Serenia City, perbandaran yang kian menjadi pilihan ramai, akan memperkenalkan fasa perumahan terbaharu pada 9 Mac 2019, menawarkan 226 unit dengan harga dari RM596,888.

SERENIA Adiva 2, sebuah pembangunan kediaman oleh Sime Darby Property yang terletak di Serenia City di Sepang, Selangor akan diperkenalkan pada 9 Mac 2019 (Sabtu).

Serenia Adiva 2 adalah susulan kepada Serenia Adiva, fasa kediaman yang dilancarkan di perbandaran pada Oktober 2018 dan habis dijual dalam masa hanya tiga bulan.

Serenia Adiva 2 adalah pembangunan pegangan bebas dengan saiz pembangunan seluas 18.72 ekar yang terdiri daripada 226 unit kediaman dua tingkat berangkai 20’ x 75’ dengan kawasan terbina bermula daripada 1,874 kaki persegi.

Kediaman terbaharu itu akan diperkenalkan pada 9 Mac 2019 (Sabtu), dengan harga bermula dari RM596,888 (sebelum diskaun Bumiputera 7%) di samping pakej jualan yang menarik.

Kesemua kediaman Serenia Adiva 2 menawarkan 4 bilik tidur dan 3 bilik mandi, dengan susun atur pelan lantai terbuka yang menggabungkan ruang tamu, ruang makan dan ruang dapur untuk mengoptimumkan penggunaan ruang.

Kediaman tersebut juga direka bagi memenuhi keperluan pelbagai generasi. Pintu masuk, ruang tamu, ruang makan dan bilik tidur tetamu di aras bawah direka untuk memenuhi keperluan ahli keluarga yang berusia atau kurang upaya.

Kediaman itu juga menerapkan prinsip-prinsip reka bentuk tropika dan cekap tenaga bagi mendapatkan ruang dalaman yang selesa melalui pengudaraan dan pencahayaan semula jadi.

Pembangunan tersebut dihubungkan kepada trek jogging dan berbasikal, membolehkan amalan gaya hidup yang sihat dalam persekitaran yang selamat. Keselamatan terjaga melalui rondaan kerap oleh polis bantuan di sekitar perbandaran.

Pengurus Besar Sime Darby Property Ir. Mohd Idris Abdullah berkata, “Produk kediaman di Serenia City menerima sambutan yang amat baik di pasaran sejak pengenalan Serenia Amani, produk kediaman pertama di perbandaran ini yang terjual 100% dalam tempoh hanya satu jam selepas dilancarkan pada bulan Mac 2018.

Ini disusuli dengan fasa pertama Serenia Adiva yang terjual sepenuhnya dalam tempoh 3 bulan dari pelancarannya pada Oktober 2018. Ini menunjukkan permintaan yang tinggi terhadap produk yang ditawarkan di lokasi dan pada harga yang tepat.”

“Keunggulan kualiti yang dibawa Serenia Adiva, rekaan pelbagai generasi dan harga yang kompetitif merupakan faktor utama terhadap kejayaan produk kediaman ini. Bagi mereka yang terlepas peluang untuk memiliki kediaman ini, kami dengan sukacitanya mengumumkan bahawa fasa kedua akan diperkenalkan pada 9 Mac 2019.

Rebutlah peluang untuk memiliki kediaman yang mengagumkan di Serenia City, sebuah perbandaran yang menyediakan ketersambungan yang baik dan dibangunkan dengan ciri-ciri yang memenuhi pelbagai keperluan gaya hidup.”

Serenia City terletak di lokasi dengan akses mudah ke Pusat Bandar Kuala Lumpur (43km), Subang Jaya (33km), Puchong (31km), Putrajaya (15km) dan Cyberjaya (13km).Serenia City dihubungkan terus ke Lebuhraya ELITE melalui Persimpangan Bertingkat Bandar Serenia (Bandar Serenia Interchange) yang meningkatkan lagi ketersambungan perbandaran itu, selain Lebuhraya Utara-Selatan dan Lebuhraya MEX.

Perbandaran itu juga terletak berdekatan stesen ERL Salak Tinggi, KLIA dan KLIA2. Universiti Antarabangsa Xiamen dan Mitsui Outlet Park juga berdekatan.

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini