Utama Blog Halaman 999

Apartmen Servis Lot 15 Sime Darby Terima Sambutan Hangat

Apartmen servis Lot 15 laris di pasaran!. Sambutan ‘47500 PARTY’ bakal diadakan pada 10 Mac 2018

Lot 15, pembangunan hartanah terbaru Sime Darby Property di Subang Jaya menerima sambutan hangat daripada pembeli, mendorong kepada unit-unit tambahan ditawarkan untuk jualan.

Dilancarkan pada November 2017, Lot 15 menawarkan apartmen servis yang terletak
di pusat bandar Subang Jaya (SJCC) yang serba lengkap dan maju. Ia terdiri daripada
dua menara kediaman 20 tingkat dengan hanya 361 unit kediaman dan tiga tingkat
unit peruncitan.

Pembangunan ini menawarkan pemilikan bebas, dan disasarkan untuk memenuhi
keperluan pembeli rumah pertama dan golongan profesional muda, serta para
pelabur.

Unit-unit baru kini ditawarkan untuk jualan, dengan harga bermula daripada RM
593,888 (sebelum diskaun Bumiputera dan rebat), dengan keluasan daripada 624 –
1,001 kaki persegi dan jenis unit terdiri daripada 1+1 ke 2+1 bilik tidur.

Pakej jualan termasuk yuran guaman bagi perjanjian jual-beli (SPA), yuran guaman
pinjaman dan kos penyelenggaraan selama 12 bulan.

Ketua Pegawai Pemasaran dan Jualan Sime Darby Property Gerard Yuen
berkata, “Sambutan terhadap Lot 15 amat memberangsangkan, sebahagiannya
disebabkan prasarana dan kemudahan yang terletak berdekatan, seperti stesen LRT
Subang Jaya dan pusat membeli-belah ternama.

“Lot 15 adalah pembangunan yang mempunyai kelebihan tersendiri dan terletak
secara strategik di titik tumpuan budaya, komuniti, perdagangan dan
ketersambungan. Ia direka untuk memenuhi keperluan masyarakat yang progresif
sambil mencerminkan semangat dan budaya Subang Jaya.”

Lot 15 juga mudah diakses melalui lebuh-lebuh raya utama iaitu Lebuhraya
Persekutuan, Lebuhraya Baru Pantai (NPE), Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP),
Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) dan Lebuhraya Shah Alam (KESAS).
Lot 15 menawarkan kemudahan termasuk pavilion terapung, kolam renang, jakuzi,
dewan pelbagai guna dan geladak, gimnasium, bilik sauna, kawasan BBQ dan banyak
lagi.

Setiap menara menawarkan 3 taman langit dan taman herba di aras bumbung
dengan pemandangan yang menakjubkan di aras ke-30, sesuai untuk bersantai
bersama keluarga dan rakan-rakan.

Rekaan teliti menjadi keutamaan, dengan setiap bilik menghadap ke luar bagi
memberikan pemandangan yang terbaik dan dimaksimumkan oleh tingkap
berkeluasan besar.

Penggunaan konkrit bertetulang (RC) di sepanjang tingkap memberikan perlindungan daripada matahari terik. Ruang tamu dan ruang makan terletak secara bersebelahan membolehkan pemanfaatan ruang yang fleksibel, dengan pencahayaan dan pengudaraan yang semulajadi. Unit terpilih yang dilengkapi dengan tingkap-tingkap unjur dapat menikmati pemandangan yang terbaik dan memberikan rasa keluasan. Semua unit direka dengan nisbah 1:1 bilik tidur ke bilik mandi.

Sime Darby Property akan menganjurkan sambutan ‘47500 PARTY’ sempena pelancaran unit-unit terakhir Lot 15 pada 10 Mac 2018 di Galeri SJCC, Wisma Consplant 2 Subang Jaya, bagi membolehkan orang ramai melawat unit pameran Lot 15. Wakil jualan Sime Darby Property akan bersedia untuk membantu orang ramai yang mempunyai pertanyaan.

