AirAsia telah memulakan penerbangan sulungnya ke kota suci Amritsar di India, menambah satu lagi destinasi baharu yang menarik bagi rangkaian jarak jauhnya yang sedang berkembang pesat.
AIRASIA X, syarikat tambang rendah jarak jauh, menerusi penerbangan D7188 berlepas dari Kuala Lumpur dengan diraikan persembahan tarian Bhangra oleh pasukan “Fun Team” AirAsia sementara tetamu termasuk tetamu kehormat yang menaiki pesawat dihidangkan dengan sajian tradisi India, Laddu selain daripada hiburan dalam penerbangan.
Turut meraikan penerbangan sulung ialah Pengerusi AirAsia X, Tan Sri Rafidah Aziz, Ketua Eksekutif AirAsia X, Benyamin Ismail dan Ketua Komersial Kumpulan AirAsia X, Barry Klipp yang kemudian mengadakan sidang media khas bersama Menteri Pelancongan dan Hal Ehwal Kebudayaan Punjab Shri Navjot Singh Sidhu.
Pengerusi AirAsia X Tan Sri Rafidah berkata, “AirAsia adalah perintis bagi penerbangan jarak jauh dengan tambang yang berpatutan dan kami teruja dengan penambahan Amritsar kepada rangkaian kami yang sedang berkembang pesat.
Dengan lebih daripada 150,000 tempat duduk yang ditawarkan setahun, inilah masa yang terbaik untuk melawat destinasi terkemuka pelancongan dan hab komersial dan kebudayaan berpusat di Punjab.”
Sejak 2008, AirAsia telah menerbangkan lebih daripada 19 juta tetamu merentasi 21 kota di India, termasuk melebihi 300,000 tetamu melalui rangkaian jarak jauhnya ke New Delhi dan Jaipur.
Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X Benyamin Ismail berkata, “Kami teruja untuk membawa pengalaman AirAsia ke Amritsar buat julong kali.
Amritsar adalah signifikan buat pelancong, terima kasih kepada Harmandir Sahib (Kuil Emas) dan pelbagai tapak kebudayaan dan bersejarah di kota berkenaan.
Ekoran satu kajian semula rangkaian terkini, Amristar dan beberapa buah kota di India telah dikenalpasti antara yang kurang menerima perkhidmatan dari rantau Asia Pasifik, terutama dalam mendapat penerbangan jarak jauh yang berpatutan. Kami yakin dengan perkhidmatan baharu ini akan terbukti popular bagi pelancong dan tetamu domestik.”
Penerbangan D7188 dan D7189 pada waktu malam yang baharu berlepas dari Kuala Lumpur dan Amritsar menjadikan jumlah perkhidmatan Kumpulan AirAsia antara Malaysia dan India ke 85 kali seminggu.
Bagi menyambut perkhidmatan baharu ini, AirAsia menawarkan promosi tambang termasuk semua dari RM299*/INR5490* sehala ditawarkan dari 16 Ogos sehingga 26 Ogos 2018 bagi tempoh perjalanan antara 16 Ogos 2018 hingga 31 Januari 2019.
Tempat duduk Premium Flatbed yang telah meraih anugerah juga sedia untuk tempahan bagi promosi tambang termasuk semua dari RM699*/ INR12,900 *sehala.
Tetamu dari 15 buah kota termasuk Bali, Melbourne, Sydney, Singapura dan Bangkok akan dihubungkan (melalui Kuala Lumpur) ke Amritsar disamping laluan yang sedia ada ke New Delhi dan Jaipur menggunakan perkhidmatan Fly-Thru AirAsia, menentukan pengalaman perjalanan udara dihubungkan dengan mudah dan lancar.
Bagi menempah perjalanan anda ke Amritsar, layari airasia.com Dapatkan maklumat terkini mengenai promosi dan aktiviti AirAsia melalui Twitter (twitter.com/AirAsia) dan Facebook (facebook.com/AirAsia).
*Tambang termasuk semua adalah bagi perjalanan sehala sahaja dan termasuk cukai. Tertakluk kepada terma dan syarat