Beli Pakej Servis Castrol melalui Shopee untuk menukar pelincir tulen, tanpa sebarang kerumitan
 
Castrol Malaysia dengan bangganya mengumumkan Pakej Servis Penukaran Pelincir kereta Castrol, yang kini boleh didapati melalui Castrol Malaysia e-Store rasmi di dalam Shopee.

Inisiatif ini menjanjikan pengalaman yang tidak merumitkan untuk pelanggan membeli pakej yang didatangkan dengan jaminan 100 peratus bahawa kereta mereka akan diservis menggunakan pelincir Castrol yang tulen.

Para pelanggan boleh melakukan carian untuk Pakej Servis melalui Castrol e-Store di Shopee dan memilih baucar servis yang diinginkan.

Selepas membeli, para pelanggan boleh terus membuat janji temu di salah satu daripada bengkel-bengkel sah Castrol di seluruh negara. Pada hari anda berkunjung ke bengkel, kereta anda akan menjalani 15 pemeriksaan oleh mekanik yang sangat terlatih sebelum menukar pelincir yang perlu berdasarkan kepada baucar yang telah dibeli.

Semasa pembayaran, anda cuma perlu klik “tebus” ke atas baucar di dalam aplikasi untuk menuntut ia dan tunjukkan laman Kod Cawangan kepada kakitangan bengkel bagi menyempurnakan penebusan.

Pengenalan pakej servis ini adalah susulan kepada kejayaan pelancaran Castrol Malaysia e-Store di Shopee pada November 2019.

Setakat ini, e-Store berkenaan berjaya mendapat sambutan dan diunjurkan akan terus berkembang memandangkan semakin ramai pengguna menggunakan khidmat atas talian tersebut untuk mendapatkan pelincir Castrol yang tulen.

Kini, para pelanggan boleh memastikan kereta mereka sentiasa berada dalam keadaan baik dan bergerak menggunakan pelincir yang terbaik dengan hanya satu klik sahaja.

“Membeli pelincir terbaik untuk kereta anda kini menjadi lebih mudah. Kami mahu memastikan para pengguna mendapat apa yang mereka bayar, dengan mudah, dan inilah sebabnya mengapa pakej servis atas talian tersebut diperkenalkan.

Kini, kami boleh menawarkan perkhidmatan serta produk kami dengan kualiti yang tiada kompromi dan dijamin 100 peratus bahawa pengguna akan mendapat produk Castrol yang tulen dengan mudah, dari rumah mereka sendiri,” kata Pengarah Jualan Malaysia & Singapura, Gan Wee Kiong.

“Kami mempunyai tradisi yang membanggakan di Castrol dalam memberikan produk dan perkhidmatan pemotoran premium, berkualiti tinggi  dengan keunggulan yang tiada tolok bandingannya kepada para pengguna kami.

“Kami kekal menjadi pakar pelincir premium terkemuka di dunia dengan lebih 100 tahun sebagai peneraju industri dari segi teknologi dan pembangunan. Oleh itu, kami sentiasa komited untuk terus memberikan hanya produk yang terbaik kepada para pengguna kami, tanpa kompromi,” katanya.