Savvy @ Riana Dutamas, sebuah pembangunan dinamik yang dibangunkan dengan teliti oleh IJM Land dan FCW Holdings Berhad, meraikan pencapaian penting apabila projek kediaman servis yang telah siap lebih awal daripada jadual dan kini bersedia untuk penyerahan pemilikan kosong kepada pemilik.

Terletak strategik di kawasan pesat berkembang, Segambut, berhampiran dengan Mont Kiara dan Solaris, hartanah pegangan bebas ini menawarkan gaya hidup bandar elegan serta potensi pelaburan yang menguntungkan, melambangkan kejayaan dalam portfolio pembangunan hartanah IJM Land.

Savvy @ Riana Dutamas yang memiliki anggaran Nilai Pembangunan Kasar (GDV) sebanyak RM590 juta ini dibangunkan di atas tanah berstatus perdana berkeluasan 5.06 ekar.

Pembangunan ini turut menerima persijilan berprestij GreenRE Bronze yang mengiktiraf ciri-ciri kelestariannya, dengan penilaian QLASSIC mengagumkan mencapai 85%, sekali gus mencerminkan kualiti tinggi pembinaannya.

Lebih menarik lagi, mural-mural indah hasil karya artis tempatan menghiasi ruang komuniti, satu pendekatan yang menyokong seni tempatan dan menambah sentuhan artistik yang memukau.

Pembangunan ini menawarkan 921 unit apartmen servis elegan dengan harga bermula dari
RM454,000.

Kediaman ini tampil dengan pelbagai pilihan susun atur, dari unit selesa berkeluasan dari 722 kaki persegi (2-bilik tidur) hinggalah unit lebih luas berkeluasan 1,232 kaki persegi (3-bilik tidur + studio dual-key), sesuai untuk profesional muda dan keluarga generasi
berbilang.

Setiap unit juga dilengkapi dengan kemudahan 2 hingga 3 tempat letak kereta, memastikan akses kepada kemudahan yang mencukupi untuk penduduk.

“Savvy @ Riana Dutamas menawarkan keseimbangan sempurna antara kehidupan di bandar dan kediaman yang menenangkan. Visi kami adalah untuk mewujudkan pembangunan yang memenuhi keperluan semua generasi,, sama ada mereka yang mencari gaya hidup dinamik di bandar atau untuk tujuan pelaburan bijak.

Dengan lokasi strategiknya di Segambut dan penekanan kepada ruang komuniti interaktif, Savvy menawarkan gaya hidup bandar yang optimum, yang menyambut kepulangan anda dengan penuh ketenangan,” kata Datuk Chai Kian Soon, Pengurus Besar IJM Land.

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini