AirAsia dan Kementerian Pendidikan Malaysia melancarkan pertandingan hackathon baharu yang direka untuk memupuk inovasi dan kreativiti dalam industri aeroangkasa.
PERTANDINGAN selama tiga hari yang juga dikenali sebagai Aviatar 2019 tersebut dianjurkan dengan kerjasama oleh University of Nottingham Malaysia. Ia bakal disertai oleh lebih daripada 300 orang pelajar kolej dan universiti yang akan mengasah pemikiran digital dalam topik masa hadapan industri penerbangan.
(Dua dari kiri) Pengarah Bahagian Hubungan Industri, Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pendidikan Prof. Ts. Dr. Arham Abdullah; Penasihat Ekonomi Kedutaan Perancis di Malaysia Emmanuel Ly-Battalan; Provost dan Ketua Pegawai Eksekutif Universiti Nottingham Malaysia; Pro-Naib Canselor Universiti Nottingham Prof. Graham Kendal; Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia (Teknologi & Digital) Aireen Omar; Timbalan Ketua Pengarah Pengajian Tinggi, Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia Dr. Mohd Nor Azman Hassan; Ketua Pejabat Penyelarasan Industri Aeroangkasa Kebangsaan (NAICO), Kementerian Perdagangan Antarabangsa & Industri (MITI) Prof. Ts. Shamsul Kamar Abu Samah; Ketua Bahagian Kejuruteraan AirAsia Nadzri Hasim; dan Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Inovasi Aeroangkasa Malaysia (AMIC) Dr. Liew Kan-Ern di majlis pelancaran Aviatar 2019 di Universiti Nottingham Malaysia
Setiap kumpulan yang mempunyai lima orang ahli akan membentangkan konsep kerja mereka kepada panel yang terdiri daripada pakar teknologi dan industri penerbangan. Lima kumpulan teratas akan bersaing di Pusingan Akhir Aviatar 2019 di Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi (LIMA).
Pemenang tempat pertama bagi pusingan akhir akan merangkul hadiah berupa tiket penerbangan dan lawatan ke Perancis untuk melawat syarikat aeroangkasa. Pemenang tempat kedua dan ketiga pula berpeluang untuk memenangi lawatan ke syarikat aeroangkasa di Jepun dan Malaysia.
Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia (Teknologi dan Digital) Aireen Omar berkata, “Kami berbangga untuk menyediakan peluang kepada para pelajar di Malaysia untuk turut serta dalam inisiatif digital kami. Industri ini bergantung kepada idea dan bakat terbaik, terutamanya AirAsia yang kini berubah menjadi sebuah syarikat teknologi perjalanan. Justeru, kami percaya kami akan menemui banyak potensi ini di Aviatar 2019.”
Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi Dr Mohd Nor Azman Hassan berkata, “Kami berbesar hati untuk mengajurkan pertandingan ini bersama AirAsia. Industri penerbangan dan aeroangkasa bakal berkembang kepada Industri 4.0 dan kami percaya pertandingan ini dapat mendedahkan para pelajar kepada informasi penting, trend dan matlamat industri.
“Pertandingan Hackathon ini juga merupakan peluang terbaik bagi bakat-bakat muda di Malaysia untuk meneliti peluang yang lebih besar untuk membangunkan teknologi industri penerbangan dan aeroangkasa, termasuklah dari segi kecerdasan buatan, analisis data dan teknologi Internet Benda (IoT). Selama maju jaya kepada semua.”
Aviatar 2019 dianjurkan oleh AirAsia bersama-sama Kementerian Pendidikan Malaysia, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia (MITI), Pusat Inovasi Aeroangkasa Malaysia (AMIC), dan Persatuan Industri Aeroangkasa Perancis (GIFAS), serta Universiti Nottingham Malaysia, Invest Selangor, Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT), dan Pejabat Penyelarasan Industri Aeroangkasa Kebangsaan (NAICO).
Tempat Duduk Percuma* AirAsia kini kembali dengan 5 juta tempat duduk promosi dan turut menawarkan diskaun hotel, produk tambahan dan produk bebas cukai bagi melengkapi perjalanan para tetamu.
NIKMATI tambang promosi termasuk semua untuk ahli bermula dari serendah RM12* untuk penerbangan dari Kuala Lumpur ke Kuantan, Johor Bahru, Kota Bharu dan Penang dan dari RM36* untuk penerbangan ke Can Tho, Padang, Hua Hin, Siem Reap, Banda Aceh dan banyak lagi.
Terbang bersama AirAsia X dengan tambang serendah RM199* untuk penerbangan dari Kuala Lumpur ke Tianjin, Gold Coast, Osaka, Seoul, Honolulu dan lain-lain.
Untuk menikmati lebih keselesaan dan pelbagai kelebihan lain, terbang dengan tempat duduk Premium Flatbed yang telah memenangi pelbagai anugerah dari Kuala Lumpur ke Jaipur, Taipei, Chengdu, Fukuoka, Jeju dari hanya RM699*.
Tempahan boleh dibuat di laman web airasia.com dan aplikasi mudah Alih AirAsia dari 11 Mac 2019 (0001h GMT +8) sehingga 17 Mac 2019 (2400 GMT +8) bagi tempoh perjalanan antara 1 September 2019 dan 2 Jun 2020.
Ahli AirAsia BIG dan pemegang Kad Kredit Hong Leong AirAsia boleh menikmati akses keutamaan 24 jam dari 10 Mac 2019 (0001 GMT +8). Log masuk sebagai Ahli BIG di laman web airasia.com atau aplikasi mudah alih AirAsia untuk menikmati diskaun segera untuk ahli.
Ahli AirAsia BIG juga boleh menebus tempat duduk promosi bermula dari serendah 500 Mata Ganjaran BIG di laman airasiabig.com dan aplikasi mudah alih AirAsia BIG.
Buat kali pertama AirAsia juga akan menawarkan penjimatan yang hebat untuk produk dan perkhidmatan yang lain yang berikut sepanjang tempoh kempen promosi ini:
1 juta promosi bilik hotel di laman web AirAsiaGo.com
AirAsiaGo.com menawarkan diskaun tambahan sebanyak 5% dengan kod promosi HOTEL5 untuk hotel yang terpilih dengan tawaran hotel yang tersedia.
Tetamu juga boleh menikmati penjimatan lebih apabila menempah penerbangan bersama hotel.
Diskaun 20% untuk semua hidangan Kombo Santan
Menu hidangan dalam pesawat AirAsia, Santan menawarkan pelbagai jenis hidangan Asean dan antarabangsa.
Diskaun tersedia untuk hidangan kombo pra-tempah untuk tempahan penerbangan baharu sahaja.
Diskaun 20% untuk Pilihan Tempat Duduk
Pilihan untuk duduk bersama dengan teman perjalanan anda semasa penerbangan atau pilihan Tempat Duduk Popular dengan ruang kaki tambahan dan keutamaan menaiki pesawat terlebih dahulu.
Diskaun 30% di ourshop.com
Nikmati diskaun 30% ke atas semua produk bebas cukai dan barangan AirAsia.
Diskaun 15% aktiviti di laman deals.airasia.com
Guna kod promo AADEALS15 untuk menikmati diskaun bagi aktiviti menarik untuk percutian anda.
Untuk aktiviti terkini dan promosi AirAsia, sila mengikuti AirAsia di Twitter (twitter.com/AirAsia), Facebook (facebook.com/AirAsia) dan Instagram (instagram.com/AirAsia).
*Semua tambang termasuk cukai dan bayaran. Tertakluk kepada terma dan syarat di sini.
Dalam memberi khidmat kepada masyarakat dan negara, Perodua telah menyumbang tiga unit Bezza kepada Ibu Pejabat Kontinjen Polis Selangor (IPK Selangor) untuk digunakan sebagai kenderaan peronda.
PERODUA Bezza yang telah dilengkapi dengan peralatan polis termasuk radio dan lampu
beacon akan digunakan di IPK Selangor, Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Bukit Aman (JPJKK Bukit Aman) serta Polis Daerah Hulu Selangor (IPD Hulu Selangor).
“Selama 26 tahun Perodua bertapak di Selangor, kami dapat beroperasi secara efektif tanpa rasa bimbang kerana usaha keras Polis Diraja Malaysia dan khususnya IPK Selangor dalam menjaga keselamatan, keamanan dan keharmonian masyarakat.
“Kami berharap agar sumbangan kami dapat diterima oleh pihak IPK Selangor sebagai tanda terima kasih kami di atas keteguhan, keadilan, dedikasi dan keberanian mereka. Setinggi penghargaan buat mereka,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Dato’ Zainal Abidin Ahmad.
Upacara penyerahan telah diadakan di IPK Selangor, Shah Alam pada Selasa yang lalu, di mana Dato’ Zainal telah menyampaikan kunci kepada Ketua Polis Selangor Comm Dato’ Noor Azam Jamaludin.
Turut hadir adalah Ketua Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti IPK Selangor, SAC Dato’ Kumaran Karuppannan; Ketua Penolong Pengarah Koordinasi Sumber Sokongan Bukit Aman, SAC Tuan Sukardi Tulus; serta Pengarah Urusan Perodua Sales Sdn Bhd, Dato Dr Zahari Husin.
Perodua President and CEO Dato’ Zainal Abidin Ahmad presents a mock key to Selangor Police Chief Comm Dato’ Noor Azam Jamaludin. Also in the picture are IPK Selangor Crime Prevention and Community Safety Head SAC Dato’ Kumaran Karuppannan (1st from left), Bukit Aman Support Resource Coordination Chief Assistant Director SAC Tuan Sukardi Tulus (3rd from left) and Perodua Sales Sdn Bhd Managing Director Dato’ Dr Zahari Husin (2nd from right)
“Perodua Bezza merupakan kenderaan peronda yang sesuai kerana ia boleh dipercayai, lasak, mudah dipandu dan cekap kos dari segi penyelenggaraan serta penggunaan bahan api.
“Selain itu, saiz Bezza yang kompak memudahkan ia dikendali, terutamanya di kawasan yang sempit. Akan tetapi, walaupun saiznya kompak, ruang dalamannya sangat luas.
“Dengan rangkaian servis kenderaan yang terbesar di Malaysia, saya yakin bahawa pihak polis akan mendapati Bezza ini memenuhi dan menepati keperluan tugasan mereka,” katanya lagi.
XOX Mobile has officially launched the embedded sim (eSIM), spearheading the digital lifestyle of mobile consumers.
XOX eSIM platform is provided by 10T Tech Limited. The platform conforms to GSMA (Global System for Mobile Communications) standards and is based on a global eSIM architecture that has been adopted by Apple and Google Pixel in their latest smartphones.
The official press conference and launch was held at Co Labs, Starling Mall and officiated by Ng Kok Heng, The CEO of XOX Mobile Malaysia.
eSIM is an embedded SIM card within a device, enabling users to subscribe and change to a preferred network without a physical SIM card. During the launch, a tech station was provided for members of media to experience digital registration steps.
They were able to performed easy steps of online registration and obtained immediate activation once they have completed all the steps. The tech station is also aimed to enhance digital experience of registration without having to go to physical stores!
Potential XOX eSIM users can enjoy XOX’s 24/7 high speed internet connectivity as well as fulfilling all their digital lifestyle needs.
XOX eSIM is integrated together with XOX’s BLACK plans with strong key features such as ‘BURNPROOF’ where users are able to carry forward their unutilized data offering Zero Wastage. Not only that, BLACK is contract-free that provide a platform for users that are contract bound with other telco or some other reasons to experience XOX as a secondary network provider whenever their primary telco service coverage is limited.
Thus, it is a great advantage for avid travellers to switch to preferred network provider according to a specific area.
“The launch of XOX eSIM opens new market segment for us which has tremendous potential in terms of users acquisition. We are expecting 100,000 activation of eSIM and is hopeful to gain more loyal customers for our network.
Currently, we are serving 2.4mil users nationwide and I strongly believe with eSIM market segment, we will be able to expand our reach in the near future. Furthermore, with a growing number of eSIM devices manufacturer producing wearables, tablets, laptops, connected cars and other Internet of Things (IoT) globally, we can expect a greater demands from the consumer and we are keen to see positive results which translate to the changing technology landscape worldwide”.
Ng Kok Heng, The CEO of XOX Mobile Malaysia said, with acknowledgement of shifting global trends towards a more digital and connected lifestyle, XOX understands the demands of digital consumers today, thus XOX eSIM was developed with convenience, ease and speed in mind.
In efforts to build further brand affinity, XOX strives to transform and lead the nation towards a digital and connected lifestyle, propelling its users to the frontiers of technology. XOX aims to maintain their position as the most innovative telco in Malaysia by providing services and solution through XOX eSIM.
For more information about XOX eSIM, please visit https://esim.xox.com.my/
(Dua dari kiri) Ketua Pegawai Produk AirAsia Nikunj Shanti, Ketua Kumpulan Kejuruteraan Perisian dan Teknologi AirAsia Elias Vafiadi, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia India Sunil Bhaskaran dan Ketua Kejuruteraan Perisian AirAsia Anshul Goswami di majlis pelancaran Pusat Teknologi AirAsia di bengaluru, India
AirAsia telah melancarkan sebuah pusat teknologi baharu di Bengaluru, India, selari dengan misinya untuk menjadi sebuah syarikat teknologi perjalanan.
PUSAT yang terletak di ruang kerja bersama syarikat-syarikat berteknologi tinggi lain di Lembah Silikon India, menempatkan sekitar 35 orang kakitangan di bawah pasukan Kejuruteraan Perisian dan Teknologi AirAsia (AASET), yang ditugaskan untuk mereka bentuk dan membangunkan penyelesaian khusus untuk perniagaan penerbangan dan perniagaan lain AirAsia.
(Dua dari kiri) Ketua Pegawai Produk AirAsia Nikunj Shanti, Ketua Kumpulan Kejuruteraan Perisian dan Teknologi AirAsia Elias Vafiadi, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia India Sunil Bhaskaran dan Ketua Kejuruteraan Perisian AirAsia Anshul Goswami di majlis pelancaran Pusat Teknologi AirAsia di Bengaluru, India
Selain itu, mereka juga akan menyelaraskan aset digital syarikat penerbangan tersebut seperti airasia.com dan aplikasi mudah alih AirAsia, di samping mencipta dan melancarkan produk dan ciri-ciri baharu seperti AVA, chatbot baharu yang dikuasakan oleh kecerdasan buatan (AI) untuk menawarkan pengalaman perjalanan yang lebih lancar kepada para tetamu.
Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia (Teknologi dan Digital) Aireen Omar berkata, “India adalah sebuah negara yang mempunyai sumber inovasi dan teknologi yang canggih, serta menawarkan potensi pertumbuhan yang besar kepada kami untuk membangunkan sebuah ekosistem teknologi perjalanan yang menyeluruh. Justeru, kami amat teruja untuk memperluaskan jaringan kami di India melalui pelancaran pusat teknologi baharu ini.
“Kami juga berharap untuk terus membangunkan pasukan kami yang terdiri daripada jurutera perisian, pakar analisis dan pasukan pembangunan produk di rantau ini.”
Pusat teknologi baharu ini adalah salah satu daripada beberapa inisiatif global AirAsia untuk memacu transformasinya kepada sebuah syarikat digital. Baru-baru ini, AirAsia telah melancarkan beberapa ciri-ciri digital baharu pada aplikasi mudah alihnya seperti carian penerbangan menggunakan peta digital dan sokongan bantuan suara yang memberikan pengalaman yang lebih lancar dan mesra pengguna.
Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia India Sunil Bhaskaran berkata, “Pelancaran pusat teknologi baharu AirAsia ini menandakan komitmen syarikat penerbangan ini untuk membangunkan teknologi bertaraf dunia di India.
“Ini kerana tenaga kerja yang mahir di India boleh menangani keperluan pasaran global dan pada masa yang sama menambah nilai dalam industri ICT India dan membantu untuk mengukuhkan ekosistem industri tersebut.”
Pusat tersebut telah dilancarkan secara rasmi oleh Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia India Sunil Bhaskaran, Ketua Pegawai Produk AirAsia Nikunj Shanti dan Ketua Kumpulan Kejuruteraan Perisian dan Teknologi AirAsia Elias Vafiadis.
Serenia City, perbandaran yang kian menjadi pilihan ramai, akan memperkenalkan fasa perumahan terbaharu pada 9 Mac 2019, menawarkan 226 unit dengan harga dari RM596,888.
SERENIA Adiva 2, sebuah pembangunan kediaman oleh Sime Darby Property yang terletak di Serenia City di Sepang, Selangor akan diperkenalkan pada 9 Mac 2019 (Sabtu).
Serenia Adiva 2 adalah susulan kepada Serenia Adiva, fasa kediaman yang dilancarkan di perbandaran pada Oktober 2018 dan habis dijual dalam masa hanya tiga bulan.
Serenia Adiva 2 adalah pembangunan pegangan bebas dengan saiz pembangunan seluas 18.72 ekar yang terdiri daripada 226 unit kediaman dua tingkat berangkai 20’ x 75’ dengan kawasan terbina bermula daripada 1,874 kaki persegi.
Kediaman terbaharu itu akan diperkenalkan pada 9 Mac 2019 (Sabtu), dengan harga bermula dari RM596,888 (sebelum diskaun Bumiputera 7%) di samping pakej jualan yang menarik.
Kesemua kediaman Serenia Adiva 2 menawarkan 4 bilik tidur dan 3 bilik mandi, dengan susun atur pelan lantai terbuka yang menggabungkan ruang tamu, ruang makan dan ruang dapur untuk mengoptimumkan penggunaan ruang.
Kediaman tersebut juga direka bagi memenuhi keperluan pelbagai generasi. Pintu masuk, ruang tamu, ruang makan dan bilik tidur tetamu di aras bawah direka untuk memenuhi keperluan ahli keluarga yang berusia atau kurang upaya.
Kediaman itu juga menerapkan prinsip-prinsip reka bentuk tropika dan cekap tenaga bagi mendapatkan ruang dalaman yang selesa melalui pengudaraan dan pencahayaan semula jadi.
Pembangunan tersebut dihubungkan kepada trek jogging dan berbasikal, membolehkan amalan gaya hidup yang sihat dalam persekitaran yang selamat. Keselamatan terjaga melalui rondaan kerap oleh polis bantuan di sekitar perbandaran.
Pengurus Besar Sime Darby Property Ir. Mohd Idris Abdullah berkata, “Produk kediaman di Serenia City menerima sambutan yang amat baik di pasaran sejak pengenalan Serenia Amani, produk kediaman pertama di perbandaran ini yang terjual 100% dalam tempoh hanya satu jam selepas dilancarkan pada bulan Mac 2018.
Ini disusuli dengan fasa pertama Serenia Adiva yang terjual sepenuhnya dalam tempoh 3 bulan dari pelancarannya pada Oktober 2018. Ini menunjukkan permintaan yang tinggi terhadap produk yang ditawarkan di lokasi dan pada harga yang tepat.”
“Keunggulan kualiti yang dibawa Serenia Adiva, rekaan pelbagai generasi dan harga yang kompetitif merupakan faktor utama terhadap kejayaan produk kediaman ini. Bagi mereka yang terlepas peluang untuk memiliki kediaman ini, kami dengan sukacitanya mengumumkan bahawa fasa kedua akan diperkenalkan pada 9 Mac 2019.
Rebutlah peluang untuk memiliki kediaman yang mengagumkan di Serenia City, sebuah perbandaran yang menyediakan ketersambungan yang baik dan dibangunkan dengan ciri-ciri yang memenuhi pelbagai keperluan gaya hidup.”
Serenia City terletak di lokasi dengan akses mudah ke Pusat Bandar Kuala Lumpur (43km), Subang Jaya (33km), Puchong (31km), Putrajaya (15km) dan Cyberjaya (13km).Serenia City dihubungkan terus ke Lebuhraya ELITE melalui Persimpangan Bertingkat Bandar Serenia (Bandar Serenia Interchange) yang meningkatkan lagi ketersambungan perbandaran itu, selain Lebuhraya Utara-Selatan dan Lebuhraya MEX.
Perbandaran itu juga terletak berdekatan stesen ERL Salak Tinggi, KLIA dan KLIA2. Universiti Antarabangsa Xiamen dan Mitsui Outlet Park juga berdekatan.
Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Antarabangsa menyerahkan 10 biji telaga kepada Setiausaha Bahagian Kementerian Agama Kemboja Asahari Ayob di Phnom Penh.
KETUA NGO Antarabangsa, Datuk Dr Mustapha Ahmad Marican berkata, kos pembinaan sebuah perigi adalah sekitar RM1,500 bergantung kepada tempat dan kawasan, kerana faktor pengangkutan dan struktur tanah yang berbatu menyebabkan kosnya boleh mencecah sehingga RM4,000 berikutan kerja-kerja menggali tanah sukar dijalankan.
“Pembinaan perigi kali ini membabitkan lima kampung di beberapa daerah seperti Kampung Thom, Kampung View, Kampung Kabai, Kampung Steam dan Kampung Onah.
“Ia membabitkan dua fasa, iaitu 20 perigi untuk fasa satu manakala fasa dua akan bermula sebelum bulan Ramadan supaya umat Islam mendapat bekalan air bersih secara berperingkat,” katanya.
Mustapha (kanan) menyerahkan 10 buah perigi kepada Setiausaha Bahagian Kementerian Agama, Asahari Ayob di Phnom Penh
Sementara itu, Dr Mustapha berkata beliau berharap rakyat Malaysia dapat menghulurkan sumbangan agar NGO antarabangsa dapat melakukan lebih banyak kerja-kerja kebajikan.
Katanya, sehingga kini NGO Antarabangsa itu berjaya mengumpulkan 20 perigi hasil sumbangan rakyat Malaysia dengan kos sebuah perigi berjumlah RM1,500 untuk diberikan kepada masyarakat Kemboja khususnya umat Islam Kemboja yang berada di pedalaman.
“Terima kasih juga diucapkan kepada kerajaan Kemboja kerana banyak membantu memudahkan urusan dan aktiviti kami termasuklah berhubung kes pembebasan 47 warga Malaysia yang ditahan di negara itu baru-baru ini,” katanya.
Mercedes-Benz Malaysia (MBM) has unveiled the all-new Mercedes-Benz E 350 AMG Line as well as the Mercedes-Benz E 200 SPORTSTYLE Avantgarde and the Mercedes-Benz E 300 Exclusive Line – exemplifying the automobile’s brand ethos, coupled with added state-of-the-art performance and safety features.
THE E-Class portrays style, status and exclusivity with class and progression. The Mercedes-Benz E-Class range showcases a proud heritage in the premium luxury vehicles segment carrying the modern luxury hallmark and exclusivity with its suite of luxurious features and stylish highlights with distinctive emotive design and high-grade interior.
Dr Claus Weidner (Left), President & CEO, Mercedes-Benz Malaysia and Mark Raine (Right), Vice President, Sales & Marketing, Mercedes-Benz Malaysia standing alongside the locally-assembled Mercedes-Benz E 350 AMG Line
With the launch of the Mercedes-Benz E 350 AMG Line, it expands the range with a luxury performance variant with the new turbocharged 2.0-litre four-cylinder engine under the hood.
Mark Raine, Vice President, Sales and Marketing of MBM said, “As the vehicle of choice in the premium executive limousine segment, we are proud to introduce the all-new
Mercedes-Benz E 350 AMG Line to now lead the E-Class range.
The locally-assembled car also comes with a four-cylinder 2.0 engine equipped with a belt-driven starter generator and the Driving Assistance Package with state-of-the-art safety technologies”.
Mercedes-Benz E 200 SPORTSTYLE Avantgarde
Raine added, “Alongside the E 350 AMG Line debut, we are also proud to introduce two new variants − the Mercedes-Benz E 200 SPORTSTYLE Avantgarde and the Mercedes-Benz E 300 Exclusive – to further complete the existing lineup.
New in the E 200 and the E 300 is the Blind Spot Assist and the Lane Tracking Package, respectively.
According to Raine, the E-Class is the core of the Mercedes-Benz brand and has gone through several stages of redefinition to continue carrying the wealth of top-class innovations, stylish highlights and an impeccable interior with high-value perception.
Mercedes-Benz E 200 SPORTSTYLE Avantgarde
The new range of locally-assembled Mercedes-Benz E-Class takes a step further in the evolution of safety, comfort and performance while upholding the standard of design and luxury.
With the latest Mecedez-Benz E 350 AMG Line, the Mercedes-Benz E 200 SPORTSTYLE Avantgarde and the Mercedes-Benz E 300 Exclusive customers will get to experience best-in-class luxury and performance.
“The E-Class, is a class of its own. It carries the modern luxury hallmark and exclusivity that is only made possible through Mercedes-Benz craftsmanship. Riding into its latest generation of its long and successful heritage, the Mercedes-Benz E-Class continues to deliver stylish highlights with its distinct, emotive design and an impeccable interior with high value perception,” said President and CEO of MBM Dr Claus Weidner in his welcome speech at the media launch.
New E-Class Variants in a nutshell:
Mercedes-Benz E 350 AMG Line
The new E 350 AMG Line
The new E 350 with AMG line is distinguished by its brawny AMG bodystyling that enhances the sportiness and sophistication of the vehicle. It carries the modern luxury hallmark and exclusivity made possible through Mercedes-Benz craftsmanship.
With its good sporty look, the E 350 AMG Line offers the best of both worlds with the new twin-turbocharged 2.0-litre four-cylinder engine in the stable.
Mercedes-Benz E 350 AMG Line
The four-cylinder twin-scroll turbochargers allow the car to produce high torque at low engine speeds with high specific output. With this, the engine gives a total system output of 220 kW (299 hp) with a maximum torque of 400 Nm with an addition of 150 Nm boost attributed by the belt-driven starter generator, allowing it to boast an acceleration from 0 – 100 km/h in only 5.9 seconds.
New in the car is the Driving Assistance Package, a safety package of several safety technologies, which help to avoid collision while enhancing the car’s standard safety features.
The car is also equipped with the DYNAMIC BODY CONTROL suspension with adjustable damping between maximum agility or high damping comfort suited to the route profile and personal driving style.
The new E 200 SPORTSTYLE Avantgarde
Also joining the E-Class range, it comes with the AVANTGARDE exterior with additional chrome trim, the 18-inch 5-spoke light-alloy wheels. Together with the standard exterior and interior specifications, the SPORTSTYLE package comprises a chrome louvre below the front bumper, a badge on the front wing, a chrome trim element in the rear bumper in high-gloss black, as well as visible tailpipe embellishers, on the outside.
