Utama Blog Halaman 46

HONOR Magic8 Pro Catat Kejayaan Pra-tempahan, Jualan Rasmi Bermula 5 Disember Tawar Hadiah Eksklusif Percuma Bernilai RM2,190

Sambutan rakyat Malaysia terhadap HONOR Magic8 Pro amat luar biasa. Sejak dilancarkan Khamis lalu, tempoh pra-tempahan menyaksikan permintaan tinggi sehingga stok habis terjual lebih awal, sebelum jualan rasmi bermula esok di seluruh negara.

Rekod penjualan ini mengesahkan keterujaan pengguna terhadap keupayaan kamera peranti tersebut, khususnya Kamera Telefoto Ultra Malam 200MP yang memberikan prestasi fotografi cahaya rendah yang mengagumkan.

Peranti ini turut dilengkapi rangkaian lengkap perkakasan dan perisian terbaik, termasuk cipset berkuasa tinggi dan kos penyelenggaraan yang rendah.

Jualan Pertama Bermula 5 Disember, Dapatkan Pakej Hadiah Percuma bernilai RM2,190

Terlepas pra-tempahan? Jangan risau! HONOR Magic8 Pro boleh didapati di HONOR Experience Store dan rakan niaga di seluruh negara bermula 5 Disember 2025.

Setiap pembelian didatangkan bersama pakej hadiah percuma bernilai RM2,190, merangkumi HONOR CHOICE Earbuds Clip, Perlindungan Retak Depan dan Belakang 365 Hari, Jaminan Lanjutan 1 Tahun, Jaminan Perlindungan Kerosakan Cecair 1 Tahun, dan akses Google AI Pro Higher Access selama tiga bulan bernilai RM294. Malah, pembeli masih boleh menikmati rebat segera RM300, menjadikan peranti ini pelaburan yang amat bernilai.

Sertai bengkel HONOR Magic8 Pro dan alami sendiri kehebatan kamera di HONOR Experience Store, IOI City Mall

Sempena jualan rasmi Magic8 Pro, HONOR turut meraikan pembukaan rasmi kedai HONOR Experience Store baharu di IOI City Mall, Putrajaya pada 5 Disember 2025.

Orang ramai dijemput hadir untuk sama-sama meraikan dan merasai sendiri pengalaman menggunakan HONOR Magic8 Pro. Pelbagai persembahan dan aktiviti interaktif turut disediakan, manakala 500 pelanggan terawal akan menerima beg tote eksklusif, istimewa untuk ahli IOI Club.

Pelanggan boleh menyertai empat bengkel khusus yang direka untuk mengetengahkan kehebatan keupayaan kamera HONOR Magic8 Pro, Kamera Telefoto Ultra Malam 200MP serta ciri-ciri AI termajunya.

Sebuah reruai gambar juga disediakan untuk menangkap gambar pelanggan dengan menggunakan Magic8 Pro. Pelanggan yang melengkapkan semua aktiviti akan menerima foto bercetak dan ais krim percuma.

Cabutan bertuah bernilai RM55,000 menanti, termasuk HONOR Magic8 Pro dan tablet!

Sementara itu, pelanggan yang berbelanja RM1,000 atau lebih dalam satu resit di HONOR Experience Store, IOI City Mall dari 5 hingga 14 Disember layak menyertai cabutan bertuah dengan hadiah keseluruhan bernilai RM55,000! Hadiah utama ialah HONOR Magic8 Pro, diikuti tablet HONOR MagicPad 3 dan HONOR Pad 10 WiFi. Hadiah menarik lain termasuk HONOR Watch 2i, HONOR CHOICE Robot Cleaner R2, bagasi HONOR dan banyak lagi.

Harga dan ketersediaan 

HONOR Magic8 Pro didatangkan dalam tiga warna yang menawan iaitu Sunrise Gold, Sky Cyan dan Black dalam dua konfigurasi: 24GB (termasuk 16GB HONOR Turbo RAM) + storan 512GB pada harga RM4,599, dan 32GB (termasuk 16GB HONOR Turbo RAM) + storan 1TB pada harga RM5,199.

Peranti ini boleh didapati di HONOR Experience Stores seluruh negara, kedai atas talian HONOR, dan kedai flagship rasminya di Shopee, Lazada dan TikTok Shop. Ia juga dijual melalui rakan pengedar sah Harvey Norman, Senheng, SenQ dan Urban Republic.

