Utama Blog Halaman 1002

TMpoint Tawar Pakej Unifi Edu Khas Untuk Pelajar

Kunjungi “Hari Terbuka TMpoint” sehingga akhir tahun ini untuk mendapatkan pek istimewa Unifi edu di semua TMpoint seluruh negara

BERITA baik buat semua pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT)! Bermula 27 November 2017
sehingga 31 Disember 2017, semua premis TMpoint di seluruh negara sedang mengadakan “Hari Terbuka TMpoint” dan menawarkan pakej unifi terbaharu – unifi edu – yang direka khas untuk para pelajar!
Sepanjang berlangsungnya Hari Terbuka ini, para pelajar IPT daripada kolej dan universiti awam serta swasta di seluruh negara harus merebut peluang ini untuk melanggan pakej unifi edu. Pakej unifi edu dengan pelan LITE, ADVANCE atau PRO menawarkan akses jalur lebar dengan kepantasan sehingga 100Mbps dan muat turun sekali (one-off) aplikasi mudah alih wifi@unifi yang dinamakan i-foundit! Melalui aplikasi tersebut, para pelajar boleh menggunakan wifi@unifi di lebih 7,300 lokasi seluruh Malaysia, dan jumlah ini semakin bertambah!

Bermula serendah RM99 sebulan, para pelajar boleh menikmati penjimatan sehingga RM1,200 bagi tempoh kontrak 24 bulan. Rakyat Malaysia berumur antara 18 sehingga 25 tahun, yang mempunyai kad pelajar yang sah, bermastautin dan belajar di Malaysia layak untuk melanggan pakej tersebut.
Pakej unifi edu tersebut telah dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak pada 25 September 2017. Pakej unifi edu direka khas bagi memberikan akses kepada golongan belia dan para pelajar IPT, di mana mereka boleh memanfaatkan sepenuhnya akses tersebut untuk meningkatkan pencapaian akademik mereka, walau di mana mereka berada mengikut keselesaan masing-masing.

Jadi, kunjungilah “Hari Terbuka TMpoint 2017” kami di semua 105 premis TMpoint di seluruh
negara sehingga 31 Disember 2017 dan jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan tawaran eksklusif ini! Untuk maklumat lanjut mengenai penawaran unifi yang lain, layari www.unifi.com.my.

Iflix Celebrates 10 Billion Minutes Streamed In 2017!

iflix, the world’s leading entertainment service for emerging markets, is thrilled to share its latest milestone – 10 billion minutes streamed across its platform in 2017.

THE achievement, equivalent to more than 19,000 years of content streamed, marks an incredible uptake in user engagement, with cumulative viewing minutes up well over 400% from three billion total minutes streamed at the end of 2016. iflix also maintains one of the highest active mobile viewing durations of any service globally, with an average of 2.5-2.75 hours per session.

The company’s localized content strategy focusing on first-run local movies direct from cinema and a bold slate of original programming has shown the largest gains in viewership, with its local and regional offerings and hyper local Originals accounting for a substantial portion of its viewership numbers.

To date, iflix has commissioned more than 10 Original exclusive projects, including a no-holds-barred stand-up comedy series in Malaysia (Oi! Jaga Mulut), the Phillippines (Hoy! Bibig Mo) and Indonesia (Oi! Jaga Lambe), Indonesian feature film Filosofi Kopi 2: Ben & Jody, its first original Indonesian drama series Magic Hour: The Series; its first Malaysian drama series, KL Gangster: Underworld; as well as feature film marking the Philippines’ own Queen of All Media, Kris Aquino return to the screen, slated for 2018. The Company’s first Middle East and North Africa (MENA) foray in Originals, Waklinha Walaa, a 60-episode Egyptian TV series, was recently named OTT Production of the Year at the prestigious Broadcast PRO ME Awards 2017.

The iflix app also recently surpassed 12 million downloads from Google Play and Apple iOS stores. The company further announced upgrades to its app performance and functionality, with breakthrough personalisation features and new branded and genre-based Channels, in addition to allowing users to follow celebrity curated Playlists.

Mark Britt – Global CEO iflix Group

iflix Group Co-Founder and CEO, Mark Britt said: “2017 has been an incredible year for iflix. Surpassing 10 billion minutes streamed in just the last 12 months, is a great way to end a year that saw us launching in MENA and Africa with over a dozen new markets, our first Original titles, and so much more. Every one of these milestones is a testament to the hard work, commitment, energy and passion of our ever-growing team of 700 across the world. We also owe a huge thank you to our customers, for sharing their time, feedback and patience, allowing us to continually learn, and improve and get better every day at delivering a service created just for them.”

Now available to over one billion consumers across 24 territories throughout Asia, the Middle East and Africa, iflix has established itself as the clear market leader in video streaming. Offering consumers, a vast library of top Hollywood, Asian and Middle Eastern regional, and local TV shows and movies, including many first run exclusives and award-winning programs, each subscription allows users to access the service on up to five devices, including phones, laptops, tablets, and television sets, for viewing wherever, whenever.

THE CAMPAIGN

To celebrate the 10 billion minutes streamed milestone, iflix is running the “We Love Ya” campaign across its Facebook pages, to thank fans and subscribers of the service. The campaign, which shares some fun and quirky iflix viewer data, includes a sponsored giveaway of year-long iflix subscriptions to participants in all iflix markets. Check out https://www.facebook.com/iflixmy/ for more details.

