Kunjungi “Hari Terbuka TMpoint” sehingga akhir tahun ini untuk mendapatkan pek istimewa Unifi edu di semua TMpoint seluruh negara
BERITA baik buat semua pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT)! Bermula 27 November 2017
sehingga 31 Disember 2017, semua premis TMpoint di seluruh negara sedang mengadakan “Hari Terbuka TMpoint” dan menawarkan pakej unifi terbaharu – unifi edu – yang direka khas untuk para pelajar!
Sepanjang berlangsungnya Hari Terbuka ini, para pelajar IPT daripada kolej dan universiti awam serta swasta di seluruh negara harus merebut peluang ini untuk melanggan pakej unifi edu. Pakej unifi edu dengan pelan LITE, ADVANCE atau PRO menawarkan akses jalur lebar dengan kepantasan sehingga 100Mbps dan muat turun sekali (one-off) aplikasi mudah alih wifi@unifi yang dinamakan i-foundit! Melalui aplikasi tersebut, para pelajar boleh menggunakan wifi@unifi di lebih 7,300 lokasi seluruh Malaysia, dan jumlah ini semakin bertambah!
Bermula serendah RM99 sebulan, para pelajar boleh menikmati penjimatan sehingga RM1,200 bagi tempoh kontrak 24 bulan. Rakyat Malaysia berumur antara 18 sehingga 25 tahun, yang mempunyai kad pelajar yang sah, bermastautin dan belajar di Malaysia layak untuk melanggan pakej tersebut.
Pakej unifi edu tersebut telah dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak pada 25 September 2017. Pakej unifi edu direka khas bagi memberikan akses kepada golongan belia dan para pelajar IPT, di mana mereka boleh memanfaatkan sepenuhnya akses tersebut untuk meningkatkan pencapaian akademik mereka, walau di mana mereka berada mengikut keselesaan masing-masing.
Jadi, kunjungilah “Hari Terbuka TMpoint 2017” kami di semua 105 premis TMpoint di seluruh
negara sehingga 31 Disember 2017 dan jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan tawaran eksklusif ini! Untuk maklumat lanjut mengenai penawaran unifi yang lain, layari www.unifi.com.my.