Utama Blog Halaman 941

Saksikan Model BMW 6 Series GT Lebih Dekat Di iOi City Mall, Putrajaya

Ingress Auto Puchong, pengedar sah kenderaan BMW di Malaysia mempertontonkan model BMW 6 Series Gran Turismo (GT) buat pertama kali kepada umum di pusat beli belah iOi City Mall, Putrajaya.

INGRESS Auto Puchong menjadi satu-satunya wakil pengedar BMW yang diberikan hak eksklusif untuk mempamerkan model itu yang baru dilancarkan secara rasmi Khamis lalu di luar bilik pameran.

BMW 6 Series GT yang dipasang sepenuhnya secara pemasangan tempatan (CKD) di Malaysia adalah model pertama BMW yang dilancarkan selepas bermulanya pelaksanaan sistem Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) menggantikan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

Pengurus Korporat dan Pemasaran Ingress Auto Puchong, Eugene Lim berkata, pihaknya berbesar hati kerana diberi kepercayaan oleh BMW Malaysia Sdn Bhd untuk mempamerkan model BMW 630i GT M Sport kepada umum.

Beliau berkata, selain model itu, dua lagi model turut dipamerkan iaitu BMW X5 dan X3, namun model 6 Series dilihat menjadi faktor penarik kepada pengunjung yang hadir di sini.

“Ingress Auto Puchong akan mempamerkan model ini bermula hari ini (Sabtu) selama empat hari sehingga Selasa ini dari jam 10 pagi hingga 10 malam di ruang legar iOi City Mall.

“Selain itu, kami juga menyediakan tiga model BMW untuk sesi pandu uji kepada mereka yang berminat iaitu BMW 330e, BMW 530e dan BMW 740Le,” katanya.

Katanya, ramai yang beranggapan harga kenderaan akan melonjak naik apabila SST bermula namun harga sebenarnya tidak meningkat mengikut sesetengah model malah lebih baik berbanding ketika era GST.

Eugene berkata, sehubungan itu, orang ramai yang ingin menyaksikan lebih dekat model BMW 6 Series GT boleh berkunjung ke iOi City Mall dan wakil jualan syarikat akan bersedia membantu memberi penerangan lebih jelas mengenai ciri menarik model berkenaan.

Antara ciri menarik model itu dipadankan dengan enjin empat silinder 2.0 liter yang mampu  menjana output maksimum yang mencecah 190 kW/258 hp (kuasa kuda) serta tork maksimum 400 Nm.

Model itu boleh memecut dari kelajuan 0 hingga 100 km/j dalam masa 6.3 saat, dengan kelajuan maksimum 250 km/j dan mempunyai penggunaan bahan bakar gabungan sebanyak 6.6 liter bagi setiap 100 kilometer.

Enjin TwinPower Turbo yang canggih pula digandingkan dengan transmisi Steptronic lapan kelajuan.

BMW 6 Series GT menawarkan pilihan warna iaitu Putih (Alpine White), Biru (Bluestone), Hitam (Carbon Black) dan Kelabu (Sophisto Grey) yang dipadankan dengan warna interior, iaitu dalam varian Hitam (Leather Dakota Black).

Khusus untuk pilihan padanan warna Hitam (Carbon Black) dan Kelabu (Sophisto Grey), pilihan tambahan ‘Leather Dakota Cognac’ juga ditawarkan.

ANGGARAN* harga jualan (atas jalan, tanpa insurans) bagi BMW 6 Series GT ialah RM450,000.00*

Merchantrade Jadi Tumpuan Pengunjung Ke Pameran MATTA Di PWTC

Merchantrade, jenama pertukaran mata wang digital dan tunai terbesar di Malaysia menjadi tumpuan orang ramai di Pameran MATTA yang diadakan dari 7 hingga 9 September di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.

KEHADIRAN pengunjung ramai yang bukan sahaja mencari maklumat mengenai pakej pelancongan yang ditawarkan tetapi turut berkesempatan mendapatkan penjelasan lebih terperinci produk-produk yang ditawarkan oleh Merchantrade Asia Sdn Bhd (Merchantrade).

Antara produk yang menjadi tumpuan ialah kad prabayar Visa Pelbagai Mata Wang Merchantrade Money.

Keistimewaan pemilik kad itu boleh menukar Ringgit Malaysia secara digital ke dalam pelbagai mata wang, pada kadar pertukaran kompetitif yang dikehendaki oleh para pelanggan.

Rata-rata pengunjung yang sudah mendaftar untuk mendapatkan kad itu mengakui penggunaan kad itu cukup mudah, selamat dan diyakini.

Alahendran S Murugan

Salah seorang pengunjung, Alahendran S Murugan, 62, berkata, ini adalah kali pertama dia mengetahui mengenai ciri-ciri pintar yang ditawarkan oleh kad prabayar Visa Pelbagai Mata Wang Merchantrade Money.

Beliau yang sering ke luar negara mengakui kad itu memiliki pelbagai kegunaan dan selamat kerana tidak perlu membawa wang tunai yang banyak serta mudah digunakan di mana-mana sahaja peruncit di seluruh dunia.

“Kad ini berfungsi seakan kad kredit atau debit tetapi caj yang dikenakan adalah berbeza dan tidak terlalu tinggi jika mahu mengeluarkan wang. Saya akan mengesyorkan penggunaan kad ini kepada rakan-rakan yang lain,” katanya ketika ditemui di PWTC, semalam.

Katanya, kaedah untuk menambah baki wang dalam kad juga mudah kerana ia dihubungkan terus kepada panel bank yang tersenarai menerusi aplikasi pada telefon bimbit tanpa perlu berurusan dimana-mana kaunter bank.

Rugayah Abdul Manan

Bagi eksekutif kewangan sebuah syarikat antarabangsa, Rugayah Abdul Manan, 29, pula berkata, dia sering ke luar negara atas urusan syarikat dan perlu membawa mata wang asing dalam jumlah yang banyak.

Beliau berkata, selepas mengetahui keistimewaan kad itu, dia berpendapat bahawa penggunaan kad itu dapat mengatasi masalah membawa wang tunai dan tidak perlu ke kaunter mana-mana bank atau pengurup wang untuk menukar mata wang asing.

