Utama Blog Halaman 939

Maybank Islamic Named Best Global Islamic Financial Institution

Dato’ Mohamed Rafique, CEO of Maybank Islamic accepting the award from Richard Scholtz, Global Finance Managing Director, Europe and Asia

Maybank Islamic Berhad has emerged as the best recipient of Best Global Islamic Financial Institution award, its second consecutive recognition, at the Global Finance Awards 2018 ceremony, held in Bali, Indonesia.

MAYBANK Islamic was also recognised as the Best Global Sukuk Bank and Best Global Provider of Shariah-Compliant Short-Term Investments – the Bank’s third consecutive wins in both categories.

Dato’ Mohamed Rafique, CEO of Maybank Islamic (right) accepting the award from Richard Scholtz, Global Finance Managing Director, Europe and Asia

The Bank was also named the Best Islamic Financial Institution in Asia Pacific, and it also clinched the country awards for Malaysia and Singapore.

Global Finance said the awards are in recognition of the Bank’s efforts in ramping up its global presence, product development and innovation, as well as a centre of excellence for Islamic finance – all of which are important aims as more Islamic financial institutions are becoming mainstream financial intermediaries in many global markets.

Maybank Islamic Chief Executive Officer, Dato’ Mohamed Rafique Merican who was present at the ceremony to receive the awards, said: “This is another recognition of the commitment and capability demonstrated by the Maybank Group and Maybank Islamic in pursuing its Global Islamic banking leadership aspirations.

This will definitely spur us to improve even further our service delivery to our customers, our contribution to the community and the Islamic banking industry.”

He also expressed his gratitude and appreciation to all our customers and stakeholders for their continuous support in making Maybank Islamic a leading player within the industry.

This is the 7th consecutive year Maybank Islamic has won the Best Islamic Financial Institution Award in Malaysia since 2012, and also the fifth time it has been named best in Singapore from Global Finance magazine.

Malaysia Perlukan Reformasi Berani – Tun Dr Mahathir

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini membentangkan Kajian Separuh Penggal (KSP) Rancangan Malaysia ke-11 (RMK11) (2016-2020), yang disifatkannya sebagai dokumen komprehensif dalam mereformasikan negara dan memastikan agenda pembangunan negara di landasan terbaik.

TUN Dr Mahathir berkata, KSP RMK11 yang juga merupakan dokumen dasar pertama kerajaan Pakatan Harapan (PH) sejak memenangi Pilihanraya Umum pada 9 Mei lepas, mampu memastikan Malaysia mencapai status negara maju dan inklusif selaras dengan aspirasi Wawasan 2020 – wawasan yang dililhamkannya semasa membentangkan RMK6 pada 1991.

 

“Dokumen ini memperlihatkan anjakan pemikiran berkaitan pembangunan. Kita tidak lagi melihat pembangunan mengikut ukuran pertumbuhan ekonomi atau keluaran dalam negara kasar (KDNK) semata-mata.

“Kita melihat pembangunan dari aspek peningkatan kuasa beli rakyat dan pembangunan perlu dinikmati oleh semua rakyat atau ‘shared prosperity’,” katanya semasa membentangkan usul mengenai KSP RMK11 di Dewan Rakyat.

Beliau berkata, dasar baharu itu akan memastikan tidak wujud jurang pendapatan yang terlalu lebar antara miskin dan kaya antara kaum dan suku kaum.

“Tidak harus ada golongan yang merasakan mereka terpinggir dari arus perdana pembangunan. Pembangunan juga tidak boleh meninggalkan negeri atau wilayah tertentu di belakang,” katanya.

Perdana Menteri berkata, pembangunan dalam erti kata sebenar perlu menyumbang kepada pembangunan bangsa Malaysia dan pertumbuhan ekonomi berterusan serta bebas dari cengkaman politik.

Beliau berkata, melalui baki pelaksanaan tempoh RMK-11, kerajaan PH menggariskan keutamaan dan penekanan baharu berkaitan falsafah, dasar dan strategi pembangunan negara yang diyakini seiring dengan aspirasi rakyat dan azam kerajaan.

Perdana Menteri berkata, dokumen itu juga membuat anjakan dan penyesuaian ke atas dasar dan strategi jangka sederhana dan menilai pencapaian dalam tempoh 2016-2017 selain menyemak semula sasaran, strategi dan inisiatif bagi baki tempoh 2018-2020.

Beliau berkata, bagi tempoh dua tahun ini, kerajaan akan mempergiatkan usaha untuk meningkatkan daya tahan asas ekonomi negara dan kesejahteraan rakyat dengan keutamaan dan penekanan baharu berasaskan Enam Tonggak.

Enam tonggak itu adalah mereformasi tadbir urus ke arah meningkatkan ketelusan dan kecekapan perkhidmatan awam; memperkukuh pembangunan inklusif dan kesejahteraan rakyat; menuju ke arah pembangunan wilayah yang seimbang; memperkasa modal insan; mempertingkat kemampanan alam sekitar melalui pertumbuhan hijau; dan memperkukuh pertumbuhan ekonomi.

 

Dr Mahathir berkata, semua strategi yang dibentangkan itu semata-mata untuk memperkukuh ekonomi, institusi awam dan tadbir urus kerajaan dengan harapan dapat menebus maruah negara dan dihormati dunia.

“Apa yang saya bentangkan adalah untuk rakyat. Untuk semua rakyat dari Perlis hingga Sabah. Untuk orang Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan, Murut dan Orang Asli dan etnik-etnik lain yang semua bernaung di bawah langit Malaysia.

“Kita mahu Malaysia yang bersatu padu. Kita mahu rakyat Malaysia berjaya dan menikmati kekayaan negara. Saya mengajak semua rakyat Malaysia menggalas tanggungjawab ini,” katanya.

Perdana Menteri berkata, jika semua yang terkandung dalam dokumen itu dilaksanakan, beliau yakin Malaysia “”akan mengaum kembali sebagai Harimau Asia” dan imej negara akan bertukar dari sebuah negara kleptokrat kepada sebuah negara demokrasi tulen dengan kerajaan yang bersih, luhur dan berintegriti.

Katanya, rakyat Malaysia di seluruh pelusuk dunia juga boleh berbangga untuk memperkenalkan diri sebagai rakyat Malaysia.

Dr Mahathir turut menaruh harapan supaya golongan muda yang menjadi warisan negara dapat mempelajari segala ilmu, mendapatkan segala kemahiran, perkukuh jati diri, berpegang teguh kepada agama dan nilai murni dan menolak rasuah sekeras-kerasnya.

“Sebahagian besar generasi saya telah pergi. Kepada siapa akan kami tinggalkan nasib bangsa dan negara ini, kalau tidak kepada generasi muda.

“Ayuh, marilah kita semua berganding bahu dan bersatu untuk mencipta masa depan Malaysia yang lebih gemilang,” kata Dr Mahathir mengakhiri ucapannya selama satu jam.

Usul itu kemudiannya disokong oleh Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali. – Bernama

Presiden Umno Ditahan Untuk Pendakwaan Oleh SPRM

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ditahan untuk pendakwaan berhubung siasatan salah guna kuasa, pecah amanah dan penggubahan wang haram melibatkan dana sebuah yayasan setelah mendapat izin mendakwa daripada Pejabat Peguam Negara.

DALAM satu kenyataan media oleh pihak Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), penahanan dibuat pada jam 3.15 petang di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya hari ini.

Susulan itu Ahmad Zahid akan menghadapi beberapa pertuduhan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (ASPRM) 2009 dan Akta Pencegahan Penggubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.

Ahmad Zahid akan dibawa ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 19 Oktober 2018, jam 8 pagi untuk pertuduhan tersebut.

Petang tadi Ahmad Zahid tiba di SPRM kira-kira jam 3 petang.

Beliau yang memakai baju batik kemudiannya melambaikan tangan kepada pengamal media yang menunggu ketibaannya sejak awal petang tadi sebelum memasuki pejabat berkenaan.

Ahmad Zahid Hamidi semalam diminta hadir hari ini di SPRM Putrajaya untuk diambil keterangan buat kali keenam.

Sementara itu, diluar perkarangan Pejabat SPRM, kelihatan pimpinan UMNO serta rakan-rakan seperjuangan lain berkumpul menyatakan solidariti kepada Presiden UMNO berkenaan. – MediaUMNO

Ahli Umno Diminta Bertenang, Hormati Proses Undang-Undang

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan meminta ahli UMNO dan semua pihak agar bertenang dan mengambil pendekatan rasional dalam berhadapan dengan penahanan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

MOHAMAD berkata, pihaknya pasti ahli UMNO dan seluruh rakyat Malaysia mengikut rapat perkembangan berkaitan penahanan Datuk Seri Zahid Hamidi oleh SPRM.

“Saya menyeru agar kita tidak terburu-buru dalam segala kenyataan, tindakan dan perlakuan kita. Kita mesti menghormati pelaksanaan proses undang-undang dan menaruh keyakinan bahawa ia akan dilunaskan dengan cara yang selari dan bersesuaian dengan keluhuran undang-undang dan sifat Malaysia sebagai negara hukum,” katanya dalam kenyataan media.

Beliau berkata, susulan beberapa siri siasatan, wujud spekulasi bahawa Ahmad Zahid akan didakwa tidak lama lagi.

“Sejauh manakah kebenaran dan kesahihan spekulasi tersebut bukanlah sesuatu yang boleh dipastikan pada saat ini.

“Saya dan kepimpinan UMNO percaya perkara ini mesti dilihat secara terbuka dan objektif. Ia tidak seharusnya dispekulasi dan dijadikan modal untuk menabur pelbagai persepsi yang salah dan tidak berasas.

“Apa yang lebih penting, ahli UMNO dan semua pihak mesti bertenang dan mengambil pendekatan rasional dalam berhadapan dengan semua ini,” katanya.

Susulan daripada perkembangan ini juga, katanya, Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO akan mengadakan mesyuarat segera untuk membincangkan perkara ini dengan lebih mendalam.

“Khususnya bagi memutuskan hala tuju dan tindakan selanjutnya. Apa jua keputusan MKT akan menjadi pendirian dan panduan untuk semua ahli parti.

“Yang pasti, saya dan kepimpinan UMNO memberi jaminan bahawa penahanan ini tidak akan melemahkan atau menjadi halangan kepada UMNO untuk meneruskan agenda pemulihan (reform) yang sedang dilakukan di dalam parti.”

Tegasnya, khidmat bakti UMNO kepada rakyat Malaysia juga tidak akan berhenti dan terganggu.

“Saya dan rakan-rakan dalam UMNO ingin menzahirkan sokongan dan setia kawan yang mendalam terhadap Datuk Seri Zahid Hamidi dan keluarganya dalam saat yang mencabar seperti sekarang.

“Insya-Allah, saya pasti akan hadir petunjuk dan kebenaran yang selayaknya dari Allah SWT dalam segala hal yang berlaku ini jika kita bersabar dan bijaksana dalam segala tindakan kita,” katanya. – MediaUMNO

Samsung Galaxy A7 Pre Order Units Sold Out

Samsung’s newest triple lens camera, the Galaxy A7, has been making so much buzz.

IN just 3 days, Samsung is proud to announce that all pre-order units of the Galaxy A7 have been sold out since its commencement on 15th October!

For those who missed the pre-order, don’t be disappointed. Kindly visit any Authorized Samsung Store for more exciting offers.

Should you have any further enquiries, please feel free to reach out to us at [email protected] or call 03-7954 5336.

For more information on the Samsung Galaxy A7, please visit: https://www.samsung.com/my/smartphones/galaxy-a7-a750/SM-A750GZDVXME/

AirAsia Rangkul Anugerah Transformasi Digital IDC

AirAsia telah dinobatkan sebagai Pakar Model Operasi untuk Malaysia di Anugerah Transformasi IDC (IDC SXa) pada minggu ini.

ANUGERAH itu mengukur syarikat-syarikat yang telah berjaya mengendalikan operasi perniagaan dengan lebih responsif dan berkesan melalui produk atau perkhidmatan, aset, kakitangan dan rakan dagangan yang berkaitan secara digital.

AirAsia memenangi anugerah tersebut bagi penggunaan solusi Alibaba Cloud Content Delivery Network (CDN) dan Web Application Firewall (WAF) untuk membezakan pelanggan yang sebenar daripada bot digital yang memberi kesan negatif kepada tempahan dan pendapatan, serta mengurangkan aliran trafik yang besar daripada bot digital yang membawa kepada tambahan kos operasi.