Mercedes-Benz E 200 SPORTSTYLE Avantgarde
On the inside, the SPORTSTYLE package consists of the headliner in black fabric, centre console in light carbon grain aluminium trim, sport pedals in brushed stainless steel with black rubber stuffs and the SPORTSTYLE package floor mats.
Its centrepiece is the 2.0-litre four-cylinder turbocharged engine, giving a total output of 145 kW (197hp) with a maximum torque of 320 Nm. As part of the safety and assistance package, the Blind Spot Assist is new in the variant.
The new E 300 Exclusive
It portrays a more definitive and elegant look emphasising status with the classic Mercedes radiator grille, and the iconic star on the bonnet, unlike the E 200 SPORTSTYLE Avantgarde and E 350 AMG Line.
Mercedes-Benz E 300 Exclusive
It also comes with the similar 2.0-litre four-cylinder turbocharged engine, producing a total output of 190 kW (258 hp) with a maximum torque of 370 Nm.
The E 300 Exclusive is compliemented by the Lane Tracking package which includes the Blind Spot Assist and Lane Keeping Assist to ensure the driver does not drift into other traffic.
Locally-assembled Mercedes-Benz E-Class range and data at a glance:
Model
E 200 SPORTSTYLE Avantgarde
E 300 Exclusive
E 350 AMG Line
Number of cyl./ arrangement
4/in-line, 4 valves per cylinder
4/in-line, 4 valves per cylinder
4/in-line, 4 valves per cylinder
Displacement (cc)
1991
1991
1991
Rated output (kW/hp at rpm)
145/197 at 5,500
190/258 at 5,800
220/299 at 5,800
Rated torque (Nm at rpm)
320/1,650 – 4,000
370/1,800 – 4,000
400/3,000 – 4,000
Acceleration 0-100 km/h (s)
7.5
6.2
5.9
Top speed (km/h)
240
250
250
Price (OTR w/o Insurance)
RM 329,888.00 (estimated)
RM 379,888.00 (estimated)
RM 399,888.00
Own your masterpiece of intelligence
The E-Class certainly portrays class and progression. So does its financing, a class act of its own, designed with your lifestyle in mind. Enjoy affordable monthly instalments, flexible end of agreement options, a guaranteed future value of your car and a wide range of insurance products.
The E-ssential financing starts from RM3,998 and comes with a variety of packages. Just choose a financing package that suits your need and we will take care of the rest. Now for a limited time, all Agility financing contract comes with 2 Complimentary Comprehensive Service Package.
Perfectly tailored for the individual who seeks value, unrivalled benefits and peace of mind at the wheel. Indulge in the advantages of Agility Financing offerings while the performance of your prized investment is well taken care of by Mercedes-Benz certified and trained technicians with genuine spare parts at their disposal.
Campaign ends on April 30 th , 2019. For more details call 1-800-88-1133 or speak to a Finance and Insurance Executive at your nearest Mercedes-Benz Autohaus.
Monthly instalment above is calculated based on a 5 years tenure and downpayment of approximately 30% for the E350 AMG Line. Terms and conditions apply.
KARA Holdings Sdn Bhd, pengendali Kedai Ayamas dan juga anak syarikat Johor Corporation (JCORP) mengumumkan pelancaran Program Perlesenan Kedai Ayamas sebagai salah satu langkah bagi mengembangkan perniagaan Kedai Ayamas dan
menyokong pembangunan usahawan Malaysia dalam industri makanan dan minuman.
KEDAI Ayamas adalah kedai pertama di Malaysia untuk memperkenalkan jualan ayam segar Halal dan pelbagai produk berasaskan ayam di dalam suasana kedai moden dan selesa.
Sebagai sebuah jenama yang telah dikenali sejak 30 tahun yang lalu, Kedai Ayamas
menyediakan perkhidmatan berkonsep makan di restoran dan bawa pulang bagi membolehkan pelanggan untuk menikmati pelbagai jenis makanan enak keluaran mereka seperti ayam panggang Ayamas Roasters, produk sejuk-beku seperti nuget ayam, sosej, bebola ayam dan pelbagai lagi.
Selaras dengan slogan mereka iaitu “More than just chicken”, Kedai Ayamas juga menawarkan makanan sedia-dimakan seperti Nasi Briyani Bukhara Ayam, Nasi Pilaf Ayam Mentega, Nasi Kandar Ayam Masala, Nasi Bijan Ayam Bulgogi dan Nasi Kari Hijau Ayam Thai.
