Pra-tempah sekarang untuk menikmati Google TV 43 inci PERCUMA dan hadiah premium bernilai sehingga RM3,797
Syarikat ekosistem peranti AI global terkemuka, HONOR hari ini melancarkan HONOR Magic V6 di Malaysia, peranti boleh lipat yang dinanti-nantikan dan telah mencipta rekod ketahanan. Dengan ketahanan peneraju industri, keterhubungan rentas ekosistem Apple yang lancar, kapasiti bateri terbesar dalam telefon pintar boleh lipat serta keupayaan berbilang tugas skrin besar yang canggih, HONOR Magic V6 menetapkan penanda aras baharu dalam inovasi telefon boleh lipat. Peranti ini dijual pada harga bermula RM7,699.
Pra-tempah bermula, bawa pulang Google TV 43 inci dan pakej hadiah percuma bernilai sehingga RM3,797!
HONOR Magic V6 kini dibuka untuk pra-tempahan sehingga 11 Jun 2026. Setiap pembelian hadir bersama hadiah PERCUMA eksklusif untuk tempoh terhad bernilai sehingga RM3,797, termasuk sebuah Skyworth Google TV 43 inci, pelan Jaminan Kualiti Tanpa Risau 2 Tahun dan Perlindungan Skrin Retak Tanpa Risau Setahun untuk ketenangan tambahan.
Pra-tempahan boleh dibuat di HONOR Experience Stores seluruh negara, kedai dalam talian HONOR Malaysia, serta kedai rasmi HONOR di Shopee, Lazada dan TikTok Shop. Pelanggan juga boleh membuat pra-tempahan melalui rakan niaga terpilih Harvey Norman, Senheng, SenQ dan Urban Republic.
Ketahanan Peneraju Industri dalam Rekaan Ultra Nipis
HONOR Magic V6 meneruskan kepimpinan HONOR dalam inovasi telefon boleh lipat dengan profil yang sangat nipis, berukuran hanya 8.75mm apabila dilipat dan 4.0mm apabila dibuka, serta berat sekitar 219g.
Di sebalik rekaan ultra nipisnya, HONOR Magic V6 menetapkan standard baharu dalam ketahanan telefon boleh lipat menerusi Engsel Keluli Super HONOR yang menerajui industri. Engsel ini direka dengan kekuatan tegangan mengagumkan 2,800 MPa, mengatasi kekuatan tiang-A sebuah kereta. Bagi membuktikan kekuatan strukturnya yang luar biasa, telefon boleh lipat ini berjaya menunda pesawat seberat 1.25 tan dan sebuah kereta lumba tanpa merosakkan strukturnya. Pencapaian ini melayakkan HONOR Magic V6 meraih gelaran ASIA Records dan ASEAN Records bagi gelaran ‘Pesawat Terberat Ditunda Sebuah Telefon Boleh Lipat’
Untuk ketahanan jangka panjang, engsel ini turut melalui ujian ketat sebanyak 500,000 kitaran lipatan, bersamaan lebih 13 tahun penggunaan harian.
Paparan HONOR Magic Diamond untuk Ketahanan Cemerlang
HONOR Magic V6 meningkatkan ketahanan paparan menerusi HONOR Magic Diamond Screen serba baharu, yang direka untuk memberikan ketahanan serta pengalaman tontonan premium pada paparan dalaman dan luarannya.
Paparan luar peranti ini diperkukuh dengan HONOR Anti-Scratch NanoCrystal Shield yang dipertingkat, menampilkan 5,600 lapisan salutan silikon nitrida yang meningkatkan ketahanan calar, ketahanan haus dan perlindungan jatuh dengan ketara, sambil mengurangkan pantulan skrin serendah 1.5% untuk keterlihatan luar yang lebih baik.
Sementara itu, paparan dalaman menggunakan lapisan fleksibel Ultra-Tough Glass (UTG) yang dipertingkat, direka untuk memberikan pengalaman visual dengan kesan lipatan hampir sifar. Penambahbaikan struktur ini mengurangkan kedalaman kesan lipatan sebanyak 44% dan meningkatkan ketahanan hentakan sebanyak 33%, sekali gus mengukuhkan lagi kebolehpercayaan jangka panjang. Paparan ini turut meraih pensijilan SGS 5 Bintang Pemantulan Rendah Kebolehpercayaan.
Telefon Pintar Boleh Lipat Pertama dengan Perlindungan IP68 dan IP69 Peneraju Industri
Menetapkan standard ketahanan baharu dalam segmen telefon boleh lipat, HONOR Magic V6 menerima penarafan IP68 dan IP69 untuk rintangan habuk dan air. Peranti ini direka untuk bertahan daripada rendaman air, pendedahan kepada habuk dan semburan air bertekanan tinggi, sekali gus menawarkan kebolehpercayaan serta keyakinan lebih tinggi kepada pengguna dalam pelbagai persekitaran harian.
Integrasi Ekosistem Apple Lancar Pertama di Malaysia
Selain ketahanan dan ciri-ciri canggihnya yang hebat, HONOR Magic V6 membuka kemungkinan baharu untuk produktiviti, interaksi dan fleksibiliti. Direka untuk berintegrasi secara lancar ke dalam aliran kerja berasaskan Apple, peranti ini menjadi pelengkap berkuasa untuk pengguna yang menggunakan telefon pintar Android dan peranti Apple. Telefon boleh lipat ini menyokong keterhubungan rentas ekosistem yang menyeluruh melalui HONOR Connect untuk iPhone dan HONOR WorkStation untuk MacBook, membolehkan pengguna menikmati kerjasama lancar merentas platform dengan hanya memasang aplikasi berkaitan pada peranti Apple mereka.
HONOR terus komited untuk menawarkan keterhubungan rentas peranti yang lancar merentas semua jenama, termasuk hampir semua peranti Apple. Dengan Quick Share yang dipertingkat pada HONOR Magic V6, peranti ini kini boleh mengesan semua peranti Apple secara automatik, pengguna boleh memindahkan fail, foto, audio dan video antara peranti secara bebas.
Produktiviti dipertingkat lagi menerusi ciri Mac Screen Extension, yang membolehkan pengguna memanjangkan paparan MacBook ke skrin telefon boleh lipat ini untuk stesen kerja dwi-skrin. Selain itu, pengguna boleh memindahkan tugasan atau fail video daripada Magic V6 ke MacBook dengan mudah untuk penyuntingan tahap tinggi.
Bagi kecekapan kerja yang lebih baik, HONOR memperkenalkan One Tap Share, jambatan satu sentuhan pertama di dunia untuk MacBook. Pemindahan fail segera sehingga 1GB dalam hanya 25 saat antara HONOR Magic V6 dan MacBook melalui satu sentuhan mudah.
Selain itu, HONOR Magic V6 membolehkan pengguna mengakses, melayari dan mengurus fail terus daripada telefon boleh lipat mereka dari MacBook dengan mudah. Mereka juga boleh mengakses iCloud terus daripada paparan besar telefon boleh lipat ini dan mengakses galeri mereka. Di samping itu, perkongsian notifikasi antara Magic V6, iPhone, AirPods dan Apple Watch distrim merentas peranti yang disambungkan, memastikan pengguna menerima maklumat terkini merentas telefon pintar dan peranti boleh pakai mereka sepanjang hari.
Untuk AirPods, HONOR Magic V6 menyokong sepenuhnya animasi padanan pop-up, ciri kawalan hingar dan penjejakan Find My. Lebih menarik, telefon boleh lipat ini turut menyegerakkan notifikasi merentas iPhone dan Apple Watch, memastikan pengguna kekal terhubung dan menerima maklumat terkini sepanjang hari.
Produktiviti Cemerlang dengan Berbilang Tugas pada Skrin Besar
HONOR Magic V6 mentakrif semula produktiviti telefon boleh lipat menerusi pengalaman berbilang tugas AI pada skrin besar, bagi memberikan kecekapan seakan PC dalam peranti mudah alih. Dikuasakan oleh sistem Multi-Flex yang canggih, peranti ini menyokong sehingga tiga aplikasi skrin pisah secara serentak, membolehkan pengguna mengurus pelbagai tugasan dengan lancar pada satu paparan.
Untuk kegunaan harian, pengguna boleh menonton kandungan di TikTok sambil membalas mesej di WhatsApp dan juga melengkapkan pembelian di Shopee, semuanya dalam satu antara muka. Bagi golongan profesional, pengalaman multi-tetingkap ini menyokong aliran kerja seperti menyunting pembentangan, menjalankan kajian dan membalas e-mel pada masa yang sama, sekali gus meningkatkan produktiviti di mana-mana sahaja.
HONOR Magic V6 turut memperkenalkan pengalaman AI berasaskan perkakasan serba baharu yang dikenali sebagai Fast-Flex. Dengan lipatan separa yang mudah, pengguna boleh mengaktifkan Gemini serta-merta untuk membantu tugasan seperti merancang jadual perjalanan, mencipta menu, belajar dan banyak lagi.
HONOR turut menawarkan Google AI Pro selama 3 bulan secara percuma kepada pengguna untuk mendapatkan akses tinggi kepada pengalaman terbaik Gemini bersama storan awan 5TB, membolehkan mereka mempertingkat kreativiti dan produktiviti.
Telefon Boleh Lipat Pertama dengan Snapdragon® 8 Elite Gen 5 Mobile Platform
HONOR Magic V6 ialah telefon pintar boleh lipat pertama yang dikuasakan oleh Snapdragon® 8 Elite Gen 5 Mobile Platform, memberikan prestasi bertaraf mercu dengan respons yang sangat pantas. Direka untuk permainan intensif, penggunaan berbilang tugas yang berat dan produktiviti dipacu AI, HONOR Magic V6 memastikan pengalaman yang lancar dengan prestasi berterusan serta kecekapan yang lebih baik.
Kapasiti Bateri Terbesar dalam Telefon Boleh Lipat
HONOR Magic V6 dilengkapi Bateri Silikon Karbon HONOR 6,660mAh dengan kandungan silikon 25% lebih tinggi, sekali gus menawarkan kapasiti bateri terbesar yang pernah diperkenalkan dalam telefon pintar boleh lipat. Direka untuk menyokong penggunaan paparan dalaman yang besar dalam tempoh lebih lama, peranti ini membolehkan pengguna menjalankan berbilang tugas dan menikmati hiburan sepanjang hari tanpa gangguan dengan sekali cas.
HONOR Magic V6 juga merupakan telefon pintar boleh lipat pertama yang menerima pensijilan TÜV Rheinland Hayat Bateri 24 Jam berdasarkan senario penggunaan skrin dalaman, mengukuhkan lagi daya tahannya serta kebolehpercayaan dalam penggunaan sebenar untuk prestasi yang berpanjangan.
Walaupun kapasiti baterinya besar, HONOR Magic V6 turut menyokong pengecasan ultra pantas bagi memastikan bekalan kuasa bertahan lama dengan masa henti yang minimum. Peranti ini menampilkan 80W berwayar HONOR SuperCharge untuk pengecasan pantas, selain 66W nirwayar HONOR SuperCharge untuk pengecasan mudah tanpa kabel. Ia juga menyokong Pengecasan Berbalik Nirwayar bagi pengguna mengecas peranti serasi lain di mana-mana sahaja.

Sistem Kamera Telefoto Terbaik dalam Kelasnya untuk Telefon Boleh Lipat
HONOR Magic V6 turut meningkatkan pengalaman fotografi mudah alih dengan sistem kamera peneraju industri dalam segmen telefon boleh lipat. Peranti ini menampilkan kamera telefoto 64MP yang disokong penstabilan imej CIPA 6.5 yang tertinggi dalam industri untuk tangkapan gambar jarak jauh yang stabil, jelas dan terperinci dengan hasil bertaraf profesional secara konsisten.
Digandingkan dengan Portrait Engine yang canggih, HONOR Magic V6 menghasilkan prestasi pengimejan potret yang lebih halus, memberikan foto yang tampak semula jadi dengan perincian menyerlah walaupun dalam keadaan cahaya rendah yang mencabar.
Bagi mempertingkat pengalaman fotografi, HONOR Magic V6 turut memperkenalkan Magic Pose, ciri fotografi berpandukan AI yang memberikan cadangan gaya secara masa nyata pada kedua-dua paparan, membantu pengguna merakam potret yang lebih dinamik dan tersusun dengan mudah.
Paparan dengan Tujuh Pensijilan Antarabangsa Bertaraf Tinggi
Paparan HONOR Magic V6 telah disahkan melalui tujuh pensijilan antarabangsa bertaraf tinggi yang menyeluruh, merangkumi aspek utama seperti ketahanan jatuh, ketahanan lipatan, prestasi kesan lipatan, pantulan rendah, keselesaan mata, daya tahan skrin dalaman serta rintangan habuk dan air. Secara keseluruhannya, pensijilan ini mencerminkan komitmen HONOR terhadap kejuruteraan paparan yang bukan sahaja memberikan visual cemerlang, malah ketahanan yang boleh diandalkan untuk penggunaan harian.
HONOR Magic V6 menampilkan sistem dwi-paparan canggih yang direka untuk pengalaman tontonan mengasyikkan dan keselesaan mata jangka panjang. Paparan luar menyokong kecerahan puncak sehingga 6,000 nits, manakala paparan dalaman mencapai kecerahan puncak 5,000 nits, memastikan keterlihatan yang sangat baik walaupun dalam keadaan luar yang terang. Kedua-dua paparan turut menyokong kadar segar semula adaptif 1-120Hz yang lancar, bersama teknologi penjagaan mata canggih yang diperakui.
Selain itu, skrin dalaman menawarkan pengalaman visual dengan kesan lipatan hampir sifar dan telah menerima pensijilan rasmi SGS Imperceptible Crease, memastikan pengalaman tontonan yang lancar tanpa gangguan.
Harga dan Ketersediaan
HONOR Magic V6 hadir dalam empat pilihan warna premium iaitu Ferghana Red, Sunrise Gold, Ivory White dan Classic Black. Peranti ini ditawarkan dalam dua konfigurasi memori dan storan, iaitu RAM 16GB dengan ROM 512GB pada harga RM7,699, manakala RAM 16GB dengan ROM 1TB dijual pada harga RM8,899.
HONOR Magic V6 akan tersedia untuk pembelian di kedai seluruh negara bermula 12 Jun 2026. Untuk maklumat lanjut mengenai HONOR Magic V6, sila layari laman web rasmi HONOR di www.honor.com/my/.







































