Vantage Trial menawarkan contoh, data, dan arahan langkah demi langkah sedia digunakan khusus buat juruanalisis perniagaan, saintis data serta kakitangan operasi IT.

Teradata, sebuah syarikat platform analitk data awan, telah mengumumkan Vantage Trial yang merupakan akses percuma 30 hari ke Teradata Vantage di awan untuk juruanalisis perniagaan, saintis data, dan kakitangan operasi IT.

Melalui alat berasaskan sesawang mesra pengguna serta aplikasi melaksanakan analitik termaju, Vantage Trial memberikan pratonton perkhidmatan berbayar yang bakal dinikmati para pelanggan di awan mereka.

Melalui Teradata Vantage  – sebuah platform peneraju perisian analitik data pelbagai-awan yang menyatukan gudang data, takungan data, dan analitik – barisan syarikat bertaraf perusahaan mampu menyingkirkan silo dan seterusnya melakukan pertanyaan mesra kos buat semua data mereka disetiap masa untuk mendapatkan pandangan menyeluruh perniagaan mereka.

Vantage merupakan gudang data dan platform analitik tunggal yang menyediakan ciri-ciri serta perisian konsisten merentas persekitaran di premis, hibrid dan persekitaran pelbagai awan buat vendor awan awam dikedudukan tiga teratas – Google Cloud, Amazon Web Services dan Microsoft Azure – lantas menawarkan fleksibiliti dan pilihan maksimum buat pelanggan dipacu data mereka.

“Sebagai sebuah syarikat platform analitik data yang mengutamakan awan, penting untuk kami tunjukkan bagaimana Teradata Vantage membantu semua pengguna meraih nilai terbaik dari data mereka – Vantage Trial direka khusus untuk tujuan ini,” kata Hillary Ashton, Ketua Pegawai Produk di Teradata.

Hillary Ashton

“Juruanalisis perniagaan akan melihat bagaimana Vantage memudahkan pengekstrakan maklumat dan pengendalian aliran kerja. Saintis data dan pembangun akan mengalami sendiri penjimatan masa dan kuasa fungsi bina dalam analitik.

“Pengendali IT akan menyaksikan kepantasan Vantage menyambung kepada serta melakukan pertanyaan takungan data penyimpanan objek seperti Amazon S3, Azure Blob, Azure Data Lake Storage (ADLS) Gen2, dan Google Cloud Storage. Semua ini merupakan sebahagian daripada persekitaran Vantage Trial yang mudah digunakan, percuma, berasaskan sesawang dan kini tersedia untuk anda.”

Vantage Trial dilengkapkan contoh-contoh pramuat turun yang sedia digunakan, ia lengkap dengan arahan langkah demi langkah khusus buat tiga profil pengguna utama: juruanalisis perniagaan, saintis data / pembangun dan pengendali IT.

Di samping kelebihan data pramuat turun, para pengguna boleh memuat naik data sendiri untuk melihat bagaimana fungsi-fungsi analitik termaju Vantage membolehkan penilaian lebih pantas dan masa-ke-nilai yang dikurangkan. Tiada had bilangan ataupun had tahap kerumitan pertanyaan yang boleh dihantar.

Vantage Trial tidak memerlukan sebarang muat turun perisian, kebenaran sekuriti, mahupun informasi kad kredit. Persekitarannya percuma, serba lengkap dan menyediakan pengguna akses mudah ke:

● Teradata Vantage: Perisian andalan Teradata dengan integrasi Native Object Store untuk perlaksanaan analitik merentas gudang data dan takungan data simpanan objek awan.

● Contoh-contoh sedia pakai yang telah dipramuat turun: Merangkumi susur khidmat perkhidmatan kewangan pelanggan, analisis sensor dalam, analisis cacat pembuatan, ramalan kelakuan dan pathing/laluan, analisis sejarah dalam dan banyak lagi.

● Analyst: Interfasa tunjuk dan klik intuitif untuk juruanalisis perniagaan dan saintis data khalayak melakukan dan mengendali analitik termaju tanpa pengkodan.

● Editor: Persekitaran berasaskan sesawang untuk pembangun SQL melarikan pertanyaan, mencipta skrip dan memuat naik/menyimpan data.

● Console: Papan pemuka operasi untuk pentadbir IT memantau dan mengendalikan Vantage, termasuklah keupayaan meningkatkan/mengecilkan skala dan jumlah komponen.

 ● JupyterHub: Alat sumber terbuka untuk perlaksanaan Phyton, R, dan kod SQL di Vantage, membolehkan pembangun dan saintis data mencipta, melaksana dan berkongsi dokumen yang mengandungi kod hidup, persamaan, pengvisualan dan teks naratif.

Baru-baru ini Teradata Vantage telah dinobatkan sebagai Pemimpin di Gartner Magic Quadrant untuk Sistem Pengurusan Pangkalan Data Awan 2020 dan merupakan satu-satunya penyedia awan-pelbagai hibrid yang berada di kuadran pemimpin.

Selaras dengan matlamat Teradata menyediakan fleksibiliti dan pilihan merentas pengaturan serta pilihan harga kepada para pelanggan, pihak syarikat turut mengumumkan model harga awan fleksibel baharu Vantage: Blended dan Consumption.

Harga Blended sesuai buat penggunaan yang tinggi dan menawarkan bil terjangka terulung di samping memberikan kos terendah berdasarkan skala seumpamanya.

Harga Consumption merupakan pilihan mampu milik yang dibayar mengikut penggunaan; paling sesuai untuk pertanyaan ad hoc dan beban kerja melibatkan penggunaan biasa atau tidak diketahui yang memberikan ketelusan kos untuk caj balik jabatan.

Kedua-dua model menyediakan pilihan harga awan telus yang fleksibel untuk memudahkan perusahaan berkembang dan menikmati faedah analitik data di awan.

Sila layari Teradata.com/Vantage/Trial untuk memohon percubaan percuma Teradata Vantage, atau hubungi pasukan akaun Teradata anda.