Menggunakan solusi CDN di China, syarikat penerbangan itu mampu meningkatkan pendaman dan Round Trip Time (RTT) di  laman airasia.com, dan mengoptimumkan trafik ke laman web tersebut berdasarkan profil pengguna.

AirAsia juga telah bekerjasama dengan pasukan sekuriti Alibaba untuk menyekat trafik gelap menggunakan pangkalan data yang luas mengenai penggodam dan corak mereka, sebelum mengikuti arahan yang membawa mereka ke WAF.

Anugerah tersebut telah disampaikan di Sidang Kemuncak Transformasi Digital IDC 2018 bertempat di Aloft Kuala Lumpur Sentral pada Selasa, lalu.

Ketua Pegawai Informasi Kumpulan AirAsia Declan Hogan berkata, “Kami telah mencuba pelbagai aplikasi keselamatan, dan menemui kejayaan yang terhad, sebelum beralih kepada Alibaba.

Hanya aplikasi Alibaba yang memberi kesan konsisten, tahan lama, dan mereka telah membuktikan bahawa mereka bersedia untuk mengambil risiko untuk mencubanya.

Kami juga menghargai usaha mereka yang bersedia membuat pelaburan untuk membuktikan bahawa mereka mempunyai teknologi yang berfungsi dengan baik.”

Anugerah IDC DXx mengiktiraf syarikat yang berjaya menempa kejayaan cemerlang dan melaksanakan transformasi digital dalam satu atau beberapa bidang perniagaan mereka melalui penggunaan teknologi penggagu dan digital.

“Tombiruo : Penunggu Rimba” Tersenarai Finalis Filem Asia Terbaik AACTA 2018

Filem “Tombiruo: Penunggu Rimba” yang diadaptasi dari novel karya Ramlee Awang Murshid, mencipta sejarah apabila tersenarai sebagai finalis Filem Asia Terbaik pada anugerah “The Australian Academy of Cinema and Television Arts (AACTA)” 2018.

MENURUT data pencapaian filem Malaysia peringkat antarabangsa Tahun 2018 yang dikeluarkan oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), filem yang diterbitkan oleh Astro Shaw akan bersaing bersama lapan filem hebat lain dari seluruh Asia.

Filem-filem itu ialah 1987 When The Day Comes (Korea Selatan), The Bold, The Corrupt and The Beautiful (Taiwan), Dying to Survive (China), Gali Guleiyan (India), Newton (India), Sanju (India), Shoplifters (Jepun) dan Youth (China).

Pemenang anugerah itu akan diumumkan pada majlis kemuncak pada 5 Disember depan di Sydney, Australia.

Terdahulu, filem arahan Dain Said yang dibintangi Zul Ariffin, Farid Kamil, Nabila Huda, Hasnul Rahmat, Datuk M Nasir, Datin Marlia Musa, Faizal Hussein, terpilih sebagai “Official Selection” di bawah kategori ‘World Fantastic Blue’ bersama-sama 36 filem lain dari seluruh dunia pada 22nd Bucheon International Fantastic Film Festival (BiFan) yang berlangsung dari 12 hingga 22 Julai lalu di Bucheon, Korea Selatan.

Selain itu, data tersebut turut berkongsi kejayaan filem berunsur super-natural, “Interchange” yang mendapat pengiktirafan antarabangsa apabila meraih anugerah Kesan Khas Visual pada Festival Filem Asia Pasifik ke-58 (APFF58) di Taipei, Taiwan, pada September lalu.

Filem “Tombiruo: Penunggu Rimba” turut dicalonkan dalam kategori Penataan Bunyi Terbaik dalam festival yang sama. –Bernama

Tempah Proton X70 Secara Online Hanya RM99 Bermula 17-19 Oktober Ini

Proton melancarkan tempahan dalam talian melalui laman web dan hadiah istimewa ditawarkan bagi tempahan yang dibuat semasa tempoh promosi

SUV serba baharu Proton kini boleh ditempah lebih mudah dengan pelancaran platform tempahan dalam talian menerusi laman web www.proton.com.

Diakses melalui laman web korporat Proton, platform baharu ini boleh digunakan bermula jam 10 pagi pada 17 Oktober untuk membolehkan pelanggan menempah Proton X70 di mana-mana sahaja menggunakan peranti dengan kemudahan internet.

Proton X70 menetapkan satu lagi penanda aras dengan menjadi model Proton pertama yang boleh ditempah secara dalam talian.

Pelanggan yang ingin menempah SUV perlu memberikan butiran peribadi mereka, model dan warna pilihan serta bandar dan negeri di mana mereka ingin mengambil kereta mereka.

Selepas bayaran tempahan dilakukan, juga secara dalam talian, resit yang dihasilkan oleh sistem akan dihantar kepada e-mel pelanggan. Proton kemudian akan melantik penasihat jualan untuk menguruskan pesanan dengan menghubungi pelanggan dalam tempoh tujuh hari bagi memproses tempahan.

Memandangkan ini adalah kemudahan jualan baharu, Proton akan mengadakan jualan kilat atau flash sale dari 17-19 Oktober untuk mempromosikan penggunaan platform baharunya.

Dalam tempoh promosi selama tiga hari tersebut, pelanggan yang menempah Proton X70 melalui dalam talian hanya perlu membayar yuran tempahan sebanyak RM99.

Bagi tempahan yang dibuat di mana-mana cawangan Proton, bayaran penuh akan dikembalikan sekiranya pelanggan mengubah fikiran mereka.

Sempena pelancaran portal tempahan dalam talian ini, Proton juga akan berkongsi maklumat lengkap mengenai Proton X70 di laman sesawangnya termasuklah spesifikasi untuk setiap varian model.

Maklumat ini akan membantu pelanggan membuat keputusan, terutamanya berkaitan pilihan variasi dan warna, sama seperti mereka berkunjung ke bilik pameran dan menyaksikan aktiviti penjualan yang sebenar.

Proton juga akan memberi ganjaran kepada mereka yang membuat tempahan sebelum pelancaran Proton X70.

Ganjaran ini berupa hadiah istimewa untuk semua pelanggan awal tidak kira sama ada mereka menempah melalui dalam talian atau di cawangan kami,” kata Abdul Rashid Musa, Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar.

Sementara itu, sesi pratonton pelanggan Proton X70 kini menyeberangi Laut China Selatan menuju ke Malaysia Timur yang diadakan di Kuching pada 15-16 Oktober.

Selepas sesi pratonton bersama media yang kedua, sesi ini menumpukan pada fungsi sambungan dan teknologi yang ditawarkan oleh SUV tersebut sambil menjelaskan tentang elemen gaya yang digunakan pada bahagian luaran dan dalaman model tersebut. Sesi pratonton ini akan diteruskan di Kuantan dan Ipoh dan akhir sekali di Kota Kinabalu.

Proton X70 Spec

“Sambutan pelanggan terhadap Proton X70 amat mengalakkan. Senarai kehadiran pada sesi pratonton kami sangat tinggi dengan majoriti daripada mereka menyatakan bahawa mereka kagum dengan kualiti dan spesifikasi yang ditawarkan pada model pertama yang dibangunkan bersama Proton dan Geely.

Ia akan menjadi pencetus perubahan untuk Proton dan ini diakui oleh mereka, berdasarkan jumlah tinggi pra-tempahan yang diterima. Oleh itu, kami berusaha kuat untuk memastikan kereta-kereta yang diserahkan adalah seperti yang diharapkan oleh para pelanggan kami,” kata Abdul Rashid.

RHB Touches More Than 6,000 Lives In Asean

RHB Banking Group (RHB) touched the lives of more than 6,000 underprivileged and marginalised members of the community particularly children and youths through its annual RHB Touch Hearts initiative.

CURRENTLY into its third year, the Corporate Responsibility (CR) programme which was themed “Enriching the Community”, saw 33 teams comprising 14,500 employees, embarking on 43 initiatives revolving around education, environment, infrastructure, family/ community well-being and health and wellness.

RHB Touch Hearts is a yearly initiative where all employees across ASEAN countries where RHB has a presence, organised fund raising activities in support of various initiatives with underprivileged and marginalised members of the community.

Employees within the Group raised more than RM500,000 in cash and kind through various projects this year, to support the charitable initiatives. The CR programme culminated over the weekend of 6 and 7 October 2018, where the employees went to the ground to volunteer their time in charitable causes.

“Our annual RHB Touch Hearts initiative is aimed at promoting the spirit of volunteerism amongst our employees and to provide them with an avenue to lend a helping hand to those in need, particularly children and youths.

