Pusat Pungutan Zakat – Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) akan membuka semula ibu pejabat dan 9 cawangan kaunter bermula 28 Oktober 2020 ini bagi memudahkan urusan pembayaran zakat setelah ditutup sementara waktu bagi melaksanakan kerja-kerja sanitasi.

Untuk makluman, waktu operasi kaunter-kaunter PPZ-MAIWP adalah seperti biasa:

Isnin – Khamis       :   8.15 pagi – 4.45 petang

Jumaat                    :   8.15 pagi – 12.30 tengahari
2.30 petang – 4.45 petang

Sabtu (minggu kedua, empat & lima)    :   8.15 pagi – 12.45 tengahari

Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Ahmad Shukri Yusof berkata, bagi memastikan keselamatan pembayar zakat dan kakitangan terjaga, PPZ-MAIWP akan mengambil langkah-langkah pencegahan mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh kerajaan Malaysia, menjalankan proses saringan suhu badan dan menyediakan cecair pembasmi kuman (hand sanitizer) untuk pembayar zakat yang hadir di kaunter.

Urusan bayaran zakat akan dibuat seperti biasa (akad dan doa) tetapi petugas-petugas kaunter tidak berjabat tangan ketika menerima bayaran zakat bagi mengelakkan sebarang kontak rapat.

Pembayar zakat juga boleh memilih transaksi dalam talian iaitu www.zakat.com.my atau perbankan internet bagi urusan bayaran zakat. Jika ada sebarang kemusykilan atau permasalahan berkaitan zakat, para pelanggan boleh hubungi talian zakat di 1300 88 5757 atau email di [email protected].

Marilah kita sama-sama berdoa kepada Allah SWT agar dapat memutuskan rangkaian COVID-19 ini.