Pengerusi NGO Antarabangsa merangkap Profesor Adjung UMT, Dato Dr Mustapha Ahmad Marican mengadakan lawatan 2 hari ke Sibu Sarawak dan mengadakan pertemuan dengan Bekas Veteran ATM yang berkhidmat di Sarawak khususnya di Sibu Era tahun 1980 iaitu era Darurat ketika itu.

Datuk Dr Mustapha adalah bekas Pegawai Tentera Laut yang pernah berkhidmat di KD Sri Rejang terletak di Kampung Nangka Sibu dari 1980 sehingga 1984. Era Darurat ancaman dari komunis sangat hebat malah hampir meragut nyawa.

“Jadi pengorbanan para Veteran ATM dan PDRM waktu itu amat mencabar dan ramai dikalangan anggota tentera dan polis turut terkorban.

“Hari ini ramai dikalangan Veteran ATM dan PDRM yang sudah bersara berkahwin dengan wanita tempatan Sarawak dan menetap pula di Sarawak tetapi masih lagi belum mendapat status kad pengenalan kerakyatan Sarawak walaupun sudah lama menetap di sini.

Mustapha (kanan) dan Thomas Ling menunjukkan sejarah papan tanda Pangkalan TLDM KD Sri Rejang Sibu dibuka pada 1980.

“Oleh itu, selaku Pengerusi NGO Antarabangsa dan bekas veteran saya merayu agar pihak kerajaan Sarawak menimbangkan status mereka ini yang sudah lama menetap di Sarawak atas jasa dan pengorbanan mereka kepada Bumi Kenyalang untuk mendapatkan kad pengenalan status Sarawak,” katanya.

Manakala veteran yang berjuang zaman darurat juga harus ditimbangkan dengan diberi penghargaan khas oleh kerajaan sebagai mengenang jasa dan pengorbanan mereka kepada Sarawak dan Negara.

Mustapha berkata demikian ketika mengadakan pertemuan dengan veteran ATM di sebuah hotel terkemuka di Sibu, semalam.

Terdahulu, beliau turut melawat pangkalan Tentera Laut di KD Sri Rejang under Rajang Security Command (RASCOM) Sekarang pangkalan tersebut telah dijadikan Rejimen 510 Askar Wataniah Tentera Darat.

Bangunan lama masih kekal dan tanda yang masih kekal terpahat pangkalan ini di buka secara rasmi pada 19 Jan 1980 oleh Allahyarham Tun Pehin Sri Hj Abdul Taib Mahmud selaku Menteri Pertahanan waktu itu.

Turut mengiringi Mustapha adalah bekas Pengerusi Veteran ATM, Thomas Ling selaku Penasihat Persatuan Bekas ATM Sarawak.

Mustapha juga pernah terlibat secara langsung dalam operasi menyelamat 47 tahanan rakyat Malaysia dari penjara Kemboja pada tahun 2019 di mana 40 daripadanya adalah rakyat Sarawak, 4 rakyat Sabah dan 3 dari Kuala Lumpur serta Selangor.

Turut serta dalam operasi berkenaan ialah YB Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar kini TYT Gabenor Sarawak dan YB Dato Sri Fatimah Abdullah Menteri Wanita, Kanak-Kanak dan masyarakat Sarawak.

Operasi tersebut berjaya menyelamat 47 tahanan dan premier Sarawak, Dato Pattinggi Abg Johari telah bernaja sebuah pesawat khas untuk membawa pulang semua tahanan dari Kemboja ke Kuching, Sarawak.

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini