Utama Blog Halaman 699

Pusat Jagaan Orang Tua, Anak Yatim, OKU Dan Orang Asli Terima Sumbangan Roti Gardenia

Anak-anak di Pertubuhan Nur Kasih Klang adalah antara golongan di bawah jagaan organisasi-organisasi kebajikan yang menikmati rezeki perayaan Hari Roti Sedunia tahun ini.

Gardenia Bakeries KL Sdn Bhd (Gardenia KL) baru-baru ini telah tampil membantu 10 organisasi kebajikan dengan komitment membekal roti sebanyak dua kali seminggu sepanjang tempoh enam bulan sempena sambutan Hari Roti Sedunia.

“Kakitangan dan sukarelawan yang menjaga golongan yang memerlukan memikul tugas yang berat dalam memastikan keterusan dana dan barangan keperluan.

Gardenia berhasrat membantu meringankan serba sedikit beban ini dengan menyumbangkan bekalan roti sepanjang tempoh enam bulan. Komuniti adalah cukup penting buat Gardenia dan kami berbesar hati untuk memeriahkan perayaan Hari Roti Sedunia bersama mereka,” kata Pengurus Besar Hal Ehwal Korporat dan Perhubungan Awam Gardenia KL, Hazlinah Harun.

Hari Roti Sedunia disambut pada 16 Oktober setiap tahun bagi memperingati ulang tahun Pertubuhan Makanan dan Pertanian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN) yang diasaskan pada tahun 1945 untuk mengatasi isu kelaparan.

Antara 10 penerima sumbangan Hari Roti Sedunia oleh Gardenia KL termasuk Pertubuhan Nur Kasih Klang, Pertubuhan Kebajikan dan Pendidikan Ar Raudhah Malaysia, Rumah Amal Baitul Barokah Wal Mahabbah, Pusat Jagaan Kasih Abadi, Rumah Kebajikan Misi Harapan, Persatuan Kebajikan Darul Hanan, serta Rumah Anak Yatim dan Miskin Nur Iman.

Meneruskan tradisi meraikan sambutan ini sambil beramal, Gardenia KL, dengan sokongan para netizen, akan menyumbang sebanyak 12,375 buku roti Gardenia Original Classic dan 825 unit kaya Auntie Rosie Gardenia.

Secara keseluruhannya, sebanyak 13,200 unit produk Gardenia, bernilai kira-kira RM37,500 akan dihulurkan kepada 10 organisasi kebajikan yang dikenal pasti bermula Oktober 2020 sehingga April 2021. Gardenia KL juga akan menghulurkan sumbangan kepada masyarakat orang asli di Rumah Haknuk Jenang di Raub.

Di samping itu, dalam usaha membantu golongan yang terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), Gardenia KL, dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat Selangor, telah menyumbangkan 600 pek Krim Rol Gardenia Delicia dan 600 Roti Ban Sambal Bilis kepada penghuni asrama Tropicana yang menjalani PKPB.

Rolls-Royce Welcomes New ‘Class Of 2020’ Apprentices To Goodwood

“Welcoming our new Apprentices to Goodwood is a real annual highlight. These young people have come through a selection process in which they’ve already shown great potential and promise; it’s tremendously exciting to watch them grow and flourish, and become the bright, capable, talented people that our company – and the country – needs in order to succeed in the future.

We’ve worked incredibly hard, both within our business and with our partner institutions, to ensure their Apprenticeship experience will be as rich, diverse, fulfilling and transformational as it’s been for every other cohort since 2006.

“The Class of 2020 join us in highly unusual circumstances. We are immensely proud that we’ve been able to run our programme at a time when so many companies are curtailing similar activities, and when educational establishments across the UK face huge challenges.

We have made many necessary changes to our business practices in response to the pandemic but maintaining the Apprenticeship scheme has always been a priority.” Torsten Müller-Ötvös, Chief Executive Officer, Rolls-Royce Motor Cars

Rolls-Royce Motor Cars has welcomed 18 new Apprentices – the ‘Class of 2020’ – to the Home of Rolls-Royce at Goodwood, West Sussex. Drawn from a wide variety of backgrounds and from across the UK, the new Apprentices are the latest group to join the programme since its launch in 2006.

