Perkhidmatan hiburan video pertama dengan pengalaman baru – pengguna dapat membeli, dan menonton kandungan video premium segalanya dalam platform sehenti

Pada masa yang luar biasa ini, jumlah rakyat Malaysia yang menggunakan perkhidmatan digital, strim video dan perkhidmatan serupa dengannya telah meningkat secara dramatik.

Untuk memenuhi permintaan kandungan digital mereka, Maxis telah melancarkan Maxis TV
serba baru.

Maxis TV baru adalah perkhidmatan hiburan video yang pertama seumpamanya, yang memberikan pengguna kawalan sepenuhnya terhadap hiburan, dan membawa pengalaman baru yang lancar untuk menemui, membeli, dan menonton kandungan video premium di platform sehenti.

Tambahan pula, semua pas Maxis TV juga tersedia untuk dinikmati oleh pelanggan bukan Maxis, dengan percubaan percuma selama satu bulan kepada semua pelanggan baru.

Pakej OTT bundle Maxis TV yang unik di pasaran adalah berpatutan dan fleksibel, dan tidak
dapat dinikmati di platform lain. Ia membolehkan pengguna untuk memilih dari dua atau lebih penyedia OTT.

Sebagai tambahan kepada pas OTT bundle, pengguna dapat memperibadikannya dengan pilihan untuk menambah penyedia OTT lain dengan membeli pas OTT tunggal sehari pada harga RM2 bagi setiap satu penyedia OTT.

Maxis TV juga menawarkan pas tunggal harian, mingguan dan bulanan yang bermula dari RM3, digabungkan dengan data percuma.

“Penggunaan video berdasarkan permintaan (VOD) antara perkhidmatan digital yang semakin popular pada norma baru ini, dengan rakyat Malaysia menghabiskan rata-rata 4.8 jam sehari melayari Internet.

Maxis TV serba baru adalah evolusi platform, di mana pengguna boleh menumpukan diri mereka dalam pengalaman menyeluruh, dari kesalinghubungan ke keperluan kandungan dengan data tanpa had untuk penstriman tanpa bimbang.

Maxis komited untuk memberi pengalaman peribadi yang tidak ditandingi untuk semua pengguna dalam era kesalinghubungan konvergen,” kata Navin Manian, Ketua Pengguna Hotlink, Maxis.

Cara paling mudah untuk menikmati kandungan yang terbaik

Sebagai platform penemuan sehenti, pengguna dapat mengakses Maxis TV dan melihat pilihan mereka dengan mudah melalui aplikasi Maxis, Hotlink dan Hotlink Postpaid.

Pembelian pas juga dipermudahkan dengan caj pada bil Maxis atau kredit Hotlink, sementara untuk pelanggan bukan Maxis, bayaran akan dikenakan ke kad kredit pengguna.

Untuk menyiarkan kandungan terbaik yang digemari rakyat Malaysia, Maxis bekerjasama
dengan penyedia kandungan VOD terbaik, seperti Dimsum Entertainment, iQiyi, MUBI, Viu, dan WeTV iflix.

Pengguna boleh menikmati kandungan video premium dari filem hingga rancangan TV – dari Hollywood, Korea, India, China, Indonesia dan kandungan Melayu tempatan yang
popular.

Untuk membeli pas VOD bagi nikmati kandungan terbaik dengan segara atau maklumat lebih lanjut, sila lawati https://www.maxis.com.my/maxistv