Di samping itu, Kedai Ayamas juga turut menjual produk masakan seperti pasta, rempah-ratus dan herba, pelbagai produk rak dapur serta sos-sos, pemanis mulut dan juga minuman.
“Sebagai sebahagian daripada komitmen JCORP dalam menggalakkan inisiatif keusahawanan menerusi aktiviti perniagaannya, kami berbesar hati untuk bekerjasama dengan pemegang-pemegang lesen kami justeru menjadikan program ini satu kejayaan besar,” kata Pengerusi KARA Holdings Sdn Bhd, Mohd Sahir Rahmat.
“Kami menawarkan peluang istimewa ini untuk menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia
berkecimpung di dalam bidang keusahawanan terutamanya dalam perniagaan makanan dan kedai runcit.
Di bawah program perlesenan kami, pemegang lesen akan diberikan sokongan penuh ke atas semua aspek aktiviti perniagaan Kedai Ayamas seperti latihan tenaga manusia, produk dan perkembangan menu, pengurusan kewangan, pemasaran dan promosi, dan bekalan produk yang terjamin.
Program ini juga akan memberi kuasa kepada Pemegang Lesen untuk menggunakan jenama dan kelebihan Kedai Ayamas untuk menjadi usahawan yang berjaya,” katanya.
Pengumuman tersebut dibuat di Kedai Ayamas Taman Tun Dr Ismail yang telah diperbaharui dan merupakan salah satu daripada sembilan kedai di bawah Program Pelesenan Kedai Ayamas ini.
Kedai-kedai lain adalah Kedai Ayamas TTDI Jaya, Kedai Ayamas Melawati, Kedai Ayamas
Bukit Baru, Kedai Ayamas Medan Gopeng, Kedai Ayamas Kota Damansara, Kedai Ayamas
Seksyen 18 Shah Alam, Kedai Ayamas Bukit Jelutong dan KIOSK Kedai Ayamas Beserah di
Kuantan.
KARA mensasarkan untuk membangunkan 20 buah kedai pemegang lesen baru pada 2019 dan 100 buah kedai pemegang lesen menjelang 2023. Pada masa ini, terdapat 49 kedai Kedai Ayamas di Malaysia yang terdiri daripada 40 kedai milik KARA dan 9 kedai oleh pemegang lesen.
AirAsia telah menandatangani kerjasama untuk menjadi syarikat penerbangan eksklusif rasmi bagi Liga Malaysia 2019-2020.
AIRASIA akan menawarkan diskaun tambang penerbangan kepada pasukan yang bermain dalam Piala Malaysia, Liga Super, Liga Premier dan kejohanan Piala FA di seluruh Malaysia dan rantau ini.
AirAsia juga akan mempunyai hak untuk menjual tiket perlawanan sama ada secara tunggal atau dipakej dengan penerbangan dan/atau tawaran hotel melalui airasiaredtix.com.
Ketua Pegawai Eksekutif Malaysian Football League (MFL) Kevin Ramalingam berkata, “Saya teruja untuk melihat para pemain dalam liga ini akan terbang bersama AirAsia ke perlawanan mereka.
“Siapa sangka sebuah syarikat Malaysia kini menjadi sebuah syarikat gergasi, dan syarikat penerbangan tambang rendah terbaik dunia untuk 10 tahun berturut-turut, dan saya percaya kita boleh berbangga dengan apa yang telah dicapai oleh Tony dan pasukannya.
“Kami berharap kerjasama dengan syarikat terbaik dunia ini akan membawa sukan bola sepak tempatan ke tahap yang lebih tinggi selari dengan usaha kami untuk meletakkan Malaysia di peta bola sepak sekali lagi.”
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Tony Fernandes berkata, “Sukan bola sepak adalah salah satu daripada minat saya dan ia boleh dilihat melalui AirAsia.
Selain menaja Liga Junior KL AirAsia untuk memajukan sukan bola sepak belia di Lembah Klang, kami juga mempunyai pasukan belia kami sendiri iaitu PJ Rangers FC.
Baru-baru ini, kami turut menerbangkan para peminat Harimau Malaya untuk menyaksikan perlawanan separuh akhir dan pusingan akhir Piala AFF Suzuki di Bangkok dan Hanoi.
“Kerjasama MFL adalah satu peluang keemasan bagi AirAsia untuk terus menyokong sukan bola sepak Malaysia, dan kami berbangga kerana dapat memainkan peranan dalam memberi inspirasi kepada generasi baharu dan menjadikan impian satu kenyataan bagi para pemain, pasukan, dan peminat sukan ini.
Kami tidak sabar untuk mengalu-alukan mereka di dalam penerbangan kami.”