“Saya juga boleh bercuti dengan senang hati dan tidak perlu bimbang tentang naik turun kadar pertukaran wang kerana segala urusan boleh dilakukan pada telefon bimbit menerusi aplikasi yang disediakan,” katanya.

Jon Lim (dua dari kanan)

Sementara itu, pemandu pelancong, Jon Lim berkata, dia tertarik untuk mendapatkan kad prabayar Visa Pelbagai Mata Wang Merchantrade Money kerana dia sering ke luar negara untuk membawa pelancong Malaysia.

“Saya kini berasa yakin dan selamat kerana tidak perlu membawa wang tunai yang banyak untuk membeli belah kerana kad ini boleh digunakan di 44 juta rangkaian peniagaan Visa di seluruh dunia.

“Saya bersama empat rakan lain tanpa berlengah terus mendaftar untuk memiliki kad ini ketika berkunjung ke Pameran MATTA ini,” katanya.

Beliau yang sudah bertugas selama dua tahun sebagai pemandu pelancong berkata, kad itu juga boleh digunakan di dalam Malaysia malah boleh melakukan pemindahan wang, pemindahan kad ke kad, menyemak baki kad dan tambah nilai.

“Saya pasti akan mempromosikan penggunaan kad ini kepada rakan-rakan yang bertugas sebagai pemandu pelancong pada masa depan,” katanya lagi.

Gerai pameran Merchantrade ditempatkan di F1 hingga F4, Dewan 3 di PWTC. Merchantrade turut menyediakan kemudahan bagi pengunjung yang ingin mendaftar untuk Merchantrade Money di luar Dewan PWTC.

Sementara itu, Merchantrade adalah rakan pertukaran wang rasmi di Pameran Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (Pameran MATTA) yang berakhir hari ini.

Pengasas dan Pengarah Urusan Merchantrade, Ramasamy K Veeran berkata, syarikat itu berbesar hati kerana sekali lagi dapat menjadi sebahagian daripada pameran pelancongan
terbesar di Malaysia, sekali gus mengukuhkan kehadirannya di negara ini sebagai jenama
pertukaran mata wang digital dan tunai pilihan di kalangan pelancong dan pengembara.

“Kami berharap dapat memberi pengalaman menakjubkan dengan memberikan kadar dan tawaran terbaik kepada pelancong dan pengembara semasa Pameran MATTA lebih-lebih lagi apabila mereka mengetahui yang mereka telah mengunci kadar pertukaran terbaik dengan Merchantrade.

Oleh itu, kami mengalu-alukan pengunjung untuk merebut peluang ini dan mendapatkan tawaran terbaik yang disediakan oleh kami. Kami menjadikannya begitu mudah untuk pelanggan dan pengunjung kami,” katanya.

Pengunjung ditawarkan perkhidmatan inovatif lagi menarik termasuk kad Visa Pelbagai Mata Wang Merchantrade Money, pertukaran wang dalam talian eForex dan melalui kaunter untuk kemudahan pengguna menukar mata wang asing mereka dan mendapatkan kadar pertukaran terbaik untuk perjalanan mereka ke luar negara.

Bukan itu sahaja, pengunjung juga berpeluang untuk meletakkan nama peribadi pada kad mereka yang akan dicetak serta merta apabila mereka mendaftar untuk kad pelbagai mata wang.

Faedah menarik lain termasuk pemindahan wang dengan lancar untuk anak-anak yang sedang menuntut di luar negara, pembantu rumah boleh menghantar wang dengan mudah kepada orang tersayang dan ekspatriat dapat mengirim pendapatan mereka dengan mudah ke negara asal mereka.

Bagi pelanggan yang menggunakan perkhidmatan pertukaran wang dalam talian eForex, mereka boleh mengambil mata wang mereka kemudian di mana-mana pusat pengambilan pilihan atau menggunakan perkhidmatan penghantaran yang membolehkan mata wang mereka dihantar terus ke rumah.

Sementara itu, perkhidmatan inovatif digital terkini Merchantrade, kad prabayar Visa Pelbagai Mata Wang Merchantrade Money menawarkan nilai wang kepada pelanggan apabila mereka boleh mengunci kadar pertukaran pada masa pembelian mata wang asing tanpa terjejas oleh naik turun kadar pertukaran mata wang asing semasa melancong ke luar negara.

Pengembara kini boleh bercuti dengan senang hati dan tidak perlu bimbang tentang naik turun kadar pertukaran. Wallet pelbagai mata wang ini menawarkan 11 mata wang termasuk Dolar Amerika, Dolar Singapura, Pound Sterling, Dolar Australia, Rupiah Indonesia, Euro, Baht Thailand, Yen, Saudi Riyal, dan Renminbi China.

Kad prabayar pelbagai mata wang ini boleh digunakan di 44 juta rangkaian peniagaan Visa di seluruh dunia.

Pengembara juga boleh melakukan pemindahan wang, pemindahan kad ke kad, menyemak baki kad dan tambah nilai, isian semula langganan pra-bayar mudah alih (domestik dan antarabangsa), mengunci kad, menukar PIN kad atau menyemak perbelanjaan mereka (melalui e-penyata) hanya dengan menggunakan aplikasi mudah alih.

Bagi Pameran MATTA selama tiga hari ini, syarikat tersebut akan menawarkan promosi istimewa berikut:

eForex dan Pertukaran Wang Melalui Kaunter
• Urus niaga RM12,000 dan ke atas dan dapatkan beg bagasi 20 inci
• Urus niaga RM20,000 dan ke atas dan dapatkan beg bagasi 28 inci

Great Eastern Takaful Launches i-Gr8 Harapan

Great Eastern Takaful Berhad (“GETB”) has announced the launch of its new family takaful plan, the i-Gr8 Harapan to commemorate its 8 th year anniversary of being Malaysia’s Takaful Operator since its inception in 2010.

COMMITTED to expand its product propositions to meet the needs of wider population segment, i-Gr8 Harapan was designed to provide high protection with affordable contributions to Malaysians aged 25 to 45 years seeking security for the wellbeing of their
family.

