Salah sebuah keluarga asnaf dibawah Pertubuhan Kebajikan Baitul Hasan Kuala Lumpur iaitu keluarga Fauzi Hassan yang juga seorang OKU di Kota Bharu Kelantan terpilih menerima bantuan menerusi program Bersamamu TV3.
Pengasas Baitul Hasan, Ustaz Dino Rizal Suratman berkata, pihaknya pernah membantu keluarga berkenaan dan berharap sesiapa yang ingin membantu boleh menyalurkan bantuan terus ke akaun Bank Simpanan Nasional 03100-41-00019685-6 (Fauzi Hassan).

Beliau berkata, orang ramai juga boleh menyalurkan juga bantuan ke akaun Bank Islam 14171 01 000 7586 (Pertubuhan Kebajikan Baitul Hasan Kuala Lumpur) atau hubungi talian 017-3535 085 (Ustaz Dino) atau 017-3505 681 (Pejabat Baitul Hasan).
“Sumbangan anda amat besar nilainya buat mereka ..terima kasih atas keprihatinan anda ..semoga anda dimurahkan rezeki oleh Allah swt ..”Kebajikan Asnaf Keutamaan Kami,” katanya.






































