam dan pertanian, kami dapat mempercepat kemajuan ke
arah cita-cita digital. Kami menantikan pandangan dan faedah yang akan disediakan oleh projek perintis Bandar Pintar dan Makmal Inovasi IoT untuk Negeri ini,” kata Chow.

“Kami memuji usaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang dalam mendorong agenda negeri pintarnya, dan menyedari keperluan memanfaatkan kemajuan teknologi di berbagai sektor utama.

“Di Maxis, kami ingin menjadi rakan kongsi yang kuat kepada kerajaan melalui kepemimpinan rangkaian, perkhidmatan digital dan penyelesaian kesalinghubungan kami. Ini sejajar dengan komitmen kami untuk menghadirkan teknologi terbaik bagi membantu rakyat, perniagaan, dan negara untuk Terus Menerajui dalam dunia yang sentiasa berubah.

“Kami berharap dapat memainkan peranan penting dalam memberikan penyelesaian IoT terbaik di kelas dan berkongsi sumber dan pengetahuan kami untuk menyokong cita-cita digital Pulau Pinang,” kata Gokhan Ogut.

Pada majlis itu, Maxis juga mempamerkan tiga kes penggunaan 5G, yang merupakan sebahagian daripada Projek Demonstrasi 5G yang sedang berlangsung.

Ini termasuk pengalaman realiti maya (VR) untuk pembelajaran Sains bersama eKelas, program komuniti unggul Maxis, serta dua projek perintis IoT Pulau Pinang – Smart Security untuk Bangunan KOMTAR dan Smart Agriculture untuk Ladang Durian di Balik Pulau.

Post Menarik