Shahrul Azlan Shahriman, Chief Executive Officer of GETB says, “With affordable contribution of RM2 daily, Participants may receive up to RM1 million Coverage – a must have plan not only for new customers but also for our existing Participants to ensure their family’s financial commitments are taken care of if the unfortunate happens”.

According to the recent studies conducted by Malaysian Takaful Association, the global income protection gap has continued to widen. “In times of uncertainty and increasing cost of
living, this plan is one of the best avenues to help the Participant’s next-of-kin with debt
settlement especially for young families with various financial commitments.

Bearing that in mind, we have provided the ultimate convenience by simplifying the application process to help and motivate as many young people as possible especially for first-time takaful participants to own a protection plan,” he further added.

The i-Gr8 Harapan is a limited time offer, available from 1 September until 31 October 2018
with a fuss-free no medical examination required upon application.

Its key benefits include high Basic Sum Covered of up to RM500,000, up to 4 times Sum Covered of Accidental Death Benefit as well as additional Badal Hajj and Waqaf services.

For more information on i-Gr8 Harapan, please visit greateasterntakaful.com or
facebook.com/greateasterntakaful

AirAsia Muncul Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Asia Kali Ke-6

Ketua Pegawai Eksekutif Hong Kong dan Macao Celia Lao dengan anugerah Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Asia dan Kru Kabin Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Asia di World Travel Awards Asia dan Australia 2018

AirAsia telah dinobatkan sebagai Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Asia buat kali keenam di World Travel Award Asia dan Australasia 2018.

Syarikat penerbangan ini telah menerima undian tertinggi daripada para pemain industri profesional dari seluruh dunia bagi kecemerlangan komitmen dalam perkhidmatan, mendahului Air India Express, Firefly, GoAir, JetKonnect, JetStar Airways, Lucky Air, Nok Air, Scoot, SpiceJet, Tigerair Taiwan dan West Air.

Ketua Pegawai Eksekutif Hong Kong dan Macao Celia Lao dengan anugerah Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Asia dan Kru Kabin Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Asia di World Travel Awards Asia dan Australia 2018

AirAsia juga memenangi anugerah Kru Kabin Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Asia mengatasi Air India Express, Firefly, GoAir, JetKonnect, Jetstar Airways, Lucky Air, Nok Air, SpiceJet dan West Air.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Hong Kong dan Macao, Celia Lao menerima anugerah-anugerah itu bagi pihak AirAsia di majlis berprestij yang diadakan di InterContinental Grand Standford di Hong Kong.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Tan Sri Tony Fernandes berkata, “Kami teruja untuk menerima anugerah-anugerah ini.

“Kami telah bekerja keras dalam menaiktarafkan perkhidmatan untuk para tetamu kami melalui digitalisasi, bermula dari proses daftar masuk dan menaiki penerbangan hingga ke tempahan dalam talian dan perkhidmatan tetamu, serta terus mengekalkan hospitaliti Asean yang unik.

“Pengiktirafan ini melambangkan usaha berterusan kami dalam menetapkan piawaian bagi perjalanan tambang rendah di rantau ini.”

World Travel Awards merupakan salah satu anugerah yang paling berprestij, komprehensif dan diingini oleh industri global dan pelancongan.

Ditubuhkan pada tahun 1993 untuk mengiktiraf, memberi ganjaran dan meraikan kecemerlangan dalam semua sektor industri perjalanan, pelancongan dan hospitaliti, jenama World Travel Awards kini diiktiraf di peringkat global sebagai anugerah utama bagi kecemerlangan industri.

Developing Talent And Building Competency – 2018 Mercedes-Benz SEA II Skills Competition

25 Customer Services Professionals and five Advanced Modern Apprenticeship finalists competed in the 2018 Mercedes-Benz SEA II Skills Competition.

AT the recent 2018 Mercedes-Benz SEA II Skills Competition, Customer Services professionals from around Malaysia and the region brought their best to claim victory as the best technician, service advisor and process specialist within the Mercedes-Benz network.

This year’s event represents the 10th anniversary of the competition which was started in 2008 and held every two years, and represents the first time that the Skills Competition has been opened up to other member countries in the region. From 133 participants in 2008, this number has grown significantly to 631 this year.

“The biennial Skills Competition is yet another effort to offer the utmost Care and Best Customer Experience – motivating us to strive for constant improvement, both internally and for our customers.

The finalists this year were more competitive than ever, raising the standard of service and technical knowledge in the Mercedes-Benz Malaysia network to new heights. This collaboration with our dealers is part of our long term strategy to develop talent, technology, production and services as a pioneer and leader in the automotive industry.

“Congratulations to all winners!” Said Mercedes-Benz Malaysia, President and CEO, Dr Claus Weidner.

The 2018 Mercedes-Benz SEA II Skills Competition witnessed a total of 25 Service Professionals compete against each other across five categories representing their respective fields of expertise, namely, Qualified Maintenance Technician (QMT), Qualified System Technician (QST), Certified Diagnostic Technician (CDT), Certified Service Advisor (CSA), and Qualified Parts Process Specialist (QPPS).

Providing equal opportunity for this year’s newly graduated apprentices, the skills competition also saw the Mercedes-Benz network’s newest recruits showcase their capabilities in the Advanced Modern Apprenticeship category.

“It gives us great pride to celebrate the 10th anniversary of the Skills Competition which also marks the inaugural occasion of it as a regional event.

The highly qualified consultants, diagnosticians and technicians from our dealer network are products of our comprehensive training program, benchmarked worldwide and who passionately embody our motto of Lifelong Learning.

The level of professionalism, passion and knowledge every participant showed at this year’s skills competition demonstrates the level of service that goes into caring for every Mercedes-Benz vehicle we receive In the Skills Competition, we compete among ourselves to further raise our standards and continue offering the best Care for our valued customers and their Mercedes-Benz automobiles,” said Heinrich Schromm, Vice President, Customer Services, Mercedes-Benz Malaysia.

The participating dealerships represented in the finals were from service centres across Peninsula Malaysia including the Klang Valley, Kuala Terenganu, Georgetown, Seremban, and Johor Bahru, as well as Singapore. Outstanding finalists were rewarded with a trophy, certificate and cash prizes totalling over RM100,000.

In a bid to form well-rounded service professionals, the skills competition put in place a host of challenges in the form of theory and practical tests as well as a quiz. Finalists battled to remain calm despite being put under pressure at each stage of the competition.

Responses were closely monitored and evaluated by a qualified judging panel comprising experts and management of Mercedes-Benz Malaysia.

Held every two years, the skills competition is a landmark event for Customer Services professionals within the Mercedes-Benz dealer network. Mercedes-Benz Malaysia has the largest premium network coverage in Malaysia with a total of 34 Autohauses and 31 Service Centres.

This year’s competing dealer partners who qualified and competed in the finals included Cycle & Carriage Bintang, Hap Seng Star, NZ Wheels, Mofaz Exotic Car, MBSA Automotive and Minsoon Credit, from Malaysia as well as Cycle & Carriage Industries from Singapore.

AirAsia Diiktiraf Malaysia Book Of Records Untuk Teknologi Pengecaman Wajah

(Dua dari kanan) Ketua Pegawai Operasi Malaysia Book of Records Wong Hong Wai menyampaikan sijil pengiktirafan untuk FACES kepada Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia (Digital, Transformasi dan Perkhidmatan Korporat) Aireen Omar, dan disaksikan oleh Menteri Belia dan Sukan Malaysia Syed Saddiq Syed Abdul Rahman di ibu pejabat AirAsia, RedQ.

AirAsia diiktiraf Malaysia Book of Records untuk teknologi pengecaman wajah pertama

AirAsia menerima pengiktirafan kedua daripada Malaysia Book of Records sebagai Syarikat Penerbangan Pertama yang Memperkenalkan Teknologi Pengecaman Wajah di Malaysia untuk inovasi terkininya, Fast Airport Clearance Experience System (FACES).

(Dua dari kanan) Ketua Pegawai Operasi Malaysia Book of Records Wong Hong Wai menyampaikan sijil pengiktirafan untuk FACES kepada Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia (Digital, Transformasi dan Perkhidmatan Korporat) Aireen Omar, dan disaksikan oleh Menteri Belia dan Sukan Malaysia Syed Saddiq Syed Abdul Rahman di ibu pejabat AirAsia, RedQ.

Dimiliki dan dikendalikan sepenuhnya oleh AirAsia, FACES adalah sistem pengecaman wajah dengan pintu perlepasan sendiri. Sistem tersebut menggunakan teknologi pengecaman wajah untuk mengenal pasti tetamu yang telah berdaftar di pintu perlepasan sendiri, membolehkan mereka menaiki penerbangan mereka tanpa perlu mengemukakan sebarang dokumen perjalanan. FACES boleh didapati di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Johor Bahru.

Sehingga kini, kira-kira 73,000 orang tetamu telah mendaftar dengan FACES, dan jumlah pendaftaran kian meningkat daripada 8,000 orang tetamu sebulan dari tarikh pelancarannya di bulan Februari hingga Jun dan kini mencecah 12,000 orang tetamu sebulan. AirAsia kini sedang berusaha untuk terus membangun dan menyempurnakan teknologi ini untuk dilaksanakan di semua lapangan terbang di Malaysia.

Rekod tersebut telah disampaikan oleh Ketua Pegawai Operasi Malaysia Book of Records Wong Hong Wai kepada Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia (Digital, Transformasi dan Perkhidmatan Korporats) Aireen Omar, dan disaksikan oleh Menteri Belia dan Sukan Malaysia Syed Saddiq Syed Abdul Rahman di ibu pejabat AirAsia, RedQ, Sepang.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia (Digital, Transformasi dan Perkhidmatan Korporat) Aireen Omar berkata, “FACES membolehkan kami memberikan pengalaman lapangan terbang yang lebih baik kepada para tetamu kami dengan mengurangkan jumlah masa yang diperlukan untuk menaiki pesawat.

Kami berbangga untuk menjadi syarikat penerbangan pertama di Malaysia dan Asia untuk menawarkan pengalaman perjalanan yang lancar bermula daripada daftar masuk hingga menaiki pesawat dengan teknologi pengecaman wajah terkini. Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Malaysia Book of Records kerana mengiktiraf usaha kami dalam memberikan perkhidmatan yang lebih canggih kepada tetamu kami. ”

AirAsia merupakan perintis dalam menggunakan teknologi baharu untuk meningkatkan pengalaman perjalanan para tetamunya.

Syarikat penerbangan ini merupakan antara yang pertama memperkenalkan tempahan menggunakan SMS pada tahun 2003, diikuti dengan laman web airasia.com dan aplikasi mudah alih, yang memenangi anugerah Laman Web Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terkemuka Dunia, Aplikasi Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terkemuka Dunia di Anugerah Pelancongan Dunia 2015.

AirAsia juga adalah perintis dalam menggunakan kiosk layan diri di lapangan terbang yang membenarkan para tetamu mendaftar masuk, mencetak pas masuk dan tag bagasi mereka, serta memperkenalkan tag bagasi di rumah dan fungsi daftar masuk bagasi sendiri untuk kemudahan para tetamunya.

Awal tahun ini, AirAsia telah bekerjasama dengan Palantir, syarikat yang berpangkalan di California untuk melaksanakan projek di platform Palantir dalam pelbagai fungsi perniagaan syarikat penerbangan itu bagi tempoh lima tahun akan datang.

Fungsi-fungsi tersebut termasuklah keselesaan pelanggan, jualan dalam penerbangan, perolehan laluan, kewangan, keselamatan, operasi penerbangan, perancangan rangkaian, kargo, pengurusan rantaian bekalan, komersial dan pembangunan pekerja.

AirAsia diiktiraf Malaysia Book of Records buat pertama kali pada tahun 2014 sebagai Syarikat Penerbangan Pertama yang Menawarkan Wi-Fi Dalam Penerbangan di Malaysia dengan perkhidmatan sambungan internet dan hiburan ROKKI.

Untuk promosi dan aktiviti terkini AirAsia, sila ikuti AirAsia di Twitter (twitter.com/AirAsia) dan Facebook (facebook.com/AirAsia).

Proton X70 – SUV Pertama Proton Dibuka Untuk Tempahan Hari Ini

PROTON akan mula membuka tempahan untuk X70 bermula hari ini (8 September) dengan deposit sebanyak RM1,000 bagi setiap satu unit.

PROTON X70 direka dengan gabungan gaya cita rasa rakyat Malaysia, garisan-garisan mempersonakan pada SUV ini ialah hasil usaha kumpulan pereka cipta yang diketuai oleh Naib Presiden Eksekutif Reka Bentuk Geely, pereka British Peter Horbury.

Beliau merupakan seorang pereka bentuk kereta yang disegani dengan memiliki 40 tahun pengalaman dalam bidang diceburinya, Peter yang sebelum ini merupakan naib presiden reka bentuk di Volvo Car Corporation turut diiktiraf sebagai pereka yang telah merevolusikan jenama Swedish daripada rekaan kereta bentuk bersegi kepada kereta model yang dijual di pasaran kini.

Proton X70 adalah hasil usahasama pertama yang dihasilkan oleh Geely dan PROTON, majlis eksklusif ini turut dihadiri oleh Dr Li Chunrong, Ketua Pegawai Eksekutif PROTON, Dato’ Radzaif Mohamed, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PROTON dan barisan pengurusan kanan PROTON.

Turut hadir Azlan Othman, Ketua Reka bentuk PROTON bagi menyampaikan maklumat mengenai reka bentuk SUV.

Menurut Azlan, silhouette yang diukir bersama garisan penuh energik telah diinspirasikan daripada bentuk berotot dan kelincahan seekor kucing. Lebih tepat lagi, bentuk tersebut digambarkan dari keluarga kucing yang besar, seperti Harimau Malaya, di mana bentuk tersebut memberikan rasa momentum kehadapan.

Ianya turut dikaitkan dengan lampu hadapan serta lampu siang yang memberi gambaran seakan sepasang ‘mata’ yang menjadikan SUV ini dikenali tanpa mengira persekitaran pemanduan.

Bagi membezakan rekaan antara SUV Proton dengan model asal dari Geely, Azlan bersama pasukan perekanya sudah melakukan beberapa perubahan pada bahagian luaran agar kekal unik dan menepati cita rasa rakyat Malaysia.

Antara perubahan paling ketara adalah pada bahagian gril yang memiliki reka bentuk diinspirasikan oleh busur yang melambangkan ketangkasan, kecepatan dan ringan.

Begitu juga dengan lencana PROTON pada pertengahan gril tersebut selain diapit dengan gril tiga bar hitam mendatar. Jika diperhatikan secara teliti, rekaan bar itu mempunyai corak pengulangan tersendiri yang diilhamkan oleh ketukangan Malaysia dan warisan semula jadi kita.

“Kami memasukkan unsur-unsur unik yang terdapat di Malaysia dan menerapkannya dalam reka bentuk kami untuk menghargai keunikan dan kekayaan persekitaran, tradisi dan warisan kita.

Dengan mencerminkan ketukangan dahulu kala, kami telah membangun dan mengembangkan seni ukiran kayu tradisional ke dalam susunan reka bentuk yang kami panggil Infinite Weave,” kata Azlan.

Pada bahagian dalaman, unsur-unsur kemewahan seperti kulit Nappa, sentuhan aksen aluminium dan skrin sentuh menghasilkan suasana yang mewah, ketukangan dan teknologi.

Garisan-garisan dalaman yang elegan telah diinspirasikan daripada kombinasi antara permukaan gelap dan terang manakala sentuhan Malaysia ditambah untuk menimbulkan corak Infinite Weave, yang dibawa ke bahagian dalaman melalui gril pembesar suara dan pembuka pintu di bahagian dalam.

Apa yang paling menyerlahkan identiti Proton adalah melalui ikon lambang PROTON yang diletakkan pada stereng kereta.

Selain menunjukkan reka bentuk luaran dan dalaman SUV tersebut kepada media, PROTON turut mengambil kesempatan mengumumkan secara rasmi nama bagi SUV itu.

Satu pertandingan dalam talian telah dianjurkan dan rakyat Malaysia diajak untuk memilih salah satu daripada empat nama yang disenaraikan – PX70, X7, X70 dan X700.

Lebih daripada 89,900 peserta telah menghantar penyertaan, di mana nama X70 telah dipilih.

“Kami kini memperkenalkan SUV PROTON sebagai X70. Ini merupakan kali pertama kami menggunakan sistem abjad angka bagi model Proton di mana kajian kami menunjukkan ianya akan memudahkan untuk PROTON menjual X70 tersebut di ASEAN dan pasaran-pasaran antarabangsa lain tanpa adanya batasan bahasa.

Huruf X sinonim dengan kenderaan jenis Crossover atau SUV daripada jenama-jenama lain. Nombor 70 menggambarkan saiz atau kelas bagi segmen SUV dan memberi PROTON satu sistem logikal untuk menghasilkan model yang lebih besar atau kecil pada masa hadapan,” kata Abdul Rashid Musa, Ketua Pegawai Eksekutif PROTON Edar.

Ia juga menjelaskan bahawa sesi pratonton ini bukan hanya akan dilakukan bersama rakan-rakan media sahaja. Malah satu siri bertemu pelanggan yang merangkumi 7 bandar utama di Malaysia akan berlangsung dari 19 September sehingga 4 November akan diadakan untuk membolehkan orang ramai, industri perbankan dan insurans serta pelanggan korporat berpotensi melihat dengan lebih dekat model X70 sebelum ia dilancarkan pada hujung tahun ini.

“Sesi pratonton bermula dari 19 September dan kami mensasarkan untuk mendekati hampir 6,000 orang. Itu hanya sebahagian kecil daripada pembeli yang berpotensi kami sasarkan tetapi bagi mereka yang sudah yakin dan mahu membeli SUV baharu kami,” kata Rashid.

“Driven By Enzo” And “Passion And Legend” Exhibitions At Ferrari Museum In Maranello

Ferrari_Driven by Enzo & Passion and Legend exhibitions

On the 120th anniversary of the founder’s birth, the Ferrari Museum pays tribute to his passion for cars with the “Driven by Enzo” and “Passion and Legend” exhibitions, which retrace the countless developments in style and technology over the company’s history.

“Driven by Enzo” shows off the four-seater models driven personally by Ferrari. As is well known, Enzo Ferrari used to try out every car produced at Maranello himself, but not all of them were for day-to-day driving.

On his daily journeys, he particularly loved four-seater cars because of their combination of comfort and sportiness and often ferried around his illustrious visitors in them. His passion for these cars began with the 1960 Ferrari 250 GT 2+2 and continued for the rest of his life with the 400 GTi, the 412, and finally the Ferrari 456 GT, a car he personally approved in 1988.

Even when he decided to employ a chauffeur in 1969, the latter was often a passenger and travel companion of a man who always felt himself to be a driver.

“Passion and Legend” is the extraordinary story of Enzo Ferrari and his company, retraced through cars and images.

 

Ferrari is the transposition into the real world of its founder’s vision and his unconditional love for cars, as we can see in this exhibition of seven decades of the most beautiful cars.

 

Then we find the 166 Inter of 1948, the first Ferrari mainly for road use, the Ferrari 250 GT Berlinetta “Tdf” of 1956 and again the Dino 246. The exhibition carries on down to the cars of today such as the F12tdf, a special limited series, and the 812 Superfast, the company’s highest performing road car.

With the help of two interactive stations, the exhibitions also allow us to discover the most important 2+2 cars in the company’s history and to take a virtual tour of today’s production facilities.

The exhibitions will be at the Ferrari Museum in Maranello until May 2019.

AirAsia Indonesia Signed MoU With Malaysia Healthcare Travel Council

AirAsia Indonesia has signed a Memorandum of Understanding (MoU) with Malaysia Healthcare Travel Council (MHTC) aimed at offering the best medical tourism service to Indonesian travelers.

THE agreement will see both parties jointly promote Penang as Malaysia’s top healthcare tourism destination, with AirAsia as the preferred airline for direct connectivity. MHTC will offer services to arrange medical tourism trips including doctor and hospital appointments, as well as airport pick-up services, for those flying AirAsia from Indonesia to Penang for medical treatment.

MHTC CEO, Sherene Azli (second from left) and AirAsia Indonesia CEO, Dendy Kurniawan (second from right), as witnessed by Malaysian Deputy Minister of Health, Dr Lee Boon Chye (third from left), Malaysian Deputy Minister of Finance, Dato’ Ir Haji Amiruddin bin Hamzah (center) and AirAsia Group Berhad Executive Chairman and AirAsia X Co-Group CEO, Datuk Kamarudin Meranun (third from right).

AirAsia will provide exclusive flight discounts to MHTC customers, and AirAsia guests with prearranged appointments made through MHTC will also enjoy additional benefits at participating hospitals, including up to 20% discount on the medical check-up and non-medical bills, as well as in selected F&B outlets simply by showing their boarding pass.

The MoU was exchanged between MHTC CEO Sherene Azli and AirAsia Indonesia CEO Dendy Kurniawan at Aloft KL Sentral here today.

The signing ceremony was witnessed by Malaysian Deputy Minister of Finance Dato’ Ir Haji Amiruddin Hamzah, Malaysian Deputy Minister of Health Dr Lee Boon Chye and AirAsia Group Berhad Executive Chairman and AirAsia X Co-Group CEO Datuk Kamarudin Meranun.

Also present was Association of Private Hospitals of Malaysia (APHM) President Datuk Dr Kuljit Singh.

Speaking after the signing ceremony, AirAsia Indonesia CEO Dendy Kurniawan, said, “We are thrilled to be working together with MHTC to promote Penang, which is one of the best healthcare tourism destinations in the region. Penang is the destination of choice for Indonesians seeking top quality medical care, and we hope to see the market grow even more through this cooperation.”

Sherene shared this enthusiasm. “Penang receives around 60% of Malaysia’s healthcare travellers and in 2017 alone, the state’s healthcare travel industry generated half a billion ringgit in revenue. Among the medical fields that Penang is known for includes cardiology, orthopaedics, oncology, neurology, in-vitro fertilisation (IVF), ophthalmology, and dentistry. Initiatives as such will only increase the potential of the state to cater to more healthcare travellers from Indonesia who have discovered Penang to be their preferred destination for healthcare.”

AirAsia Indonesia (carrier code QZ) currently serves Penang with twice daily flights from Jakarta, thrice daily flights from Medan and thrice weekly flights from Surabaya. AirAsia has been serving flights from Medan to Penang since March 2006, followed by the inaugural flight to Penang from Jakarta in March 2008 and from Surabaya in November 2010.

BMW 6 Series GT Yang Pertama Dilancarkan Di Malaysia

The First-Ever BMW 6 Series GT

BMW Malaysia hari ini, memperkenalkan BMW 6 Series Gran Turismo yang Pertama, tanda aras terbaharu segmen kelas kenderaan mewah melalui ciri-ciri kenderaan yang bertemakan keluasan, keselesaan dan fungsi yang tiada tandingannya.

MENERUSI varian BMW 630i GT, jentera baharu ini membawa portfolio model kenderaan BMW Group Malaysia yang dipasang di dalam negara ke aras yang baharu melalui sembilan model dan 11 varian, lantas memperlihatkan komitmen pengeluar kenderaan ini untuk memperkembangkan skala operasi dan pelaburannya di Malaysia, serta kedudukan negara Malaysia sebagai hab bagi BMW Group di rantau ini.

BMW Malaysia Introduces the First-Ever BMW 6 Series GT

Harald Hoelzl, Pengarah Urusan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif BMW Group Malaysia berkata, “BMW 6 Series GT menambah satu lagi dimensi dan penawaran baharu dalam portfolio produk mewah moden kami.

Jentera baharu ini menawarkan ciri-ciri kefungsian yang mengagumkan serta menampilkan format badan kenderaan baharu yang telah menempah nama di persada antarabangsa dan ia juga didatangkan dengan ciri pemanduan yang menyelesakan serta keluasan berstandard tinggi, justeru mendefinisikan karakter kenderaan ini yang tersendiri.”

