Nilai emas yang tidak pernah mengecil untuk tempoh jangkamasa sederhana dan panjang, menjadikan ia sebagai aset kewangan paling stabil untuk dimiliki selain sifatnya yang mudah disimpan serta dicairkan apabila perlu.

Malah, emas juga telah digunakan sebagai duit antarabangsa sejak berzaman malah merupakan instrumen kewangan yang tiada sempadan masa dan negara.

Juruperunding emas Public Gold, Ahmad Faiz Wajdi Abdul Wahab berkata, satu lagi keunikan emas ialah sebagai simpanan yang mudah dimiliki walaupun dengan modal rendah.

Beliau memberikan contoh, dengan serendah RM100 individu boleh menyimpan menerusi Akaun Emas yang ditawarkan Public Gold menerusi konsep simpanan sedikit demi sedikit.

“Dari akaun emas tersebut, kita boleh keluarkan emas fizikalnya dan yang lebih penting, kaedah ini disahkan patuh syariah.

“Misalnya kita boleh disiplinkan diri menyimpan satu gram (gm) setiap bulan dan dalam tempoh setahun sudah ada 12gm emas dalam simpanan.

“Ia benar-benar aset fizikal mampu milik oleh sesiapa sahaja termasuklah dalam kalangan pelajar kolej dan universiti,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Sebagai juruperunding di Public Gold, Ahmad Faiz giat aktif mendidik masyarakat tentang kelebihan membuat simpanan emas mengikut cara betul serta berdasarkan kemampuan kewangan masing-masing.

Katanya, penyimpan juga tidak perlu khuatir kerana emas tetap memiliki nilai tunai yang boleh dicairkan misalnya menerusi gadaian di ar-rahnu atau dijual.

“Sebagai contoh, harga satu gm emas fizikal pada September tahun lalu ialah kira-kira RM201 manakala ketika ini emas yang sama nilainya meningkat sekitar RM280gm iaitu peningkatan lebih 30 peratus.

“Sebab itu tiada istilah lambat untuk menyimpan emas kerana nilainya akan sentiasa meningkat,” katanya yang boleh dihubungi di talian 019-9434 385 untuk memberikan khidmat nasihat percuma berhubung simpanan emas.

*Artikel ini sumbangan Zaki Salleh, bekas wartawan Kosmo