Orang ramai juga boleh menghubungi Sime Darby Property melalui talian di 03-5631
8888 atau e-borang di www.simedarbyproperty.com/subang-jaya-sjcc/lot-15.

Perkembangan perihal aktiviti dan pembangunan Sime Darby Property boleh didapati
melalui simedarbyproperty.com, Facebook (facebook.com/SimeDarbyProperty),
Instagram (instagram.com/SimeDarbyProperty) dan Aplikasi Mudah Alih Sime Darby
Property (boleh dimuat turun di App Store dan Google Play).

Pelanggan Terpilih Prabayar Dan Pascabayar Langgan GOLIFE 5 Percuma

Bagi meraikan pelancaran telco-asurans yang pertama di Malaysia, U Mobile bakal membekalkan pelanggan prabayar dan pascabayar terpilih dengan langganan GOLIFE 5 percuma selama 2 bulan.

GOLIFE 5 adalah satu daripada dua produk insurans mikro yang ditawarkan oleh U Mobile bermula hari ini.

Langganan percuma GOLIFE 5 yang bernilai RM5 setiap bulan membekalkan pelanggan dengan:

  • Perlindungan insurans sehingga RM18,000 untuk kematian atau Hilang Upaya Kekal dan Menyeluruh (TPD)
  • Perlindungan insursans sehingga RM36,000 untuk kematian atau TPD berpunca daripada penyakit-penyakit berjangkit yang spesifik seperti demam denggi, demam chikungunya, malaria, Ensefalitis Jepun (JE), selesema Avian atau jangkitan virus Zika

Mengenai GOLIFE

GOLIFE merupakan produk insurans U Mobile yang pertama. Pelanggan U Mobile mampu memohon, melanggan dan menguruskan insurans hayat mereka sepenuhnya melalui  telefon mudah alih.

Selain GOLIFE 5, pelanggan juga boleh memilih GOLIFE 10 yang menawarkan perlindungan sehingga RM76,000 pada premium RM10 sahaja setiap bulan.

Ciri-ciri utama GOLIFE ialah:

  • Pendaftaran mudah dalam talian – Klik & dapatkan perlindungan segera (hanya memerlukan SATU pengakuan kesihatan)
  • Sangat mampu dimiliki – Dari serendah RM 5 setiap bulan
  • Bayar mengikut hasrat anda, iaitu tiada komitmen bayaran tetap (langgan & batal pada bila-bila masa)
  • 60 hari tempoh jaminan kepuasan – Batalkan dalam masa 60 hari yang pertama dan dapatkan bayaran balik penuh

Umur minimum permohonan pelan GOLIFE ini adalah 18 tahun dan maksimum 45 tahun.

Pelan GOLIFE 5 dan GOLIFE10 ditawarkan kepada pelanggan U Mobile yang layak bermula hari ini. Untuk maklumat lanjut mengenai dua pelan ini, sila layari www.u.com.my atau gunakan aplikasi MyUMobile.

Bagi pelanggan yang dipilih untuk langganan insurans GOLIFE 5 secara percuma selama 2 bulan, mereka akan menerima satu pemberitahuan melalui Aplikasi MyUMobile.

PELAN INSURANS GOLIFE

Produk GOLIFE 5 GOLIFE 10
Premium RM5 setiap bulan RM10 setiap bulan
Jumlah Perlindungan RM18,000 RM38,000
Kematian / TPD disebabkan punca-punca semula jadi
Kematian / TPD disebabkan “penyakit berjangkit spesifik”

*Demam Denggi, Demam Chikungunya, Malaria, Ensefalitis Jepun (JE), Selesema Avian, Jangkitan Virus Zika

2x Jumlah Perlindungan = RM36,000 2x Jumlah Perlindungan = RM76,000
Had Umur 18 – 45 tahun
Tempoh Jaminan Kepuasan 60 hari
Bayaran Balik untuk Pembatalan (Berkaitan dengan Tempoh Jaminan Kepuasan sahaja) Dibayar balik berdasarkan mod bayaran asal pelanggan – akaun pascabayar atau prabayar.
Kriteria pelanggan 1. Mesti merupakan pelanggan U Mobile