As a community-centric bank, our efforts are beyond just corporate philanthropy, instead we are investing into the future generation and engaging communities in a sustainable manner,” said Dato’ Khairussaleh Ramli, Group Managing Director for RHB Banking Group and Chairman of RHB Foundation.

In June this year, RHB was accorded “Best Community Programme Award” category under The Global CSR Awards. This prestigious award recognises RHB for its high levels of CSR commitment and for leadership in CSR and corporate ethics.

The Bronze award also recognises RHB’s effort in the 2017 RHB Touch Hearts’ initiative in which 34 humanitarian programmes were carried out, involving 14,500 RHB employees reaching out to more than 6,300 children and youths across 8 ASEAN countries.

Over the last three years, RHB through its RHB Touch Hearts initiative have raised in cash and kind totalling close to RM1.3 million and reached out to more than 18,900 underprivileged and marginalised members of the community.

Bank Islam Dan SWADD Sumbang RM50,000 Bantu Mangsa Tsunami Di Palu, Indonesia

Mohd Muazzam Mohamed, Ketua Pegawai Eksekutif (Pemangku) Bank Islam (empat dari kanan) menyerahkan replika cek sumbangan kepada Mohd Ajib Ismail, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (empat dari kiri) di Menara Bank Islam

Bank Islam Malaysia Berhad (Bank Islam) menyampaikan sumbangan berjumlah RM50,000 bagi membantu mangsa gempa bumi dan tsunami yang melanda Palu, Sulawesi Tengah, Indonesia pada 28 September 2018 lalu.

SUMBANGAN yang disalurkan adalah dari kutipan khas Jumaat dari Jemaah di Surau Wakaf Ahmad Dawjee Dadabhoy (SWADD) yang terletak di Menara Bank Islam berjumlah RM34,304 dan selebihnya adalah sumbangan dana zakat dari Bank Islam.

Dari kiri ke kanan Pengerusi Ahli Jawatankuasa SWADD, Ustaz Mohd Nazri Chik, Ketua Pegawai Eksekutif (Pemangku) Bank Islam, Mohd Muazzam Mohamed, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Mohd Ajib Ismail dan Timbalan Pengarah JAWI, Yusof Mamat

Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif (Pemangku) Bank Islam, Mohd Muazzam Mohamed kepada Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Mohd Ajib Ismail dalam satu majlis ringkas yang diadakan di Menara Bank Islam.

Menurut Mohd Muazzam, “Kami di Bank Islam amat terkesan dengan tragedi yang menimpa umat Islam dan penduduk-penduduk di Palu, Sulawesi Tengah dan sebagai sebuah institusi kewangan Islam, kami berasa terpanggil untuk menghulurkan bantuan kepada mereka.

“Melalui kutipan dari Jemaah yang menunaikan solat Jumaat di SWADD serta sedikit sumbangan dana zakat dari Bank Islam, kami mengharapkan ianya dapat memberi sedikit kelegaan kepada umat Islam dan penduduk Palu serta dapat meringankan beban yang mereka tanggung berikutan tragedi yang dahsyat ini”.

Beliau berkata, “Bagi pihak Bank Islam dan juga SWADD, kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua Jemaah yang telah menghulurkan sumbangan ini.

“Tidak lupa juga kepada Jawatankuasa Zakat dan Kebajikan Bank Islam atas keprihatinan terhadap mangsa tragedi ini. Bank Islam berharap agar sumbangan ini akan dapat digunakan untuk keperluan harian mangsa serta usaha-usaha untuk membaik pulih prasarana yang terjejas bagi kelangsungan hidup mangsa’.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Mohd Ajib Ismail, JAWI masih meneruskan kutipan sumbangan daripada orang awam melalui semua saluran 84 masjid, 110 Surau Jumaat dan 524 surau di bawah seliaan JAWI termasuk Surau al-Muhajirin yang terletak di ibu pejabat JAWI, Kuala Lumpur.

Tempoh kutipan ini akan berlangsung sehingga 26 Oktober 2018. Turut hadir Pengerusi Ahli Jawatankuasa SWADD, Ustaz Mohd Nazri Chik dan Timbalan Pengarah JAWI, Yusof Mamat dan beberapa ahli pengurusan Bank Islam dan JAWI.

Post Menarik