Sejak tahun lepas, kita disarankan untuk menyesuaikan diri hidup di dalam ‘norma baharu’.

Tahun ini kita masih perlu duduk di rumah dan memainkan peranan untuk memastikan wabak ini tidak terus merebak.

Oleh kerana itu, kita perlu mencari cara-cara terbaik untuk meningkatkan motivasi diri supaya terus kekal aktif.

Galaxy A51A71 Haze Crush Silver

Usah khuatir sekiranya anda tidak dapat mengunjungi gim kegemaran anda pada masa ini. Dari yoga hingga HIIT, pasti ada kelas live streaming untuk pelbagai aktiviti riadah.

Berikut adalah tips untuk membakar semangat anda agar anda mencapai manfaat tertinggi daripada aktiviti senaman:

Jurulatih peribadi virtual anda

Gunakan telefon pintar seperti pelatih fitness peribadi anda yang dipercayai. Anda boleh menemui banyak apps personal training yang popular, dilengkapi dengan pelbagai program latihan.

Sama ada anda ingin meningkatkan daya tahan anda melalui program penurunan berat badan atau membina otot teras anda melalui video yoga yang menyegarkan– anda boleh melalui pengalaman seperti berada di studio atau gim walaupun anda beriadah di rumah.

Apa yang anda perlukan lakukan hanyalah untuk stream kelas latihan anda pada paparan sinematik seperti yang ada di siri Galaxy A, dan ia akan membuat anda merasa seolah-olah anda berada di sana IRL (dalam kehidupan sebenar)!

Rasa ‘Awesome’ dengan Samsung Health

Di samping itu, gunakan aplikasi Samsung Health pada siri Galaxy A untuk membantu anda kekal aktif dan sihat di dalam rumah. Luangkan masa untuk menetapkan matlamat anda dan aplikasi pintar ini akan mengesyorkan pelbagai program kecergasan yang sesuai dengan keperluan anda; contohnya senaman regangan dan pengencangan otot, serta senaman membina ketahanan daya.

Samsung Galaxy A51 & A71

Dari pengesan diet dan senaman hingga ke panduan meditasi, aplikasi ini menawarkan cara mudah untuk membantu anda menjaga kesihatan diri.

Jangan kecewa jika tidak dapat bersenam secara fizikal dengan rakan anda; cuba sesuatu yang baru dan aturkan perlawanan persahabatan dengan rakan-rakan (atau bermain dengan pengguna lain di seluruh dunia) agar momentum anda kekal.

Nikmati pelbagai aktiviti kecergasan di Samsung Health dan ikuti latihan video yang boleh anda lakukan bersama. Anda juga boleh tetapkan masa di mana anda semua boleh berkumpul dalam talian pada masa yang sama dan saling membantu mematuhi jadual.

Bergerak mengikut rentak

Mendengar muzik semasa anda bersenam boleh meningkatkan kualiti senaman dan stamina anda – dengan tempo yang sesuai, ia boleh membuat anda berasa lebih positif dan ‘ringan’, meningkatkan kecekapan pergerakan, dan memperkuat daya tahan anda semasa dalam latihan.

Oleh itu, cari senarai main yang sesuai dengan irama aktiviti kecergasan anda. Untuk mendorong anda bersenam dengan penuh fokus dan lebih lama, padankan siri Galaxy A anda dengan earbud Bluetooth seperti Galaxy Buds atau Galaxy Buds+ untuk memudahkan anda memilih lagu kegemaran anda ketika bersenam.