BMW Malaysia memperkenalkan BMW i8 Coupe baru, iaitu model kereta Sport dengan Mobiliti Elektrik premium serta kombinasi kuasa yang ekstrem dan penggunaan tenaga efisien.

Model dengan teknologi kenderaan Hibrid Plug-In itu berciri seni bina kenderaan LifeDrive serba baharu yang akan dipasang untuk kesemua model BMW i baru kelak yang juga menerima penarafan Anugerah iF Design dan Anugerah Red Dot.

Ia adalah konsep rekaan pintar dengan struktur terbahagi daripada casis aluminium dan sel penumpang gentian karbon CFRP menawarkan pengendalian terbaik dengan keselesaan optimum untuk tempat duduk 2+2.

Bentuk BMW i8 ini dipadankan dengan bonet yang rata, ‘overhang’ pendek, jarak roda lebih panjang, kelebaran roda dan garis bumbung landai ke belakang yang ditonjolkan dengan set pintu gunting (scissor doors).

Teknologi aerodinamik disalurkan dengan kombinasi bonet rendah, sistem pengawal ‘flap’ udara, ‘air curtain’ pada bahagian bampar hadapan, ‘skirt’ sisi, air ‘ducts’ di antara lampu belakang dan bingkai bumbung serta roda aloi ringan bersaiz 20 inci.

Jentera yang mula dilancarkan pada 2015 ini dilengkapi enjin 1.5 liter tiga silinder dengan pengecas turbo suntikan terus dan pemasaan injap bolehubah Valvetronic menjana kuasa 231 hp dan daya kilas maksimum 320 Nm.

Teknologi dikuasakan BMW eDrive dengan drivetrain terdiri daripada motor elektrik pada gandar hadapan dan enjin pembakaran dalaman yang terletak di belakang.

Tenaga kenderaan ini disalurkan melalui pacuan roda belakang dan transmisi Steptronic enam kelajuan serta motor elektrik menggerakkan roda hadapan dengan kotak gear automatik dua kelajuan.

Output sistem kenderaan gabungan motor elektrik dan enjin mampu meningkatkan kuasa kepada 374 hp dan memecut dari sifar ke 100 kilometer/sejam (km/j) dalam tempoh 4.4 saat,

Penggunaan bahan api pula mencatatkan sekitar 1.8 liter untuk setiap 100 km dan 42g/km untuk emisi serta penggunaan kuasa elektrik 14.0kWj/100 km mampu menjangkau jarak sehingga 55km.

Ruang dalaman BMW i8 Coupe ini adalah kesinambungan daripada bahagian luaran terutama bahagian atas konsol yang bersambung pada panel instrumen dengan sudut 12 darjah ke arah pemandu.

Kokpit juga dilengkapi dengan Paparan Head-Up BMW yang boleh ditukar paparan ke mod sport seperti rev enjin (rpm), kedudukan gear serta lampu tukaran gear berfungsi secara manual.

Ia turut dipasang Sistem Navigasi Profesional dengan mod ‘live’ dikawal menerusi iDrive pada skrin sesentuh bersaiz 8.8 inci serta gaya futuristik pada kemasan karbon papan pemuka dan Kawalan iDrive.

BMW i8 Coupe baru didatangkan dengan warna Putih Kristal bersama Kelabu Frozen atau warna Kelabu Donington serta pilihan BMW Individual dengan Hitam Amido atau Accaro bagi ruang dalaman.

Untuk pasaran Malaysia ia dijual pada harga RM1,310,800.00 dengan waranti pengeluar lima tahun tanpa had perbatuan serta Program Servis Berjadual Percuma.

Luaran jentera BMW i8 Coupé Baharu didatangkan dengan warna putih (Crystal White)
bersama sorotan warna kelabu (Frozen Grey), atau warna kelabu (Donington Grey)
istimewa BMW Individual yang baharu, dengan rekaan Black Amido atau Accaro pada
ruangan dalaman. BMW i8 Coupé Baharu ini boleh didapati melalui pengedar-pengedar BMW i yang bertauliah di seluruh negara bermula hari Selasa, 14 Ogos 2018.

Pembeli BMW i8 Coupé Baharu juga boleh menikmati Pengalaman Pemilikan Premium yang ditawarkan oleh BMW Group Malaysia, dan ia merangkumi:

  • Waranti Perbatuan tanpa Had selama 5 Tahun oleh BMW serta Program
  • Servis Berjadual Percuma
  • Program Waranti Tayar selama 2 Tahun/24 Bulan oleh BMW untuk
    penawaran servis Run Flat Tyre
  • Bantuan Tepi Jalan dan Hotline Kemalangan oleh BMW
  • Aplikasi Mudah Alih ‘BMW Group Loyalty+’ – BMW White Card
  • Servis Atas Talian oleh BMW

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini