realme, jenama telefon pintar paling pesat berkembang di dunia, melengkapkan siri P4 terkini dengan memperkenalkan realme P4x dan realme P4 Lite.
Diletakkan sebagai ‘adik’ berkuasa kepada P4 Power 5G, kedua-dua model ini membawa kekuatan teras siri P — bateri Titan tahan lama, paparan lancar, dan bantuan AI pintar ke segmen lebih mampu milik, menawarkan prestasi sepanjang hari kepada pengguna muda tanpa sebarang kompromi.
realme P4x: Daya Tahan Unggul dan Kebolehpercayaan Permainan
realme P4x dibina buat golongan mementingkan kuasa tahan lama dan prestasi konsisten bagi gaya hidup aktif. Terasnya adalah bateri Titan 8,000mAh — terbesar dalam segmennya, menyampaikan penggunaan sebenar selama beberapa hari.
Ia mampu menyokong hampir 10 jam permainan intensif dengan satu pengecasan penuh mencapai 9.48 jam dalam Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) dan lebih 10 jam dalam PUBG.
Bateri ini diperkukuhkan dengan Teknologi Bionic Repair, menawarkan sehingga 1,600 kitaran pengecasan dan kesihatan bateri mampan selama tujuh tahun, sambil mengekalkan operasi stabil merentasi julat suhu luas dari -20°C hingga 53°C. Ia menyokong pengecasan pantas 45W dan pengecasan songsang 6W, membolehkan telefon berfungsi sebagai bank kuasa bagi peranti lain.
Paparan P4x dilengkapi dengan Ultra Smooth 6.8 inci 120Hz dengan kecerahan puncak 900 nits, memastikan pengalaman skrol lancar, kawalan sentuhan responsif, dan kejelasan baik walaupun di bawah cahaya matahari. Ia turut menggunakan teknologi DC Dimming bebas flicker demi mengurangkan ketegangan mata semasa penggunaan berpanjangan.
Prestasi dikuasakan oleh cip Unisoc T7250 octa-core, disokong oleh sistem penyejukan grafit seluas 10,000mm² dan teknologi Bypass Charging bagi mengekalkan kadar bingkai stabil serta mengurangkan haba semasa sesi permainan yang panjang. AI Gaming Partner menawarkan lima pengoptimuman utama: Ultra Boost, Network Optimization, Cleanup Acceleration, Do Not Disturb, dan Game Manager.





