ABOUT IFLIX

iflix is the world’s leading entertainment service for emerging markets, offering users unlimited access to thousands of TV shows, movies and more. With a vast selection everyone’s favourite comedies, drama, K-drama, Turkish drama, Bollywood, Nollywood, cartoons, movies, live sports and more from Hollywood, the UK, Asia, The Middle East and Africa, iflix places the entertainment people want at their fingertips to either stream or download. For one low monthly fee, iflix subscribers can watch on their mobile phone, laptop, tablet, TV… wherever, whenever. Let’s play.

iflix is currently available to consumers in Malaysia, Indonesia, the Philippines, Thailand, Brunei, Sri Lanka, Pakistan, Myanmar, Vietnam, the Maldives, Kuwait, Bahrain, Saudi Arabia, Jordan, Iraq, Lebanon, Egypt, Sudan, Cambodia, Nigeria, Kenya, Ghana, Nepal and Bangladesh.

IMAMS Dibatalkan Selepas Terima Bantahan Pelbagai Pihak

Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan (KPK) membatalkan pelaksanaan Sistem Pemantauan Manasik Bersepadu (IMAMS) selepas mengambil kira bantahan pelbagai pihak.

TIMBALAN Menterinya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, pembatalan itu dibuat sehari selepas ia dilancarkan berikutan pelbagai masalah antaranya kadar cukai barang dan perkhidmatan (GST) yang dikenakan kepada jemaah umrah.

Katanya, syarikat terbabit didapati tidak memberikan maklumat betul pada awalnya dan beliau hanya mengetahui perkara itu apabila membuat semakan semula beberapa jam selepas sidang media di Putrajaya.

“Apabila dibuat semakan memang betul ada seorang COO (Ketua Pegawai Operasi) sendiri (bukan beragama Islam) dan beliau sudah meletakkan jawatan dalam syarikat terbabit. Tetapi bagi saya ia tidak menyelesaikan masalah kerana kemusnahan sudah berlaku.

“Sebab itu kita mengambil kira apa yang berlaku dan membatalkannya. Menteri (Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz) juga sudah dihubungi dan beliau mengarahkan sistem ini dibatalkan,” katanya dalam sidang di Kuala Lumpur.

Beliau yang juga Pengerusi Majlis Kawal Selia Umrah (MKSU) berkata, pihaknya akan mengkaji semula kaedah terbaik untuk menjaga kepentingan jemaah umrah negara ini selepas mengadakan perbincangan dengan pihak terbabit.

“Pertama cadangan ini perlu dibawa kepada KPK dan MKSU, kedua kita akan buat kajian menyeluruh mengenai pasaran dan sebagainya untuk memastikan keberkesannya serta ketiga tidak membebankan rakyat,” katanya.

Menurutnya, MKSU yang dianggotai pihak berkaitan pengendalian umrah termasuk persatuan pelancongan akan turut mengkaji mekanisme terbaik berkaitan GST yang lebih berpatutan.

Katanya, kadar insurans yang dikenakan nanti perlu komprehensif mencakupi perlindungan untuk bagasi, penginapan, pengangkutan, kemalangan serta tidak terhad kepada tuntutan sehingga RM2,000 atau RM3,000 seperti diguna pakai kini.

Beliau juga memberi amaran kepada syarikat pengendali umrah supaya tidak menjual visa umrah dan menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati memilih syarikat terbabit.

“Kementerian akan tetap komited dan membantu demi kemaslahatan umat dan rakyat Malaysia,” katanya.

Aishah Juara Gegar Vaganza Keempat (GV4), Tepati Ramalan Ramai

Penyanyi serba boleh, Aishah menepati ramalan ramai apabila diumumkan juara pertandingan akhir program Gegar Vaganza musim keempat (GV4) yang diadakan secara langsung di Pinewood Studio, Iskandar Malaysia, Johor, malam tadi.

AISHAH yang popular menerusi lagu Janji Manismu menewaskan lima peserta akhir lain iaitu Liza Hanim, Hazami, Lan Solo, Tia Jinbara dan Firman sekali gus membawa pulang wang tunai RM100,000, sebidang lot tanah banglo sumbangan Bina Megan Empire, pakej percutian ke Eropah Timur sumbangan selamatbercuti.com, barangan kemas sumbangan DSV Gold & Jewellery, baucar membeli belah bernilai RM6,000 sumbangan Go Shop dan piala Gegar Vaganza.

Penyanyi versatil itu memberikan persembahan mantap membawakan lagu All By My Self nyanyian asal Celine Dion dan Supergirls berduet dengan Liza Hanim.

Tempat kedua dimenangi Liza Hanim yang menerima wang tunai RM50,000 manakala tempat ketiga, Lan Solo (RM30,000).

Hazami pula mendapat tempat keempat menerima wang tunai RM20,000 dan tempat kelima dimenangi Firman, membawa pulang RM15,000. Berada di kedudukan terakhir, Tia Jinbara dengan membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000.

Sementara itu, Hazami dipilih sebagai pemenang DiGi Star of The Week hasil undian peminat. Pemenang bagi Anugerah Gelora Vida Vaganza menjadi milik Aishah. Kesemua finalis turut menerima trofi, barangan kemas dan baucar membeli belah.

Hadiah disampaikan penaja platinum GV4, Datuk Seri Hasmiza Othman (Datuk Seri Vida), Naib Presiden Bahagian Perniagaan Melayu Astro, Datuk Khairul Anwar Salleh dan Ketua Saluran Melayu Astro, Raqim Ahmad.

Sepanjang lapan minggu Gegar Vaganza bersiaran, enam penyanyi lain yang turut terbabit ialah Ferhad, Raja Azura, Haida, Elyana, Aqasha dan Syura. Juri tetap terdiri daripada Datuk Ramli MS dan Hetty Koes Endang serta dua juri jemputan iaitu Datuk Khadijah Ibrahim dan Datuk Rosyam Nor.

Para peserta diadili sepenuhnya berdasarkan sistem pemarkahan 100 peratus oleh pihak juri dan program itu dihoskan Nabil Ahmad dan Jihan Muse. Pentas akhir GV4 turut diserikan dengan persembahan daripada dua bekas vokalis kumpulan Exist, Mamat dan Ezad.

Maxis Adalah Duta Perniagaan Samsung Terbesar Di Asia

Maxis dan Samsung bekerjasama untuk menyediakan perkhidmatan perusahaan gred mobiliti kepada perniagaan-perniagaan di Malaysia.

  • Kerjasama dengan Samsung B2B akan membolehkan pasukan penjualan perusahaan Maxis diiktiraf sebagai pakar mobiliti dan penasihat yang dipercayai kepada perniagaan
  • Satu-satunya syarikat telekomunikasi yang menyediakan penyelesaian Samsung Knox secara langsung di Malaysia

MAXIS akan menjadi telekomunikasi mudah alih pertama di seluruh Asia untuk menjadi sebahagian daripada program Duta Perniagaan Samsung (Samsung Business Ambassador – SBA).

Ini bermakna pasukan jualan perusahaan Maxis akan dilatih untuk diiktiraf sebagai pakar penyelesaian mobiliti dan penasihat yang dipercayai kepada perniagaan di Malaysia.

Kerjasama dengan pasukan Samsung B2B juga termasuk Maxis dilantik sebagai syarikat telekomunikasi Malaysia pertama yang menawarkan penyelesaian Samsung Knox secara langsung, yang merupakan satu set perisian untuk mengurus, melindungi dan menyesuaikan peranti mudah alih untuk keperluan perniagaan dan aplikasi industri yang berbeza.

Melalui kerjasama ini, Maxis akan dapat menawarkan perniagaan manfaat-manfaat berikut:

  • Cadangan yang relevan – Dilengkapkan dengan pengetahuan, alat, latihan dan pengetahuan teknikal dari Samsung, pasukan jualan Maxis akan dapat memberikan cadangan yang terbaik, oleh itu memudahkan perniagaan membuat keputusan yang tepat mengenai apa yang mereka perlukan.
  • Kecekapan perniagaan – Dengan Knox, perniagaan mempunyai keupayaan untuk mengkonfigurasi dan mengurus jumlah peranti mudah alih yang besar yang digunakan dalam operasi di beberapa tempat. Ini penting dalam membolehkan tenaga kerja yang bergerak. Melindungi peranti mudah alih ke dalam mod kiosk yang bermaksud menghadkan penggunaan dan akses kepada hanya aplikasi yang berkaitan dengan kerja, juga boleh meningkatkan produktiviti tenaga kerja.
  • Keselamatan – Keselamatan amat penting dalam operasi perniagaan hari ini. Terutamanya dengan Penyelesaian Knox, perniagaan boleh menjamin pengurusan dan keselamatan untuk peranti mudah alih mereka. Antara perkhidmatan yang boleh dinikmati oleh perniagaan termasuk melindungi aplikasi, kandungan dan data syarikat.

“Sebagai Duta Perniagaan Samsung, perniagaan boleh yakin bahawa Maxis menyediakan nasihat pakar terbaik untuk memenuhi keperluan khusus mereka. Dan dengan Knox, kami dapat menawarkan pelanggan kami cara yang lebih baik untuk menguruskan keselamatan dan meningkatkan produktiviti. Kerjasama ini mengukuhkan kedudukan kami sebagai penyedia penyelesaian bersepadu terpilih untuk perniagaan di Malaysia,” kata Loong Tuck Weng, Ketua Perusahaan Maxis.

“Syarikat-syarikat global termasuk firma-firma telekomunikasi terkemuka Malaysia hari ini telah menempatkan Samsung dalam strategi mudah alih mereka, dan peranti Samsung serta penyelesaian telah menjadi alat penting untuk tenaga kerja yang moden dan sentiasa bergerak – mengubah cara kami bekerja dan berkomunikasi. Bersama-sama dengan Maxis, kami yakin bahawa Samsung KNOX Solutions akan menjadi alat perniagaan utama supaya perniagaan Malaysia dapat meningkatkan kecekapan, memaksimumkan potensi dan mewujudkan nilai dengan peranti kegemaran mereka,” kata David Kim, Naib Presiden Kumpulan Jualan B2B, Perniagaan Komunikasi Mudah Alih, Samsung Electronics.

Untuk maklumat lanjut mengenai penyelesaian Mobiliti Terurus Maxis, layari laman web https://www.maxis.com.my/managedmobility

AirAsia Berhad Announces Senior Leadership Changes

AIRASIA, the world’s best low-cost airline, announced that its Board of Directors has unanimously approved senior leadership changes, in line with the AirAsia Group’s new digitalisation strategy.

Aireen Omar, the current Chief Executive Officer of AirAsia Berhad, will be promoted to Deputy Group CEO – Digital, Transformation, Corporate Services. Aireen’s appointment signals AirAsia’s determination to successfully transform itself from an aviation company into a digital corporation. This appointment underlines as well the fact that AirAsia is restructuring its priorities to optimally maximise the enormous potential of the Fourth Industrial Revolution.
Digital transformation will be Aireen’s priority, where she will be spearheading the non-airline
companies such as BIGPay, BIG Loyalty, ROKKI Shoppe, ROKKI Portal, Travel360, Vidi, RedTix, AirAsiaGo, BD4H, RedCargo, Red Box and Santan. Additionally, Aireen will oversee large, strategic group-wide initiatives and help transform AirAsia into a global, cloud-driven product and platform company. Aireen will be responsible for AirAsia’s digital strategy, promoting innovation throughout the group and encouraging collaboration across AirAsia’s businesses and markets.

She will also continue to lead the corporate services sector for the AirAsia group, which includes risk management, government affairs and corporate development. Aireen will report directly to Tan Sri Tony Fernandes, AirAsia Group CEO effective January 10th 2018. Aireen joined AirAsia in January 2006 as Director of Corporate Finance, portfolio expanding quickly to also include Treasury, Fuel Procurement and Investor Relations functions. She was promoted to Regional Head of Corporate Finance, Treasury and Investor Relations, and was also appointed as member of the Safety Review Board. She was appointed AirAsia Chief Executive Officer and Executive Director effective 1 July 2012.

Aireen (right) with Riad Asmat (left)

The airline also announced the appointment of Captain Adrian Jenkins, current Group Director,
Flight Operations as Chief Operations Officer, reporting to Bo Lingam, Deputy Group CEO of
AirAsia (Airline business). In his new role, Captain Adrian will be responsible for Group functions for Ground Operations, Engineering, Safety, Security, QA, NMC and customer experience. Adrian will drive AirAsia Group’s On Time Performance (OTP) and overall customer experience. Captain Adrian started his career as cabin crew with Malaysia Airlines. He joined AirAsia in 1996, when the airline was still owned by Hicom Holdings Berhad. He has served AirAsia in various positions including instructor and Company Check Airman, Assistant Chief Pilot – Training and Standars, and Assistant Chief Pilot –Operations. He was also closely involved in setting up AirAsia Thailand’s flight operations and pilot training. In 2006, he was made Regional Head of Flight Operations. He assumed the Group Firector of Flight Operations position on 2nd January 2015 with overall responsibility for the safe and efficient operation of AirAsia aircraft by overseeing pilot recruitment, training and operations as well as cabin crew, ensuring compliance with national and international regulatory requirements and procedures.

In addition, the airline also announced the appointment of Rozman Omar, current Deputy Group CEO, Strategy and MNA as the Executive Director of AirAsia International Limited (AAIL), which is a holding company of all AirAsia group investments in its overseas joint ventures. Tan Sri Tony Fernandes, AirAsia Group CEO said “I am very proud to announce the
leadership changes. The new appointments brings focus to both our core airline business as well as our digital growth businesses. Having Bo Lingam lead the airline business, brings continued strength to our operations, serving close to 70 million guests per year. And with Aireen driving on our non-airline and digital businesses, it brings focus on disruptive growth for our new businesses. With her insights into the industry gained over the past many years, her ability to discover new ways and many successes on her resume, Aireen is the perfect person to lead our digitalisation plan”.

“I am also pleased to announce the promotion of Captain Adrian Jenkins as Chief Operations
Officer. With his vast experience across flight operations and various geographies, he will bring
operational efficiency to a whole new level across the group. He is a great example of internal
talent development and has grown with the company to take on this very critical role”.
“Rozman on the other hand will play a critical role in AirAsia International Limited. His primary
role is to consolidate the company’s Asean units in Malaysia, Thailand, the Philippines and
Indonesia together under one listed holding company, namely One AirAsia. The dream of AirAsia Group and a Asean holding company is getting shape. With the appointment of Rozman Omar as Executive Director od AAIL will give focus to the above. AAIL is where our airline investments sit.

Rozman wil drive the formation of AirAsia Group and the link for AirAsia X to AirAsia Group and take on the impending IPO of Indonesia and Philippines. He will also be in charge of MNA activity,” he added.

AirAsia, also announced the appointment of a new Chief Executive Officer (CEO) for its Malaysia-based operations. Riad Asmat has been named as the new CEO of AirAsia Berhad, and will assume his post effectively on January 10, 2018. Riad will report directly to Bo Lingam, Deputy Group CEO (Airlines) of AirAsia.

Tan Sri Tony Fernandes, AirAsia Group CEO said “On behalf of the board members and AirAsia Allstars, we welcome the appointment of Riad as the CEO of AirAsia Berhad. We are fully confident that Riad will lead the company into the next phase of its development. Riad’s appointment and Aireen’s transition will provide support for continued success”.
Prior to his appointment as CEO, Riad was Director for Corporate Planning, Strategy & Business Development, Naza Corporation Holdings Sdn Bhd.

Riad has grown the company across business functions in Automotive, Property, Construction, Food & Beverage and Telecommunications. As a CEO of AirAsia Berhad, Riad joins a dynamic team which already includes Tassapon Bijleveld, CEO of AirAsia Thailand; Dendy Kurniawan, CEO of AirAsia Indonesia; Captain Dexter Mateo Comendador, CEO of
AirAsia Philippines; Amar Abrol, CEO of AirAsia India and Osamu Hata, CEO of AirAsia Japan – all of whom report directly to Bo Lingam.

In accepting the appointment as CEO of AirAsia Malaysia, Riad said, “I am humbled and honoured to lead AirAsia Berhad as the CEO. AirAsia which was recently named the World’s Leading Low Cost Airline for the fifth year in a row at the 2017 World Travel Awards grand finals, in addition to the Skytrax’s 9-times World’s Best Low Cost Airline title is indeed a world champion in the industry. I am looking forward to working closely with the co-founders Tan Sri Tony, Datuk Kamarudin, the Board of Directors, the dynamic management and over 22,000 dedicated Allstars to continue achieving greater heights for the company.”

Atmosphere Drive – Sistem Rawatan Udara Pertama Oleh Amway

TAHUKAH anda bahawa pencemaran udara di dalam kereta lebih buruk daripada udara di luar? Antara faktor yang menyumbang kepada pencemaran udara itu termasuk habuk dan bakteria yang dibebaskan daripada penapis penyaman udara, bau makanan, bau rokok dan kuping kulit haiwan peliharaan.

Turut menyumbang ialah pelepasan ekzos kenderaan dan debunga zarah-zarah halus bersaiz PM2.5 yang boleh masuk ke dalam kereta sebagai kemungkinan membahayakan kesihatan. Penuras penyaman udara jika tidak dibersihkan dengan kerap, boleh mengumpulkan kotoran dan mencemarkan udara keluar dengan habuk, hama, bakteria dan alergen lain.

Sistem Rawatan Udara yang direka untuk kenderaan anda

Suhu di dalam kereta anda juga boleh naik hingga 50 – 60 darjah Selsius jika terdedah kepada cahaya matahari yang berpanjangan. Keadaan ini menyebabkan jenis-jenis upholsteri dalaman yang paling biasa seperti kulit, getah dan fabrik boleh membebaskan formaldehid, sebatian organik meruap sepenuhnya atau TVOC dan bahan kimia lain yang juga bahan cemar udara yang mengancam nyawa.

Jalan penyelesaian atau alternatif untuk menikmati udara selamat, bersih dan segar di dalam kenderaan ialah menerusi penggunaan sistem rawatan udara yang direka khas oleh AMWAY khusus untuk kenderaan.

Atmosphere Drive adalah sistem udara kereta yang pertama oleh AMWAY dan mengguna pakai teknologi penurasan yang terbukti mampu membekalkan udara yang selamat, bersih dan segar kepada pengguna di dalam kenderaan yang boleh mencecah 15 kali ganda lebih kotor berbanding dengan udara di luar.

Penggunaan penuras tiga dalam satu yang unik ini mampu mengekalkan tahap prestasi industri yang tinggi dengan menyingkirkan 99 peratus zarah bawaan udara sehingga sekecil 0.015 mikron di dalam kenderaan anda.

Penuras udara yang dibekalkan

Bagaimana ia berfungsi? Teknologi penurasan tiga dalam satu ini yang pertama sekali ia bertindak memerangkap kontaminan kasar seperti rambut dan debu. Kemudian di peringkat kedua, zarah-zarah kecil dan asap akan disingkir serta membantu mengurangkan bau yang tidak menyenangkan di dalam kenderaan anda.

Ketika produk ini diuji, penulis mendapati alat ini mudah dipasangkan dalam kereta malah kabel wayar sambungan berkuasa 12V yang panjang memudahkan alat ini diletakkan di mana-mana sahaja mengikut kesesuaian pengguna.

Kadar penghantaran udara bersih (CADR) yang tinggi pada 30 m3/j membolehkan udara yang dihembus keluar menghasilkan peredaran udara yang kuat sekali gus udara segar memenuhi setiap sudut dalaman dan menambah baik kualiti udara di dalam kereta dengan serta merta.

CADR merujuk kepada jumlah udara yang dituras melalui peranti rawatan udara setiap minit. Semakin tinggi angka CADR semakin cekap prestasinya.

Atmosphere Drive ialah sistem rawatan udara di dalam kereta yang pertama dan satu-satunya diperakui oleh British Allergy Foundation untuk mengurangkan atau menyinkirkan alergen. Ujian saintifik telah menunjukkan bahawa peranti ini berkesan menghilangkan hama debu, debunga, kulat, kuping kulit haiwan peliharaan dan alergen lain.

Untuk menggunakan alat ini, anda hanya perlu mengikut langkah yang tertera di dalam buku manual dan alat itu tersedia digunakan sebaik sahaja ia disambungkan kepada soket kuasa penyala rokok yang terdapat dalam kenderaan anda.

Kadar bunyi yang dikeluarkan oleh alat ini juga tidak terlalu kuat kerana ia secara automatik sudah dilaraskan ke mod auto tetapi anda boleh menukar tetapan kelajuan kipas dengan menekan butang kelajuan kipas mengikut tahap yang diingini.

Untuk mengelakkan penggunaan kuasa bateri kereta anda, Atmosphere Drive akan mati secara automatik selepas beroperasi selama dua jam dan untuk menghidupkannya semula, hanya tekan butang kuasa.

Jangka hayat penuras udara ialah selama 350 jam dan apabila lampu penunjuk penuras bertukar ambar atau kuning, baki jangka hayat dianggarkan 28 jam dan pada peringkat ini, anda disarankan memesan penuras baru.

Untuk mematikan unit ini, tekan butang kuasa selama tiga saat hingga unit dimatikan. Untuk hasil yang terbaik, gantikan penuras apabila penunjuk pengganti penuras bertukar merah. Kekerapan penggantian akan berubah-ubah bergantung kepada tempoh penggunaan, kualiti udara luar dan kedudukan unit.

Produk itu juga tahan haba dan sejuk serta sesuai untuk persekitaran di dalam kereta dengan julat suhu dari -20 darjah Selsius hingga 70 darjah Selsius.

Sistem rawatan udara kereta Atmosphere Drive hanya boleh didapati melalui pemilik perniagaan AMWAY di seluruh negara bermula 15 November lalu pada harga RM1,887.50 (termasuk GST).

Bank Negara Malaysia Keluarkan Duit Syiling Peringatan Khas

Pengeluaran duit syiling peringatan bersempena dengan pertabalan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XV

BANK Negara Malaysia mengeluarkan duit syiling peringatan bersempena dengan pertabalan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XV Sultan Muhammad V sebagai Yang di-Pertuan Agong kelima belas. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda telah dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong kelima belas untuk tempoh lima tahun oleh Raja-raja Melayu pada Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-243 (Mesyuarat Khas) di Istana Negara, Kuala Lumpur pada 14 Oktober 2016.

Baginda kemudiannya melafaz sumpah dan menandatangani surat sumpah jawatan sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong  pada 13 Disember 2016 di Istana Negara, Kuala Lumpur. Upacara pertabalan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V sebagai Yang di-Pertuan Agong kelima belas telah berlangsung pada 24 April 2017.

Duit syiling peringatan ini dipersembahkan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong oleh Gabenor Bank Negara Malaysia, Muhammad bin Ibrahim, FCB, di Sasana Kijang, Bank Negara Malaysia.

Spesifikasi duit syiling peringatan ini adalah seperti yang berikut:

  1. Duit Syiling Peringatan Emas (pruf)
    Duit syiling pruf ini diperbuat daripada logam emas dengan ketulenan 999.9 dan berat setiap keping ialah 7.96 gram.  Nilai muka duit syiling ini ialah RM300 dan akan dijual melalui lelongan awam pada harga rizab RM4,000 sekeping. Sebanyak 300 keping sahaja ditempa.
  2. Duit Syiling Peringatan Perak Berwarna (mirip pruf)
    Duit syiling berwarna mirip pruf ini diperbuat daripada logam perak dengan ketulenan 99.9 dan berat setiap keping ialah 92.0 gram.  Nilai muka duit syiling ini ialah RM150 dan harga jualannya RM1,000 sekeping. Sebanyak 500 keping sahaja ditempa.
  3. Duit Syiling Peringatan Tembaga (kemasan tanpa kilat)
    Duit syiling kemasan tanpa kilat ini diperbuat daripada logam tembaga dengan ketulenan 99.9 dan berat setiap keping ialah 77.76 gram.  Nilai muka duit syiling ini ialah RM15 dan harga jualannya RM200 sekeping. Sebanyak 500 keping sahaja ditempa.\
  4. Duit Syiling Peringatan Emas Nordic
    Nilai muka duit syiling emas nordic ini ialah RM1 dan harga jualannya RM11.00 sekeping. Sebanyak 15,000 keping ditempa.

Sebanyak 500 unit duit syiling set dua dalam satu yang berharga RM1,200 setiap set juga dikeluarkan. Set ini mengandungi sekeping duit syiling mirip pruf perak berwarna dan sekeping duit syiling tembaga kemasan tanpa kilat.

Nota: Kesemua harga yang dinyatakan di atas sudah termasuk GST.

Butiran terperinci berkenaan spesifikasi kesemua duit syiling peringatan ini terdapat dalam Lampiran I.

Reka Bentuk Duit Syiling

Berikut ialah keterangan mengenai reka bentuk duit syiling peringatan tersebut:

  1. Bahagian Hadapan
    Potret Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XV Sultan Muhammad V dipaparkan pada bahagian tengah duit syiling. Perkataan “KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG XV SULTAN MUHAMMAD V” tertera di sekeliling duit syiling manakala tarikh pertabalan dipaparkan di bawah potret Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XV.
  2. Bahagian Belakang
    Reka bentuk pada bahagian tengah duit syiling memaparkan jata rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V. Nama “BANK NEGARA MALAYSIA” sebagai pihak berkuasa yang mengeluarkan duit syiling peringatan ini dipaparkan pada bahagian atas duit syiling manakala perkataan “PERTABALAN SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG XV” dipaparkan pada bahagian bawah duit syiling bersama-sama dengan nilai muka duit syiling tersebut.Reka bentuk keseluruhan duit syiling peringatan ini ditunjukkan dalam Lampiran II.

Pameran untuk Orang Ramai dan Tarikh Tempahan

Contoh duit syiling ini akan dipamerkan kepada orang ramai mulai Khamis, 21 Disember 2017 di Muzium dan Galeri Seni Bank Negara Malaysia dan di pejabat-pejabat Bank Negara Malaysia di Pulau Pinang, Johor Bahru, Kota Kinabalu, Kuching dan Kuala Terengganu.

Bagi memberikan peluang yang sama rata kepada orang ramai membeli duit syiling edisi terhad ini, pembelian akan dihadkan (setiap pembeli boleh membeli satu set dua dalam satu, satu duit syiling perak berwarna, satu duit syiling tembaga dan tiga duit syiling emas nordic). Untuk memudahkan pembelian, orang ramai boleh membuat tempahan dalam talian mulai 5 Januari 2018. Sekiranya jumlah tempahan melebihi jumlah ditawarkan, tempahan akan dilaksanakan melalui undian. Duit syiling peringatan emas akan dijual melalui lelongan awam pada 10 Mac 2018. Maklumat lanjut tentang tempahan, lelongan, pembayaran dan pengambilan akan diumumkan kepada orang ramai melalui siaran akhbar sebelum tarikh jualan.

Lampiran I

Lampiran II

 

Bank Negara Keluarkan Wang Kertas Peringatan Dalam Jumlah Terhad

Pengeluaran wang kertas peringatan bersempena dengan Ulang Tahun Ke-60 Perjanjian Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu

BANK Negara Malaysia akan mengeluarkan wang kertas peringatan bersempena dengan Ulang Tahun ke-60 Perjanjian Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu. Wang kertas peringatan ini dirasmikan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong XV Sultan Muhammad V di Muzium dan Galeri Seni, Sasana Kijang, Bank Negara Malaysia, Kuala Lumpur.

Wang kertas ini memperingati Ulang Tahun ke-60 upacara menandatangani Perjanjian Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1957. Wang kertas peringatan ini merupakan tanda penghormatan terhadap sumbangan Majlis (kemudiannya dikenali sebagai Persidangan) Raja-Raja yang merintis jalan ke arah merealisasikan kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957. Perjanjian bertarikh 5 Ogos 1957 yang mengisytiharkan Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Tertinggi Persekutuan Tanah Melayu telah ditandatangani antara pihak Majlis Raja-Raja yang terdiri daripada Raja-raja Melayu dari Johor, Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Selangor dan Terengganu dengan Sir Donald MacGillivray, Pesuruhjaya Tinggi Persekutuan Tanah Melayu, yang mewakili Queen Elizabeth II. Perjanjian ini menjadi bukti perlembagaan yang bersejarah bagi kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu.

Spesifikasi wang kertas peringatan ini adalah seperti berikut:

  1. Wang Kertas Sekeping RM600
    Nilai muka wang kertas bersaiz besar ini ialah RM600 dan harga jualannya RM1,700 sekeping.  Sebanyak 6,000 keping sahaja dicetak.
  2. Wang Kertas Bercantum 3 dalam 1 RM60
    Nilai muka wang kertas bercantum ini ialah RM180 dan harga jualannya RM500 sekeping. Sebanyak 6,000 keping sahaja dicetak.
  3. Wang Kertas Sekeping RM60
    Nilai muka wang kertas sekeping ini ialah RM60 dan harga jualannya RM120 sekeping. Sebanyak 60,000 keping sahaja dicetak.

Nota: Kesemua harga yang dinyatakan di atas sudah termasuk GST.

Butiran terperinci berkenaan spesifikasi dan ciri-ciri keselamatan utama kesemua wang kertas peringatan ini terdapat dalam Lampiran I.

Reka Bentuk Wang Kertas

Reka bentuk wang kertas peringatan ini berdasarkan tema “Raja Payung Kedaulatan Negara”. Wang kertas peringatan ini adalah yang pertama dicetak oleh Bank Negara Malaysia menggunakan bahan substrat komposit, iaitu gabungan substrat polimer dan kertas yang mempunyai ciri-ciri keselamatan yang lebih tinggi dan jangka hayat yang lebih panjang.  Wang kertas peringatan ini dicetak lebih besar, mengikut nilai muka wang tersebut.

Reka Bentuk Hadapan

Singgahsana di-Raja dikelilingi potret 15 Yang di-Pertuan Agong yang bertakhta dari tahun 1957 sehingga kini tertera pada bahagian tengah wang kertas, melambangkan Malaysia sebagai sebuah negara Raja Berperlembagaan. Reka bentuk hadapan diilhamkan daripada lambang bulan sabit dan bintang pecah 14 Persekutuan yang tersemat pada Tengkolok Diraja.

Reka Bentuk Belakang

Reka bentuk bahagian belakang wang kertas peringatan ini memaparkan potret sembilan Raja-raja Melayu yang menandatangani Perjanjian Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada 5 Ogos 1957. Kesemua wang kertas peringatan ini dihiasi dengan gambar tokoh-tokoh dan ciri-ciri penting yang berkaitan dengan kemerdekaan. Pada bahagian kanan wang kertas ini terdapat bayangan laungan kemerdekaan oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj yang merupakan arkitek Kemerdekaan Tanah Melayu dan Perdana Menteri Malaysia yang pertama. Terdapat empat mercu tanda penting yang dicetak pada latar belakang wang kertas ini: Istana Negara, Perdana Putra, bangunan Parlimen dan Istana Kehakiman yang  masing-masing mencerminkan empat tonggak negara: Institusi Pemerintahan Beraja, Badan Eksekutif, Badan Perundangan dan Badan Kehakiman.

Reka bentuk terperinci wang kertas peringatan ini terdapat dalam Lampiran II.

Pameran untuk Orang Ramai dan Jualan

Contoh wang kertas ini akan dipamerkan kepada orang ramai mulai Khamis, 21 Disember 2017 di Muzium dan Galeri Seni Bank Negara Malaysia dan di pejabat-pejabat Bank Negara Malaysia di Pulau Pinang, Johor Bahru, Kota Kinabalu, Kuching dan Kuala Terengganu.

Bagi memastikan peluang yang sama rata untuk semua orang membeli wang kertas edisi terhad ini, pembelian akan dihadkan (setiap pembeli boleh membeli sekeping wang kertas RM600, satu set wang kertas bercantum 3 dalam 1 RM60 dan lima keping wang kertas RM60). Untuk memudahkan pembelian, orang ramai boleh membuat tempahan dalam talian mulai 5 Januari 2018. Sekiranya jumlah tempahan melebihi jumlah yang ditawarkan, tempahan akan dilaksanakan melalui undian. Wang kertas peringatan yang bernombor siri istimewa akan dijual melalui lelongan awam pada 10 Mac 2018. Maklumat lanjut tentang tempahan, lelongan, pembayaran dan tempoh pengambilan akan diumumkan kepada orang ramai melalui siaran akhbar sebelum tarikh jualan.

Lampiran I

Lampiran II

Pelaksanaan Sistem Pengurusan Maklumat Bersepadu Bagi Pengurusan Kawal Selia Umrah

Far left : Yahati Awang, Deputy Secretary General of Tourism and Culture Malaysia and Ali Ibrahim Alheji, First Secretary (Visa) Royal Embassy of Saudi Arabia, Datuk Wira Mas Ermieyati Samsudin, Deputy Minister of Tourism and Culture Malaysia, Fawaz Tanaf Alotaibi, Vice Ambassador

KEMENTERIAN Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (KPK) hari ini telah mengumumkan pelaksanaan Sistem Pengurusan Maklumat Bersepadu atau Integrated Manasik Monitoring System (IMAMS) berkuatkuasa hari ini ke atas semua 65 agensi pelancongan berstatus Muasassah di Malaysia yang dilesenkan dengan Lesen Khas Umrah sejak 1 Oktober 2017.

Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, Datuk Wira Mas Ermieyati Samsudin, memaklumkan bahawa IMAMS ini merupakan satu lonjakan transformasi
dalam pengurusan kawal selia Umrah di Malaysia secara total yang menutup ruang-ruang
penipuan pakej Umrah di sepanjang nilai rantaian pengendalian Umrah dan memperkasakan
aktiviti pemantauan, penyiasatan dan penguatkuasaan pengendalian pakej Umrah yang berada di pasaran secara sistematik dan teratur.

“Kerajaan Malaysia turut mendapat persetujuan dan sokongan pihak Kedutaan Besar Arab
Saudi di Kuala Lumpur ke atas pelaksanaan Lesen Khas Umrah dan penggunaan Sistem
IMAMS ini. Mulai 15 Disember 2017, Sistem IMAMS adalah satu-satunya akses rasmi kepada
permohonan Visa Umrah yang akan diproses oleh Konsul Kedutaan Besar Arab Saudi di
Malaysia,” katanya.

Far left :
Ali Ibrahim Alheji, First Secretary (Visa) Royal Embassy of Saudi Arabia, Fawaz Tanaf Alotaibi, Vice Ambassador, Datuk Wira Mas Ermieyati Samsudin, Deputy Minister of Tourism and Culture Malaysia, Yahati Awang, Deputy Secretary General of Tourism and Culture Malaysia and
Mr Khalid S. Halawani, Commercial Counselor, Commercial Counselor Royal Embassy of Saudi Arabia.

Pelaksanaan sistem IMAMS ini akan mengatasi dan menutup ruang-ruang penipuan di dalam
rantaian pelaksanaan pakej Umrah daripada terus berlaku melalui pengwujudan:

i. pangkalan data dan proses pemantauan induk ke atas pengendalian pakej Umrah di
Malaysia;

ii. platfom memohon kelulusan pakej Umrah dan iklan oleh Kementerian sebelum ianya
dipasarkan kepada orang awam;

iii. integrasi pangkalan data pendaftaran Pegawai Pemasaran Umrah yang dilantik agensi
pelancongan berlesen;

iv. pemberian akses kepada semua pihak berkepentingan khususnya Kementerian dan
jemaah itu sendiri dengan maklumat secara langsung untuk menyemak status semasa
tempahan mereka; dan

v. notifikasi pengemaskinian maklumat secara berkala setiap pelaksanaan tempahan item
di dalam pakej Umrah terutamanya tempahan berkaitan penerbangan, penginapan,
permohonan Visa Umrah dan insurans takaful jemaah yang telah dipertanggungjawabkan kepada agensi pelancongan.

Mas Ermieyati berkata, “Pelaksanaan sistem IMAMS ini melibatkan caj pada kadar RM45/jemaah. Kadar tersebut adalah yang paling rendah di dunia berbanding negara-negara lain yang mengguna pakai sistem seumpamanya dalam menguruskan jemaah Umrah seperti di Jordan, Mesir dan Sudan. Sistem IMAMS ini juga adalah komprehensif, bersepadu dan juga bersesuaian (compatible) dengan sistem milik Kerajaan Arab Saudi yang membolehkannya dihubungkan secara terus khususnya dengan sistem Kementerian Luar Negeri Arab Saudi bagi permohonan Visa Umrah,” katanya dalam sidang media yang diadakan di pejabat Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, Putrajaya.

Tambah beliau, “Selain aspek pemantauan secara bersepadu, sistem IMAMS ini dapat
memastikan setiap jemaah umrah turut dilindungi insurans takaful Umrah dengan perlindungan yang komprehensif. Selaras dengan Akta Industri Pelancongan 1992 [Akta 482], setiap jemaah Umrah adalah wajib dilindungi oleh insurans takaful semasa mengerjakan Umrah atau Ziarah”.

“Sistem IMAMS menawarkan perlindungan takaful yang komprehensif kepada agensi
pelancongan bagi jemaah kendaliannya pada kadar premium yang munasabah iaitu
RM40/jemaah. Kadar ini adalah terendah di pasaran bagi skim takaful perjalanan yang
komprehensif dan memenuhi kehendak Kementerian. Secara rumusannya, caj keseluruhan
yang terlibat bagi penggunaan sistem IMAMS ini dan perlu dimasukkan ke dalam harga pakej
Umrah sedia ada bagi setiap jemaah adalah sebanyak RM90.10 (termasuk GST RM5.10),”
jelasnya.

Datuk Wira Mas Ermieyati Samsudin (tengah) bersama Yahati Awang, Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan (kiri) dan Fawaz Tanaf Alotaibi, Vice Ambassador Kingdom of Saudi Arabia

Sehingga 22 November 2017, Kementerian telah pun melesenkan sebanyak 234 buah syarikat pengendali Umrah yang terdiri daripada 65 syarikat pelancongan berstatus Muasassah (LKU) dan 169 syarikat pelancongan bukan berstatus Muasassah (sub-LKU).
Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia melaksanakan inisiatif ini di bawah
payung Majlis Kawal Selia Umrah dalam pelaksanaan LKU dan penggunaan Sistem IMAMS
pada hari ini dapat menambah baik pengendalian industri Umrah dan seterusnya membanteras sebarang manipulasi dan penipuan pakej-pakej Umrah demi menjaga kepentingan agama, negara dan umat Islam di Malaysia.

Post Menarik