TAHUKAH anda bahawa pencemaran udara di dalam kereta lebih buruk daripada udara di luar? Antara faktor yang menyumbang kepada pencemaran udara itu termasuk habuk dan bakteria yang dibebaskan daripada penapis penyaman udara, bau makanan, bau rokok dan kuping kulit haiwan peliharaan.
Turut menyumbang ialah pelepasan ekzos kenderaan dan debunga zarah-zarah halus bersaiz PM2.5 yang boleh masuk ke dalam kereta sebagai kemungkinan membahayakan kesihatan. Penuras penyaman udara jika tidak dibersihkan dengan kerap, boleh mengumpulkan kotoran dan mencemarkan udara keluar dengan habuk, hama, bakteria dan alergen lain.

Suhu di dalam kereta anda juga boleh naik hingga 50 – 60 darjah Selsius jika terdedah kepada cahaya matahari yang berpanjangan. Keadaan ini menyebabkan jenis-jenis upholsteri dalaman yang paling biasa seperti kulit, getah dan fabrik boleh membebaskan formaldehid, sebatian organik meruap sepenuhnya atau TVOC dan bahan kimia lain yang juga bahan cemar udara yang mengancam nyawa.
Jalan penyelesaian atau alternatif untuk menikmati udara selamat, bersih dan segar di dalam kenderaan ialah menerusi penggunaan sistem rawatan udara yang direka khas oleh AMWAY khusus untuk kenderaan.
Atmosphere Drive adalah sistem udara kereta yang pertama oleh AMWAY dan mengguna pakai teknologi penurasan yang terbukti mampu membekalkan udara yang selamat, bersih dan segar kepada pengguna di dalam kenderaan yang boleh mencecah 15 kali ganda lebih kotor berbanding dengan udara di luar.
Penggunaan penuras tiga dalam satu yang unik ini mampu mengekalkan tahap prestasi industri yang tinggi dengan menyingkirkan 99 peratus zarah bawaan udara sehingga sekecil 0.015 mikron di dalam kenderaan anda.

Bagaimana ia berfungsi? Teknologi penurasan tiga dalam satu ini yang pertama sekali ia bertindak memerangkap kontaminan kasar seperti rambut dan debu. Kemudian di peringkat kedua, zarah-zarah kecil dan asap akan disingkir serta membantu mengurangkan bau yang tidak menyenangkan di dalam kenderaan anda.
Ketika produk ini diuji, penulis mendapati alat ini mudah dipasangkan dalam kereta malah kabel wayar sambungan berkuasa 12V yang panjang memudahkan alat ini diletakkan di mana-mana sahaja mengikut kesesuaian pengguna.
Kadar penghantaran udara bersih (CADR) yang tinggi pada 30 m3/j membolehkan udara yang dihembus keluar menghasilkan peredaran udara yang kuat sekali gus udara segar memenuhi setiap sudut dalaman dan menambah baik kualiti udara di dalam kereta dengan serta merta.
CADR merujuk kepada jumlah udara yang dituras melalui peranti rawatan udara setiap minit. Semakin tinggi angka CADR semakin cekap prestasinya.
Atmosphere Drive ialah sistem rawatan udara di dalam kereta yang pertama dan satu-satunya diperakui oleh British Allergy Foundation untuk mengurangkan atau menyinkirkan alergen. Ujian saintifik telah menunjukkan bahawa peranti ini berkesan menghilangkan hama debu, debunga, kulat, kuping kulit haiwan peliharaan dan alergen lain.
Untuk menggunakan alat ini, anda hanya perlu mengikut langkah yang tertera di dalam buku manual dan alat itu tersedia digunakan sebaik sahaja ia disambungkan kepada soket kuasa penyala rokok yang terdapat dalam kenderaan anda.
Kadar bunyi yang dikeluarkan oleh alat ini juga tidak terlalu kuat kerana ia secara automatik sudah dilaraskan ke mod auto tetapi anda boleh menukar tetapan kelajuan kipas dengan menekan butang kelajuan kipas mengikut tahap yang diingini.
Untuk mengelakkan penggunaan kuasa bateri kereta anda, Atmosphere Drive akan mati secara automatik selepas beroperasi selama dua jam dan untuk menghidupkannya semula, hanya tekan butang kuasa.
Jangka hayat penuras udara ialah selama 350 jam dan apabila lampu penunjuk penuras bertukar ambar atau kuning, baki jangka hayat dianggarkan 28 jam dan pada peringkat ini, anda disarankan memesan penuras baru.
Untuk mematikan unit ini, tekan butang kuasa selama tiga saat hingga unit dimatikan. Untuk hasil yang terbaik, gantikan penuras apabila penunjuk pengganti penuras bertukar merah. Kekerapan penggantian akan berubah-ubah bergantung kepada tempoh penggunaan, kualiti udara luar dan kedudukan unit.
Produk itu juga tahan haba dan sejuk serta sesuai untuk persekitaran di dalam kereta dengan julat suhu dari -20 darjah Selsius hingga 70 darjah Selsius.
Sistem rawatan udara kereta Atmosphere Drive hanya boleh didapati melalui pemilik perniagaan AMWAY di seluruh negara bermula 15 November lalu pada harga RM1,887.50 (termasuk GST).