Penipuan deepfake menjadi kebimbangan global yang semakin meningkat. Di Malaysia jumlah kerugian yang dicatatkan akibat penipuan ini pada 2024 adalah sebanyak RM500 juta, menurut laporan New Straits Times.
Penjenayah menggunakan AI untuk menyunting kandungan video bagi menyerupai individu, termasuk tokoh terkemuka, bagi memperdaya mangsa untuk membuat penipuan urus niaga.
Wajah dan suara beberapa figura awam termasuk Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, Datuk Seri Siti Nurhaliza, Datuk Lee Chong Wei dan Khairul Aming telah dieksploitasi menggunakan AI bagi tujuan penipuan, lapor Free Malaysia Today.
Mangsa yang terperdaya akan menyerahkan wang atau maklumat peribadi. Bagi memerangi kandungan penipuan, HONOR Magic7 Pro dilengkapi teknologi AI Deepfake Detection bagi mengesan penipuan dan kandungan digital yang dimanipulasi.
Sebagai telefon pintar pertama di dunia yang mempunyai teknologi pada peranti ini, HONOR Magic7 Pro mampu melindungi pengguna daripada ancaman penipuan digital. HONOR Magic7 Pro juga telefon pintar pertama jenama ini dimuatkan dengan teknologi AI Deepfake Detection.
Semasa panggilan video, AI Deepfake Detection akan mengimbas pandangan mata, cahaya, kejelasan imej, dan ulangan video bagi mengenal pasti kecacatan yang mungkin tidak kelihatan pada pandangan mata kasar. Dengan memeriksa sifat-sifat ini, AI Deepfake Detection mampu mengesan kandungan yang dimanipulasi dengan tepat bagi membezakan antara media sebenar dan pengubahsuaian penipuan.
Jika terdapat sebarang anomali dikesan dalam tempoh tiga saat, HONOR Magic7 Pro akan
mengeluarkan amaran pada skrin dengan segera, mengelakkan pengguna daripada menjadi mangsa kepada penipuan, sekaligus mencipta persekitaran yang lebih selamat
untuk berkomunikasi.
HONOR Magic7 Pro akan datang ke Malaysia!
Penantian kini hampir berakhir! Telefon pintar flagship baharu dikuasakan AI, HONOR Magic7 Pro bakal memasuki pasaran Malaysia, tidak lama lagi. Lebih banyak butiran, pandangan pertama rekaan serta ciri-ciri AI HONOR Magic7 Pro, akan disiarkan pada 9
Disember nanti.