Peminat OREO dan BTS, bersedialah untuk menikmati biskut OREO yang dicipta khas oleh BTS untuk anda. RM, Jin, SUGA, j‑hope, Jimin, V dan Jung Kook bergabung tenaga dengan biskut nombor satu dunia untuk memperkenalkan Biskut OREO & BTS Edisi Terhad, biskut OREO berperisa pankek gula perang yang dicipta oleh BTS dan didedikasikan khas buat peminat BTS.
Kerjasama ini akan memulakan satu gerakan global yang penuh keceriaan merentasi lebih 80 negara, menampilkan BTS bersama jenama OREO.
Kerjasama ini merupakan manifestasi strategi terkini OREO untuk menjadi lebih menonjol dalam pasaran snek yang semakin kompetitif dengan mengetengahkan kolaborasi unik yang berjaya direalisasikan oleh jenama OREO.
Bersama ikon pop global BTS, OREO membawa biskut ikonik yang berperisa lazat ini menjadi perbualan global, menghidupkan semangat ceria warga Malaysia, mencetuskan keterujaan peminat dan menerajui budaya.
Hasilnya ialah ciptaan perisa yang sangat dekat dengan BTS, dipersembahkan kepada khalayak global: Biskut OREO & BTS Edisi Terhad diisi dengan krim manis yang menggabungkan rasa hotteok, sejenis pankek berinti gula perang yang popular di Korea.
BTS mempunyai kenangan manis sewaktu kecil menikmati hotteok serta biskut OREO, menjadikan kerjasama ini sesuatu yang amat bermakna. Ia menggabungkan sebahagian warisan Korea BTS ke dalam biskut ikonik yang sentiasa mereka gemari.
BTS turut mencurahkan rasa cinta mereka terhadap peminat melalui reka bentuk ukiran biskut OREO. Sempena ulang tahun ke-13 BTS, Biskut OREO & BTS Edisi Terhad menampilkan 13 ukiran unik yang direka oleh BTS khas untuk peminat mereka, termasuk nama ahli kumpulan, ‘light stick’ BTS, serta tiga keping biskut OREO yang membentuk mesej istimewa untuk peminat. Kumpulkan Biskut OREO & BTS Edisi Terhad untuk menyingkap mesej tersebut!
Di Malaysia, OREO akan menganjurkan sebuah acara pop-up di Blue Concourse, Sunway Pyramid dari 8 hingga 14 Jun 2026, menjemput peminat untuk merasai pengalaman yang menyeronokkan. Di acara tersebut, pengguna berpeluang untuk mencuba perisa baharu hotteok edisi terhad, sambil berpeluang untuk menghantar ‘love letters’ mereka kepada BTS! Peminat dengan pembelian yang melayakkan boleh menebus pelekat OREO BTS, pinggan OREO atau apron OREO, sementara stok masih ada.
Biskut OREO & BTS Edisi Terhad akan ditawarkan untuk presale bermula pada 2 June di halaman rasmi Mondelez di Shopee (Shopee Mondelez Official Page). Biskut OREO ini akan mula berada di kedai berdekaran semua dan hanya akan ditawarkan untuk tempoh terhad, selagi stok masih ada.




