Majestic Gen Luas Jejak Ambil Alih Tanah Strategik Di Pulau Pinang

Pemerolehan Bernilai RM75 Juta Kukuhkan Portfolio Kumpulan di Wilayah Utara Majestic Gen terus memperkukuh kedudukannya di Wilayah Utara dengan langkah strategik terbaharu melalui pembelian tanah pegangan bebas bernilai RM75 juta di Jalan Anson, pusat utama bandar George Town.

Pemerolehan yang direalisasikan menerusi Dynamic Gates Sdn Bhd (DGSB) iaitu syarikat tujuan khas (SPV) di bawah inisiatif penswastaan Paramount Corporation Bhd, menggariskan komitmen kumpulan untuk mengembangkan jejaknya di salah satu pusat budaya dan pendidikan paling matang di Pulau Pinang.

Simpanan tanah yang diperoleh itu merangkumi tiga lot tanah pegangan bebas yang bersebelahan, meliputi keluasan lantai kasar sekitar 295,508 kaki persegi, dan ketika ini
disewakan kepada UOW Malaysia KDU Penang University College.

Nilai pemerolehan pada harga melebihi penilaian RM70 juta bertarikh 13 November 2025 turut menonjolkan tahap keyakinan Majestic Gen terhadap potensi jangka panjang lokasi strategik berkenaan serta prospek pertumbuhan wilayah sekitarnya.

LANGKAH PROGRESIF PERKASA WILAYAH UTARA

Pemerolehan di Jalan Anson memperlihatkan langkah strategik Majestic Gen dalam memperkukuh kehadirannya di pusat bandar berpotensi tinggi di seluruh Wilayah Utara.

Dengan Pulau Pinang terus menikmati pertumbuhan ekonomi yang mantap, dipacu reputasinya dalam sektor teknologi, budaya, pelancongan dan pendidikan, lokasi ini kekal sebagai kawasan bernilai bagi pengembangan jangka panjang kumpulan.

Terletak di salah satu kawasan paling matang di negeri ini, Jalan Anson menawarkan kelebihan strategik melalui akses mudah, kemudahan lengkap serta berdekatan dengan hab komersial, perubatan dan budaya utama.

Kedudukan ini bukan sahaja mengukuhkan nilai strategiknya, malah menyediakan asas kukuh bagi Majestic Gen merancang pembangunan bertingkat tinggi masa depan yang dapat menyokong perubahan landskap bandar secara berterusan.

Ketika Majestic Gen terus mengorak langkah memperkukuh kedudukannya, kumpulan ini kekal dipacu nilai teras CHARM yang berpaksikan pelanggan, kejujuran, aspirasi tinggi,
kebijaksanaan dalam mengurus sumber serta keunggulan.

Prinsip-prinsip ini menjadi asas kepada setiap keputusan strategik, daripada pemilihan lokasi hingga pemahaman terhadap keperluan komuniti dan perancangan pembangunan yang jelas serta relevan.

“Pemerolehan ini merupakan pencapaian besar dalam usaha kami memperkukuh kehadiran di Wilayah Utara. Pulau Pinang terus menjadi pasaran yang kukuh dan berkembang, dan langkah ini selaras dengan aspirasi kami untuk membangunkan projek yang membawa nilai tulen kepada masyarakat.

“Kami mahu mewujudkan destinasi yang dipercayai dan dihargai untuk masa yang panjang,” kata Datuk Hoo Kim See, Ketua Pegawai Eksekutif Majestic Gen.

Pameran Spatial Creative – Ceramic Zone: Pemangkin Kreativiti Dan Inovasi Seni Seramik

Balai Seni Negara kini sedang menganjurkan Pameran Spatial Creative – Ceramic Zone (SCCZ) bermula 28 November 2025 hingga 30 April 2026 di Aras 1, Balai Seni Negara.

Pameran ini menampilkan sebanyak 39 karya seramik merangkumi seni seramik artistik, pottery, tableware dan arca yang menggambarkan kepelbagaian teknik, kreativiti serta pendekatan artistik para seniman.

Menariknya, karya-karya yang dipamerkan ini merupakan hasil daripada Program Residensi Spatial Creative – Ceramic Zone (SCCZ) yang telah dilaksanakan pada 22 hingga 30 Oktober 2025.

Program residensi jangka pendek ini menghimpunkan 10 seniman seni visual daripada pelbagai latar belakang untuk meneroka potensi seni seramik kontemporari di Malaysia. Antara seniman yang terlibat ialah Amy Nazira, Sabri Idrus, Saiful Razman, S. Amin Shahab, Bone Alfie, Shafiq Nordin, Amer01, Khairul Izzuddin, Kenji Chai dan Tan Kai Sheuan.

Program residensi SCCZ dirangka sebagai platform intensif yang memberi peluang kepada para seniman untuk berkarya secara langsung di studio profesional, di bawah bimbingan artis dan pakar seramik berpengalaman.

Residensi ini diadakan di tiga lokasi utama pembuatan seramik, iaitu BK Art Studio di Kuala Kangsar, Perak, Ilham Ceramic Studio di Langkawi, Kedah, dan Sari Chempaka Art Village di Karak, Pahang, hasil daripada kerjasama strategik antara Balai Seni Negara dan studio-studio seramik tempatan.

Melalui pendekatan praktikal dan dialog kritikal, para seniman telah menghasilkan karya baharu, sambil memperkukuh pemahaman mereka tentang hubungan antara bentuk, fungsi dan ruang dalam rekaan seramik.

Selain meningkatkan kemahiran teknikal, program ini turut memperluas jaringan antara seniman pelbagai generasi serta komuniti seramik tempatan, sekali gus membuka ruang kepada kolaborasi dan pertukaran idea secara berterusan.

Inisiatif ini diharapkan menjadi pemangkin kepada perkembangan ekosistem seni seramik di Malaysia serta mengangkat seni seramik sebagai cabang penting dalam lanskap seni kontemporari negara.

Orang ramai dijemput untuk menyaksikan keunikan karya-karya seramik yang dipamerkan secara eksklusif dalam pameran ini. Selain itu, “Pameran Asal Tanah” turut dibuka kepada orang ramai sebagai pameran sokongan sempena program residensi SCCZ, di Galeri 2B bermula 5 Disember 2025 hingga 30 April 2026.

Pameran ini menampilkan kira-kira 83 karya yang dihasilkan oleh seniman jemputan dan Koleksi Balai Seni Negara. Untuk maklumat lanjut, ikuti media sosial rasmi Balai Seni Negara atau layari laman sesawang www.artgallery.gov.my.

Vietjet Tawar eSIM SkyFi Percuma Untuk Rakyat Malaysia ke Vietnam

Sempena musim perayaan ini, Vietjet meningkatkan kemudahan perjalanan rakyat Malaysia ke Vietnam dengan menawarkan hadiah istimewa: eSIM SkyFi percuma yang dilengkapi 500MB data berkelajuan tinggi untuk semua penumpang yang terbang ke Vietnam.

Bermula sekarang hingga 31 Disember 2025, penumpang yang menempah mana-mana penerbangan Vietjet ke Vietnam melalui “www.vietjetair.com” atau aplikasi Vietjet Air akan menerima eSIM SkyFi percuma, sah selama 31 hari dari tarikh ketibaan.

Hanya pilih eSIM di bahagian “add-on” sewaktu membuat tempahan, dan eSIM tersebut akan dihantar terus ke e-mel penumpang untuk diaktifkan serta-merta dengan imbasan pantas.

Dengan penerbangan terus Vietjet dari Kuala Lumpur, rakyat Malaysia boleh meneroka dengan mudah pelbagai tarikan utama Vietnam – daripada suasana meriah dan bertenaga di Ho Chi Minh City, udara nyaman hujung tahun di Hanoi, sehinggalah pantai-pantai memukau di Da Nang.

Dari bandar-bandar ini, pelancong turut boleh menyambung perjalanan dengan lancar ke destinasi popular lain seperti Nha Trang, Phu Quoc, Da Lat dan Hue.

Dengan sambungan yang mudah dan lancar, eSIM SkyFi percuma ini membolehkan pelancong berkongsi momen percutian, menggunakan aplikasi perjalanan sepanjang perjalanan, serta kekal berhubung dengan insan tersayang – menjadikan keseluruhan pengalaman di Vietnam lebih selesa dan menyeronokkan.

Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada kempen hujung tahun Vietjet, “Thank Yourself with Festive Flights”, yang mengajak rakyat Malaysia menghargai diri dengan percutian bermakna sebagai penutup tahun.

Sepanjang penerbangan, penumpang boleh menikmati pesawat moden Vietjet, layanan mesra, serta pilihan hidangan yang menggamit selera seperti Pho, Banh Mi dan juadah antarabangsa lain.

Galaxy Watch8 Series: Running Coach for Every Distance, From 5K to Half Marathon

Around the world, running fever shows no sign of slowing. The sport’s accessibility is a major part of its appeal, but creating a structured training plan and sticking to a routine remains challenging for many.

The Galaxy Watch8 series’ Running Coach feature offers personalized training for every skill level, helping runners — especially beginners and those who prefer to train solo — find joy in their progress.

After two years of running without a coach, Korean fitness influencer Narae Kim (@healthy_naraekim) felt her progress had plateaued. With Running Coach, she set out to push past that barrier. Samsung Newsroom followed her journey to see how it went.

Getting Started With Running Coach
Running without a goal can only take someone so far. For those unsure where to begin, the Galaxy Watch8 series offers an easy starting point. By simply slipping it on and heading outside, runners can use Running Coach in Samsung Health to set personalized goals.

The first step is the running level test. Before training begins, Running Coach evaluates a runner’s ability, assigns one of 10 levels and recommends a tailored program lasting three to five weeks.

The method is simple — enter previous running experience into the Galaxy Watch8 series, then run as far as possible in 12 minutes. Beginners can start with walking or light jogging, gradually picking up the pace as guided by the watch.

For the most accurate results, complete the test on a flat course and avoid overexertion the day before.

Darulaman Sanctuary Laksana Program Komuniti dan Penanaman Pokok

Darulaman Sanctuary Sdn. Bhd., anak syarikat penuh Bina Darulaman Berhad (BDB), terus memperkukuh peranan masyarakat dalam pemuliharaan hutan melalui Program Komuniti dan Penanaman Pokok yang berlangsung pada Sabtu, 29 November 2025 bertempat di Darulaman Sanctuary, Lubuk Semilang, Langkawi

Program komuniti yang dinamakan Mini Temasya di Darulaman Sanctuary itu menekankan penglibatan aktif masyarakat sebagai teras utama dalam melindungi dan memulihkan ekosistem hutan, sejajar dengan Program Sijil Pemuliharaan Hutan (FCC) yang dianugerahkan oleh Malaysia Forest Fund (MFF).

Sebagai entiti pertama di Malaysia yang menerima pensijilan FCC, Darulaman Sanctuary bertanggungjawab melaksanakan konservasi secara inklusif dan menyeluruh.

FCC menekankan bahawa kelestarian hutan bukan sahaja bergantung pada kaedah teknikal, tetapi turut memerlukan penglibatan masyarakat dalam pendidikan, budaya dan kesedaran biodiversiti. Ini selaras dengan komponen sosial dan pendidikan FCC yang memberi penekanan hubungan antara komuniti dengan pemuliharaan hutan.

Inisiatif ini menunjukkan komitmen Darulaman Sanctuary dalam memperkukuh peranan masyarakat sebagai rakan strategik pemuliharaan hutan. Sokongan berterusan komuniti, industri dan agensi kerajaan memastikan kesinambungan konservasi yang memberi manfaat kepada alam sekitar dan generasi akan datang.

Program tersebut menampilkan pelbagai aktiviti berteraskan warisan, seni dan pendidikan alam sekitar. Antara pengisian utama termasuk pameran Keris Kedah Langkasuka, Keris Kedah, Keris Pattani dan Keris Nusantara, serta pameran Busana Melayu Tradisional. Program ini turut menampilkan pameran Nature & Art Harmony, aktiviti Survival Kids Adventure, demonstrasi teknik dan etika pemakaian sampin, pasar seni dan makanan komuniti, selain persembahan muzik dan silat.

Turut hadir pada program tersebut adalah wakil daripada FRIM Incorporated Sdn. Bhd., Tourim Malaysia (Langkawi) dan Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA).

Untuk rekod, program ini meneruskan usaha yang dimulakan pada Jun 2025 di mana inisiatif pemuliharaan hutan telah dimulakan dengan menanam 300 anak pokok di Darulaman Sanctuary.

Inisiatif tersebut mendapat sokongan daripada Bytedance dengan dana sebanyak RM176,380.00, sebagai permulaan kepada pelan jangka panjang pemuliharaan hutan di Darulaman Sanctuary.

NGC Energy’s Core LPG Solutions for Industry and Commerce

The C200 Smart Cylinder features telemetry and content gauges for precise tracking – ensuring zero fuel disruptions

As Malaysia’s commercial and industrial sectors evolve, businesses continue to prioritise reliable and efficient energy to support daily operations. From manufacturing and logistics to hospitality and food processing, organisations depend on safe and flexible LPG supply systems to sustain productivity, protect workplace safety, and manage operational costs.

As one of the country’s LPG solution providers, NGC Energy offers a portfolio of systems designed to meet the varying energy demands of companies of different sizes — from large-scale factories to compact commercial setups.

With a nationwide customer base and decades of experience in LPG distribution systems, NGC Energy provides solutions tailored to the operating environments of each client.

The company’s bulk tank systems remain a preferred choice for high and continuous LPG users. Installed on-site and supported by routine inspections, these tanks help reduce cylinder handling, improve storage efficiency, and support uninterrupted operations across hotels, factories, central kitchens, and commercial laundries.

For businesses that lack the infrastructure or space for bulk installations, NGC Energy offers its C200 cylinders — a flexible alternative for industrial kitchens, mid-sized manufacturers, and catering operations. These cylinders are easy to install and maintain and are supported by the company’s nationwide dealer network, making them suitable as a primary supply or as backup for peak demand.

In logistics and warehousing environments, NGC Energy’s F15 forklift cylinders are engineered specifically for material-handling operations. A built-in content gauge helps operators track fuel levels more accurately, reducing unexpected downtime and maintenance-related delays.

For high-volume forklift users, the Micro-F onsite refilling system allows cylinders to be refilled directly at the customer’s premises, streamlining operations and reducing the need for frequent cylinder swaps.

For light commercial users, the compact C14C cylinder offers a reliable LPG supply in an easy-to-handle size. Small eateries, restaurants, laundries, and other compact operations benefit from its simplicity, quick installation, and ease of storage — without compromising on performance.

NGC Energy’s I&C LPG systems support a wide range of sectors, including food and beverage operators, logistics and warehousing facilities, industrial plants, and the hospitality and healthcare industries. Whether powering a central kitchen, a cold-chain warehouse, or a neighbourhood café, the company’s scalable systems are designed to minimise operational disruption and adapt to changing business needs.

Safety remains a core pillar of NGC Energy’s operations. All installations follow Malaysian regulatory requirements and international best practices, supported by scheduled inspections, trained technical teams, and a 24/7 customer support hotline.

In April 2025, NGC Energy successfully achieved a major safety milestone — 10 million man-hours without a Lost Time Injury (LTI) — reflecting the company’s long-standing and deeply embedded safety culture.

Beyond supplying LPG, NGC Energy works closely with businesses to design energy systems that support long-term reliability, cost efficiency, and risk management. Through monitoring features, transparent billing, and personalised technical support, the company aims to help clients operate with greater confidence and consistency.

Samsung Pay is Now Online, Powered by Fiuu for Seamless Payments!

In a significant move for Malaysia’s digital payments landscape, Fiuu, Southeast Asia’s leading payment service provider and the largest in Malaysia, has enabled Samsung Pay acceptance across a wide network of e-commerce merchants in sectors such as food and beverage, pharmacy, health and wellness, and entertainment.

The rollout underscores Samsung’s push to move beyond in-store mobile wallet usage and into the fast-growing digital commerce segment, with Fiuu providing the acquiring infrastructure that powers the entire online enablement.

The new offering enables consumers to check out seamlessly on a wide array of online merchants, from fashion and electronics to travel and lifestyle. More e-commerce sites will be activated and available in the future.

For merchants, the value proposition is clear: tapping into the large base of Samsung device users, offering a frictionless checkout button, and aligning with mobile-first consumer behaviour, supported by Fiuu’s proven reliability and coverage across major verticals.

On the financial services side, Samsung Pay currently supports 11 banks across Malaysia. With this institutional backing, the service ensures wide card-network coverage and credibility.

The multi-bank support is critical because it means the offering can reach large swathes of banked consumers and is not limited to a niche set of issuers. Through Fiuu’s multi-bank acquiring connectivity, merchants gain streamlined access to these issuers under a single integration which helps accelerate adoption of the online wallet payment method.

Samsung Pay is now also available to be used on Samsung’s online store as well.

HONOR Magic8 Pro Is Fast Selling With Limited Stocks

Just within 4 days after its official launch, the HONOR Magic8 Pro is already selling out fast!
There are very limited stocks available at Harvey Norman, Senheng and Maxis, while stocks at HONOR Experience Stores is also running low.  Hurry and place your pre-order now to enjoy exclusive free gift bundle worth RM3,090 now before it ends on 4 December!
For more information about the HONOR Magic8 Pro pre-order, please visit https://www.honor.com/my/phones/rm300-deposit-honor-magic8-pro-pre-order/buy/

Perodua Perkenal QV-E, Kenderaan Elektrik Buatan Pertama Malaysia

Perodua memperkenalkan kenderaan elektrik (EV) pertamanya yang dikenali sebagai QV-E pada harga RM80,000 (harga runcit tidak termasuk insurans dan bateri) sebagai sebahagian daripada agenda nasional negara dalam membangunkan ekosistem EV yang mampan.

QV-E, yang bermaksud ‘Quest for Visionary-Electric’ menelan kos pembangunan sebanyak RM800 juta dan dikeluarkan di kemudahan pengilangan terbaharu Perodua iaitu Smart Mobility Plant.

“Pada masa ini, kami boleh mengeluarkan 500 unit kenderaan sebulan, tetapi kami akan menawarkan 3,000 unit kenderaan sebulan menjelang suku ketiga tahun 2026,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Dato’ Sri Zainal Abidin Ahmad.

QV-E menggunakan bateri Lithium Iron Phosphate (52.5kW) dan mempunyai kapasiti julat sehingga 445 kilometer (NEDC), bergantung kepada cara pemanduan, suhu dan keadaan jalan.

Model ini juga dilengkapi dengan ciri keselamatan terkini termasuklah sistem pengesanan dan amaran kanak-kanak (Child Presence Detection). Sistem ini akan mengingatkan pemandu sekiranya ada kanak-kanak ataupun binatang peliharaan yang tertinggal di dalam kereta kerana ia boleh mengesan pergerakan serta tanda vital (seperti bunyi nafas) di bahagian tempat duduk belakang.

Sistem itu juga boleh mengesan pergerakan walaupun dilitupi oleh selimut atau fabrik lain.

“Kesemua ciri yang terdapat pada QV-E dicipta dengan mengambil kira fungsi terkini, aspek keselamatan yang lebih canggih serta keselesaan pengguna berdasarkan kajian terperinci yang dijalankan oleh Jabatan Penyelidikan dan Pembangunan kami.

“Makanya, terhasillah model QV-E ini yang menjadi bukti kerjasama rakyat Malaysia dalam mencipta sesuatu yang unik, daripada reka bentuk hinggalah kepada aspek kejuruteraan, QV-E menawarkan manfaat buat semua,” katanya.

Di bawah Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 yang dilancarkan oleh Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim pada 1 September 2023, Perodua dilantik sebagai juara dan peneraju pengeluar automotif tempatan untuk membangunkan ekosistem EV.

Perodua menjalin kerjasama secara agresif dengan vendor tempatan untuk membekalkan 50% komponen menjelang awal tahun 2026 dan meningkatkannya kepada 70% menjelang 2030.

Sehingga kini, sejumlah 52 syarikat tempatan menjadi pembekal komponen auto untuk QV-E dan syarikat kenderaan kompak itu merancang untuk meningkatkan jumlah berkenaan kepada 70 vendor dalam tempoh 5 tahun (menjelang 2030).

Menerusi sokongan penuh Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri serta disokong oleh pelbagai kementerian dan agensi kerajaan berkaitan, Perodua berjaya
mengeluarkan kenderaan elektriknya dalam tempoh 28 bulan.

“Sokongan yang diberikan oleh pihak kerajaan amat penting dalam merevolusikan ekosistem EV di negara ini yang turut mengambil kira aspek kualiti, ketahanan dan
pembaharuan dalam teknologi digital,” katanya.

Sasaran pembeli utama untuk QV-E adalah golongan pertengahan serta mereka yang mencari kereta kedua atau kereta gantian untuk kegunaan harian ataupun kegunaan santai pada hujung minggu.

Perodua turut memperkenalkan konsep pajakan bateri yang dikenali sebagai ‘Battery as a Service’ yang mana ia dijual secara berasingan dengan kereta. Konsep ini menawarkan penyelesaian terhadap kebimbangan pemilik EV.

“Dengan adanya perkhidmatan ini, kami mampu menawarkan jaminan bateri sepanjang hayat kepada pelanggan kami demi ketenangan minda mereka,” katanya.

QV-E didatangkan dalam dua warna iaitu ‘Ice Blue’ dan ‘Caviar Grey’ dan hanya boleh didapati di cawangan Perodua terpilih sahaja. (Senarai cawangan dilampirkan bersama-sama dengan siaran media ini).

Senarai penuh mengenai spesifikasi kenderaan dan penjelasan lanjut berhubung pajakan bateri boleh didapati bersama-sama dengan siaran media ini.

Post Menarik