Ibu pejabat korporat AirAsia, RedQ telah dirasmikan oleh Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib Abdul Razak.
MAJLIS perasmian itu telah disaksikan oleh lebih 2,000 kakitangan AirAsia (Allstars) yang turut hadir dan yang berada di hab Pulau Pinang, Johor Bahru, Kuching dan Kota Kinabalu melalui siaran secara langsung.
Hadir sama Dato’ Sri Liow Tiong Lai, Menteri Pengangkutan dan Datuk Seri Panglima Abdul Rahman Dahlan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
Wakil eksekutif AirAsia yang turut hadir dalam majlis tersebut termasuk Pengarah Eksekutif AirAsia Berhad dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia X; Datuk Kamarudin
Meranun; Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia dan Ketua Pegawai Eksekutif Bersama Kumpulan AirAsia X, Tan Sri Tony Fernandes, dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia yang lain.
Tony berkata, “AirAsia adalah syarikat untuk semua, dan kami sentiasa mendahulukan kakitangan kami. RedQ telah direka untuk para Allstars menjalani gaya hidup yang ceria dan sihat.
Kejayaan sebuah syarikat bergantung kepada para kakitangannya, dan kami ingin mewujudkan sebuah pejabat yang telus, dengan sistem meritokrasi dan digital, yang berinovasi dan menerima kepelbagaian budaya, supaya kakitangan kami mempunyai peluang untuk mencapai potensi sepenuhnya dan menjadi yang terbaik.
Kerana inilah AirAsia telah merangkul anugerah syarikat penerbangan tambang rendah terbaik dunia selama sembilan tahun berturut-turut.”
Kakitangan AirAsia dan AirAsia X di Malaysia secara rasminya telah berpindah ke RedQ pada bulan November 2016. Direka dengan estetik perindustrian, pejabat tersebut berkeluasan 18,000 meter persegi dan boleh memuatkan lebih 2,000 orang kakitangan.
Kemudahan lain di RedQ termasuk Pusat Jagaan Kanak-kanak Lil Star, pusat fisioterapi, klinik Allstar, gimnasium dengan jurulatih peribadi, pod tidur, kafetaria, kedai kopi T&Co, kedai salad, dan gelongsor setinggi tiga tingkat.
Setiap manusia tidak akan terlepas daripada ujian Allah SWT sama ada susah atau senang. Ditimpa musibah penyakit juga adalah salah satu bentuk ujian dan sejauh mana persediaan kita dalam menghadapinya.
SECARA umum ramai yang mengetahui bahawa pelbagai penyakit yang wujud ketika ini sukar diubati apatah lagi sekiranya penyakit yang dihidapi ini boleh membawa maut. Salah satu penyakit kronik itu ialah kanser yang menyerang tidak mengira usia sama ada kanak-kanak mahupun golongan dewasa.
Ketika ini, kebanyakan penghidap kanser bergantung kepada perubatan moden dan terpaksa menjalani tempoh rawatan yang panjang serta menyakitkan malah ada yang sudah menyerah kalah selepas melalui beberapa proses kemoterapi.
Bagaimanapun, usaha berterusan dilakukan penyelidik tempatan mungkin mampu memberi ‘nafas baru’ atau ‘sinar baru’ kepada usaha menghasilkan produk perubatan alternatif terhadap penyakit kronik yang boleh membawa maut ini.
Kajian awal oleh Universiti Putra Malaysia (UPM) terhadap tumbuhan yang dikenali sebagai daun rerama atau nama saintifiknya Mariposa Christia Vespertilionis ini, mendapati ia menunjukkan ciri-ciri anti barah dan anti keradangan malah dikatakan berupaya menjadi penawar penyakit berbahaya seperti kanser.
Selain itu, daun rerama turut didakwa mampu mengubati penyakit denggi, angin ahmar, darah tinggi, kencing manis, lelah, migrain, ekzema, psoriasis, resdung, demam campak serta masalah usus seperti gastrik.
Dalam usaha membantu mereka yang menghidap penyakit yang sukar diubati ini, Rerama Resources, perintis produk teh rerama di Malaysia menghasilkan produk minuman kesihatan berasaskan 100 peratus pokok rerama hijau iaitu Butterfly Tea dan Mariposa.
Rerama Resources telah ditubuhkan secara rasmi pada 17 Mac 2015 di Ampang, Selangor dengan misi utama adalah untuk memudahkan pengguna serta pesakit-pesakit diluar sana yang sedang tercari-cari penawar bagi penyakit kronik.
Butterfly Tea merupakan produk pertama daripada Rerama Resources yang satu-satunya produk tempatan yang telah mendapat cop tanda dagangan (trademark) Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) sekali gus membuktikan produk ini sudah menjalani beberapa proses kelulusan klinikal dan ujian makmal yang ketat dari Kementerian Kesihatan Malaysia.
Syarikat milik Bumiputera sepenuhnya itu menyediakan pilihan dalam bentuk uncang (Butterfly Tea) dan daun, batang dan akar Rerama Hijau yang belum proses (Mariposa) yang dapat memenuhi kehendak kesihatan anda.
Produk-produk yang dijual oleh Rerama Resources telah dihasil menggunakan bahan-bahan yang berkualiti tinggi dan bertepatan dengan kehendak pelanggan. Rerama Resources menawarkan pilihan Butterfly Tea dan Mariposa yang mempunyai pelbagai khasiat.
Produk-produk keluaran Rerama Resources dijamin mutu serta kualitinya kerana ianya diproses dikilang OEM pakar dalam bidang herba serta ditanggung halal. Produk ini juga telah menjalani ujian makmal di Universiti Kebangsaan Malaysia dan telah mendapat kelulusan daripada bahagian Keselamatan Kualiti Makanan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Sementara itu, Pengasas Butterfly Tea, Samsul Anuar Sanusi berkata, produk Butterfly Tea sudah menembusi secara luas pasaran tempatan, Asia dan beberapa negara Eropah.
“Diperbuat daripada 100 peratus bahan semula jadi terdiri daripada akar, batang dan daun pokok rerama tanpa campuran bahan kimia, ia terbukti mempunyai tahap antioksidan sehingga 92.14 peratus dan mampu mengurang serta menyembuhkan pelbagai jenis penyakit,” katanya.
Shamsul berkata, dengan tahap anti oksidan yang tinggi, Butterfly Tea mampu melancarkan pengedaran darah, mengecut dan merencatkan pertumbuhan sel kanser, menurunkan kadar dan kandungan kuman HIV serta mengubati penyakit seperti ‘Systemic Lupus Erythematosus (SLE)’, kencing manis, darah tinggi, strok, ekzema, psoriasis, denggi, dan banyak lagi.
Beliau berkata, pengguna dapat berasakan kesan mahupun tindak balas dalam masa terdekat dengan hanya dua hingga tiga cawan pengambilan teh berkenaan.
“Untuk setiap uncang teh, mereka memerlukan 1.5 liter air mendidih dan digalakkan minum dalam keadaan suam atau suhu bilik.
“Bagi setiap uncang, ia boleh digunakan selama dua hari, manakala satu kotak pula dapat digunakan sepanjang tempoh sebulan lebih,” katanya sambil menambah produk itu mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan boleh diperoleh daripada stokis seluruh negara.
Wajah Baru Butterfly Tea Keluaran Rerama Resources
Rekaan yang lebih elegan, saiz yang lebih kecil, kotak yang lebih tebal, isi yang lebih padat, uncang bertali dengan tag Butterfly Tea disimpan kemas dalam sampul kertas agar uncang lebih terpelihara.
Yang paling penting setiap kotak terisi dengan 25 UNCANG Butterfly Tea dengan harga RM99 (SM) dan RM110 (SS).
Mengapa Perlu Memilih Butterfly Tea
Harga yang sangat mampu milik
Tiada bahan pengawet, perasa tiruan dan pewarna tiruan
Setiap uncang diadun dengan ramuan akar, batang dan daun pokok RERAMA hijau
Tindakbalas seawal pengambilan
Terjamin kebersihan, halal dan dikilang berstatus GMP
Produk ini diluluskan oleh Bahagian Keselamatan Kualiti Makanan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
Khasiat Pohon Rerama Hijau Butterfly Tea
Membantu melancarkan peredaran darah dalam tubuh
Membantu menguatkan otot dan saraf yang lemah
Membantu merencat sel-sel yang tidak normal
Membantu menstabilkan tekanan darah
Membantu menstabilkan paras gula dalam darah kepada normal
Amat baik untuk kulit yang bermasalah
Membantu dalam penyembuhan luka luaran dan dalaman
TESTIMONI
“Saya telah disahkan menghidap kanser limfoma tahap 4 dan telah menjalani pelbagai rawatan seperti kimoterapi, tukar darah dan lain-lain lagi. Rawatan tersebut telah berjaya mengurangkan saiz ketumbuhan pada dada saya dari sebesar 12 cm kepada 5 cm.
“Kesan dari rawatan tersebut, terutamanya kimoterapi, badan saya menjadi lemah dan tidak berdaya. Saya terpaksa bergantung kepada pengambilan Vitamin B Kompleks setiap hari untuk memastikan badan mempunyai sedikit tenaga.
Saya kekal dengan keadaan ini selama lebih setahun. Baru-baru ini, seorang rakan telah memperkenalkan kepada saya produk Butterfly Tea. Saya mengambilnya setelah mengetahui tentang khasiatnya.
“Alhamdulillah, setelah meminum secawan, saya tidak lagi merasakan sakit yang selama ini menyerang pada bahagian abdomen perut. Daripada situ, saya mula yakin ianya akan memberi lebih banyak manfaat kepada saya.
“Saya mula mengamalkan pengambilan Butterfly Tea setiap hari. Dalam masa dua minggu, banyak perubahan dirasai khususnya pada badan saya. Saya berasa sangat bertenaga setiap hari walaupun kadang-kadang terlupa mengambil Vitamin B Kompleks dan tidak lagi mengalami sakit-sakit badan setiap kali bangun pagi.
Malah kesakitan pada bahagian ketumbuhan yang telah berlangsung selama lebih
setahun tidak lagi dirasai. “Melalui pemeriksaan doktor, keadaan darah saya yang tidak stabil sebelum ini semakin meningkat pulih.
Saya akan terus mengamalkan pengambilan Butterfly Tea pada masa akan datang. Bagi orang yang sakit seperti saya, produk ini memang ajaib!” Khairul Amir Mohd Ali, 37 tahun Jalan Semarak, Kuala Lumpur
Penafian : kesan untuk setiap individu adalah berbeza
MARIPOSA merupakan produk kedua daripada Rerama Resources. Ia dikeluarkan dalam paket 30gram yang mengandungi akar, batang dan daun pokok rerama hijau yang belum diproses. Ianya telah dikeringkan mengikut piawaian tertentu yang mana selamat untuk diminum.
Khasiat Mariposa sama juga dengan Butterfly Tea cuma berbeza dari segi dos dan penyediaannya. Pengguna perlu merebus dahulu Mariposa sebelum menggunakannya.
Butterfly Tea
BUTTERFLY TEA merupakan produk pertama daripada Rerama Resources. Ia dikeluarkan dalam satu kotak 2 gram yang di dalamnya terdapat 25 uncang. Harga sekotak adalah RM99 SM dan RM110 SS.
Naza Corporation Holdings and Groupe PSA Establish a Shared Manufacturing Hub in ASEAN
NAZA Corporation Holdings and Groupe PSA announced the signing of a share sale agreement and a joint venture agreement, officially establishing shared operation of the Naza Automotive Manufacturing (NAM) plant in Gurun, Kedah, as the first manufacturing hub in ASEAN for Groupe PSA.
In attendance to witness the event was the Honourable Prime Minister of Malaysia, Dato’ Sri Mohd Najib Abdul Razak.
Groupe PSA, as a global automotive player and the second largest carmaker in Europe, is confident and committed to the Malaysian and other ASEAN markets, holding majority stake in the business operations of Naza Automotive Manufacturing (NAM).
The Naza Group will have sole responsibility for the distribution of Peugeot, Citroën and DS Automobiles in the domestic market and, with Groupe PSA, will explore distribution prospects in other ASEAN markets to address the potential 680 million customers in the region, where the automotive equipment rate is growing.
With this agreement in effect, Groupe PSA and Naza will jointly produce Groupe PSA branded cars for Malaysia and other ASEAN markets. Further opportunities will also be explored beyond ASEAN, with a potential to contribute significantly to Malaysia’s economy.
This strategic partnership will benefit from the strong and qualitative supplier network implemented in the region. The Naza Automotive Manufacturing (NAM) plant has been operational since 2004, has a workforce of close to 450 people and boasts a 50,000-vehicle production capacity, operating in line with the highest international quality standards.
Naza Group and Groupe PSA are now strengthening their partnership, established in 2008, to develop a sustainable and profitable business in Malaysia and in the rest of the ASEAN region. Groupe PSA’s investment in the Naza Automotive Manufacturing (NAM) plant will see the implementation of its EMP2 modular platform dedicated to C and D segments – taking the partnership and Naza’s commitment to another level.
An opportunity for the Naza Group to become a major player in the Malaysian automotive industry
A kick-off automotive plant in ASEAN in 2018, to accelerate Groupe PSA’s development in the Region, as part of Push to Pass strategic plan
A project based on the state-of-the-art Naza Automotive Manufacturing (NAM) plant in Gurun, Kedah, with a capacity of 50,000 vehicles
First vehicles to be produced in 2018 for Peugeot with the award-winning 3008 and in 2019 for Citroën, with brand new iconic C5 Aircross
Carlos Tavares, Chairman of the Managing Board of Groupe PSA, commented: “The creation of the ASEAN hub in Gurun, Kedah is a significant leap forward for Groupe PSA which will lead to the development of a profitable business in the region as part of our Push to Pass strategic plan. We are pleased to partner with Naza Corporation Holdings and continue leveraging our historical relationship.”
“We are grateful for Groupe PSA’s support and confidence in Naza Corporation Holdings as we take our longstanding partnership to greater heights. With this collaboration, there is enormous potential for Kedah to be the leading automotive manufacturing hub in Malaysia,” said SM Nasarudin SM Nasimuddin, Group Executive Chairman/CEO, Naza Corporation Holdings.
Together, both Groupe PSA and the Naza Group are poised to achieve a stronger footing in the automotive industry within the ASEAN region.
Pengeluar kenderaan premium ini meningkatkan akses terhadap BMW Oil Inclusive Programme selepas diperkenalkan pada Ogos tahun lalu.
BMW Oil Inclusive Programme, satu lagi program yang pertama seumpamanya dalam industry dibawa oleh BMW Group Malaysia kini ditawarkan ke atas semua kenderaan BMW menerusi pelan Pembiayaan Ansuran Maybank.
Para pemegang kad Maybank kini boleh menikmati tempoh pembayaran ansuran selama 6 hingga 12 bulan melalui cara Ezypay dengan perbelanjaan minimum sebanyak RM500. Pelan bayaran ansuran bulanan ini boleh digunakan untuk semua transaksi selepas jualan termasuklah servis kenderaan, lanjutan jaminan dan pakej servis, pembaikan, badan dan cat, alat ganti dan aksesori serta barangan gaya hidup.
Mengulas tentang perkhidmatan nilai tambah tersebut, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif BMW Group Malaysia, Han Sang Yun berkata, “Kami di BMW Group Malaysia sentiasa mencari jalan untuk meningkatkan keseronokan pengalaman memiliki sebuah BMW dengan menawarkan pelbagai inisiatif berkualiti.
Melalui tawaran baharu ini, matlamat kami adalah untuk mengukuhkan komitmen kami iaitu supaya pelanggan menikmati kereta mereka dan pengalaman pemilikan yang menenangkan minda, biarpun selepas tempoh servis asal tamat.”
Ketua Selepas Jualan BMW Malaysia, Stefan Sloboda berkata, “Pelan dengan Maybank akan membolehkan lebih ramai pelanggan BMW menikmati kebebasan dan pengalaman pemilikan premium kenderaan BMW masing-masing.”
BMW Oil Inclusive Programme membolehkan pemilik BMW melanjutkan servis kenderaan mereka dalam tempoh tahun atau perbatuan tertentu pada harga yang kompetitif bersama pilihan 5 Tahun / 60,000km atau 5 Tahun / 100,000km.
Sebagai contoh, sebuah BMW 1 Series yang didaftarkan pada tahun 2013 yang kini sudah tamat program servis dan jaminan dengan perbatuan sekarang ialah 70,000km. Dengan mendapatkan BMW Oil Inclusive Programme 5 Tahun / 100,000km, ia akan membolehkan pemilik terus menikmati program Servis Berjadual Percuma untuk BMW 1 Series tersebut sehingga tahun 2023 atau 170,000km, mana-mana tiba dahulu.
Jadual di bawah menunjukkan anggaran kos bagi setiap servis mengikut model*. Ia dikira berdasarkan kepada purata selang servis sejauh 10,000km, mungkin berbeza mengikut tarikh pengeluaran kenderaan dan corak pemanduan pemiliknya.
Masa / Perbatuan (tahun – km)
5 tahun / 60,000 km
5 tahun / 100,000 km
BMW 1 & BMW 2 Series
RM 494
RM 342
BMW M2
RM 812
RM 548
BMW 3 & BMW 4 Series
RM 519
RM 362
BMW M3 & BMW M4
RM 812
RM 548
BMW 5 Series
RM 544
RM 377
BMW M5
RM 1097
RM 744
BMW 6 & BMW 7 Series
RM 645
RM 447
BMW M6
RM 1097
RM 744
BMW X1
RM 503
RM 347
BMW X3 & BMW X4
RM 519
RM 362
BMW X5 & BMW X6
RM 595
RM 412
BMW X5M & BMW X6M
RM 1080
RM 734
BMW Z4
RM 511
RM 352
BMW I8
RM 503
RM 347
Dengan BMW Oil Inclusive Programme, pemilik boleh menikmati harga tetap untuk 5 tahun akan datang dan ketenangan minda kerana kenderaan mereka akan diselenggara oleh Juruteknik Bertauliah BMW dengan pengetahuan, teknologi serta peralatan terkini.
Harap maklum bahawa BMW Oil Inclusive Programme merangkumi Minyak Tulen BMW (Sintetik Penuh), Penapis Minyak BMW dan kos buruh. Ditawarkan ke atas kenderaan BMW yang tidak lagi mempunyai pakej BMW yang aktif, atau Jaminan dan Pakej Servis BMW sudah tamat, selang servis kenderaan ini merupakan Servis Berdasarkan Kepada Kondisi dengan purata selang servis 10,000km. Ia bagaimanapun mungkin berbeza mengikut tarikh pengilangan kenderaan dan corak pemanduan pemiliknya.
Untuk maklumat lanjut dan ingin membeli BMW Oil Inclusive Programme baharu, sila kunjungi mana-mana pengedar sah BMW kegemaran anda hari ini.
* Harga yang dinyatakan adalah harga runcit termasuk 6% GST.
* Harga yang dinyatakan adalah sah ketika berita ini diterbitkan.
* BMW Malaysia berhak untuk menukar harga tersebut tanpa perlu memberi sebarang notis lebih awal.
BMW Malaysia tetapkan satu penanda aras baharu dari segi keseronokan pemanduan mewah menerusi BMW Luxury Excellence Pavilion yang eksklusif
MALAYSIA dan Asia Tenggara mengalu-alukan ketibaan aspek Dinamik Sebenar dan kemewahan yang serba canggih menerusi model BMW Concept 8 Series buat pertama kalinya.
BMW Malaysia melancarkan BMW Luxury Excellence Pavilion di Malaysia, sekali gus mendedahkan kewujudan jenama dan keterujaan terhadap kenderaan mewahnya buat pertama kali di negara ini.
Pengeluar kenderaan premium itu juga mengambil peluang untuk memperkenalkan BMW Concept 8 Series buat pertama kalinya, bukan sahaja di Malaysia, malah di Asia Tenggara pada acara yang sama.
Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif BMW Group Malaysia, Han Sang Yun berkata, “Kami sangat berbesar hati kerana dapat berkongsi kewujudan jenama yang baru dan ekspresi terhadap kenderaan mewah kami di BMW Luxury Excellence Pavilion.
Dari Toronto, Kanada ke Malaysia, kami harap dapat berkongsi visi tentang tarikan kemewahan jenama ini menerusi satu program penuh pengalaman yang pertama seumpamanya. Sekali gus menjelaskan bagaimana kami mendefinisikan kembali idea mengenai kemewahan moden dalam industri automotif.”
Menyentuh tentang BMW Concept 8 Series pula, Han menyatakan bahawa ia menjadi bukti terhadap model masa depan BMW – BMW 8 Series Coupé baharu yang dijangka dilancarkan pada tahun ini sebagai sebahagian daripada tawaran paling menarik dalam sejarah pembuat kereta premium tersebut.
“Selaku Pengerusi Ahli Lembaga Pengurusan BMW Group AG, Harald Krüger berkata, ‘Nombor 8 sentiasa menjadi aspek penting prestasi sports dan eksklusiviti di BMW.
Kereta sports konsep yang eksklusif ini menyerlahkan aspek Kesungguhan, Kuasa dan Prestasi. BMW 8 Series Coupé sememangnya sebuah kenderaan yang wajar ditunggu.
Namun, buat masa sekarang BMW Concept 8 Series akan menjelaskan pendirian kami terhadap kenderaan mewah penuh kuasa yang dibina di atas tradisi coupe sporty bersaiz besar.”
Bukan sekadar keseronokan memandu: kemewahan yang inovatif, gaya BMW.
Kewujudan jenama baharu untuk kereta mewah BMW menyaksikan profail dan posisi model-model paling eksklusifnya dimasukkan ke dalam satu kategori produk yang tersendiri.
Kereta ini sangat menarik perhatian, jadi ia sememangnya layak diangkat sebagai jentera yang mampu memperkayakan karekter dan gaya hidup pelanggan dalam segmennya, melalui pengalaman yang penuh emosi dan tulen.
Ciri estetik yang klasik dan tidak berlebihan ini menyerlahkan sejarah tersendiri BMW, bersama pendekatan berani untuk meneroka penyelesaian konsepnya sendiri. Selain kemampuan untuk menyahut cabaran dan menjadi lebih kuat. Ini bukan sahaja berakar umbi dalam warisan BMW, malah menjadi rahsia kejayaan dan membuktikan kesungguhan, keyakinan serta kebolehan BMW dalam membawakan masa depan pada hari ini.
BMW percaya bahawa kemewahan di dalam sesebuah kereta merupkan hasil daripada kepakaran dalam pelbagai aspek pembangunannya. Asli, menarik perhatian dan pastinya kemewahan moden itu dibina di atas tradisi serta semangat menjadi peneraju yang timbul daripada pengalaman, pengetahuan mendalam dan bakat inovasi sejak bertahun-tahun lamanya.
Model-model penting dalam portfolio BMW ini akan menyerlahkan satu pemahaman baru tentang aspek kemewahan – membawa bersama emosi yang diinspirasikan daripada nilai estetik, keseronokan memandu, rasa bebas dan individualiti yang menentukan diri seseorang itu.
BMW juga memberi fokus kepada jalinan hubungan dengan para pelanggan secara berterusan, melibatkan pengalaman, emosi dan tawaran pengubahsuaian. Matlamat pengeluar kereta premium itu adalah untuk menawarkan pelanggan dengan pengalaman mobiliti yang istimewa pada setiap hari, melalui perkhidmatan yang unik dan lebih baik.
Ekspektasi seperti ini yang datang dari kehidupan mewah dan satu kumpulan sasar yang sentiasa ingin mencuba perkara-perkara baharu, menjadi perintis, selain memilih laluan hidup yang bebas dan merdeka.
Dalam pembangunan aspek kemewahan yang berterusan, pengeluar kenderaan mewah ini dilihat sedang membina satu ekosistem mewah yang terdiri daripada pengalaman serta perkhidmatan unik. Ia merangkumi rangkaian penuh model mewah yang mampu mencipta momen luar biasa dan tidak dapat dilupakan.
Ekspresi dan kewujudan jenama baharu dan ekspresi BMW boleh dirasai secara eksklusif di BMW Luxury Excellence Pavilion bermula Khamis, 22 Februari 2018 hingga Rabu, 7 Mac 2018.
BMW Luxury Excellence Pavilion turut dipersembahkan oleh rakan-rakan niaga seperti Dior, Hugo Boss, Moet Hennessy Diageo, Jaeger-LeCoultre, Wei-Ling Gallery, Leica, illy Coffee dan SPACE.
BMW Concept 8 Series: sangat dinamik, kemewahan moden yang sebenar.
BMW Concept 8 Series merupakan usaha BMW dalam menghasilkan jentera mewah dan keghairahan terhadap dunia automotif yang sebenar. Walaupun ia pantas dikenali sebagai sebuah BMW, kereta itu juga tampil dengan idea-idea reka bentuk dan teknik binaan yang baru.
BMW Concept 8 Series menyerlahkan satu pendekatan baru tentang penggunaan bentuk, yang dapat dilihat dengan jelas pada permukaan kereta ini. Garis-garis halus mendasari permukaan yang jernih dan jelas menunjukkan bahawa kereta ini dibina dengan begitu sempurna. Apabila semua elemen ini digabungkan, terhasillah sebuah model yang luar biasa dan penuh dengan karekter.
BMW Concept 8 Series hadir dengan gril kidney yang besar, sepasang lampu utama nipis dan corong kemasukan udara yang besar. Seterusnya membentuk grafik hadapan yang sangat garang dan sporty.
Templat klasik BMW kini tampil dengan interpretasi lebih segar, membawa bahasa reka bentuk syarikat ke satu hala tuju yang baru. Sebagai contoh, dua gril kidney itu diposisikan lebih rendah dan lebar. Mengambil inspirasi daripada coupé BMW sebelum ini, gril tersebut didatangkan untuk membentuk satu elemen yang besar.
Gril itu dilihat lebih lebar, menyerlahkan karekter dinamik BMW Concept 8 Series. Dengan lampu utama lazer yang super nipis dan tema “twin circular” berbentuk heksagon, pandangan akan fokus ke bahagian hadapan ini.
Sementara corong kemasukan udara pada apron hadapan membuatkan kereta ini semakin lebar, mantap dan sporty di atas jalan, serta menjanjikan pengalaman dinamik yang sebenar.
Elemen gentian karbon di antara kedua-duanya menyerlahkan karekter jentera yang sporty dan berprestasi tinggi. Manakala warna luaran kelabu (Barcelona Grey Liquid) yang dihasilkan secara eksklusif – warna kelabu kebiru-biruan dengan pigmen berwarna-warni – memberikan kesan optimum pada permukaan jentera ini.
Bahagian belakang saling dipengaruhi oleh volum dan garis-garis yang membentuk seksyen belakang kereta ini. Arca roda menyerlahkan kuasa dinamik dan pacuan roda belakangnya. Ruang tempat duduk dan bahagian belakang yang lebar dapat dilihat dengan jelas pada BMW Concept 8 Series.
Lampu belakang yang nipis menjalar hingga ke bahagian sisi BMW Concept 8 Series dan menjadi penyambung di antara bahagian belakang dan sisinya. Lampu berbentuk huruf L itu seakan-akan terkeluar dari bahagian belakangnya. Ia membuatkan jentera ini kelihatan lebih lebar dan maskulin di atas jalan. Manakala bentuknya yang nipis memberikan gayaan yang ultra sporty dan moden.
Peresap udara berwarna hitam dengan kemasan gentian karbon pada bahagian bawah apron belakang memberikan rasa yang sporty dan ringan. Kerangka paip ekzos berbentuk trapezoidal pula menjanjikan pengalaman pemanduan yang dinamik.
Di ruang kabin, BMW Concept 8 Series menggabungkan asepek dinamik dan mewah. Permukaan dan garis yang ada padanya mengunjur ke hadapan untuk pengalaman pemanduan yang dinamik.
Konsol tengah dan pintu memberikan ruang kabin ini struktur yang kemas. Transisi yang lancar dari panel instrumen ke bahagian pintu, menyerlahkan rasa sporty pada elemen reka bentuk ruang kabin ini.
Impresi ini dibuktikan dengan sambungan yang sempurna di antara konsol tengah dan panel instrumen yang mana kedua-duanya membentuk ciri penting ruang tersebut. Reka bentuk sporty dipertingkatkan lagi dengan konsol tengah yang tinggi dan titik fokus visual panel instrumen lebih rendah.
Ketika memandu, semua titik hubungan anda dengan kereta padat dengan karekter yang sporty. Tempat duduk sports yang eksklusif itu bukan sahaja nipis, tetapi struktur asasnya diperbuat daripada kerangka gentian karbon dan dibalut dengan kulit terbaik, sekali gus menjadikannya tempat duduk yang sempurna.
Jejari aluminium yang digilap menggunakan tangan dan paddle shifter berwarna merah membuatkan anda teringat kepada litar lumba. Semua ini digabung untuk menunjukkan kejayaan BMW dalam meneroka kontras di antara aspek kejuruteraan dan emosi, dinamik dan kemewahan. Bentuknya menyerlahkan ciri sporty yang sebenar, manakala penggunaan material yang tersendiri memberikan eksklusiviti serta reka bentuk berkualiti tinggi.
Kulit Merino berwarna coklat gelap dan putih (Fjord White) memberikan ambien berkualiti tinggi kepada ruang dalaman kereta ini. Kemasan gentian karbon dan aluminium yang digilap menggunakan tangan menghasilkan kontras yang menarik, selain membangkitkan rasa sporty dan teknikal.
Ia kemudian diserlahkan lagi dengan tuil gear dan iDrive Controller yang diperbuat daripada kaca Swarovski bersama kuart berwarna kelabu untuk memberikan anda kemasan yang penuh gaya.
BMW 8 Series Coupé akan dibina berasaskan kepada tradisi kejayaan syarikat dalam menghasilkan kereta sports mewah, seterusnya menambah satu lagi model menarik – sebuah kereta impian yang sebenar – ke dalam rangkaian model mewah sedia ada.
Wasiyyah Shoppe Berhad, organisasi peneraju dalam industri perancangan dan pengurusan harta pusaka secara syariah di Malaysia menganjurkan Konvensyen Wasiyyah 2017 bertemakan Dai’e Mawarith “Profesional & Berintegriti” di Matrade Exhibition Convention Centre (MECC), Kuala Lumpur, semalam.
KONVENSYEN Wasiyyah Shoppe Berhad kali ke-7 ini adalah program tahunan Wasiyyah Shoppe meraikan perunding-perundingnya dan sebanyak 34 anugerah yang dipertandingkan bagi membuktikan kecemerlangan mereka.
Pemenang diukur daripada segi produktiviti dan komitmen mereka bersama Wasiyyah Shoppe Berhad sepanjang 2017.
Ahli Lembaga Pengarah Wasiyyah Shoppe, Ariffin Sabirin dalam ucapannya berkata, syarikat pada tahun ini sudah melakukan pelbagai pembaharuan meliputi pengenalan produk baru dan pertambahan ahli lembaga pengarah syarikat.
Beliau yang juga pengasas Wasiyyah Shoppe berkata, syarikat kini memiliki tujuh ahli lembaga pengarah syarikat dan tujuh ahli panel syariah serta 24 jenis produk yang dibangunkan sendiri dalam memenuhi keperluan masyarakat Islam di luar sana.
“Kami juga berbangga kerana Wasiyyah Shoppe terbabit dalam projek Gerakan Kesedaran Hibah Perak yang akan dirasmikan oleh Sultan Perak pada 1 Mac depan.
“Ini satu penanda aras yang baru kerana tiada mana-mana organisasi di mana Sultan Perak begitu mengambil berat mengenai perkara ini dan kami sangat menghargai kerana mendapat sokongan dari baginda Sultan,” katanya.
Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Wasiyyah Shoppe, Affendy Nanyan.
Sementara itu, Pengarah Urusan Kausar Wealth Management Sdn Bhd (KWM), Khamarul Azhar Hashim berkata, pihaknya menerima anugerah tertinggi dari Wasiyyah Shoppe iaitu Anugerah Khalifah untuk tiga tahun berturut-turut yang disampaikan oleh Pengerusi Wasiyyah Shoppe, Datuk Ahmad Khairummuzammil Mohd Yusoff.
Beliau berkata, penerimaan anugerah itu melambangkan usaha setiap individu dalam KWM kerana mereka mendokong cita-cita yang sama untuk memartabatkan perwarisan harta Islam dan menjadi pemangkin kepada ekonomi Ummah.
“Kami mahu menyediakan satu solusi yang terbaik dan perkhidmatan perancangan menerusi modul-modul latihan yang komprehensif agar setiap perunding yang bersama KWM dapat dilatih dengan cepat dan ilmu yang padat.
“Ini sekali gus dapat memberikan maklumat tepat kepada masyarakat dan memberikan solusi terbaik. Ia juga satu usaha bersama dan kami berharap usaha ini dapat membuka mata kepada masyarakat Islam di luar sana,” katanya.
Khamarul berkata, KWM juga mensasarkan untuk melahirkan antara 2,000 hingga 5,000 perunding perwarisan harta dan mempelawa mereka yang terbabit dalam industri takaful, insurans, unit amanah atau yang mengambil skim pemisahan sukarela (VSS) menyertai KWM sebagai perunding profesional.
“Kami mahu Kausar Wealth Management menjadi pilihan nombor satu bagi umat Islam apabila berfikir mengenai mengenai perancangan harta pusaka dan berjumpa dengan perunding kami yang dilatih secara khusus serta profesional,” katanya yang turut menaiki pentas menerima anugerah bersama Pengarah Kausar Suzana Abu Bakar.
SENARAI NAMA PEMENANG ANUGERAH 2017
Anugerah Khalifah 2017
· KAUSAR WEALTH MANAGEMENT
Piala Liga Perdana (Tertinggi)
· KAUSAR WEALTH MANAGEMENT
Piala Liga Juara (Tertinggi)
· KAUSAR WEALTH MANAGEMENT
Anugerah Jualan Al-Wasitah Delima Terbaik 2017 (Kes Paling tinggi)
AZMI BIN MUKHALID
Anugerah Jualan Al-Wasitah Nilam Terbaik 2017 (Kes Paling tinggi)
SAFINA WEALTH ADVISORY
Anugerah Jualan Al-Wasitah Zamrud Terbaik 2017 (Kes Paling tinggi)
UMI KHLSOM BINTI YUSOF
Anugerah Jualan Hibah Tabung Haji Terbaik 2017 (Kes Paling tinggi)
NOR LAILYSHIMA BINTI MIOR RAMLY
Anugerah Jualan Kasihku Terbaik 2017 (Nilai Paling tinggi)
ROHAYAH BT AHMAD
Anugerah Jualan At-Tijarah Terbaik 2017 (Nilai Paling tinggi)
RIDUAN BIN SA’ARI
Anugerah Jualan Pra Hibah Terbaik 2017(Kes Paling tinggi)
KAMSIAH BINTI MOHD PILUS
Anugerah Jualan Hibah Amanah Terbaik 2017 (Nilai Terkumpul Paling tinggi)
NORLIAH BINTI ABU NOH
Anugerah Jualan Hibah Komprehensif Terbaik 2017 (Nilai Terkumpul Paling tinggi)
ROHAYAH BT AHMAD
Anugerah Jualan At-Mutahabbah (Kes Paling tinggi)
KAMSIAH BINTI MOHD PILUS
Anugerah Jualan Saham (Kes Paling tinggi)
ROHAYAH BT AHMAD
Anugerah Juara Bulanan Terbanyak 2017 (Paling banyak keluar dalam setahun)
ROHAYAH BT AHMAD
Anugerah Kumpulan Jualan Terbaik Al-Wasitah 2017 (Kes terbanyak NZD)
· KAUSAR WEALTH MANAGEMENT
Anugerah Kumpulan Jualan Terbaik Hibah 2017 (Nilai terbanyak PAK)
· KAUSAR WEALTH MANAGEMENT
Anugerah Kumpulan Jualan Terbaik At-Mutahabbah 2017 (Kes terbanyak)
· KAUSAR WEALTH MANAGEMENT
Anugerah Kumpulan Jualan Terbaik At-Tijarah 2017 (Nilai terbanyak)
· KAUSAR WEALTH MANAGEMENT
Anugerah Kepimpinan Terbaik (Pembinaan Kumpulan) 2017 (Ratio melantik dan menjual – min 20 org)
· KAUSAR WEALTH MANAGEMENT
Anugerah Kepimpinan Terbaik (Produktiviti Kumpulan) 2017 (Jualan semua tertinggi)
· KAUSAR WEALTH MANAGEMENT
Anugerah Kumpulan Harapan 2017
· KAUSAR GLOBAL
Anugerah Kumpulan Terbaik 2017
· KAUSAR WEALTH MANAGEMENT
Anugerah Kumpulan Terbaik L.KLANG 2017 (melantik, jual, renew kontrak)
KAUSAR WEALTH MANAGEMENT
Anugerah Rakan Mawarith Cemerlang
PROTAC INSURANCE BROKERS SDN BHD
Anugerah Daie Sepanjang Zaman
MOHD NORAZIZI BIN HAMZAH
Anugerah Perunding Mawarith Terbaik 2017 (Nilai Tertinggi)
· SAADIAH BINTI JAMAL
Anugerah Perunding Profesional Mawarith Terbaik 2017 (Nilai Tertinggi)
· SHAHIDAN BIN RAZAK
Anugerah Ketua Perunding Eksekutif Terbaik 2017 (melantik, jual, renew kontrak)
· KAUSAR WEALTH MANAGEMENT
Anugerah Perunding Harapan Terbaik 2017
· ABDUL HADI BIN ABD MALEK
Ahli AirAsia BIG boleh menikmati Internet secara percuma di dalam penerbangan ROKKI.
SEMUA ahli BIG akan diberikan pelan chat 2MB untuk mengakses aplikasi WhatsApp, WeChat, LINE, KakaoTalk dan Viber setiap kali mereka terbang dengan penerbangan ROKKI.
Ahli BIG hanya perlu menyambung kepada ROKKI Wi-Fi semasa penerbangan dan log masuk ke portal ROKKI (rokki.com) menggunakan log masuk AirAsia BIG mereka untuk menebus pelan itu secara automatik.
Ketua Pegawai Eksekutif ROKKI, Lalitha Sivanaser berkata, “ROKKI memahami kepentingan
sambungan internet di dalam kehidupan kita. Jadi kami harap Internet yang diberikan secara percuma di dalam penerbangan ini boleh membantu para tetamu untuk terus berhubung dengan rakan-rakan serta keluarga mereka selain mendapat maklumat terkini walau di mana mereka berada.”
“Untuk memastikan para tetamu dapat menikmati sambungan internet itu, ROKKI akan terus berusaha untuk memacu transformasi digital di dalam penerbangan untuk menawarkan hiburan, berita, dan tawaran membeli-belah yang menarik menerusi peranti telefon bimbit peribadi mereka di dalam penerbangan,” katanya.
ROKKI merupakan platform hiburan di dalam penerbangan yang menawarkan hiburan, muzik, permainan dan berita, serta membeli-belah secara percuma kepada tetamu. Untuk menikmatinya, tetamu hanya perlu sambung kepada Wi-Fi secara percuma dengan peranti peribadi mereka di dalam 44 pesawat ROKKI AirAsia. Untuk maklumat dan berita terkini, layari rokki.com atau airasiabig.com.
Three years ago in the pages of The Financial Times, Rolls-Royce announced to the world that it would create an all-new, high-bodied car that would redefine luxury travel by making it Effortless, Everywhere. Since that day the world has waited, anticipating the arrival of this mould-breaking new Rolls-Royce.
TODAY, the wait is almost over as Rolls-Royce confirms that its new motor car will be called Cullinan.
“The name Cullinan has been hiding in plain sight since we revealed it as the project name some years ago,” comments Torsten Müller-Ötvös, Chief Executive Officer of Rolls-Royce. “It is the most fitting name for our extraordinary new product.
Cullinan is a motor car of such clarity of purpose, such flawless quality and preciousness, and such presence that it recalibrates the scale and possibility of true luxury. Just like the Cullinan Diamond, the largest flawless diamond ever found, it emerges when it is perfect and exists above all others.”
The story of how this new Rolls-Royce came to be named Cullinan is itself one of the pursuit of perfection. Like the diamond, the Rolls-Royce Cullinan has undertaken a fascinating journey.
From the searing deserts of Africa and the Middle East to the freezing snows of the Arctic Circle; from the grassy glens of the Scottish Highlands to the towering canyons of North America, the designers, engineers, craftspeople and artisans of the House of Rolls-Royce have shaped, tested and polished this unique motor car to eliminate any flaw and make it Effortless, Everywhere.
“We were inspired by the epic processes, over many millennia, which went into the creation of the Cullinan Diamond. The name embodies the many facets of our new motor car’s promise. It speaks of endurance and absolute solidity in the face of the greatest pressures; it tells of rarity and preciousness and it alludes to the pioneering, adventurous spirit of The Hon. Charles Rolls and the engineering innovation of Sir Henry Royce; and, of course, it speaks of absolute luxury, wherever you venture in the world” continued Müller-Ötvös.
Cullinan is the second Rolls-Royce to sit atop the company’s recently announced all-new proprietary aluminium spaceframe ‘Architecture of Luxury’. Unique and unequalled in its brilliance, every facet of the Rolls-Royce Cullinan scintillates.
Müller-Ötvös concludes: “Quite simply, the name Cullinan is perfect and brilliant.”
History
The Cullinan Diamond was extracted from a mine deep in South Africa’s Magaliesberg Mountains in 1905, and at 3,106 carats, remains the largest diamond ever discovered. Cleaved into nine stones, cut and polished, the two largest portions of the Cullinan reside in the British Imperial Crown and Sovereign’s Sceptre with Cross.
The alleged story of how the Cullinan diamond travelled to take up its place in the British Crown Jewels is as interesting as the diamond itself. The Transvaal government of the day purchased it for £150,000. A prize surely fit for a King, their plan was to present it to King Edward VII on his 66th birthday, in the hope that such a gift would help heal the wounds of the recently ended Boer War.
Its journey to England would prove to be the diamond’s next big adventure. Given its size and value, it was bound to attract much unwanted attention. So detectives were sent from London to provide a visible and secure escort for the diamond on board a passenger steamboat bound for Britain. The treasure was ceremoniously placed in the ship’s Captain’s safe and guarded throughout its entire journey.
Or so it appeared…. Legend has it that that was all a sleight of hand. That the police and the safe were just an elaborate ruse. The diamond in that ship’s safe, protected by those police officers, was said to be a resin replica, whilst the real Cullinan was simply sent to London by registered post to the Foreign Office to be presented to the King.
Ferrari 488 Pista: a brilliant track-derived combination of exhilaration and performance. First images released ahead of unveiling at Geneva Motor Show
THE new Ferrari 488 Pista, which will be unveiled at the upcoming Geneva Motor Show, is the successor to Ferrari’s V8-engined special series – the 360 Challenge Stradale, 430 Scuderia and 458 Speciale – which have received critical acclaim for their performance and undiluted handling.
This model marks a significant step forward from the previous special series in terms of both sporty dynamics and for the level of technological carry-over from racing. The name is, in fact, a direct homage to Ferrari’s unparalleled heritage in motor sports.
The car’s development evolved directly from the company’s involvement in the FIA World Endurance Championship – where it has won five Manufacturers’ titles in the GTE class in the six years since the series’ inception, taking 29 out of 50 races – and 25 years’ experience in running the Ferrari Challenge one-make series.
The 488 Pista’s extensive weight saving solutions, along with engine, vehicle dynamics and aerodynamic developments all derive from Ferrari’s racing cars: the 488 GTE and the 488 Challenge. The result is a car with an uncompromising mission: to offer track-like performance on and off the road, even when in the hands of non-professional drivers.
Compared to the 488 GTB, the new model weighs an impressive 90 kg less (1280 kg dry) which, when combined with the largest ever increase in engine power for a special series car (+50 cv), results in a new benchmark for Ferrari’s V8 sports cars.
Its engine is the most powerful V8 in Ferrari history and is an extreme evolution of the turbo unit that has won the overall International Engine of the Year award titles in both 2016 and 2017.
It punches out 720 cv with the highest specific output of in its class (185 cv/l) and is now lighter too, thanks to solutions adopted from the 488 Challenge, including Inconel exhaust manifolds and lightweight crankshaft and flywheel, but also thanks to additional features, such as titanium con rods and carbon-fibre intake plenums.
The 488 Challenge also supplies the turbos with integrated rev sensors along with the design of the air intake line which has been moved from the flanks to the rear spoiler area to ensure a cleaner flow of air.
Torque is higher than the 488 GTB at all engine speeds, delivering a feeling of consistently smooth, powerful acceleration with even faster turbo response times despite the increase in power.
The engine sound is unique and unmistakably Ferrari, as such a special car warrants. Both the sound quality and the intensity are higher than the 488 GTB in all gears and at all engine speeds in proportion with the progressive increase in power.
The 488 Pista makes full use of Ferrari’s motor-sports experience for maximum aerodynamic performance even on the road. Among the racing solutions adopted is the front F1-inspired S-Duct and the design of the front diffusers which feature a ramp angle that was optimised for the 488 GTE to create strong suction for increased downforce.
The underbody vortex generators have also been redesigned, and the rear diffuser incorporates the same double kink as the 488 GTE to increase the air extraction and downforce generation compared to a traditional diffuser. In addition, the rear blown spoiler is higher and longer and the shape has been optimised. The final result of all these interventions is an impressive 20% increase in downforce.
The vehicle dynamics were designed to enhance driving pleasure and make the car’s full potential available to all drivers, professional or otherwise. The objective was to make the car’s performance on the limit easier to reach and control.
This was achieved by synergies between the development of the mechanical set-up and the electronic dynamic controls integrated into version 6 of the Side-Slip Angle Control system. SSC 6.0 incorporates all the following systems: E-Diff3, F1-Trac, the magnetorheological suspension (SCM) and, for the first time ever, the Ferrari Dynamic Enhancer.
The FDE features a world-first: it uses Ferrari software to adjust the brake pressure at the callipers. This additional level of control further fine-tunes the 488 Pista’s performance through, and powering out of, corners making the car’s handling even more effortless, intuitive and predictable.
The extra confidence the system gives means that drivers can more easily control yaw angles, even on the limit, and develop a completely symbiotic relationship with the car resulting in the perfect combination of genuinely extreme performance and driving thrills.
The suspension set-up is completed by new tyres developed specifically for the car by Michelin.
The design of the 488 Pista is focussed on functional aerodynamic concepts while the cockpit is pared back in keeping with its very sporty vocation. Ferrari Design used innovative elements, such as the aerodynamic S-Duct at the front, as an opportunity to visually shorten the car’s nose, creating an original floating wing effect.
The racing livery colour scheme is an integral part of the design of the car and the way it dives into the S-Duct underscores the berlinetta’s compact yet imposing forms. Contrasting edging on the aerodynamic elements on the bumpers and flanks add structure to the design.
The concept of the front is echoed in the dolphin-tail rear spoiler which appears suspended to provide an impression lightness and efficiency, while the rear volumes add a sense of power to the tail.
The car’s underlying sense of extreme purpose is also highlighted by the adoption for the first time on a Ferrari of optional new 20” carbon-fibre wheel rims, while other carbon-fibre parts include the engine cover, bumpers and rear spoiler.
Diesel vehicle owners in Sarawak can now look forward to benefit from Shell FuelSave Diesel Euro 5, which is now made available at stations in Bintulu and followed by other major cities in Sarawak namely Miri, Kuching, and Sibu in due course.
MANAGING Director of Shell Timur Sdn Bhd, Shairan Huzani Husain, said, “We are proud to announce the availability of our Shell FuelSave Diesel Euro 5 in Sarawak.
Here at Shell, our customers are at the heart of everything we do, and we are on a mission to make their life’s journeys better. Hence, we are bringing our best diesel fuel to Sarawak that will give our customers one less worry on the road and help them leave happier for their journey ahead.”
He added, “This is also in line with our strategy of providing cleaner and innovative energy solutions, leveraging on our leadership in fuels technology.”
Shell FuelSave Diesel Euro 5 is formulated with DYNAFLEX Technology, with new dirt-busting molecules for a clean and efficient engine. The technology helps to clean and protect key fuel system components, such as fuel injectors, from build ups that may reduce engine’s performance.
In addition, the new Shell FuelSave Diesel Euro 5 contains less than 10 mg/kg of sulphur, making it suitable for modern diesel engines which requires low sulphur diesel fuel.
Motorists can now enjoy the benefits of the all new Shell FuelSave Diesel Euro 5 at selected stations in Sarawak. For more information, please visit www.shell.com.my/SarawakE5