2. Hanya untuk Rakyat Malaysia atau Penduduk Tetap dengan Kad Pengenalan yang sah sahaja

Tempoh Perlindungan Pembaharuan bulanan sehingga umur 50 tahun
Jenis Bayaran Bayaran dibuat dengan baki prabayar dan akaun pascabayar, dengan pembaharuan bulanan secara automatik
Mod Premium Bulanan
Cara Langganan Portal U Mobile Self Care & aplikasi MyUMobile
Cara Pembatalan Pusat Hubungan U Mobile, Portal U Mobile Self Care & aplikasi MyUMobile
Cara Penghantaran Sijil E-sijil akan dihantar oleh SLM melalui SMS & e-mel

Kedai Ayamas Lancar 3 Menu Baru Sedia Untuk Dimakan

Kedai Ayamas melalui jenama ‘Ayamas Kitchen’ telah melancarkan tiga menu baru rangkaian “Ready-To-Eat” (RTE) yang lazat dan menawarkan pelanggan makanan yang berkualiti di mana-mana dan bila-bila sahaja.

Penambahan menu baru adalah Bihun Goreng Istimewa, Nasi Bijan Ayam Bulgogi, dan Nasi Ayam Kari Hijau Thai, seterusnya menambahkan lebih banyak pilihan kepada rangkaian produk RTE.

“Ayamas Kitchen sentiasa berusaha untuk mempertingkatkan lagi resipinya untuk menghasilkan lebih banyak pilihan hidangan untuk pelanggan, terutamanya dari golongan muda dan generasi milenium,” kata Rafiq Moosa, Ketua Pegawai Operasi, KARA Holdings Sdn Bhd.

“Produk RTE kami disediakan dalam persekitaran yang bersih serta kawalan kualiti yang tinggi dengan kadar nilai nutrisi yang tepat, selaras dengan idea kami untuk menghasilkan makanan yang lebih sihat serta mengekalkan rasa makanan seperti masakan asli,” katanya.

Menu RTE yang sedia ada dipasaran, iaitu Nasi Briyani Ayam Bukhara, Nasi Pilaf Ayam Mentega dan Nasi Kandar Ayam Masala yang telah dilancarkan pada tahun lepas mendapat sambutan yang positif daripada para pelanggan.

Dengan bertemakan “Easy and Delicious”, rangkaian RTE Ayamas Kitchen ini adalah mudah untuk disediakan. Apa yang perlu anda lakukan ialah menebuk bungkusan plastik pada bekas dengan garpu dan panaskannya selama 4 – 5 minit dalam ketuhar gelombang mikro.

Bihun Goreng Istimewa dijual pada harga RM5.90 untuk setiap paket, manakala Nasi Bijan Ayam Bulgogi dan Nasi Kari Hijau Ayam Thai dijual pada harga RM7.90 setiap paket.

Rangkaian RTE ini boleh didapati di semua Kedai Ayamas di Malaysia. Untuk maklumat lanjut mengenai Kedai Ayamas, sila layari laman web www.kedaiayamas.my atau Facebook Kedai Ayamas – Ayamas Roasters.

Hua Yang Unveils New Affordable Flagship Development in Puchong

In line with the rising demand for affordable housing in central locations within Klang Valley, Hua Yang Berhad (Hua Yang or the Group), a leading property developer in the affordable housing sector, unveiled its new flagship development in Puchong today.

Aptly named Puchong Horizon, this 29.21-acre leasehold mixed development comprises residential and commercial components, including serviced apartments, SoHos and commercial lots.

With an estimated Gross Development Value (GDV) of RM2.2 billion, Puchong Horizon will be introduced in three phases, starting with Phase 1A.

Comprising two towers of serviced apartments, Aviary Residence sits of 6.14 acres of land with 565 units in Tower 1 (36 storeys) and 337 units in Tower 2 (37 storeys) with an estimated Gross Development Value of RM505.2 million.

Ho Wen Yan, Chief Executive Officer of Hua Yang, said, “As a property developer, we are well aware of the need for affordable housing in Malaysia, especially in strategic locations in central Klang Valley.

Beyond the price of a home alone, we understand that buyers consider multiple factors when making a purchase, such as accessibility and connectivity, amenities in the surrounding area as well as the facilities offered within the development.”

“It is with this sentiment that we developed Puchong Horizon, and we strongly believe that offerings like these which are strategically located and features facilities that cater to the contemporary urban lifestyle, will be well-received by first-time home buyers as well as those who are looking to upgrade,” he added.

Aviary Residence come in a variety of sizes, from 753.5 sq.ft. (square feet) onwards, and are priced from RM450,800 onwards.

Puchong Horizon can be accessible directly from Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP), Jalan Puchong Intan and Persiaran Puchong Permai. It is also conveniently accessible from other highways including Shah Alam Expressway (KESAS), South Klang Valley Expressway (SKVE), Bukit Jalil Highway, Maju Expressway (MEX), Federal Highway and Putrajaya-Cyberjaya Expressway.

The Puchong Perdana LRT station and the Puchong Prima LRT station are also a short drive away. Additionally, the development is located close to a variety of amenities including supermarkets and hypermarkets, educational institutions, healthcare facilities as well as sports and leisure centres.

As we come to the close of our 2018 financial year, we are cognisant of the challenges that are impacting the property sector. However, given our established history of providing quality, modern and innovative affordable homes, we believe that we stand in a good position to continue capturing this market segment”, Ho concluded.

For further information, please log onto https://www.huayang.com.my.

Huawei Unveils First Car To Be Driven By Al-Powered Smartphone

HUAWEI, the global technology leader, has become the first mobile device manufacturer in the world to use an AI-powered smartphone to drive a car.

The ‘RoadReader’ project pushes the boundaries of HUAWEI’s object recognition technology and puts the learning capabilities, speed and performance of its AI-powered devices to the test.

Unlike other driverless cars, which simply detect obstacles, HUAWEI has transformed a Porsche Panamera into a driverless vehicle that does not just see, but crucially, understands its surroundings. This means that it can distinguish between thousands of different objects including animals and items and learn to take the most appropriate course of action.

HUAWEI’s ‘RoadReader’ project takes advantage of the AI capabilities already in the HUAWEI Mate 10 Pro. The device uses AI to automatically recognise objects like cats, dogs, food, and other objects, to help people take pictures with a degree of professionalism.

Most autonomous cars currently being developed rely on the computing power of purpose-built chips developed by third-party technology providers. However, as part of its ongoing mission to make the impossible possible, HUAWEI uses readily-available technology in its smartphones, demonstrating its superior functionality and ability to stand up to even the most advanced technologies developed for use in autonomous cars.

“Our smartphone is already outstanding at object recognition. We wanted to see if in a short space of time we could teach it to not only drive a car, but to use its AI capabilities to see certain objects, and be taught to avoid them” said Andrew Garrihy, Chief Marketing Officer, HUAWEI Western Europe. “If our technology is intelligent enough to achieve this in just 5 weeks – what else can it make possible?”

HUAWEI will be showcasing the RoadReader project and the vehicle’s capabilities at a two-day event at Mobile World Congress in Barcelona (MWC) from 26th to 27th February 2018. Delegates will be invited to test ‘drive’ the car themselves, teaching it to identify and manoeuvre around certain objects.

Takaful Malaysia Lancar Portal Jualan Dalam Talian “Click for Cover”

Syarikat Takaful Malaysia Berhad (Takaful Malaysia) secara rasminya melancarkan portal jualan dalam talian iaitu “Click for Cover” sebagai inisiatif permulaan ke arah insurans digital.

PELANCARAN portal ini menandakan perluasan jejak digital Takaful Malaysia dengan menyediakan pengalaman pelanggan yang lancar apabila mereka menyertai produk insurans dalam talian.

Majlis telah dirasmikan oleh Datuk Seri Johari Abdul Ghani, Menteri Kewangan II, dan turut menyaksikan majlis menandatangani perjanjian dengan Fusionex International, peneraju pasaran dalam teknologi data, analitik dan Artificial Intellegence dan ReMark International, sebuah syarikat pakar pemasaran digital. Kolaborasi kerjasama bersama Lembaga Tabung Haji (LTH) dan Bank Islam (BIMB) juga ditandatangani untuk memperkenalkan produk Takaful dalam talian kepada pendeposit LTH dan pelanggan BIMB.

“Pelancaran pelan strategi digital ini menandakan komitmen kami ke arah merevolusikan cara kami untuk memperluaskan perniagaan dengan mentransformasikan jualan dan operasi secara digital. Dengan memanfaatkan perkakasan digital dan teknologi dalam menawarkan kepelbagaian produk dan perkhidmatan, kami akan menggembirakan pelanggan kami dengan pengalaman pengguna yang lebih baik, produk perlindungan yang dipertingkatkan serta perkhidmatan yang berkualiti tinggi.

Pelanggan kami akan mendapat manfaat daripada pengalaman intergrasi berbilang saluran dan ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan kami untuk terus mendahului persaingan dan cabaran di dalam pasaran” kata Dato’ Seri Mohamed Hassan Kamil, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Takaful Malaysia.

Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, “Pelancaran strategi digital Takaful Malaysia pada hari ini adalah sejajar dengan strategi digital keseluruhan yang digariskan oleh Kerajaan dalam memacu pertumbuhan ekonomi digital.”

Portal “Click for Cover” direka dengan paparan mesra pelanggan untuk pelanggan mengakses produk syarikat dalam talian dengan kemudahan e-pembayaran serta keupayaan pengunderaitan masa nyata. “Click for Cover” mempunyai enjin pengunderaitan perubatan integrasi pertama dalam talian di Malaysia di mana keputusan rating dihasilkan secara dalam talian berdasarkan beberapa soal selidik pengunderaitan.

Ketika ini, portal menawarkan produk Motor, Kemalangan Peribadi (PA) serta Perubatan. Lebih banyak lagi produk seperti Takaful Term Life, Penyakit Kritikal dan Travel PA akan disediakan pada tahun ini.

Dato’ Seri Hassan Kamil menjelaskan, “Kerjasama strategik bersama Fusionex International dan ReMark International  adalah sejajar dengan matlamat perniagaan kami untuk menjadikan pelan strategi digital sebagai pemacu utama kepada usaha inovasi kami.

Usaha ini akan meningkatkan daya saing dan menjana pertumbuhan di masa hadapan. Permulaan perjalanan digital kami melibatkan penyelarasan prosedur dan kecekapan operasi, serta memanfaatkan platform media sosial untuk mengukuhkan keberkesanan pemasaran dan penjenamaan.

Kami juga turut menggunakan pelan strategi digital iaitu inisiatif pemasaran muka ke muka dengan memanfaatkan Pusat Khidmat Kewangan Islam (IFiC) Lembaga Tabung Haji di mana terdapat kaunter Takaful dan rangkaian cawangan Bank Islam untuk mempromosikan portal baharu kami. Diperingkat permulaan ini kami ingin memperkenalkan pengalaman dalam talian ini secara komunikasi terus untuk memberi pelanggan yang berpotensi penerangan yang terperinci serta memperkenalkan portal tersebut dengan melayarinya bersama mereka.”

Sementara itu, Dato’ Seri Ivan Teh, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Fusionex International berkata, “Dalam era berasaskan data ini, pemerkasaan teknologi data bukan lagi suatu kemewahan, tapi merupakan suatu keperluan sekiranya ingin kekal relevan dan berdaya saing.

Matlamat utama transformasi digital adalah pengalaman pengguna yang hebat, maka amat penting untuk kami bekerjasama dengan pelanggan kami untuk fokus kepada pengguna dan perjalanan pengguna serta memanfaatkan kuasa teknologi. Kami percaya bahawa melalui cara ini serta pendekatan berorientasikan pengguna akan dapat memajukan dan menginjak perniagaan ke tahap yang lebih tinggi.”

Dato’ Seri Ivan Teh berkata, “Jelas sekali, inovasi perlu menjadi teras perniagaan, kerana ia membezakan pemimpin dengan pengikut. Hari ini, kami amat berbesar hati menyaksikan Takaful Malaysia membuat kemajuan besar ke arah ini. Fusionex International berasa sangat gembira kerana menjadi rakan kongsi utama di dalam perjalanan transformasi digital yang menarik di Takaful Malaysia, dan kami yakin kejayaan awal ini akan membawa kepada banyak lagi kejayaan dengan Takaful Malaysia di masa akan datang. ”

Selain daripada ini, Takaful Malaysia sedang melaksanakan pelbagai inisiatif digital, termasuk integrasi sistem dengan rakan niaga utama, lebih banyak lagi pilihan layan diri dalam talian, dan aplikasi mudah alih, sebagai sebahagian daripada pelan strategi digital holistik untuk menarik segmen pelanggan baharu, meningkatkan margin serta  pasaran saham kami.

Ducati Malaysia Hosts ‘Bikes X Boards’ To Strenghten Scrambler Ducati Community

Creative, youthful and high spirited, the Scrambler Ducati is more than just a motorcycle, it is a brand that enhances creativity, self-expression and the sharing of positive emotions. It is a universe of fun, joy and freedom made of motorcycles, accessories and apparel.

IN line with that philosophy, Next Bike Sdn Bhd (Ducati Malaysia), the official distributor of Ducati Motorcycles in Malaysia, hosted an exclusive ‘Bikes X Boards’ barbeque gathering for its Scrambler Ducati owners last Saturday evening, 3 March 2018, at the Ducati Malaysia showroom in Petaling Jaya.

“With the increase in Scrambler Ducati motorcycle ownership within the market, we are proud to host an event for our valued Scrambler Ducati owners here at our retail Petaling Jaya showroom. The event also sees the introduction of a skate competition in collaboration with Frontside TV, who are established in the local skateboard scene,” said Fazli Shukor, Head of Next Bike Sdn Bhd (Ducati Malaysia).

The ‘Bikes X Boards’ event was an appreciation night to reach out and develop the Scrambler Ducati community and get them to be more involved in the local Ducati activities. It is also targeted at potential prospects from the skateboard community and social media influencers as a youthful and inventive partner.

Apart from showcasing the complete range of Scrambler Ducati variants, dedicated lifestyle apparel and functional accessories available for Scrambler Ducati owners, two new lifestyle elements are introduced that evening, the Scrambler Ducati Radio and DJ concept and the Scrambler Ducati Food Factory concept.

The Scrambler Ducati Radio and DJ concept saw 2 local DJs from Disco Santan performing live sets throughout the entire event while interspersing with Scrambler Ducati Radio Live Streaming aimed at educating the public on the availability of a live-streaming radio specifically for Ducati enthusiast.

The Scrambler Ducati Food Factory concept, on the other hand, offered a Barbeque-style cookout in keeping with the theme of Scrambler Ducati menu items, but with localised taste.

Finally, the event was also to launch the official Scrambler Ducati Malaysia social media channels on Facebook and Instagram, in line with Ducati Asia’s request and Corpotate Identity (CI)  guidelines for individual brand management of both Ducati and Scrambler Ducati brands.

About 100 Scrambler Ducati owners, local skateboard community and invited guests turned up for an evening of exciting skateboarding action, mesmerizing music from Scrambler Ducati Radio and Disco Santan, delicious barbeque food and, of course, the Scrambler Ducati line-up showcase.

Vehicles Delivers 80 FUSO Trucks To Century Logistics Holdings Berhad

Mercedes-Benz Malaysia Commercial Vehicles Delivers 80 FUSO Trucks To Century Logistics
Holdings Berhad

MERCEDES-Benz Malaysia Commercial Vehicles (MBM CV) the authorised distributor of FUSO trucks in Malaysia, together with authorised FUSO dealer, Hap Seng Commercial Vehicle Sdn Bhd, officially delivered 80 FUSO trucks to Century Logistics Holdings Berhad, a leading provider of supply  chain solutions.

“MBM CV is a long-time trusted partner of the nation’s haulage and logistics industry. The delivery of these 80 FUSO trucks to Century Logistics Holdings Berhad reaffirms our commitment to the Malaysian market to continue providing trucks of the highest quality that offer reliability and economic efficiency.

“We are delighted that Century Logistics Holdings Berhad has placed their confidence in
our highly reliable and economical commercial vehicles and extensive service network.

It is a trust that we greatly value,” Mercedes-Benz Malaysia, Vice President, Commercial Vehicles, Albert Yee. A FUSO customer since 2017, Century Logistics Holdings Berhad’s fleet of 80 FUSO light-duty trucks will comprise primarily of the FE71PB series. The FE71PB

Mercedes-Benz Malaysia Commercial Vehicles Corporate Communications series is commonly used for short distance distribution and inter-state logistic Page transportation, an ideal truck in the courier servicing industry.

MBM authorised FUSO dealer, Hap Seng Commercial Vehicles Sdn Bhd, will provide extensive aftersales support and vehicle maintenance for Century Logistics Holdings Berhad’s FUSO fleet.

Speaking at the handover ceremony, Hap Seng Commercial Vehicle Sdn Bhd Chief Operating Officer, Wong Leh Seng said, “We understand the needs of our customers in the haulage industry where speed, safety and reliability of their vehicles is of utmost importance.

Together with Mercedes-Benz Malaysia, we are proud to deliver the highest level of quality and service to Century Logistics Holdings Berhad so that they can be at ease and enjoy peace of mind.”

“The nature of our business requires on-time transport and cost-effective distribution of packages nationwide. For that, it is extremely important that our vehicles must be reliable, durable and safe on the road, with minimal downtime.

We are pleased to work together with MBM CV and Hap Seng Commercial Vehicle as they have a great understanding of our business needs.

As we continue to expand our business offerings, we also have plans to increase our FUSO truck fleet in the coming years,” said Century Logistics Holding Berhad Managing Director, Teow Choo Hing.

Century Logistics Holdings Berhad is a leading provider of supply chain solutions. From a forwarding agent in the 1970s, the Group has since diversified into integrated logistics, oil logistics, procurement logistics as well as data management solutions.

Riding on the expertise of CJ Logistics, Century has recently embarked on providing courier services. CJ Logistics is a major shareholder of Century and is the dominant parcel delivery company in South Korea.

Living up to their motto, ‘Trucks you can trust’, MBM CV continues to demonstrate robust performance, recording a total of 2,469 vehicles sold in 2017, comprising FUSO light-duty and heavy-duty trucks as well as Mercedes-Benz trucks and vans.

Tawaran Menarik Dari Toyota Mac Ini

Walaupun musim perayaan Tahun Baru Cina telah berlalu, kemeriahan di bilik-bilik pameran Toyota seluruh negara masih diteruskan.

Sepanjang bulan Mac, promosi istimewa akan ditawarkan dimana pelanggan boleh mendapat penjimatan sehingga RM15,000 (tertakluk kepada model terpilih) melalui pembelian kenderaan baru Toyota, tetapi turut menerima nilai tambah melalui aksesori yang disediakan tanpa sebarang kos.

Alami perkhidmatan terbaik dari Toyota di semua bilik pamerannya di seluruh negara, bukan sahaja pada hujung minggu tetapi sepanjang tahun.

Terutamanya untuk 17 & 18 dan 24 & 25 Mac, datang dan sertai Toyota Weekender di bilik pameran bersama rakan-rakan dan ahli keluarga untuk mendapatkan tawaran terbaru.

“Get Fun, Get Bolder” dengan Toyota Avanza 1.5X yang baru dan gaya lasak. Pelanggan boleh memilih rebat tunai RM1,000 atau menaik taraf tayar dan rim bernilai RM3,062 secara percuma.

Antara model yang terlibat di dalam promosi serta tawaran istimewa ini adalah seperti berikut, dan ia sah sehingga 31 Mac 2018:

Model Promo cash rebate
Vios Rebat tunai sehingga RM3,500 + aksesori percuma (bernilai sehingga RM4,100) + Pakej Penyelenggaran Pra-bayar (bernilai RM2,125)
Camry Rebat tunai RM3,000 + Body Coasting (bernilai RM2,700) atau aksesori percuma (bernilai RM2,500)
Avanza X Rebat tunai RM1,000 atau aksesori tambahan (bernilai RM3,062)
Hilux Rebat tunai RM1,000 + aksesori percuma (bernilai RM3,485)
Fortuner Rebat tunai RM1,000 + aksesori percuma (bernilai RM2,500)
Innova Rebat tunai RM2,000 + servis percuma (bernilai RM1,000)

(Semua tawaran adalah bagi varian-varian terpilih serta tertakluk kepada terma dan syarat sementara stok masih ada).

Bagi pelanggan yang memerlukan bantuan pembiayaan juga boleh mempertimbangkan perkhidmatan Toyota Capital seperti Toyota “2-Tier Plan” yang menawarkan bayaran ansuran bulanan lebih rendah bagi graduan, serta pelan pembiayaan “Toyota Drive”, yang pertama seumpananya disediakan yang membolehkan pelanggan jimat lebih banyak.

Untuk kesenangan pemilik, semua model Toyota didatangkan dengan jaminan lima-tahun tanpa had perbatuan (kecuali Toyota Hilux, dengan maksimum perbatuan 150,000km). Untuk meningkatkan nilai Toyota anda, waranti boleh dipindah milik kepada pemilik seterusnya tertakluk kepada terma dan syarat.

Untuk mengetahui lebih lanjut berkaitan tawaran menarik ini, sila berkunjung ke mana-mana bilik pameran Toyota serta jangan lepaskan peluang untuk memandu uji model-model yang disediakan. Layari toyota.com.my untuk maklumat lanjut.

Suami Ziana Zain Dituduh Cedera Anak Lelaki, Mahkamah

Suami penyanyi terkenal Ziana Zain, Armin Zaharin Ahmad Zambri, didakwa di Mahkamah Majistret Shah Alam, hari ini, atas tuduhan mencederakan anak lelakinya, pada 25 Februari lalu.

BAGAIMANAPUN, Armin, 53, yang kini tidak bekerja mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret Raja Noor Adilla Raja Mahyaldin.

Mengikut pertuduhan, Armin yang juga bekas pramugara MAS didakwa menyebabkan kecederaan luka dan lebam terhadap seorang anaknya dengan menggunakan rotan.

Perbuatan berkenaan dilakukan di rumahnya di Denai Alam, dekat sini, pada jam 4 pagi, 25 Februari lalu.

Berikutan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 10 tahun atau denda atau sebat atau dua dari mana-mana seksaan itu.

Bagaimanapun, Ziana tidak hadir pada prosiding mahkamah hari ini.

Terdahulu, Armin ketika membuat rayuan, memaklumkan perbuatan itu dilakukan dengan tujuan mengajar anaknya itu mengaji dan bersolat.

“Saya tidak dera anak. Saya ajar dia mengaji dan solat, tetapi dia tidak faham dan bebal. “Saya bertanggungjawab terhadap empat anak selain mempunyai emak yang sakit dan perlu menghantarnya ke hospital,” katanya.

Raja Noor Adilla kemudiannya menurunkan jumlah jaminan daripada RM10,000 kepada RM5,000 dengan seorang penjamin.

Bagaimanapun, Armin tidak mempunyai penjamin. Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Megat Mahathir Megat Tharif Afendi dan kes disebut semula 4 April ini.

Berdasarkan kertas pertuduhan, laporan polis itu dibuat sendiri oleh Ziana pada 27 Februari lalu sebelum Armin ditahan pada Jumaat lalu.

Pasangan berkenaan mendirikan rumah tangga pada Mei 1998 dan dikurniakan empat cahaya mata, Muhammad Aiman, 19, Muhammad Ammar, 14, serta pasangan kembar, Muhammad Ariel dan Siti Nur Kaseh, 9 tahun.

Post Menarik