In total, more than 150 young people have taken part, spending between two and four years learning high-level practical and technical skills alongside Rolls-Royce specialists, and gaining formal qualifications at local colleges.

The ‘Class of 2020’ includes seven candidates for the Sir Ralph Robins Degree Apprenticeship scheme – a record number. Launched in 2019, this is a four-year apprenticeship leading to a degree from the University of Chichester.

In addition to the Apprenticeship Programme, Rolls-Royce Motor Cars is providing industrial placements, lasting from six to 12 months, for over 50 university students. The company also runs a highly successful Graduate Programme, with new positions made available every year.

Sumbangan Anda Amat Besar Nilainya Kepada Mereka Yang Memerlukan

Salah sebuah keluarga asnaf dibawah Pertubuhan Kebajikan Baitul Hasan Kuala Lumpur iaitu keluarga Fauzi Hassan yang juga seorang OKU di Kota Bharu Kelantan terpilih menerima bantuan menerusi program Bersamamu TV3.

Pengasas Baitul Hasan, Ustaz Dino Rizal Suratman berkata, pihaknya pernah membantu keluarga berkenaan dan berharap sesiapa yang ingin membantu boleh menyalurkan bantuan terus ke akaun Bank Simpanan Nasional 03100-41-00019685-6 (Fauzi Hassan).

Beliau berkata, orang ramai juga boleh menyalurkan juga bantuan ke akaun Bank Islam 14171 01 000 7586 (Pertubuhan Kebajikan Baitul Hasan Kuala Lumpur) atau hubungi talian 017-3535 085 (Ustaz Dino) atau 017-3505 681 (Pejabat Baitul Hasan).

“Sumbangan anda amat besar nilainya buat mereka ..terima kasih atas keprihatinan anda ..semoga anda dimurahkan rezeki oleh Allah swt ..”Kebajikan Asnaf Keutamaan Kami,” katanya.

Yayasan Peneraju Lantik Mohd Muzzammil Ismail Sebagai Ketua Pegawai Eksekutif

MOHD MUZZAMMIL ISMAIL CHIEF EXECUTIVE OFFICER YAYASAN PENERAJU

Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera (Yayasan Peneraju) telah melantik Mohd Muzzammil Bin Ismail, 31, sebagai Ketua Pegawai Eksekutif baharunya untuk menerajui usaha agensi tersebut dalam memupuk dan mengembangkan bakat Bumiputera ke potensi tertinggi.

Di bawah bidang kuasa Jabatan Perdana Menteri, Yayasan Peneraju adalah inisiatif kerajaan
yang bertujuan memperkukuhkan bakat dan kemampuan bumiputera di seluruh Malaysia untuk menghadapi cabaran global.

Dengan pelantikan Muzzammil, Yayasan Peneraju akan meneruskan usahanya dalam
meningkatkan bilangan bakat bumiputera yang kompeten dalam ekonomi berpendapatan tinggi melalui pendidikan akademik, pensijilan profesional dan vokasional.

Setakat ini, Yayasan Peneraju telah merealisasikan aspirasi lebih dari 33,000 penerima faedah dari seluruh Malaysia melalui 261 program pembiayaannya, dengan agihan peruntukan sebanyak RM716 juta dalam tempoh lapan tahun.

Mengulas mengenai pelantikan Muzzammil, Datuk Seri Mohd Redzuan Md. Yusof, Menteri
Di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) selaku menteri yang bertanggungjawab ke
atas Yayasan Peneraju mengatakan bahawa beliau yakin Muzzammil akan dapat menjalankan tugas dengan baik bersama tenaga kerja Yayasan Peneraju.

“Pengalaman bekerja dengan pelbagai agensi kerajaan dan institusi pengajian tinggi pada masa lalu akan dimanfaat untuk memimpin Yayasan Peneraju, untuk terus mengemudinya ke tahap yang sama dengan yang ada di negara maju, dari tenaga kerja yang intensif ke status ekonomi bernilai tinggi dengan pendapatan tinggi.

“Fokus yang akan diberikan kepada beberapa bidang dan sektor baharu untuk menambah nilai-nilai yang ditawarkan oleh Yayasan Peneraju selaras dengan agenda Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB2030),” katanya.

Dengan latar belakang pendidikan sebagai perancang bandar, Muzzammil memperoleh Ijazah dengan kepujian dalam Perancangan Bandar & Wilayah dari Universiti Sains
Malaysia pada tahun 2012 di bawah tajaan JPA.

Beliau kemudiannya melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana dalam bidang Perancangan Harta Tanah dan Perancangan di Heriot-Watt University, United Kingdom di bawah tajaan MARA, dan kini sedang menunggu tarikh viva PhD dalam bidang Geografi dengan Durham University, United Kingdom di bawah biasiswa KPM-UUM.

Pada tahun 2019, beliau memperoleh Sijil Pengurusan Pelancongan dari University of
Queensland, Australia, Sijil Strategi Korporat dari University of London-UCL School of
Management dan Diploma Pentadbiran Perniagaan & Pengurusan dari Institute of London
Business & Management.

Pada masa yang sama dari sudut amalan profesional, beliau merupakan ahli MRTPI, MIP, LPBM, MAFM, CIHM, PATA and AIH antara lain.

Muzzammil juga adalah Pengerusi bagi sebuah anak syarikat milik NAFAS iaitu Nafas Agri
Services Sdn Bhd yang diberi tanggungjawab sebagai Pengerusi Jawatankuasa Audit dan
Urustadbir di LETSB, Ahli Lembaga Pengarah di LADA ECO TOURISM Sdn Bhd, dan Pelaburan Mara Berhad.

Beliau juga pernah dilantik sebagai Ahli Majlis Penasihat di Institut Penyelidikan Belia (IYRES) sebuah agensi dibawah Kementerian Belia dan Sukan.

Sebelum ini pernah berkhidmat sebagai Felo Akademik di UUM, pegawai penyelidik di USM, dan UM termasuk juga di beberapa firma juruukur dan perancang bandar seperti Think-City Geografia dan BLT Architect.

Muzzammil turut terlibat dalam penerbitan 5 buah buku akademik, 4 jurnal artikel dan lain-lain artikel di majalah selain pernah menjadi penulis ruangan kolum bersiri surat khabar seperti Sinar Harian, Kosmo, Utusan, The Star dan Berita Harian berkenaan pendidikan, perancangan bandar, pengurusan bencana dan politik.

Daripada segi kemasyarakatan, beliau juga aktif dalam kerja-kerja kebajikan dan aktivisma di mana beliau merupakan Pengerusi bagi sebuah NGO berdaftar iaitu, Pertubuhan Angkatan Baru Malaysia (Angkatan) dan merupakan Presiden bagi sebuah akademi pemikir belia iaitu Akademi Bunga Raya Malaysia.

Banyak kerja-kerja di lapangan seperti membantu keluarga yang kurang bernasib baik telah dijalankan. Beliau juga aktif dalam sukan mencabar di mana telah dilantik sebagai Penasihat Kehormat Persatuan Payung Terjun Malaysia (MYPA) dan Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayung Malaysia. Pada masa yang sama beliau berjaya ditauliahkan sebagai Inspektor Kor Sukarelawan Siswa-Siswi Polis DiRaja Malaysia.

Exclusively Online! Get Your BEST Galaxy Deal During Samsung Week

Samsung Malaysia is throwing amazing online deals and promotions in the upcoming Samsung Week!

From 29th October – 8th November, customers can enjoy exclusive Samsung e-Store discounts for selected products of up to 44% off! Read on to find out what exclusive online promotions are available during Samsung Week!

Galaxy Buds Live Mystic Blue

Designed to tune in to every moment, the Galaxy Buds Live is one of the latest, truly wireless earbuds, with its unique shape and ergonomic design.

