Tidak lama selepas pengenalan pelan unifi Basic untuk semua rakyat Malaysia, Telekom Malaysia Berhad (TM) baru-baru ini memperkenalkan pelan unifi 100Mbps yang baharu pada harga RM129 sebulan.

PELAN itu memberikan pengalaman jalur lebar berkelajuan 100Mbps tanpa had penggunaan, akses kepada pakej unifi PlayTV untuk hiburan di mana dan pada bila-bila masa serta 600 minit panggilan suara secara percuma. Pelan unifi 100Mbps baharu ini menampilkan tawaran lengkap semua-dalam-satu untuk pelanggan kediaman yang dipermudahkan dengan nilai yang lebih hebat.

Imri Mokhtar, Naib Presiden Eksekutif unifi, berkata: “Kami terus berinovasi dengan mendengar maklum balas daripada pelanggan kami dan memahami kemahuan pelanggan kediaman yang inginkan sambungan jalur lebar pantas dan tanpa had, pelbagai program hiburan dan berhubung dengan keluarga serta sahabat.

“Pada 12 Julai 2018 lalu, kami telah mengumumkan pelan penaiktarafan kelajuan untuk pelanggan unifi kediaman sedia ada kepada kelajuan jalur lebar yang lebih tinggi (kini dalam fasa percubaan), supaya mereka dapat menikmati pengalaman lebih hebat menerusi kepantasan jalur lebar yang lebih tinggi.

“Sekarang, sebagai permulaan – kami menawarkan pengalaman ini kepada pelanggan baharu unifi kediaman dengan menawarkan pelan unifi 100Mbps ini.”

“Maklum balas pelanggan kami menunjukkan semakin banyak kediaman di Malaysia yang memilih untuk melanggan jalur lebar berkelajuan tinggi untuk merealisasikan gaya hidup digital mereka – keadaan ini didorong oleh bertambahnya penggunaan perkhidmatan penstriman dan permainan digital (e-sports) yang kini sebahagian daripada gaya hidup pelanggan kediaman hari ini,” katanya.

Beliau berkata, “Sebagai penggerak utama dalam merealisasikan potensi digital Malaysia sebagai sebuah negara yang terhubung sepenuhnya, kami bersungguh-sungguh untuk membolehkan setiap kediaman di Malaysia mampu untuk menikmati faedah yang dibawakan oleh teknologi digital.

Menerusi pelan unifi 100Mbps dengan hanya RM129 sebulan, kami meletakkan tanda aras baharu untuk kelajuan jalur lebar dan kemampuan melanggan ianya 60% lebih murah daripada pelan 100Mbps terdahulu.

Kami percaya tidak lama lagi 100Mbps akan menjadi tahap kelajuan jalur lebar permulaan pilihan isi rumah di Malaysia apabila semakin banyak aplikasi digital dan kandungan memerlukan lebar jalur (bandwidth) yang lebih tinggi, lebih pantas dan lebih dan diyakini.

Oleh itu, kami mengambil langkah awal memenuhi keperluan pelanggan kami dengan pelan 100Mbps yang baharu ini, serta pelan-pelan yang menawarkan kelajuan lebih tinggi akan diperkenalkan kepada anda tidak lama lagi.”

Sehingga kini, lebih dari 1.2 juta pelanggan di seluruh negara telah menikmati jalur lebar unifi. Dengan kedudukan yang kukuh di pasaran memberi perkhidmatan kepada lebih 1.2 juta golongan penerima gaya hidup digital ini, kami kini membuka pelan permulaan yang lebih mampu milik, unifi Basic, untuk dilanggan oleh semua pada hanya RM79 sebulan dengan kuota 60GB, justeru memberi perkhidmatan kepada segmen pasaran yang lebih besar untuk mula menikmati pengalaman jalur lebar berkelajuan tinggi.

Dengan pelan baharu unifi 100Mbps dan unifi Basic untuk semua, unifi kini mampu memenuhi keperluan dan kemampuan lebih ramai pelanggan kediaman di Malaysia.

Sebagai contoh, pelan unifi Basic amat sesuai buat isi rumah yang kecil yang memerlukan hanya 60GB sebulan untuk gaya hidup mereka pada masa kini. Apabila bertambahnya jumlah isi rumah, mereka kini mampu bertukar ke pakej baharu unifi 100Mbps yang menepati pelbagai keperluan gaya hidup digital, termasuk akses kepada kandungan di unifi PlayTV dan panggilan suara dengan percuma.

“Kami percaya sambungan internet adalah pemacu asas kepada melahirkan Malaysia yang lebih bersifat digital dan membawa kepada perubahan besar dalam gaya hidup pengguna.

Hari ini, para pengguna semakin mendapat manfaat daripada perkhidmatan berasaskan internet. Mereka ingin kepuasan segera dan tidak mahu sebarang gangguan terhadap kehidupan mereka yang sentiasa terhubung dengan dunia luar.

Dari perspektif unifi, apa yang dimahukan oleh pengguna masa kini adalah gaya hidup digital bersepadu di mana segalanya berada di hujung jari, di mana sahaja dan pada setiap masa. Itulah yang kami tawarkan kepada mereka,” Imri menjelaskan sebagai penutup.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengetahui penawaran unifi yang terkini, layari unifi.com.my.

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini