Cuti-cuti Malaysia anda berhak untuk diingati seiring dengan gambar menarik. Sama ada anda disebalik tabir kamera atau bergaya di hadapan kamera, gunakan fungsi kemas kini di Galaxy A51 dan Galaxy A71 untuk mencipta rakaman awesome yang boleh anda banggakan dimana sahaja.
Dengan fungsi setanding Galaxy S20 seperti Single Take di Galaxy A51 dan Galaxy A71, anda dapat merakam seberapa banyak keseronokkan seperti yang terjadi.
Tidak perlu berada dalam dilema sama ada hendak merakam video atau gambar momen tersebut – kerana keduanya dapat dilakukan pada masa yang sama!
Single Take membenarkan anda merakam video sehingga 10 saat menghasilkan pelbagai efek rakaman khas seperti gambar bokeh Live Focus, Smart Crop dan AI filters yang boleh
dipilih dalam aplikasi Gallery.
Untuk mereka yang lebih suka mengawal sepenuhnya pengalaman merakam, Galaxy A51 dan Galaxy A71 juga membenarkan anda menikmati beberapa fungsi Pro Mode dari Galaxy S20 termasuk Manual Focus dan kawalan Shutter Speed.
Jadi anda dapat menjadi lebih kreatif dengan setting kamera seperti aperture, masa eksposur, dan ISO untuk mencapai hasil gambar yang anda inginkan.
Kita menyimpan detik-detik dan merakam gambar atau video untuk mengigatkan kita mengenai pengalaman dan dengan adanya Quick Share Galaxy A51 dan Galaxy A71, anda dapat berkongsi dengan yang tersayang pengalam anda dengan segera dan lancar.
Untuk maklumat lanjut mengenai kemas kini perisian Galaxy A51 and Galaxy A71, sila layari: https://news.samsung.com/my/galaxy-a51-and-a71-users-can-now-enjoy-leading-galaxy-s20-features-thanks-to-the-latest-software-update