This time round, the iconic bean shape and jewellery box-inspired case is getting a new dash of colour – Galaxy Buds Live Mystic Blue! Available exclusively online, Samsung is launching Galaxy Buds Live Mystic Blue at RRP RM 699.

Whether you are looking for a pair of earbuds to match your OOTD, searching for a gifting idea, or you simply love the colour blue, this pair of Galaxy Buds Live Mystic Blue will definitely bring a dash of oceanic joy to your life!

Samsung Week Promotion Highlights

From Smartphones to Display Monitors, Samsung Week has the best promotion deals lined up for you. We have rounded up the highlights here:

  • Save RM700 when you purchase TabS6 (from RRP RM3099 to RRP RM2399)
  • 44% Off for 28″ UHD Monitor UE590 with AMD FreeSync (from RRP RM1792 to RRP RM999)
  • 25% Off for Galaxy Watch Active2 (40mm) Aluminium (from RRP RM999 to RRP RM749)

What’s more, from 1st November – 8th November, customer will get a free gift[1] when they purchase any of the below:

  1. Buy any Mobile & Wearable products from e-Store[2] and get 1 free unit of Galaxy Tab A7 (SM-T500NZAAXME)
  2. Buy any TV/AV products from e-Store1 and get 1 Free unit of 34” Samsung TV (UA32N4003AKXXM).1 While stocks last and on first come first served basis.2 With a minimum purchase of RM6,000 in single transaction. Other terms & conditions apply.Don’t miss out these amazing online deals with discounts up to 44% off! Terms & Conditions apply.For more information about Samsung Week promotion, please visit:

    https://shop.samsung.com/my/november-promotion/?cid=my_ow_display_pr_budslive-im-tvav-display_tease_estore-samsung-week_multi_none_none

Pembukaan Semula Ibu Pejabat Dan Kaunter PPZ-MAIWP Bermula 28 Oktober 2020

Pusat Pungutan Zakat – Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) akan membuka semula ibu pejabat dan 9 cawangan kaunter bermula 28 Oktober 2020 ini bagi memudahkan urusan pembayaran zakat setelah ditutup sementara waktu bagi melaksanakan kerja-kerja sanitasi.

Untuk makluman, waktu operasi kaunter-kaunter PPZ-MAIWP adalah seperti biasa:

Isnin – Khamis       :   8.15 pagi – 4.45 petang

Jumaat                    :   8.15 pagi – 12.30 tengahari
2.30 petang – 4.45 petang

Sabtu (minggu kedua, empat & lima)    :   8.15 pagi – 12.45 tengahari

Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Ahmad Shukri Yusof berkata, bagi memastikan keselamatan pembayar zakat dan kakitangan terjaga, PPZ-MAIWP akan mengambil langkah-langkah pencegahan mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh kerajaan Malaysia, menjalankan proses saringan suhu badan dan menyediakan cecair pembasmi kuman (hand sanitizer) untuk pembayar zakat yang hadir di kaunter.

Urusan bayaran zakat akan dibuat seperti biasa (akad dan doa) tetapi petugas-petugas kaunter tidak berjabat tangan ketika menerima bayaran zakat bagi mengelakkan sebarang kontak rapat.

Pembayar zakat juga boleh memilih transaksi dalam talian iaitu www.zakat.com.my atau perbankan internet bagi urusan bayaran zakat. Jika ada sebarang kemusykilan atau permasalahan berkaitan zakat, para pelanggan boleh hubungi talian zakat di 1300 88 5757 atau email di [email protected].

Marilah kita sama-sama berdoa kepada Allah SWT agar dapat memutuskan rangkaian COVID-19 ini.

Yayasan PETRONAS Contributes RM2.5 Million Worth Of Medical Equipment And PPE To Sabah Hospitals

PETRONAS, through its corporate social responsibility arm Yayasan PETRONAS, is contributing RM2.5 million worth of medical equipment and Personal Protection Equipment (PPE) to hospitals across Sabah to support the efforts of medical front-liners in managing the recent rise in COVID-19 cases.

Yayasan PETRONAS will be providing medical equipment which include powered air purifying respirators, high flow nasal cannula, four parameter vital sign monitors and high-end physiologic monitors for the nursing care, emergency and trauma, intensive care and paediatric intensive care wards.

The contribution will be channelled in stages to public hospitals in Kota Kinabalu, Keningau, Tawau, Sandakan and Lahad Datu.

Commenting on the effort, Yayasan PETRONAS Chairman Tan Sri Ahmad Nizam Salleh said: “With Sabah recording alarming cases daily, it is becoming ever more important for us as a nation to stand together with our fellow Malaysians in the fight against the virus.

“In collaboration with the State Health Department, it is my hope that our modest contribution will help aid the Sabah state in overcoming the third wave of infections soonest.”

PETRONAS President and Group Chief Executive Officer Tengku Muhammad Taufik added: “PETRONAS remains resolute in ensuring that our contributions benefit the well-being of all Malaysians, especially in the time of crisis.

“We will continue to intensify our efforts together with government agencies in extending our support to hospitals and medical front-liners who have selflessly served those in need throughout this difficult period.”

Earlier this month, Yayasan PETRONAS contributed a total of 1,504 bottles of hand sanitisers, 2,500 pieces of surgical face masks and 2,390 medical gowns to the Queen Elizabeth Hospital (QEH) in Kota Kinabalu. The Foundation also contributed two units of ventilators to the hospital in August.

These contributions are in addition to Yayasan PETRONAS’ provision of critical medical equipment and supplies worth RM20 million to aid the country’s hospitals, healthcare frontliners, and high-risk groups in mitigating the spread of the COVID-19 pandemic in March this year.

As at 30 June 2020, the initiatives and efforts undertaken by the PETRONAS Group to support the nation in mitigating the spread of COVID-19 stands at approximately RM40 million which includes contribution from PETRONAS’ employees amounting to RM6.4 million.

Ancaman Polio Perlu Diambil Perhatian Sewajarnya Oleh Rakyat Malaysia – KKM

Hari Polio Sedunia disambut setiap tahun di seluruh dunia pada 24 Oktober. Pada tahun ini, tema antarabangsa yang dipilih adalah Stories of Progress: Past and Present atau Kisah Kemajuan: Dulu dan Kini.

Penyakit polio adalah penyakit berjangkit disebabkan virus polio yang menyerang sistem saraf manusia dan boleh menyebabkan kelumpuhan kekal. Ia juga boleh menyebabkan kegagalan pernafasan dan membawa maut.

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdulllah berkata, sempena Hari Polio Sedunia, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin berkongsi perkembangan terkini usaha pencegahan dan kawalan wabak polio di Malaysia.

Hasil daripada Program Pembasmian Polio Kebangsaan, Malaysia telah diisytiharkan bebas daripada polio pada tahun 2000, dengan kes terakhir dilaporkan pada tahun 1992.

Malangnya, selepas 27 tahun, kes polio dilaporkan semula di Sabah pada penghujung tahun 2019 sebagaimana yang diumumkan oleh KKM sebelum ini. Lanjutan daripada itu, langkah kawalan segera telah dijalankan merangkumi pengesanan kes, pengesanan virus di persekitaran dan kempen imunisasi.

Pengesanan Kes Polio Melalui Survelan Acute Flaccid Paralysis (AFP) 

Acute Flaccid Paralysis (AFP) ialah gejala akut menyerupai polio yang dipantau oleh KKM bagi mengesan kes polio. Dalam aktiviti survelan ini, setiap kes AFP di kalangan kanak-kanak berumur di bawah 15 tahun akan diambil sampel najis untuk mengesan virus polio.

Daripada 1 Januari 2019 hingga 16 Oktober 2020, sebanyak 317 kes AFP telah dilaporkan di seluruh negara. Daripada jumlah tersebut, empat (4) kes telah disahkan polio, kesemuanya dilaporkan di negeri Sabah, masing-masing berumur 3 bulan, 3 tahun, 8 tahun dan 11 tahun ketika mereka disahkan dijangkiti polio.

Kes yang terakhir mula mengalami gejala kelumpuhan pada 18 Januari 2020. Daripada empat (4) kes tersebut, satu (1) kes masih dirawat di hospital kerana memerlukan bantuan pernafasan manakala tiga (3) kes lagi berjalan dengan sokongan kerana masih mengalami lemah anggota kaki.

Pengesanan Virus Polio Melalui Sampel Persekitaran 

KKM juga menjalankan persampelan air kumbahan bagi mengesan kehadiran virus polio dalam persekitaran. Daripada 1 Januari 2019 hingga 30 September 2020, sebanyak 558 sampel air kumbahan telah diambil di seluruh negara.

Daripada jumlah tersebut, virus polio telah dikesan dalam 24 sampel air kumbahan yang diambil di Sabah, serta satu (1) sampel air kumbahan yang diambil di WP Labuan. Sampel persekitaran positif yang terakhir dikesan virus polio adalah pada 13 Mac 2020.

Tindakan Pencegahan Dan Kawalan Wabak Polio 

Selain menjalankan langkah-langkah pengesanan kes dan virus polio seperti yang dimaklumkan di atas, KKM melalui Jabatan Kesihatan Negeri telah menjalankan Kempen Imunisasi Polio bagi menghentikan penularan virus polio dan mencegah kejadian kes polio.

Kempen Imunisasi Polio di Sabah (KIPS) telah dilaksanakan secara beperingkat semenjak 27 Disember 2019. Kempen ini melibatkan pemberian vaksin oral polio (OPV) kepada semua kanak-kanak berumur bawah 13 tahun di seluruh negeri Sabah.

Sebanyak dua dos vaksin bivalent oral polio jenis 1 dan 3 (bOPV) dan dua dos vaksin monovalent oral polio jenis 2 (mOPV2) diberikan secara titisan ke dalam mulut.

Perintah Kawalan Pergerakan yang dimulakan semenjak 18 Mac 2020 telah memperlahankan aktiviti kempen, namun ianya telah dipergiatkan semula semasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan dengan mengambil kira amalan berdasarkan norma baru dan prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan bagi mencegah jangkitan COVID-19.

Dengan peningkatan kes COVID-19 di negeri Sabah sejak kebelakangan ini, sekali lagi, aktiviti kempen secara aktif telah ditangguhkan di kawasan-kawasan yang merekodkan peningkatan kes COVID-19. Dalam usaha untuk memastikan wabak polio dapat dihentikan, risiko penularan jangkitan COVID-19 harus diberi perhatian.

Walaupun terdapat banyak kekangan, liputan kempen adalah baik. Sehingga 19 Oktober 2020, di Sabah, seramai 815,790 (95.6%) orang kanak-kanak di Sabah telah menerima dua (2) dos vaksin bOPV, manakala 687,500 (80.6%) orang kanak-kanak telah menerima dua (2) dos vaksin mOPV2.

Di WP Labuan pula, Kempen Imunisasi Polio Labuan (KIPL) telah dijalankan sejak 11 Jun 2020 melibatkan pemberian dua (2) dos vaksin bivalent oral polio type 1 dan 3 (bOPV) dengan mensasarkan semua kanak-kanak berumur bawah 13 tahun di seluruh WP Labuan.

Sehingga 19 Oktober 2020, seramai 24,248 orang kanak-kanak telah menerima dua (2) dos vaksin bOPV di WP Labuan.

Di samping itu, pemberian vaksin lima serangkai (DTaP-IPV/Hib) (yang mengandungi komponen antigen polio) kepada kanak-kanak pada umur 2, 3, 5 dan 18 bulan di bawah Program Imunisasi Kanak-kanak Kebangsaan dipertingkatkan di Sabah dan WP Labuan.

Ini bagi memastikan setiap kanak-kanak dapat dilindungi dari jangkitan polio secara optimum. Vaksin oral polio yang diberikan melalui Kempen Imunisasi Polio merupakan pemberian vaksin polio tambahan, bagi memastikan penularan virus polio dapat dihentikan.

Bagi kanak-kanak di negeri lain pula, ibubapa perlu memastikan anak-anak mereka mendapat vaksin lima serangkai tersebut mengikut jadual yang ditetapkan.

Walaupun negara sedang memerangi pandemik COVID-19, ancaman polio juga perlu diambil perhatian yang sewajarnya oleh rakyat Malaysia. Pastikan anak-anak kita mendapat suntikan vaksin polio mengikut jadual yang telah ditetapkan.

Sekiranya telah tercicir imunisasi, hubungi klinik berdekatan untuk temujanji dan penjadualan semula mengikut kesuaian umur.

Dalam usaha mengawal wabak polio di negara kita, badan antarabangsa termasuk Pertubuhan Kesihatan Sedunia (World Health Organization, WHO), United Nations Children’s Fund (UNICEF) dan Global Polio Eradication Initiative (GPEI) turut sama membantu Malaysia dan negara-negara lain yang sedang mengalami wabak polio.

Kerjasama ini diteruskan agar matlamat untuk mencapai dunia yang bebas polio menjadi kenyataan.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua warga KKM terutamanya Jabatan Kesihatan Negeri Sabah dan Jabatan Kesihatan WP Labuan yang telah menjadi wira barisan hadapan di dalam merealisasikan objektif kempen imunisasi polio ini.

Dedikasi serta komitmen yang ditunjukkan oleh anda semua bagi memastikan setiap kanak-kanak kita terpelihara daripada jangkitan polio adalah sangat dihargai.

Bersama-sama kita pastikan Malaysia bebas polio.

AirAsia.com Lancar Inisiatif Derma Digital Awam ‘IKHLAS Untuk Sabah’

IKHLAS For Sabah

IKHLAS, cabang perniagaan mesra muslim di bawah naungan airasia.com melancarkan suatu inisiatif derma digital awam ‘IKHLAS untuk Sabah’ hari ini sebagai sebahagian daripada perkhidmatan Sedekah untuk membantu komuniti yang terjejas oleh pandemik di Sabah.

Bermula hari ini hingga 30 November 2020, orang awam yang berminat untuk menderma boleh melayari laman ikhlas.com dan juga melalui airasia.com super app.

Ikhlas Kamarudin, Ketua IKHLAS berkata, tidak dinafikan, Sabah merupakan salah satu negeri yang amat terjejas setelah dilanda pandemik ini walaupun pelbagai organisasi telah menghulurkan bantuan di Sabah, masih banyak lagi komuniti yang belum menerima bantuan.

“Kami ingin memainkan peranan untuk membantu seramai mungkin terutamanya komuniti yang kurang bernasib baik.

“Kami berhasrat untuk membantu sekurang-kurangnya 2,500 buah keluarga daripada pelbagai komuniti melalui kerjasama dengan Pertubuhan Bukan Kerajaan tempatan Sabah bagi mengenal pasti kumpulan yang memerlukan bantuan seperti keluarga yang kurang bernasib baik, ibu tunggal, orang kurang upaya, komuniti tempatan dan juga pasukan barisan hadapan tanpa mengira agama atau kepercayaan mereka.

“Sumbangan yang dikumpul akan digunakan untuk membeli bekalan seperti barang keperluan asas dari peniaga tempatan dan PKS di Sabah supaya kami turut membantu perniagaan mereka dalam masa yang sukar ini,” katanya.

Sejak April 2020, perkhidmatan Sedekah IKHLAS telah menerima dana sebanyak RM1.3 juta melalui inisiatif ‘Derma dengan IKHLAS’ yang merupakan inisiatif derma digital awam pertama mereka yang telah membantu lebih 15,000 keluarga di seluruh negara.

IKHLAS merupakan jenama perniagaan di bawah naungan AirAsia.com yang ditubuhkan khusus untuk komuniti Muslim di seluruh dunia dengan menyediakan akses untuk pelbagai amalan berasaskan keimanan. Ini termasuk kewajipan agama seperti Umrah, Korban dan pilihan gaya hidup berasaskan hukum Syariah.

Untuk maklumat lanjut mengenai tabung bantuan dan inisiatif akan datang, layari ikhlas.com, atau melalui laman sosial di Instagram ikhlasdotcom dan Facebook ikhlasdotcom

Maserati Multi 70 & Giovanni Soldini At The Rolex Middle Sea Race

Giovanni Soldini and Maserati Multi 70 conquered Line Honours of the 41 st edition of the Rolex Middle Sea Race: at 20.41 31” on Monday October 19 th local time (18.41 31” UTC), they crossed the finish line off Valletta, Malta, with an elapsed time of 2 days, 8 hours, 31 minutes and 31 seconds.

The MOD 70 Mana, Maserati Multi 70’s twin, also with an Italian flag, arrived at 20.56 35” local time (18.56 35” UTC), 15 minutes after Soldini’s trimaran.

An audacious race for Giovanni Soldini and his Team: with these kind of distances each move counts and Maserati Multi 70’s crew never lost sight of the goal.

The multihull record, set by Soldini in 2016, remains undefeated: 2 days, 1 hours, 25 minutes and 1 second.

Soldini: «We knew it would have been a tough challenge. We already met Mana’s skipper, Brian Thompson, in many occasions because he sails on different MOD 70s we raced against: he is a great expert of these boats and it’s not easy to keep ahead of him, but this time we did it!» John Elkann, aboard with Soldini, commented: «It was an intense and really beautiful regatta, we raced with our hearts, minds and arms.

We are very happy that we were able to arrive in first place after so many
miles so close to each other».

Maserati Multi 70 and Mana set sail from Valletta, Malta, on Saturday October 17 th at 12.10 local time (10.10 UTC), and engaged in a long match race, never with more than 5 miles between each other.

After passing Capo Passero with 12 knots of north-westerly wind, they sailed north towards the Strait of Messina, while the wind was getting lighter: Maserati Multi 70 sailed close to the Sicilian coast, looking for a favourable wind, while Mana headed East. Around midnight, 12 hours after the start, the two MOD 70s passed the Strait of Messina, very closed to each other again.

Once they passed Stromboli, the point furthest north of the whole course, the real match race started.

Soldini: «There was no wind, we were so close and we overtook each other at least 4 or 5 times, really a ruthless battle!». After a long day of dead calm, Maserati Multi 70 and Mana started to speed up, thanks to a north-westerly wind that led them almost all the way to the finish line.

«After Favignana we were always in the lead, but it wasn’t easy: we arrived only 15 minutes before our competitors!».

This edition of the Rolex Middle Sea Race attracted 50 entrants. In the multihulls category, alongside the two MOD 70s, are three more trimarans, still racing: Antoine Rabaste’s 80’ Ultim’Emotion 2, the 63’ Shockwave, skippered by Jeff Mearing and Scott Klodowski, and the Multi 50 Primonial, lead by Sébastien Rogues.

The corrected time leaderboard won’t be final until the end of the race. The Team that raced with Giovanni Soldini aboard Maserati Multi 70 was made up of Cédric Bader, Vittorio
Bissaro, Lorenzo Bressani, John Elkann, Oliver Herrera Perez, Nico Malingri and Matteo Soldini.

Giovanni Soldini and his Team, shortly after crossing the finish line, took off to sail back to Italy: after two years around the world, Maserati Multi 70 will be in a shipyard in La Spezia. Soldini explains: «It’s been a long time since we have stopped for more than a month in a row and we have a lot of work to do.

Maserati Multi 70 is always evolving, especially regarding the flying foils and rudders. With the Maserati Innovation Lab’s engineers we are developing a totally new cutting-edge asset, with revolutionary rudders, foils, and daggerboard, and we can’t wait to try it out!»

The Maserati Multi 70 trimaran is the “laboratory boat” to which the Modena Innovation Lab engineers have transferred their aerodynamics, technological innovation and performance know-how.

These are the same values that guide the Maserati team of engineers and technicians in the development of all the new models of the new Maserati Era.

Post Menarik