Linde mengumumkan kejayaannya menyempurnakan dan memulakan operasi sebuah kilang bernilai RM 28 juta di Muar untuk membekalkan nitrogen bergas ketulenan tinggi.

Kilang ini telah direka bentuk dan dibina terutamanya untuk menyokong permintaan yang semakin meningkat daripada STMicroelectronics, sebuah pengilang semikonduktor global terkemuka, yang mempunyai kilang pejabat belakang (ujian dan pembungkusan) di Muar, Malaysia.

Dibina dengan teknologi terkini, ECOGAN5 ialah loji yang sangat cekap guna tenaga, menjimatkan kos dan boleh dipercayai yang membekalkan aliran nitrogen bergas yang berterusan.

Binod Patwari, Presiden ASEAN, Linde, berkata, “Linde sudah bekerjasama dengan STMicroelectronics selama lebih 30 tahun, dan saya berbangga untuk melihat kerjasama kami semakin kukuh dengan loji terbaharu ini.

“Pelaburan ini sesungguhnya membuktikan komitmen kami bukan sahaja terhadap industri
elektronik di Malaysia, tetapi juga pertumbuhan ekonomi keseluruhan negara.”

Sejak 1960-an, Linde telah melabur dalam pembinaan pelbagai kemudahan bertaraf dunia di Malaysia, termasuk Unit Pengasingan Udara di Pengerang dan Shah Alam, loji nitrogen kapasiti tinggi di Pasir Gudang, rangkaian talian paip bagi oksigen dan nitrogen di Pasir Gudang, dan kemudahan pengisian silinder terkini di Banting.

Linde juga menubuhkan Pusat Operasi Jarak Jauh (ROC) di Hicom, yang membolehkan
pemantauan jarak jauh operasi dan kawalan lebih 100 loji Linde di seluruh rantau ASEAN, Asia Selatan dan Pasifik Selatan.

Mengenai Linde

Linde ialah sebuah syarikat gas perindustrian dan kejuruteraan global yang terkemuka dengan jualan 2019 berjumlah $28 bilion (€25 bilion). Kami menzahirkan misi kami untuk menjadikan dunia kami lebih produktif setiap hari dengan menyediakan penyelesaian bermutu tinggi, teknologi dan perkhidmatan yang memastikan pelanggan kami lebih
berjaya dan membantu melestarikan dan melindungi bumi kita.

Syarikat ini berkhidmat kepada pelbagai pasaran akhir termasuk bahan kimia & penapisan, makanan & minuman, elektronik, penjagaan kesihatan, pembuatan dan logam utama. Gas perindustrian Linde digunakan dalam pelbagai aplikasi, daripada oksigen penyelamat nyawa bagi hospital kepada gas ketulenan tinggi dan terkhusus bagi pembuatan elektronik, hidrogen untuk bahan api bersih dan banyak lagi.

Linde juga menawarkan penyelesaian pemprosesan gas terkini untuk menyokong pengembangan perniagaan pelanggan, peningkatan kecekapan dan pengurangan emisi.