Ciri-ciri unik generasi kenderaan yang terdahulu kini diperhalusi dan dibawa ke tahap yang baharu dalam BMW 6 Series GT, dengan evolusi sistematik yang ketara dilihat melalui keanggunan jentera ini yang serba sporty, selain daripada kelengkapan yang canggih, sistem bantuan dan pengawalan yang inovatif, serta kemajuan dalam aspek dinamisme dan efisiensi.

“Model baharu ini akan menyuntik nafas baharu kepada kelas kenderaan eksekutif mewah, sebagai satu-satunya kenderaan dalam segmen seumpamanya yang menawarkan keluasan seperti kenderaan Gran Turismo yang moden, keselesaan pemanduan seperti sedan kelas mewah, dan dinamisme serta tarikan estetika yang sepadan dengan coupé elegan yang bersaiz besar,” kata Hoelzl.

Konsep badan kenderaan yang berjaya merangkul anugerah berprestij – BMW Efficient Lightweight bercirikan praktikaliti moden.

BMW 6 Series GT yang Pertama telah menerima Anugerah ‘EuroCar Body’ yang berprestij pada tahun 2017 bagi reka bentuk badan serta ruang yang lebih mantap – ia dicapai melalui inovasi seperti yang diperlihatkan oleh teknologi BMW Efficient Lightweight.

Rekabentuk serba ringan menerusi penggunaan aluminium dan keluli berkuatan tinggi bagi struktur badan dan komponen casis kenderaan ini membantu menurunkan berat kenderaan tersebut untuk mencapai berat purata yang berjumlah lebih kurang 150 kilogram jika dibandingkan dengan model-model terdahulu.

Kekemasan dalaman jentera ini menawarkan ruang lebih lapang, selain posisi tempat duduk yang dinaikkan memberi kelebihan pemandangan bagi setiap penumpang.

Tiga tempat duduk yang lengkap pada bahagian belakang mempunyai ruang kaki yang luas, lantas memberi penekanan terhadap kualiti kenderaan ini yang memfokuskan keselesaan pengguna, sepertimana ruang atas (headroom) yang turut diperluaskan lagi walaupun garis bumbung kenderaan ini secara keseluruhannya disingkatkan – semua ini dapat dicapai melalui sistem tempat duduk yang optimum.

Rekaan badan kenderaan ini menawarkan ruang pembukaan belakang yang lebih besar dan lebih memudahkan, serta ia juga dapat memberikan pemandangan menyeluruh melalui tingkap belakang.

Pintu but berseksyen tunggal yang melengkapi BMW 6 Series GT boleh dibuka dan ditutup dengan kuasa elektrik, serta fungsi ‘Comfort Access’ membolehkan operasi tanpa penggunaan tangan yang sebaliknya boleh diakses melalui pergerakan kaki.

Isi padu ruang bagasi pula ditingkatkan sebanyak 100 liter kepada 610 liter berbanding model yang terdahulu: ia boleh diperbesarkan lagi untuk mencapai sukatan setinggi 1,800 liter dengan cara melipat tempat duduk menggunakan fungsi pengawal elektrikal.

BMW 6 Series GT yang Pertama tampil dengan rekaan luaran yang bersifat gah dan tersendiri, dengan lensa lampu depan LED ‘Adaptive’ yang mengunjur ke gril kidney BMW yang ikonik.

Elemen keanggunan yang melambangkan jentera BMW ini dapat dilihat secara keseluruhannya melalui ciri-ciri seperti bonet yang memanjang, posisi kabin yang miring ke belakang, jarak roda berukuran 3,070 milimeter, set tingkap pintu tidak berbingkai, garis bentuk tingkap yang melandai ke belakang, serta lengkok berkembar Hofmeister yang sebati dengan BMW.

Garis bumbung jentera ini mengunjur ke bawah melalui penggayaan coupe yang bersambung dengan seksyen belakang yang juga kini lebih rendah melalui penurunan jumlah ukuran sebanyak 64 milimeter, sementara set roda 20 inci ‘M light-alloy double-spoke 648 M’ yang hadir dalam dwiwarna (dengan set tayar bercampur) memperkayakan lagi elemen sofistikasi kenderaan ini.

Tingkap belakang yang bercerun menggayakan keperibadian coupé dan ia bersambung dengan lampu belakang LED yang berbentuk tiga dimensi serta dengan rekaan signatur BMW yang mengenakan bentuk ‘L’ untuk menghasilkan tarikan sebuah kenderaan sport yang berkelas.

Siluet yang renek juga memberikan kelebihan kepada struktur aerodinamik kenderaan ini, digabungkan dengan pengawal flap udara aktif dan komponen yang lain termasuk ‘Air Curtains’, ‘Air Breathers’ dan spoiler belakang yang boleh mengunjur secara automatik (diaktifkan apabila kenderaan ini mencecah kelajuan 110 km/j) untuk mengurangkan kadar pekali seret (Cd) daripada model terdahulu yang berjumlah 0.29 kepada kadar yang terbaharu: 0.25.

Dinamik pengendalian dan tahap keselesaan pemanduan yang ditawarkan oleh jentera BMW 6 Series GT ini memanfaatkan penambahbaikan yang dilakukan pada teknologi casis.

BMW 6 Series GT dilengkapi dengan suspensi Adaptif dengan ‘Dynamic Damper Control’ serta suspensi udara pada gandar hadapan dan belakang. Peredam yang dikawal secara elektronik turut meningkatkan lagi tahap keselesaan pemanduan dan pengendalian kenderaan ini, serta pengawal roda spesifik dapat memberikan keseimbangan bagi muatan yang tidak seragam.

Suspensi udara dwigandar membolehkan ketinggian kenderaan ini dilaraskan secara manual, ini bermakna ruang kelegaan tanah (ground clearance) boleh ditingkatkan lagi sebanyak 20 milimeter dengan hanya menekan butang untuk menyesuaikan kenderaan ini di jalan yang berliku atau jalan yang curam, atau untuk tujuan yang lain.

Kenderaan ini juga boleh direndahkan lagi sebanyak 10 milimeter – samada sekali lagi dilakukan secara manual dengan menekan butang, atau secara automatik apabila mod SPORT diaktifkan melalui suis ‘Driving Experience Control’, atau apabila kenderaan ini melebihi tahap kelajuan 120 km/j untuk mengurangkan ‘drag’.

Di bawah bonet jentera ini, enjin TwinPower Turbo yang canggih digandingkan dengan transmisi Steptronic lapan kelajuan.

Unit petrol empat silinder 2.0 liter dalam jentera BMW 6 Series GT yang Pertama menjana output maksimum yang mencecah 190 kW/258 kk (kuasa kuda) serta puncak tork setinggi 400 Nm. Peningkatan daya kuasa dan efisiensi yang lebih mantap pada enjin tersebut, berserta penambahbaikan aerodinamik mampu membawa kereta ini mencecah kelajuan 250km/j sambil mengoptimumkan penggunaan bahan bakar.

Ia boleh memecut dari kelajuan 0 hingga 100 km/j dalam masa 6.3 saat, dan mempunyai penggunaan bahan bakar gabungan sebanyak 6.6 liter bagi setiap 100 kilometer dan emisi CO2 sebanyak 152 gram bagi setiap kilometer.

Ruang kokpit memfokuskan kepada pemandu dan bersertakan susunan pelbagai unsur pengawal yang ergonomik, serta paparan dan sistem pengawal yang menawarkan versatiliti yang tiada tandingannya melibatkan fungsi-fungsi seperti operasi, navigasi, komunikasi dan maklumat hibur.

Nadi ciri kefungsian kenderaan ini ialah sistem iDrive, lengkap dengan ‘Touch Controller’ yang terletak di konsol pusat serta ‘Control Display’, yang kini hadir dengan skrin sentuh ‘freestanding’.

Paparan resolusi tinggi pula kini mempunyai skrin berpenjuru yang bersaiz 10.25 inci, manakala susun atur menu yang menggunakan penggayaan ‘tile’ serta grafik beranimasi dalam mod ‘live’ membolehkan pengoperasian yang intuitif.

BMW 6 Series GT juga menawarkan kemudahan melalui fungsi arahan suara yang diperbaik, dan ‘BMW Gesture Control’, serta Paparan ‘Head-Up’ BMW generasi baharu. Stereng ‘M Sport’, papan pemuka ‘Sensatec Leather’ dan ‘Fineline Ridge’ yang menggunakan bahan ‘Fine Wood’ dengan kemasan krom (Pearl Gloss Chrome) menyempurnakan keterampilan jentera ini yang penuh gaya, dan tidak kurang juga pengalaman pemanduan premium yang ditawarkan oleh jentera ini.

Kompartmen penumpang yang amat luas datang dengan ciri keselesaan yang dipertingkatkan melalui penebat bunyi yang optimum serta bumbung kaca Panoramik dwibahagian.

Tambahan pula, Sistem Bunyi Keliling Harman Kardon juga memanfaatkan kelebihannya melalui penawaran sensasi pendengaran yang luar biasa.

Sistem bantuan pemandu yang melengkapi BMW 6 Series GT memanfaatkan kamera stereo, termasuk radar dan sensor ultrasonik untuk memantau persekitaran kenderaan ini.

Ciri menarik seperti Amaran Pengeluaran Laluan (Lane Departure Warning), Amaran Penukaran Laluan (Lane Change Warning), Amaran Perlanggaran dan Pejalan Kaki (Collision and Pedestrian Warning) dengan Mitigasi Perlanggaran dalam Kawasan Bandar (City Collision Mitigation), Amaran Perentasan Trafik (Crossing Traffic Warning), dan Info Had Laju (Speed Limit Info).

Pemilik BMW 6 Series GT dapat menikmati kelebihan BMW ConnectedDrive, iaitu pembantu mobiliti peribadi digital yang dapat menolong pemandu menuju ke destinasi mereka dengan mudah – pemilik juga boleh mengakses kenderaan mereka tanpa perlu memasuki kenderaan mereka sendiri.

Sebagai contoh, entri kalendar dari telefon pintar boleh digunakan untuk merancang perjalanan, waktu bertolak yang sesuai juga boleh dianggarkan serta destinasi navigasi boleh dihantar ke kereta pemilik dengan lancar.

Alat pemegang telefon pintar yang baharu juga diintegrasikan pada konsol pusat, ia membolehkan pengecasan induktif tanpa wayar untuk telefon mudah alih serta bagi paparan yang tersedia, lantas mendemonstrasikan falsafah BMW Connected melalui penggunaan teknologi yang berpaksikan kemudahan.

Dari segi penawaran warna, BMW 6 Series GT yang Pertama menyediakan seleksi pilihan warna eksterior yang merangkumi warna Putih (Alpine White), Biru (Bluestone), Hitam (Carbon Black) dan Kelabu (Sophisto Grey) yang dipadankan dengan warna interior, iaitu dalam varian Hitam (Leather Dakota Black).

Khusus untuk pilihan padanan warna Hitam (Carbon Black) dan Kelabu (Sophisto Grey), pilihan tambahan ‘Leather Dakota Cognac’ juga ditawarkan. BMW 6 Series GT yang Pertama boleh didapati melalui kesemua pengedar BMW yang bertauliah di dalam negara bermula dari hari Sabtu, 8 September 2018.

ANGGARAN* harga jualan (atas jalan, tanpa insurans) bagi BMW 6 Series GT yang
Pertama ialah: RM 450,000.00*

Pengalaman Pemilikan Premium yang Menyeluruh.

Pemilik BMW 6 Series GT juga boleh menikmati Pengalaman Pemilikan Premium yang ditawarkan oleh BMW Group Malaysia, dan ia merangkumi:
•    Waranti Perbatuan tanpa Had selama 5 Tahun oleh BMW serta Program Servis Berjadual Percuma.
•    Program Waranti Tayar selama 2 Tahun/24 Bulan oleh BMW untuk penawaran servis ‘Run Flat Tyre’.
•    Bantuan Tepi Jalan dan Hotline Kemalangan oleh BMW.
•    Aplikasi Mudah Alih ‘BMW Group Loyalty+’ – BMW White Card.
•    Servis Atas Talian oleh BMW.

Post Menarik