Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Antarabangsa menyerahkan 10 biji telaga kepada Setiausaha Bahagian Kementerian Agama Kemboja Asahari Ayob di Phnom Penh.

KETUA NGO Antarabangsa, Datuk Dr Mustapha Ahmad Marican berkata, kos pembinaan sebuah perigi adalah sekitar RM1,500 bergantung kepada tempat dan kawasan, kerana faktor pengangkutan dan struktur tanah yang berbatu menyebabkan kosnya boleh mencecah sehingga RM4,000 berikutan kerja-kerja menggali tanah sukar dijalankan.

“Pembinaan perigi kali ini membabitkan lima kampung di beberapa daerah seperti Kampung Thom, Kampung View, Kampung Kabai, Kampung Steam dan Kampung Onah.

“Ia membabitkan dua fasa, iaitu 20 perigi untuk fasa satu manakala fasa dua akan bermula sebelum bulan Ramadan supaya umat Islam mendapat bekalan air bersih secara berperingkat,” katanya.

Mustapha (kanan) menyerahkan 10 buah perigi kepada Setiausaha Bahagian Kementerian Agama, Asahari Ayob di Phnom Penh

Sementara itu, Dr Mustapha berkata beliau berharap rakyat Malaysia dapat menghulurkan sumbangan agar NGO antarabangsa dapat melakukan lebih banyak kerja-kerja kebajikan.

Katanya, sehingga kini NGO Antarabangsa itu berjaya mengumpulkan 20 perigi hasil sumbangan rakyat Malaysia dengan kos sebuah perigi berjumlah RM1,500 untuk diberikan kepada masyarakat Kemboja khususnya umat Islam Kemboja yang berada di pedalaman.

“Terima kasih juga diucapkan kepada kerajaan Kemboja kerana banyak membantu memudahkan urusan dan aktiviti kami termasuklah berhubung kes pembebasan 47 warga Malaysia yang ditahan di negara itu baru-baru ini,” katanya.

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini