Utama Blog Halaman 700

Waspada Sindiket Penipuan Guna Logo LHDNM

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) ingin menasihatkan orang ramai agar sentiasa berwaspada dengan sindiket penipuan yang aktif menggunakan logo LHDNM bagi mengaut keuntungan dengan memperdayakan mangsa.

Modus operandi terbaru sindiket adalah dengan memaklumkan mangsa mempunyai cukai tertunggak daripada pelaburan melalui surat yang mengandungi logo LHDNM dan menggunakan nama salah sebuah agensi kerajaan lain seperti berikut:-

sila klik di sini untuk lampiran

Sehubungan itu, orang ramai dipohon agar sentiasa berhati-hati dengan setiap panggilan, e-mel mahupun surat yang meragukan dan sila lakukan pengesahan dengan LHDNM serta agensi kerajaan yang berkaitan terlebih dahulu.

Sebarang pertanyaan dan maklum balas mengenai perkara ini boleh dibuat secara dalam talian melalui saluran berikut:

a) HASiL Live Chat;

b) Borang Maklum Balas di portal rasmi LHDNM di pautan pantas
https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/; dan

c) Media Sosial Rasmi LHDNM iaitu:

• Facebook – https://www.facebook.com/LHDNM

• Twitter – https://twitter.com/LHDNMofficial

Proton X50 Dilancarkan Secara Maya Di Media Sosial, Harga Bermula Dari RM79,200

PROTON secara rasmi melancarkan PROTON X50, tawaran SUV keduanya, melalui saluran media sosialnya, hari ini.

Pelancaran ini merupakan acara kemuncak program publisiti selama enam minggu berturut-turut yang dimulakan dengan pengeluaran unit pertama dari kilang di Tanjung Malim dan merangkumi prebiu untuk pihak media serta pelanggan yang diadakan di seluruh negara.

Proton X50 adalah kenderaan SUV kedua dalam segmen B yang diusahakan bersama oleh Proton dan rakannya Geely, dan seperti Proton  X70, ia membolehkan syarikat bersaing dalam segmen baru di pasaran.

Ia juga ditempatkan dalam kategori produk yang gemar dibeli oleh pembeli yang ingin menaik taraf dari kereta pertama mereka.

Begitu juga dengan SUV Proton sebelumnya, usaha sama Proton X50 memerlukan Proton dan Geely untuk bekerjasama di pelbagai peringkat. Ini termasuk kakitangan dari China dan Malaysia bekerja dalam rangkaian pasukan pelbagai fungsi (CFT).

Ia meliputi ujian atas jalan sejauh 1.9 juta kilometer di jalan raya Malaysia untuk memastikan penyesuaian dengan iklim panas dan lembap dan keadaan jalan raya yang unik di sini.

Pada masa yang sama, jurutera produksi syarikat mula membina unit percubaan, pra-produksi dan akhirnya pengeluaran penuh Proton X50 di kilang pengeluaran baru di Tanjung Malim, yang telah siap dibina pada tahun 2019 dengan kos RM1.2 bilion.

Tidak seperti ketika melancarkan Proton X70, di mana syarikat memulakan program pemasaran pra-pelancaran yang komprehensif dan menyediakan satu portal untuk menerima tempahan dalam talian, program pemasaran pra–pelancaran Proton X50 mengambil masa yang lebih singkat.

Ketua Pegawai Eksekutif, Proton Edar, Roslan Abdullah berkata, tempahan mula dibuka secara rasmi pada 16 September 2020, dan sehingga kini, lebih daripada 20,000 tempahan telah diterima dari warga Malaysia yang ingin menjadi pemilik pertama.

“Tahap minat orang ramai untuk Proton X50 amatlah menakjubkan dan ia merupakan sesuatu yang belum pernah berlaku, terutama sekali dalam tahun yang dipengaruhi oleh faktor luaran.

“Kami menerima pertanyaan sejak tahun lalu dan sumbangan daripada liputan pelbagai saluran media, jangkaan di kalangan pembeli kereta Malaysia adalah tinggi.

Oleh itu, tanggungjawab Proton adalah untuk memenuhi kepuasan pelanggan di mana mereka mendapat kereta dalam tempoh yang terdekat, dan juga produk ini memenuhi jangkaan mereka dari segi teknologi, prestasi dan kualiti,” katanya.

Selaras dengan semua pelancaran model Proton, Proton X50 dilengkapi dengan pakej komprehensif untuk meningkatkan pengalaman pemilikan. Ini termasuk jaminan jarak tempuh tanpa had 5-tahun dan pakej data 5-tahun yang menyediakan 1GB data percuma setiap bulan.

Beliau berkata, 30,000 pelanggan pertama yang membuat tempahan sebelum dan pada 31 Disember 2020, juga akan menerima caj buruh percuma untuk lima kali servis, sementara semua pelanggan ditawarkan pelbagai faedah sekiranya mereka mendapat insurans Proton X50 mereka melalui Pakej Perlindungan Insurans Premium Proton.

Kadar pembiayaan pinjaman yang rendah bermula dari 2.22% juga ditawarkan kepada semua pembeli melalui syarikat kewangan dalaman Proton, Proton Commerce Sdn Bhd.

Seramai 120 Keluarga Asnaf Terima Bantuan Zakat Dan Keperluan Asas

Program Bantuan Zakat & Keperluan Asas – PKPB COVID-19 Siri ke-2 (Asnaf fakir miskin) anjuran Pertubuhan Kebajikan Baitul Hasan Kuala Lumpur telah berjaya membantu seramai 120 keluarga asnaf di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.

Pengasas Baitul Hasan, Ustaz Dino Rizal Suratman berkata, bantuan itu disalurkan kepada keluarga yang dikenalpasti dan terkesan akibat wabak pandemik COVID-19 ini apabila punca pendapatan mereka terjejas malah ada yang kehilangan pekerjaan.

“Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pihak yang sudi membantu khususnya para dermawan yang budiman. Semoga Allah SWT membalasnya dengan kebaikan di dunia dan akhirat,” katanya kepada Prebiu.com.

Katanya, orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan boleh terus menyalurkan sumbangan anda ke akaun Bank Islam 14171 01 000 7586 (Pertubuhan Kebajikan Baitul Hasan Kuala Lumpur ) atau hubungi talian 017-3535 085 (Ustaz Dino) atau 017-3505 681 (Pejabat Baitul Hasan).

Bank Muamalat Launches DuitNow QR For EZCab Taxi Rides

Bank Muamalat Malaysia Berhad (Bank Muamalat) announced a strategic partnership with EzCab Sdn Bhd (EzCab) to accept cashless payments via Bank Muamalat DuitNow QR.

The collaboration provides an additional payment solution for EzCab customers from all banks and major e-wallets to pay for their taxi fares by using DuitNow QR through their respective mobile applications.

Bank Muamalat Chief Executive Officer, Khairul Kamarudin said with the launch, Bank Muamalat will enable EzCab taxi drivers in Malaysia to receive payments from customers via DuitNow QR besides cash payments.

“Currently, 1,000 EzCab taxi drivers are equipped with the Bank Muamalat DuitNow QR payment method,” said Khairul.

In December 2019, Bank Muamalat became the first Islamic bank to introduce the use of DuitNow QR Payment Platform. This is in line with the Bank’s strategic objective and direction to undertake comprehensive digital transformation of its banking services.

Meanwhile, EzCab Chief Executive Officer Raymond Yap said that the company has been at the forefront of enabling multiple cashless payment options in e-hailing services.

“Currently, EzCab has up to 10 types of payment acceptance methods, including cash, credit cards and multiple e-wallets. We are excited to enable the DuitNow QR to add another hassle-free cashless transaction method that’s both safe and secure to EzCab’s customer base through our collaboration with Bank Muamalat,” said Yap.

In line with the launch of the DuitNow QR solution, Bank Muamalat is giving out a special promo code worth RM3.00, exclusively for EzCab passengers with the Bank

MuamalatDuitNow QR promo code: EZBMMB. This promo code is valid from 1 November 2020 to 30 April 2021 and shall limit up to 20,000 redemptions throughout the campaign period.

With this launch, Bank Muamalat continues its leading role in providing cutting-edge cashless payment solutions to the public. Previously, Bank Muamalat launched e-Derma, its own QR solution for donations to mosques in mid-2018, which has since expanded to almost 700 mosques nationwide.

In September 2019, Bank Muamalat launched e-wakaf via QR through a cash waqf management collaboration between Bank Muamalat and four states, namely Selangor, Negeri Sembilan, Kelantan and Kedah.

Meanwhile e-Zakat via Bank Muamalat DuitNow QR, in a collaboration with seven state Islamic religious councils in Melaka, Penang, Sabah, Sarawak, Pahang Kelantan and Terengganu was introduced in April 2020. And e-Qurban via Bank Muamalat DuitNow QR was launched in July 2020 to enable electronic transactions for qurban, through a collaboration with 20 selected mosques and non-governmental organisation, Syria Care.

To date, Bank Muamalat has an over 4,400-strong QR merchant base who have migrated to the DuitNow QR platform.

For more information on Bank Muamalat DuitNow QR, please visit our website at www.muamalat.com.my.

Galaxy Watch3 And Galaxy Buds Live – The Powerful Duo For Today’s Workout

Watch3-Promotion

Most people track their workout progress, from using a log book and mirror and scale to their daily diets – all with the purpose to be healthier and better.

Technology has given a new definition to today’s workout when it comes to health tracking, with a splash of trendiness in design. Unlike conventional watches, the smartwatch is also a health tracker, right from your wrist.

Buds-Promotion

The latest Galaxy Watch3 fits well on your wrist as a stylish smartwatch with all the must-have health technology tracking features like built-in oxygen measurement, running analysis, and so much more!

And with whatever form of exercise you are doing; be it cardio, weight training, stretching, or yoga; listening to music while you’re working out can take your performance to the next level, especially in this new normal.

You need that bit of music to keep you concentrated and moving. With that said, you should know that the Galaxy Watch3 is very much compatible with the Galaxy Buds Live.

On top of its long battery life and trendy design, the Galaxy Buds Live is water-resistant, tunable within the software, and features Active Noise Canceling! Isn’t it nice to have a pair of true wireless earbuds that can keep you moving, while keeping the noise out?

From 23 October 2020 to 22 November 2020, Samsung is giving away amazing deals with each purchase of the Galaxy Watch3, Galaxy Buds Live, and Galaxy Buds+.

Contohi Bank Islam Lanjutkan Bantuan Pembayaran Semula Pasca Moratorium – Wanita UMNO

“Saya mengalu-alukan langkah terbaik Bank Islam Malaysia Bhd (BIMB) yang meneruskan bantuan pembayaran bersasar yang ditawarkan kepada mereka yang hilang pekerjaan atau mengalami pengurangan pendapatan bulanan dilanjutkan sehingga 30 Jun 2021,” kata Naib Ketua Wanita UMNO Malaysia, Datuk Norliza Abdul Rahim.

Ini suatu langkah yang sangat murni dan prihatin oleh BIMB yang terus komited untuk membantu pelanggan mendepani tempoh semasa yang mencabar khususnya ekoran peningkatan kes positif COVID-19 di seluruh negara.

“Terima kasih BIMB kerana sentiasa prihatin kepada pelanggannya serta memahami situasi ekonomi semasa negara, malahan langkah BIMB yang turut menyediakan pilihan penjadualan dan penstrukturan semula kepada pelanggan yang tidak terkesan oleh kehilangan pekerjaan atau mengalami pengurangan gaji tetapi masih memerlukan bantuan bagi membolehkan mereka mengatur semula aliran kewangan masing-masing adalah sangat dialu-alukan.

“Saya mencadangkan juga semua institusi kewangan dan pinjaman termasuklah Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) turut mengambil langkah sama bagi meneruskan bantuan pembayaran bersasar sehingga 30 Jun 2021,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO berkata, dalam keadaan ekonomi yang semakin mencabar apatah lagi pandemik COVID-19 yang masih belum reda, rakyat masih terkesan dengan keadaan sedemikian.

Katanya, jumlah pengangguran semakin meningkat, peniaga dan peruncit ramai yang gulung tikar, penjaja dan usahawan masih bertungkus-lumus mempertahankan perniagaan masing-masing malah semakin ramai rakyat yang kehilangan pekerjaan.

Semua tahu bahawa rakyat adalah pelanggan terbesar institusi kewangan dan mereka masih mengalami tekanan aliran tunai yang tinggi malah sudah semestinya mereka ini memerlukan sokongan tambahan bagi membolehkan mereka  menguruskan keadaan kewangan dengan lebih baik.

“Saya percaya institusi kewangan sentiasa memberi jaminan bahawa perkhidmatan perbankan yang berterusan boleh terus dinikmati menerusi pelbagai platform perbankan.

Sehubungan itu, besarlah harapan saya supaya pembentangan Belanjawan 2021 memberi fokus utama dalam soal membantu rakyat jelata serta memastikan kecairan dan sumber kewangan sentiasa tersedia bagi membolehkan Kerajaan terus memberikan sokongan kepada rakyat dan perniagaan serta pelaburan lain dalam mendepani kemelut pandemik COVID-19 dan ekonomi semasa,” katanya yang juga Ketua Wanita UMNO Pulau Pinang.

Semalam, Bank Islam dalam kenyataannya berkata, bantuan pembayaran bersasar, yang ditawarkan kepada mereka yang hilang pekerjaan atau mengalami pengurangan pendapatan bulanan, terus ditawarkan sehingga 30 Jun 2021.

Sebagai alternatif, pihak bank turut menyediakan pilihan Penjadualan dan Penstrukturan semula kepada pelanggan yang tidak terkesan melalui kehilangan pekerjaan atau mengalami pengurangan gaji tetapi masih memerlukan bantuan bagi membolehkan mereka mengatur semula aliran kewangan masing-masing.

Sime Darby Auto Selection Launches Online Used Car Store In Malaysia

Sime Darby Auto Selection, Malaysia’s fastest-growing corporate multi-brand used car dealer under Sime Darby Motors today launched its online used car store aimed at providing customers with a seamless used car buying experience.

Sime Darby Auto Selection’s online store (simedarbyautoselection.com.my) enables customers to search from a wide range of high quality used cars – from used to nearly new
vehicles.

Sime Darby Auto Selection has up to 300 used cars of multiple brands available for viewing, and they are not limited to Sime Darby Motors’ stable of franchise brands. Every used car undergoes a thorough inspection process to ensure it is in the best possible condition and quality.

The website comes with user-friendly features that enable scheduling of car inspections and appraisal appointments, service appointment and test drive bookings, as well as the latest promotions and events.

The website will debut a “Spin Car” feature which offers customers 360° interior and exterior view of vehicles, allowing customers to explore every detail of the vehicle they are interested in, from all angles.

“Along with our vision to be the trusted used car dealer, the team behind Sime Darby Auto
Selection strives to offer premium quality used cars and excellent after-sales services to our customers.

Sime Darby Auto Selection’s online used car store caters to all our customers’ needs. Those looking to buying a used car can browse our wide selection and schedule test drives, while those selling their cars may schedule appraisal appointments.

Existing customers are also able to log in to book service appointments with our team of highly qualified technicians.

By leveraging on the power of the Internet and mobile technology, we are able to provide a seamless online used car trading experience for our customers, and we hope to leverage on this capability to grow our business even further,” said the Managing Director of
Sime Darby Auto Selection, Vi Thim Juan.

The online store which went live today, promises more features for customers convenience
including loan calculators and booking transactions to enable placement of orders at any time, any day, without the hassle of visiting a dealership, in the near future.

For more information, visit simedarbyautoselection.com.my or call any Sime Darby Auto
Selection showroom for more information.

Maxis Umum Perlantikan Baru Pengurusan Utama

Maxis mengumumkan perletakan jawatan Ketua Pegawai Teknologi dan Maklumat (CTIO), Morten Bangsgaard pada akhir tahun ini untuk meneroka peluang baru di tempat lain.

Morten telah menjawat jawatan CTIO selama lebih dari enam tahun dan berperanan untuk memastikan Maxis terus maju ke hadapan dengan dengan teknologi baru. Selama memegang jawatan tersebut, beliau telah membina pasukan IT dan Rangkaian yang kuat sebagai tulang belakang syarikat.

Morten Bangsgaard, Chief Technology & Information Officer, Maxis

Morten berperanan dalam merancang dan memimpin projek transformasi IT yang besar, pembangunan rangkaian fiber perusahaan, keselamatan siber dan visi digitalisasi awan dan rangkaian syarikat, di antara banyak pencapaian lain.

“Saya amat berbesar hati untuk bekerja bersama Morten, yang telah menjadi aset berharga bagi organisasi dalam menempatkan Maxis sebagai pemimpin rangkaian dan teknologi, serta menempatkan pasukan teknologi kami di landasan yang kuat untuk masa depan.

“Pemergiannya jelas merupakan kerugian besar bagi kami, namun kami berasa selesa dengan asas rangkaian dan IT yang kukuh yang telah dibinanya selama ini. Ini telah memperkuatkan kedudukan berterusan kami dalam mencapai cita-cita untuk menjadi penyedia penyelesaian konvergen Malaysia yang terkemuka.

“Kami harapkan yang terbaik buat Morten dalam usaha masa depannya,” kata Gokhan Ogut, Ketua Pegawai Eksekutif Maxis.

Berikutan pemergian Morten tidak lama lagi, Maxis akan memperkemaskan bahagian Teknologi dan Maklumatnya dengan bahagian Digital dan Transformasi, yang kemudian akan disusun semula menjadi tiga bahagian yang tersendiri: Teknologi Maklumat (IT), Strategi Rangkaian dan Teknologi, yang semuanya akan melaporkan kepada Ketua Pegawai Eksekutif.

Gökhan Ogut

Penyatuan ini menyokong strategi pertumbuhan jangka panjang Maxis, transformasi IT, pembinaan rangkaian konvergen generasi berikutnya, rancangan 5G dan tekanan digitalisasi dalam 12 bulan akan datang.

Hasil daripada penstrukturan semula bahagian, Maxis dengan sukacita mengumumkan tiga pelantikan dalaman untuk memimpin bahagian yang tersendiri tersebut, berkuatkuasa pada 1 Disember 2020.

Ketua Pegawai Maklumat (CIO)

Ng May Ching akan dinaikkan pangkat menjadi Ketua Pegawai Maklumat (CIO), untuk terus memimpin dan memacu Penyampaian IT Perniagaan serta bertanggungjawab untuk Infrastruktur IT Perniagaan, Pengurusan Keselamatan Siber, Sains Data, Transformasi Digital dan Transformasi Perniagaan & IT.

Beliau terus memimpin pengembangan kemampuan baru yang memungkinkan Awan dan
mengembangkan inovasi dan bakat di Pusat Kecemerlangan yang diaktifkan oleh IT, digital dan data.

Ini juga termasuk program transformasi IT-nya yang menjadi penyokong utama cita-cita Maxis. Sejak menyertai Maxis pada tahun 2013, beliau telah memberikan sumbangan yang besar terhadap penyampaian IT perniagaan dalam pengembangan produk dan saluran, serta penyampaian di seluruh sistem sokongan sistem maklumat, transformasi sistem sokongan perniagaan, digital, data besar dan analisis lanjutan.

Ketua Pegawai Rangkaian (CNO)

Abdul Karim Fakir Ali akan dinaikkan pangkat menjadi Ketua Pegawai Rangkaian. Karim telah memimpin pasukan Maxis Network dan mempunyai pengalaman lebih dari 20 tahun dalam sistem Rangkaian dan IT untuk komunikasi Mudah Alih dan Tetap.

Beliau menghabiskan beberapa tahun di DTAC, Thailand sebagai Wakil Presiden Kanan Perkhidmatan Rangkaian, menyokong perniagaan sambil mengembangkan jurutera tempatan.

Sebagai CNO, beliau akan bertanggung jawab atas skop perencanaan, pelaksanaan dan operasi rangkaian secara menyeluruh Maxis, baik mudah alih mahupun tetap. Beliau juga akan fokus untuk meningkatkan kemampuan Perusahaan sejajar dengan strategi
digitalisasi dan automasi jaringan Maxis.

Ketua Pegawai Strategi Teknologi (CTSO)

Rob Sewell akan mengambil peranan baru sebagai Ketua Pegawai Strategi Teknologi (CTSO). Dalam peranan barunya, Rob akan memimpin pasukan Strategi Teknologi dalam membentuk rakan kongsi strategik industri, merancang dan mendorong peta teknologi masa depan /baru Maxis, peruntukan dan penggunaan spektrum, peraturan perencanaan rangkaian dan seni bina, serta Pengurusan Vendor.

Rob menyertai Maxis pada bulan Ogos 2018 sebagai Ketua Strategi Korporat dan dilantik sebagai Ketua Pegawai Digital dan Transformasi pada bulan Mei 2019. Beliau membawa lebih dari 25 tahun pengalaman dalam industri telekomunikasi, dengan pengalaman dalam “penyandang jawatan” dan juga “pencabar” operator dalam strategi, penghantaran dan operasi terkemuka di seluruh rangkaian teknologi IT dan rangkaian.

Pelantikan Ketua Pegawai Pemasaran Baru

Maxis juga ingin mengumumkan bahawa Loh Keh Jiat akan menyertai syarikat sebagai Ketua Pegawai Pemasarannya (CMO) mulai 1 Disember 2020 dan akan melapor kepada CEO.

Loh akan memimpin bahagian Perniagaan Pengguna dan akan bekerjasama dengan pasukan pengurusan yang lain untuk mencapai cita-cita Maxis untuk menjadi syarikat penyelesaian terpadu terkemuka di Malaysia.

Loh mempunyai pengalaman lebih dari 20 tahun dalam industri telekomunikasi dengan rekod prestasi yang terbukti dalam membangun perniagaan prabayar dan pascabayar untuk segmen pengguna.

Beliau juga telah memimpin program transformasi utama dalam digitalisasi perjalanan pelanggan dan pemodenan penjualan dan pengedaran dalam beberapa tahun terakhir. Loh bergabung dengan Maxis dari Digi Telecommunications Sdn Bhd (Digi), di mana dia memegang pelbagai jawatan kanan dalam Bahagian Jualan dan Pemasaran selama 12 tahun.

Sebelum Digi, Loh bersama PT Mobile-8 Tbk Indonesia dan PricewaterhouseCoopers Malaysia.

Samsung Galaxy Tab S7+, Mampukah Tablet Ini Menggantikan Ciri Sebuah Laptop? – REVIU PRODUK

Menutup tirai 2020 yang bakal berakhir tiga bulan lagi menyaksikan Samsung Malaysia memperkenalkan tablet paling berkuasa, Samsung Galaxy Tab S7+ yang memiliki fungsi seakan sebuah komputer peribadi atau laptop.

Meskipun laptop masih digunakan ramai, namun penulis secara peribadi berpendapat komputer tradisional itu mungkin akan digantikan dengan tablet yang lebih mudah dikendalikan pada masa depan.

Jika anda memang sudah terbiasa menggunakan telefon pintar Samsung, sudah tentu tidak menjadi masalah menggunakan tab ini kerana ciri yang ada dalam tablet ini hampir sama dengan telefon cuma bezanya hanyalah S-Pen dan saiz skrin yang besar.

Perkara yang mungkin boleh diberi perhatian ialah kepelbagaian fungsinya, praktikaliti, bateri tahan lebih lama, ringan dan sistem kamera yang berfungsi seakan sebuah telefon pintar.

Kesempatan Prebiu.com menguji tablet terbaharu Samsung Galaxy Tab S7+ ialah rekaan luarannya yang dilengkapi skrin 12.4 inci Super AMOLED dengan resolusi WQXGA+ dan sokongan kadar segar semula 120Hz.

Kelebihan paling unik tentu sekali ialah penggunaan stylus S-Pen yang boleh disimpan secara magnetik ke panel belakang tablet ini.

Kehadiran papan kekunci yang boleh melekat secara magnetik pada badan tablet ini memudahkan lagi tugas anda menaip pada skrin dan boleh juga menggunakan S-Pen untuk tujuan menaip sekiranya badan tablet ini dipisahkan.

Sekali imbas, peranti ini dipadankan dengan cip pemproses paling pantas dalam sebuah tablet iaitu Snapdragon 865+, memori 6GB RAM dan storan sebesar 128GB. Kamera utama adalah 13 + 5 megapiksel (MP) dan kamera swafoto pula sebesar 8 MP manakala lensa sekunder pada kamera utama dilengkapi lensa ultra sudut lebar.

Peranti ini dipadankan dengan bateri sebesar 10,090 mAh yang mampu membekalkan kuasa kepada peranti sehingga 14 jam dan boleh dicas pantas menerusi port USB-C.

Apa yang menarik mengenai Tab S7+ ialah pengimbas cap jari terbina dalam skrin. Empat pembesar suara pada sisi peranti pula dilengkapi sistem audio Dolby Atmos dan ditala oleh pakar bunyi AKG. Peranti ini juga menyokong rangkaian 5G, WiFi 6 dan DeX secara nirwayar.

Berbanding ‘adiknya’ Samsung Galaxy Tab S7 pula dilengkapi skrin 11 inci LTPS dengan resolusi WQXGA, sokongan kadar segar semula 120Hz dan stylus S-Pen.

Spesifikasi lain ada sama dengan Tab S7+ cuma pengimbas cap jari pada bahagian sisi dan bateri lebih kecil iaitu hanya 8,000 mAh yang mampu bertahan sehingga 15 jam.

Peranti terbaharu ini sebenarnya bukan sahaja tablet paling besar dalam kategori premium Samsung malah tablet paling nipis iaitu hanya 5.75mm yang ada dipasaran sekarang.

Sekali pandang ciri tablet Samsung ini nampak seakan sebuah tablet terbaharu keluaran syarikat daripada Amerika Syarikat khususnya rekaannya yang rata, badan daripada logam dan skrin yang hebat.

Namun Galaxy Tab 7+ ini nampak lebih menawan dan premium dengan bezel yang mudah dicapai serta selesa dipegang.

Kerangka pelindung skrin yang turut mempunyai fungsi untuk mendirikan tablet ini menjadi satu kelebihan manakala S-Pen boleh disimpan secara magnetik dalam panel belakang yang juga bertindak mengecas S-Pen ini dalam masa sama.

Ciri Kamera

Adakah gambar yang dirakam menggunakan tablet ini secantik telefon pintar? Ketika dicuba, anda perlu bersabar sedikit kerana tablet perlu dipegang dengan berhati-hati disebabkan saiznya yang besar dan berat.

Namun hasilnya boleh dikatakan berpada walaupun ciri fokus autonya sedikit lambat namun memberikan hasil terbaik jika tahap pencahayaan yang mencukupi. Ciri fokus zum pada kamera tablet ini hanya 8 kali ganda dan jika sekadar gambar biasa sudah memadai menggunakan kamera utama hanya 13MP.

Mahukan gambar lebih cantik guna sahaja telefon pintar dan pindahkan gambar yang diambil itu ke dalam tab untuk tujuan suntingan mahukan menghasilkan klip-klip menarik.

Rakaman video pula jelas dan stabil manakala kamera hadapannya atau swafoto sebesar 8 MP boleh dianggap cukup terbaik jika menggunakannya untuk tujuan persidangan video secara dalam talian.

Meskipun tablet ini hanya boleh disambungkan terus dengan WiFi sahaja, ketahanan baterinya bertahan pada tahap yang baik meskipun menggunakan paparan beresolusi tinggi dan masa untuk mengecas menggunakan pengecasan pantas 45W hanya mengambil masa kira-kira 4 jam untuk mencapai kapasiti penuh.

Kesimpulannya

Menerusi siri Tab S7 ini, Samsung menawarkan peranti dengan kemampuan setanding telefon pintar Galaxy Note 20 tetapi dengan skrin lebih besar namun kemampuan kamera yang lebih rendah iaitu 13MP.

Pengendalian S-Pen amat mudah dan cukup menyeronokkan tanpa adanya kesan ‘tertinggal’. Penggunaan S-Pen ini untuk pelbagai tujuan seperti melukis atau melakar amat berguna seperti sebuah telefon pintar Galaxy Note cuma tablet ini saiznya lebih besar.

Anda boleh melakukan apa sahaja kawalan dan tetapan pada S-Pen ini secara kawalan jauh seumpama memegang kayu magik ‘Harry Potter’. Untuk lebih praktikal apabila anda mahu membuat pembentangan sesuatu bahan atau laporan boleh menggunakan ciri Samsung DeX.

Cuma penulis perasan untuk mendapatkan huruf @ mempunyai sedikit masalah kerana ia harus dilakukan dengan betul iaitu dengan menekan butang shift+” bukan seperti papan kekunci lain.

Untuk pasaran Malaysia, Galaxy Tab S7+ ditawarkan pada harga RM4,599 manakala Galaxy Tab S7 ditawarkan pada harga RM3,299.

Pembeliannya juga hadir dengan papan kekunci bernilai RM999, langganan Microsoft Office selama setahun, akses Clip Studio Paint selama 6 bulan, YouTube Premium selama 4 bulan, dan kad mikroSD 128GB (terhad kepada 1000 pelanggan pertama).

Secara keseluruhannya, Samsung Galaxy Tab S7+ ialah sebuah tablet paling premium dan berprestasi tinggi yang berjaya dicipta Samsung dalam tahun ini kecuali ciri kameranya.

Peranti seberat 575 gram ini mampu mengatasi komputer atau laptop bersaiz lebih daripada 12 inci namun dengan tanda harga RM4,599, pastikan anda mempunyai tujuan sebenar untuk memilikinya.

Spesifikasi Samsung Galaxy Tab S7+:

  • Qualcomm Snapdragon 865+ cip set
  • 8GB RAM + 256GB simpanan / sehingga 1TB microSD
  • 12.4-inci paparan Super AMOLED (2800 x 1752)
  • 185 x 285 x 5.7mm / 575gram
  • 13MP + 5MP dual kamera belakang/ 8MP kamera hadapan
  • Ciri S-Pen (kawalan udara air, kepedaman rendah), paparan sensor cap jari dan speaker ditala oleh AKG
  • 10,090 mAh bateri
  • Pilihan 3 warna iaitu Mystic Black, Bronze dan Silver
  • Harga RM4,599

AirAsia X Make Futher Clarifications On MAHB Legal Actions

Referring to the media statement issued by Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) dated 25 October titled “MAHB’s legal actions will not derail AirAsia X’s scheme”, AirAsia X Berhad wishes to make some further clarifications.

The alleged RM78 million outstanding amount is largely made up of the RM23 difference per passenger in Passenger Service Charges (PSC) which was never collected by the airline.

Furthermore, RM9.2 million of the alleged amount owing is for late payment interest unilaterally and egregiously imposed on AirAsia X for the uncollected PSC.

AirAsia X did not collect the RM23 in PSC from passengers based on an announcement by the Ministry of Transport that the PSC will be reduced to RM50.

Furthermore, the increased charges could not be justified for substandard facilities and services which we strongly believe should not be imposed on passengers with higher fares.

We also like to point out that MAHB has yet to pay agreed incentives owed to AirAsia X estimated at RM7.9 million for 2018 and RM6.9 million for 2019.

As all travel-related industries are the worst-hit sectors due to these unprecedented challenges, we strongly believe that airlines, airports and other travel-related businesses should work closely together to weather these extremely difficult times, come back stronger and make Malaysia the biggest travel hub in the region.

Post Menarik